AUTHOR

Photobucket

Selasa, 17 Februari 2009

Vitamin dan Mineral




VITAMIN A
FUNGSI
Vitamin A adalah salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif atau berguna dan ia didapati daripada haiwan seperti hati dan telur. Ia boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A. Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang sihat. Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.

SUMBER
Vitamin A boleh diperolehi daripada telur, susu, dan hati adalah di antara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak. Kebanyakan susu/susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A.

Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan yang membekalkan vitamITAMIN A
in A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan vitamiin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam hati akan membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana pengambilan vitamin tersebut adalah rendah.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.


VITAMIN B1
FUNGSI
Vitamin B1 atau Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

SUMBER
Vitamin B1 boleh diperolehi daripada gandum atau hasil gandum, kacang pis,kacang, tepung yang diperkayakan ,ikan kacang tanah, dan daging adalah sumber-sumber yang kaya dengan vitamin B1.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.


VITAMIN B2
FUNGSI
Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6.
Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.

SUMBER
Kandungan tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju, putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam, biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk asparagus, avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran, dan lembap dalam tindakbalas mental.


VITAMIN B3
FUNGSI
Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman. Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia dan ia juga sebagai menambah ingatan.

SUMBER
Niacin dan niacinamide didapati daripada hati lembu, ragi yang ditapai, kobis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma, telur, fish, susu, kacang tanah, ubi kentang, tomato, gandum, dan hasil gandum.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Pellegra,sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; pening; lemah badan; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.


VITAMIN B5

FUNGSI
Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress" , pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan. Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi metabolisma. Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).

SUMBER
Makanan berikut mengandungi pantothenic Acid : daging lembu beef, ragi yang ditapai, telor, sayuran segar, buah pinggang, hati, kulat, kacang, royal jelly, ikan air masin, torula ragi, tepung dibuat dari rair, dan gandum.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B5 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Sakit kepala.
Loya , muntah.


VITAMIN B6
FUNGSI
Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga. Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi.

SUMBER
Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi amaun yang tertinggi : ragi yang ditapai, lobak merah, ayam , telur, ikan, daging, kacang pis, bayam, biji bunga matahari dan walnuts. Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kobis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempeh.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Kegelisahan.
Depressi ( rasa tertekan).
Penyakit kulit.
Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
Anemia.
Sawan, pada bayi.

Sakit abdomen
Lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan.
Kebas dan sesemut pada kaki.
Kejang otot.


VITAMIN B12
FUNGSI
Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.

SUMBER
Vitamin B12 is didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan , susu dan hasilnya , telur, daging , dan ayam/itik . Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians .

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Megaloblastic anaemia.
Sakit mulut dan lidah.
Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang.
Gangguan mental dan emosi..



VITAMIN C
FUNGSI
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

SUMBER
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
Lemah badan.
Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia


VITAMIN D

FUNGSI
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

SUMBER
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan :
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).



FOLID ACID
FUNGSI
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

KEKURANGAN
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
Sakit disekeliling mulut.
Sakit lidah.
Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
Anemia.



KALSIUM
FUNGSI
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis.

SUMBER
Kebanyakkan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik. Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau, dan tofu.

KEKURANGAN
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan :
Kejang otot pada muka , tangan dan kaki.
Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur.
Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa.




POTASSIUM
FUNGSI
Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.

Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita.

Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.

Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

SUMBER
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.

Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato.

Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

KEKURANGAN
Kekurangan potassium boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal. Kulit kering, tekanan darah rendah. Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.


PROTIEN
Dapat membantu dalam penjagaan kesihatan dan pertumbuhan tisu badan. Kolagen membantu membentuk tisu-tisu kulit, ligamen dan tulang.

SODIUM
Galian sodium didapati dalam makanan laut. Ia berfungsi menstabilkan kandungan garam dana asid di dalam darah. Sodium bekerja dengan potasium untuk perkembangan otot-otot dalam saraf. Ia membantu melarutkan bahan bahan galian lain dalam darah bagi mengelakkan enapan pada salur darah.

MAGNESIUM
Proses metabolisme dalam badan memerlukan magnesium. Galian magnesium menggerakkan enzim-enzim yang penting untuk metabolisme karbohidrat dan asid amino, membantu mengimbangi garam dalam badan, membantu perkembangan "neuro musculur", membantu pertumbuhan urat saraf, otot dan jantung, menukarkan glukos kepada tenaga.

IgA
Juga dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia

Iron
Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

IgE
Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia.

IgD
Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium & pengagihan kalsium pada tulang.

IgM
Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kelenjar limpa. Ianya dapat mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.

IgG
Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit.

IgFI & IgFII
IgF merangsang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bacteria, virus dan pathogen.

Complex Lipid (Dipatent - Unik)
Mengikut kajian tanpa Complex Lipid, penyerapan kolostrum yang diambil hanya sebanyak 20% sahaja, manakala 80% lagi akan dikeluarkan. Dengannya 80% akan diserap dan hanya 20% akan dikumuhkan.

Probiotix
Khasiat probiotix adalah seperti yang terdapat di dalam Yakult.

Prebiotix
Pemangkin kepada probiotix.

Cytokines
Bekrja pada komunikasi sel ke sel, anti pertumbuhan tumor, melawan sel kanser dan antiviral.

Lactoferin
antibakterial, antiviral dan anti-inflamasi.

PRP(Proline-rich polypeptide)
berfungsi membina T-Cells, mengimbangi tindakbalas system kekebalan. Menyokong dan membantu tumbesaran system saraf pusat manusia. Ia juga mampu membantu menguatkan tulang, system saraf dan otak manusia.

EGF( Epithelial Growth Factor)
berfungsi melindungi dan memelihara kulit. Merupakan sebahagian dari insulin seperti growth factor 1 dan transformasi growth factor A dan B, berfungsi seperti insulin dalam darah.

TGF(Transforming Growth Factor)
berfungsi memperbaiki sel yang rosak pada sendi. Ia juga memperkuatkan tubuh sebagai anti-perkembangan tumor. Regenerasi tulang, saraf dan pertumbuhan otot. Mencegah dan memperbaiki kerosakkan saluran pencernaan yang terinduksi ubat anti-inflamasi. Disamping itu ia juga mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mempercepatkan pembentukkan tulang.

IGF 1&2 (Insulin Growth Factor 1&2)
berfungsi mengimbangi gula, protin dan lemak dalam darah serta mempercepatkan proses pembakaran lemak. I juga sangat baik bagi penghidap penyakit diabetes kerana berfungsi seperti insulin dalam darah. Disamping itu ia merangsangkan system kekebalan dan mempercepatkan proses baikpulih dan pertumbuhan sel. Ia juga meningkatkan lagi pentembuhan otot yang rosak, meningkatkan metabolisme.FGF( Fibro Growth Factor)
berfungsi meningkatkan kemampuan IGF-1 sehingga 60-70%.
Read More…
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator