"Haaaa............" aku menhela nafas panjang. Agak lama juga aku mengelamun mengingati kisah silam.
"Eh..Mana guru ni.." bisik hatiku sambil merenung ke arah jam. Sudah hampir pukul 10 malam. Dan guruku masih belum muncul-muncul lagi.
Aku menuju ke almari pakaian dan membukanya. Aku mencapai satu bungkusan kain kuning. Aku duduk semula di atas kerusi dan membuka kain kuning tersebut. Di dalam balutan kain itu terdapat sebilah keris kecik berlok tiga. Itulah keris yang kugunakan untuk membunuh ular besar suatu ketika dahulu.
"Assalamualaikum.." kedegaran suara guru memberi salam. Aku tersentak dari lamunanku.
"Wa'alaikumussalam.." jawabku.
"Ko ada wuduk tak ni..? tanya guru.
"Ada bang..tak batal lagi.." jawabku.
"Sori la li..ada orang datang rumah berubat tadi..tu yang lambat tu..sekarang kita nak kemana ni..?" tanya guruku pula.
"Saya nak buang ilmu saya ni bang..tapi saya kene pegi tempat dia..kayangan.." ternagku ringkas.
"Kayangan..??? ko ni macam-macam lah li.." kata guru sambil tersengih-sengih.
"Dah-dah..jom..bawak aku pegi sana.." kata guru lagi.
"ok.." jawabku ringkas sambil berdiri tegak memeluk tubuh. Aku pun menguatkan zikirku sehinggakan asap putih memenuhi ruang bilikku. Asap putih tersebut semakin menebal sehinggakan penglihatanku terbatas. Selang beberapa saat, asap tersebut pun hilang dan kami telah sampai di suatu perkampungan yang indah.
Suasananya amat dingin sekali. Seperti berada di Genting Highland. Angin bertiup begitu perlahan dan amat nyaman. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan terbentang luas saujana mata memandang. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menikmati kesegaran udara yang tidak pernah kukecapi di dunia nyata.
Aku memerhati keadaan sekelilingku. Begitu juga dengan guru yang kelihatan tenang dan tidak bersuara. Mungkin dia sedang berzikir.
"Eh..subhanallah....besarnya rimau.." tiba-tiba kedengaran suara guru memecah suasana. Dia kelihatan sedikit terkejut.
"Hehehe..orang sini memang bele binatang pelik-pelik bang...kalau kita bele lembu, kucing, ayam..diorang pun ada gak..tapi lagi advance.." terangku sambil tersenyum melihat gelagat guruku yng terkejut. Manakan tidak, sedang kami mengelamun memandang keadaan sekeliling, tiba-tiba muncul seekor harimau sebesar kereta Kancil melintas dihadapan kami.
"Yeke..besar betul rimaunya.." kata guru sambil memerhati keadaan sekeliling.
Kami melangkah sambil memerhati keadaan sekeliling. Terdapat susunan rumah yang tersusun kemas dan cantik-cantik tersergam di sisi kampung. Dihalaman rumah mereka terdapat binatang-binatang ternakkan. Ada rumah yang memelihara arnab. Ada yang memelihara harimau, gajah, beruang dan ada juga yang meletakkan buaya berwarna putih di halaman rumah mereka.
Kelihatan beberapa penduduk kampung yang sibuk bertani. Ada juga yang sedang bertukang memperbaiki rumah. Ada juga yang duduk berbual sesama sendiri sambil ketawa. Kelihatan beberapa orang anak kecil memakai seluar melayu dan tidak memakai baju sedang bermain-main. Ada juga para wanita yang menutup aurat sedang mendandan pokok bunga di laman rumah. Keadaan kampung tersebut sungguh aman dan harmoni. Dengan kicauan burung murai yang membuatkan hati begitu tenang. Dan bunyi binatang-binatang peliharaan seperti lembu, ayam dan sebagainya yang memeriahkan lagi suasana kampung tersebut.
"Ni ke tempatnye..?" tanya guru.
"A'ah..kita kat kayangan lapisan lima..kat sini la saya selalu blajar silat.." terangku kepada guru.
"Ohh.." itu sahaja yang keluar dari mulut guru.
"Jom bang.." pelawaku.
"Kalau abang nak tahu, 1bulan kita kat sini, bersamaan dengan satu jam kita kat alam nyata..biasanya mcm tulah..sebab tu saya cepat abih ilmu yang diorang ajar.." terangku kepada guru.
"Macam mana lak boleh jadi camtu..?" tanya guru.
"Entah la bang..saya tak penah kaji lak..tapi mcm tu lah yang terjadi kat saya selama bertahun-tahun.." jawabku.
"Hm...Allah maha kuasa.." guru mengomol sendirian.
Aku berjalan menuju ke pertengahan kampung sambil diikuti oleh guru. Sesekali kelihatan beberapa penduduk kampung merenungku dengan wajah yang serius seolah-olah tidak suka dengan kehadiranku. Padahal, mereka semua adalah penduduk kampung yang sememangnya aku kenali bertahun-tahun sewaktu aku menuntut di sini suatu ketika dahulu.
"Ko dah puas tengok semua ni ke li..?" tanya guru kepadaku.
Aku menjadi hairan dengan pertanyaan yang diutarakan oleh guru. Aku memandangnya dengan wajah yang pnuh tanda tanya.
"Saya dah bertahun tengok ni semua bang..dah takde apa yang saya nak tengok..nape bang..? tanyaku semula.
"Kalau macam tu..biar aku tunjukkan kat kau kat mana sebenarnya kau pergi selama ni.." ujar guru.
"Hah.." aku agak terkejut. Aku tidak berapa memahami apa yang guru cuba sampaikan kepadaku. Aku memandang guruku dengan dahi yang berkerut-kerut.
"Ko tengok betul-betul.." guru memberi arahan. Serentak dengan itu dia menghentak kakinya ke tanah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Tiba-tiba bumi tempat kami berpijak bergongcangan. Awan seolah-olah berlaga-laga antara satu sama lain dan mengeluarkan bunyi yang menggerunkan. Aku mendogak ke langit. Kelihatan satu gelombang ribut sedang melanda diawangan. Aku memandang keadaan sekelilingku. Suasana yang indah dan terang benderang tadi semakin kabur dan hampir menjadi kelabu.
"Li..!!! kau leka apa lagi..??? herdik guru membuatkan aku tersentak.
"Allahu Akbar.." terpacul dari mulutku. Sememangnya keadaan itu membuatkan aku leka dan lupa untuk berzikir.
Aku segera menjalankan zikir di dalam hati sambil memerhati keadaan sekeliling.
Bumi masih bergoncang dan tanah mula meretak. Asap-asap putih dan hitam memenuhi kawasan sekitar kami diikuti dengan bauan yang busuk menerjah hidung.
"Ya Allah..apa dah jadi ni..?" bisik hati kecilku.
"Inilah tempat kau pergi selama ni.." ujar guru seolah-olah dapat meneka apa yang aku fikirkan.
"Hah.." aku agak terkejut dan memandang sekeliling. Keadaan semakin gelap dan pemandangan yang indah tadi hilang sama sekali. AKu memandang guru. Dia sedang mendongak ke langit dan merenung sesuatu dengan tajam sekali. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Aku juga mendongak ke langit dan melihat apa yang guruku sedang perhatikan. Namun pemandanganku dikaburi dengan asap hitam yang bercampur dengan asap putih yang tebal. Bauan yang busuk tadi mula berkurangan. Selang beberapa saat, asap yang banyak tadi hilang sedikit demi sedikit. Dan kini aku dan guru berada disatu ruang kosong yang tiada penghujung. Tiada langit dan tiada juga bumi. Aku tidak pasti di mana kami berada ketika itu.
Tatkala asap tebal menghilang, beberapa bayang manusia muncul mengelilingi kami.
"Pengkhianatt..!! terdengar satu suara yang datang dari salah satu dari bayangan manusia itu.
Aku cuba menajamkan penglihatanku untuk melihat siapakah gerangannya. Rupa-rupanya, dialah Bajingan Sewel yang menyerangku dikedai makan semalam. Dia datang bersama beberapa orang yang aku kenali. ANtaranya ialah Tok Tepok iaitu pemilik harimauku yang bernama Kakati, Mangkubumi Ibu Bangan iaitu guruku suatu ketika dahulu, Tok sibir yang juga guruku suatu ketika dahulu dan dia juga pemilik harimauku yang bernama Sangkakala, Megat Tun Raweng iaitu Bendehara Sultan Megat Iskandar, Penghulu segala sultan di kayangan, Buana Merah dan beberapa orang pengawal istana.
Aku panik seketika. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku memandang guru untuk menerima arahan darinya.
"Dulu dia ni memang murid kau..sekarang dia murid aku..dan kedatangan aku di sini untuk memperbetulkan keadaan.." ujar guru kepada mereka dalam nada yang serius. Tidak pernah ku melihat guru berkeadaan begini.
"Apakah tuan hamba beranggapan bahawa kami tergolong di dalam golongan yang sesat..? tanya Buana Merah kepada guru.
"Kamu tidaklah sesat..akan tetapi kamu boleh menyesatkan..itulah sebabnya aku datang ke mari.." jawab guru.
"Kami mengajar yang benar dan mengikut syariat yang telah ditetapkan agama..malah ada di antara kami yang telah hidup lama..sejak dari zaman rasulullah lagi..buktikan di manakah kesesatan yang kami timbulkan.." kata Tok Tepok pula.
"Kesesatan yang kamu timbulkan apabila kamu mencampuri urusan manusia..Allah tetapkan dunia kita berbeza..mengapakah dibezakan olehNya..? jawab guru.
"Dia membezakannya bukan sahaja ingin menunjukkan kekuasaanNya mentadbir dan mencipta pelbagai alam..akan tetapi Dia juga menunjukkan ada sempadan dan batasan setiap alam dan tidak boleh bercampur antara satu sama lain.." terang guru lagi.
"Kami cuma membantu umat manusia..dan juga kedatangan kami bercampur dengan manusia juga adalah dengan kehendak manusia sendiri.." Tok Tepok menyampuk.
"Ahh..!! sudahla..!! mari kita ajar pengkhianat tuu..jgn buang masa lagi..!! teriak Bajingan Sewel sambil menundingkan keris ke arahku.
"Sabar..kita bukan lawan dia.." kata Tun Raweng sambil menahan Bajingan Sewel. "Dia" yang dimaksudkannya ialah guruku.
"Manusia berkata bahawa kami adalah golongan yang warak akan tetapi jahat, tapi sedarkah kamu bahawa manusia itu sendiri yang jahat..? kata Mangkubumi Ibu Bangan.
"Manusia yang mengkhianati sesama manusia..jika tidak dengan bantuan kami..adakah manusia akan selamat dengan kejahatan syaitan..? sambung Mangkubumi Ibu Bangan lagi.
"Cukuplah Allah sebagai pelindung..adakah kalian bukan dari kalangan iblis..? tanpa campurtangan golongan kamu, manusia tetap sejahtera dan tetap binasa.." jawab guru.
"Adakah Allah memberi keizinan kepada golongan kamu untuk masuk campur di dalam urusanNya..?" tanya guru pula.
"Bangsa kalian merosakkan umat manusia dengan memberi harapan dan kehebatan..sedangkan semuanya telah Allah sempurnakan.." ujar guru lagi.
"Arhhhgghh..!! tidak perlu buang masa...!!" secara tiba-tiba Bajingan Sewel terbang dan menerkam ke arah kami.
Guru memandangku dan melemparkan senyuman yang aku sendiri tidak memahami maksudnya. Guru menghalakan tapak tangannya ke bawah sambil membaca sesuatu.
"Huuuuuuuu.......~~~~~" guru melepaskan nafasnya.
Seraya dengan itu tempat kami berada bergoncangan. Bajingan Sewel dan yang lain-lain terpelanting jauh.
"Tolongg...hentikan..." rayu Tok Sibir.
"Aku datang dengan aman kerana aku masih memandang kamu saudara seislam..aku datang kerana muridku.." kata guru sambil menepuk bahuku.
Sementara itu keadaan yang agak kucar-kacir sebentar tadi menjadi aman semula. Namun begitu, kelibat Bajingan Sewel tidak kelihatan.
"Allah maha adil..apa yang terjadi antara dia dengan kami adalah berdasarkan perjanjian..walaupun kita dari alam yang berbeza, perjanjian yang dibuat tetap sah..dan tetap dikira oelh Allah.." kata Tok Sibir.
"Sebab menghormati perjanjian kalianlah aku ke mari..kalau tak hormat sesama makhluk, aku tak datang..kalian tentu lebih paham maksud aku.." kata guru pula.
"Adakah kami membebankan kau Panglima Utama.." tanya Tok Tepok kepadaku.
"Maafkan saya..saya rasa terbeban..banyak sangat gangguan..dan kadang-kadang saya tak boleh tidur kerana melayan gangguan.." jawabku jujur.
"Adakah tuan hamba yakin dengan membatalkan perjanjian antara golongan hamba dengan tuan hamba adalah jalan penyelesaiannya..? tanya Buana Merah pula.
"Adakah dengan menyingkirkan kami tuan hamba akan aman..? tanya Buana Merah lagi.
"Biarlah Allah yang tentukan..apa yang pasti..keputusan yang saya ambil adalah keputusan yang bersesuaian dengan keadaan saya sekarang.." jawabku.
"Walaupun perjanjian dibatalkan..itu hanyalah perjanjian..akan tetapi..apa yang kau pelajari kebanyakkannya telah sebati dengan darah dagingmu..itu perkara yang tidak akan hilang..nalurimu yang telah bergabung dengan harimau-harimau, sifat dan perwatakkanmu yang telah kau gabungkan dengan mereka-mereka tidak akan berubah..kerana itu adalah permintaan yang kau cari selama ini..dan ia mendiami dirimu bertahun-tahun..kiranya disingkirkan, kau akan menerima kemudharatan walaupun kau berjaya memnyingkirkannya.." terang Tok Tepok Panjang lebar.
"Apakah maksud atok..? tanyaku kembali.
"Semasa kau mempelajari ilmu ini, kau telah menyatukan diri kau dengan harima-harimau kau...secara tidak langsung mereka telah mendiami dirimu bertahun-tahun..ia umpama lubang yang tidak boleh ditutup lagi.." terang Tok Tepok.
"Lubang..??" tanyaku lagi kehairanan. Guru hanya diam sahaja mendengar perbualan kami.
"Ya..seseorang manusia itu dimasuki oleh golongan kami secara sengaja mahupun terpaksa, satu laluan akan terbentu di dalam badannya yang mana kami akan dapat melalui laluan tersebut bila-bila masa sahaja..dan ianya amat sukar ditutup kembali..kerana pancaindera mereka telah terbuka dan ia dianggap oleh sesetengah manusia sebagai satu anugerah..orang yang memiliki laluan ini mudah diganggu dan mudah melihat kami.." ternag Tok Tepok.
"Jadi..kau tetap terganggu walaupun perjanjian dibatalkan..tapi bukan dari kami..mungkin dari golongan lain.." sambung Tok Tepok lagi.
"Hehehe..itu urusan aku, muridku dan Allah..tak perlu kau risau...yang penting kedatangan aku untuk membatalkan perjanjian.." kata Guru sambil melemparkan senyuman sinis kepada Tok Tepok dan yang lain-lain.
"Kalau begitu..baiklah..kami berjanji tidak akan mengganggu dia lagi..akan tetapi..kiranya dia diganggu..itu bukanlah urusan kami...itu sahaja yang kami boleh buat..apa yang ada di dalam badannya..bukanlah urusan kami..kerana itu adalah kesan dari pembelajarannya..kami hanya mengajarkan..dia yang melaksanakan.." ujar Tok Tepok.
"Minyak dan air tidak akan bersatu..kalau bersatu pun masih boleh dipisahkan.." ujar guru.
"Benar..akan tetapi bila dipisahkan..ia tetap akan meninggalkan kesan dan bukti.." kata Tok Sibir pula.
"Hmm..makhluk punya daya..Allah yang berkuasa.." kata guru pula.
"Apa yang kami maksudkan ialah sebatian ilmu enam jadian yang dituntutnya suatu ketika dahulu..ilmu itu adalah ilmu yang menggabungkan diri dengan jadian yang dipilih..yang itu tidak akan hilang..kerana ianya telah sebati dalam dirinya selama bertahun.." kata Tok Tepok.
"Enam jadian..??" guru agak terkejut dan memandangku. Dahinya berkerut-kerut memandangku.
"Erkk.." aku agak kaku. Aku tidak mampu berkata apa-apa.
Ilmu Enam Jadian
Suatu ketika dahulu, ketika itu usiaku baru menjangkau 17 tahun, aku telah mempelajari satu ilmu yang agak pelik dan unik bagiku. Ilmu tersebut dinamakan dengan Ilmu Enam Jadian. Aku mempelajarinya dengan seorang petapa dari Gunung Jerai yang bernama Syeikh Yassin (yag sebenarnya baru ku sedari dia adalah dari golongan jin islam).
Aku bukanlah mempelajarinya di alam nyata. Akan tetapi aku mempelajarinya di alam ghaib di mana pada setiap malam aku akan mengeluarkan ruhku dan menuju ke Gunung Jerai untuk berjumpa dengan Syeikh Yassin tersebut. Aku mengambil masa 3 bulan untuk menamatkan ilmu ini. Sedangkan ianya mengambil masa bertahun untuk menamatkannya.
Untuk menguasai satu jadian, aku memerlukan masa 3 tahun dengan duduk dan mempelajari cara hidup sesuatu jadian itu. Contohnya, jadian harimau. Kiranya aku ingin menguasai jadian harima, aku perlu tinggal bersama harimau untuk mempelajari tingkahlaku dan cara hidupnya.
Untuk menamatkannya di dalam waktu yang singkat, aku telah mempelajari satu ilmu yang digelar Pecahan Ruh. Aku mempelajari ilmu ini selama 3 hari berturut-turut.
Setelah aku berjaya menguasai ilmu ini, aku telah memecahkan ruhku kepada enam pecahan. Setiap satu pecahan telah ku hantar kepada enam jenis binatang disetiap pelusuk hutan-hutan dan gunung-gunung di Malaysia.
Binatang-binatang tersebut ialah Ular, Merak, Buaya, Monyet, Harimau dan Helang. Setelah berjaya menguasai ke semua tingkah laku binatang-binatang tersebut, aku menggabungkan semula pecahan-pecahan ruhku dan secara tidak langsung, aku menguasai kesemuanya di dalam penggabungan itu.
Akan tetapi, setelah sekian lama, barulah kusedari bahawa semua pecahan-pecahan tersebut bukanlah pecahan dri ruhku. Akan tetapi ianya adalah golongan jin yang menyerupai ruhku.
Akan tetapi, aku lambat menyedarinya. Akibatnya, jin-jin ini telah bersarang di dalam tubuhku di mana mereka menduduki suatu tempat yang berdekatan dengan tulang salbiku. Aky telah cuba menyingkirkannya akan tetapi gagal. Guruku juga telah mencubanya akan tetapi tetap gagal juga.
Oleh yang demikian, aku menganggapnya sebagai satu kifarah dosa buatku dan aku redha akan semuanya.
Begitulah penipuan halus yang kunasihatkan agar semua sahabat-sahabat menghindarinya. Ini adalah kerana permainan mereka yang halus dan sukar dikesan. Mungkin kerana kebodohan dan kurangnya ilmu pengetahuan dalam diri manusia itu sendiri menjadi salah satu punca manusia tertipu.
Oleh itu, janganlah sesekali kamu melibatkan diri dengan golongan-golongan ini meskipun mereka dari golongan jin islam. Dan berwaspadalah selalu.
Tahukah kalian, Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :
* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
* Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.
* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :
Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-
* Kumpulan yang menunggu kubur
* Kumpulan yang menunggu gua
* Kumpulan yang menunggu mayat
* Kumpulan yang menunggu air mata air
* Kumpulan yang menunggu tasik, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
* Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
* Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
* Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail.
* Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
JENIS-JENIS JIN
1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.
ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR
1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-
* (a.) - Hantu Raya
* (b.) - Hantu Toyol
* (c.) - Hantu Pelesit
* (d.) - Hantu Kubur
* (e.) - Hantu Jerangkung
* (f.) - Hantu Galah
* (g.) - Hantu bungkus
* (h.) - Hantu Bidai
* (i.) - Harimau Jadian
* (j.) - Hantu Pontianak
* (k.) - Hantu Langsuir
* (l.) - Hantu Air
* (m.) - Hantu Pari
* (n.) - Hantu Laut
* (o.) - Jin Tanah
* (p.) - Hantu Pochong
* (q.) - Hantu Pari-Pari
* (r.) - Jembalang Tanah
* (s.) - Hantu Polong
* (t.) - Harimau Penanggal
* (u.) - Hantu Bukit
* (v.) - Hantu Punjut
* (w.) - Hantu Bawah Tangga
* (x.) - Hantu Kum-Kum
* (y.) - Hantu Mati Dibunuh
* (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
* (zz) - Hantu Tengelong
MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN
Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.
9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA
1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
Oleh yang demikian, berhati-hatilah sentiasa.
"Dia tentu faham maksud kami" ujar Tok Tepok lagi.
"Hmm..itu urusan dia dengan Allah, kamu tidak perlu masuk campur..." kata guru pula sambil tersenyum memandangku.
Sebenarnya, aku agak pelik dengan senyuman yang dilontarkan oleh guruku. AKu tidak dapat membaca apa yang sedang bermain difikirannya.
"Mulai hari ini, dia adalah muridku..dan kamu semua jangan ganggu dia lagi.." guru memberi arahan.
Agak lama juga Tok Tepok dan yang lain-lain mendiamkan diri.
"Sampai di sini saje..tak perlu lah nak bermain-main lagi.."kata guru agak keras dan tegas.
"Baiklah..kalau itu yang dia mahu..kami tidak akan paksa..dan kami akan meninggalkan dia..dan lepaskanlah orang kami" ujar Tok Sibir.
"Bagus.." kata guru. Serentak dengan itu dia melontar sesuatu ke arah Tok Tepok dan yang lain-lain.
"Ehh..Banjingan Sewel.." detik hatiku.
Rupa-rupanya Bajingan Sewel yang cuba menyerang kami tadi berada di dalam genggaman guru. Entah bila guru menangkapnya tidaklah aku sedari. Dan aku menjadi kagum seketika dengan kepantasan guru.
Mangkubumi Ibu Bangan memapah Bajingan Sewel untuk bangun. Kelihatan Bajingn Sewel amat lemah sekali. Seluruh badannya seolah-plah sedang mencair.
"Peringatan buat kau..setaip yang bernyawa akan menemui ajalnya..cuma waktu yang menentukannya..." kata guru yang kurasakan ditujukan kepada Bajingan Sewel.
"Kalau kau membuat onar lagi, aku akan pastikan kau lenyap dari dunia ini selamanya.." sambung guru lagi agak keras.
Bajingan Sewel hanya diam dan tunduk ke bawah sahaja mendengar amaran dari guru.
"Jom li..kita balik.." ajak guru.
"Kau hanya berselindung disebalik bayang-bayang gurumu sahaja.." tiba-tiba terdengar suara Bajingan Sewel agak perlahan.
"Bajingan...sudahhh...!!! tempik Megat Tun Raweng.
Guru kelihatan seperti tidak menyenangi apa yang dituturkan oleh Bajingan Sewel.
"Li...kau rasa kau boleh uruskan..?" tanya guru.
"Insya Allah bang.." jawabku ringkas.
Guru diam seketika. Sesekali dia memandang wajahku dan memandang tapak tangannya. Aku tidak pasti apa yang dilakukannya.
"Baiklah..aku akan izinkan muridku bertarung dengan kau..sehingga ada yang mengaku kalah dan tiada taruhan di dalam pertarungan ini..." tiba-tiba guru bersuara.
"Aku setuju..memang aku mahu ajar pengkhianat ini.." sampuk Bajingan Sewel.
"Dalam masa 5 hari dari sekarang kita akan berjumpa...pulihkan dulu keadaan kau..dan aku tak mahu sesiapa pun masuk campur dalam hal ini.." guru memberi arahan.
"Baik..aku setuju.." sahut Bajingan Sewel.
Tok Tepok menghampiri Bajingan Sewel dan menepuk-nepuk bahunya.
"Jom li..kita beredar..Assalamualaikum.." ujar guru.
"wa'alaikumusslammm.." jawab Tok Tepok dan yang lain-lain kecuali Bajingan Sewel.
Guru menepuk bahuku dan dalam sekelip mata kabus putih tebal memenuhi sekeliling kami. Lama kelamaan kabus tersebut hilang dan kini kami berada di dalam bilikku semula.
"Pergi akan wuduk dan buat solat sunat..besok baru cerita..aku nak balik.." guru memberi arahan.
Aku hanya mengangguk tanda akur dngan arahannya.
"Assalamu;alaikum.." guru memberi salam.
"Wa'alaikumussalam.." jawabku.
Bersambung...
16 ulasan:
cerita awk sama dgn saya..boleh x guru awk ubat saya?sila telefon/sms dgn sy..0179076704..mohd nazifi b. jamaludin
hmm..insyaallah..akan tetapi..guru saya sekarang ni sibuk memanjang je..asik mengembara seluruh negeri je..sekarang dia kat klantan..maaf sb blog ni slow sgt..saya banyak urusan sekarang ni..maaf
Tipu!
Sy suka melawat blog ni.. Jgn lupa update selalu.. Tq 😔😃
Saya tertunggu tunggu cerita seterusnya...
saya tunggu cerita seterusnya tuan tanah…...
Mohon cerita seterusnya tuan....
Bila sambungan seterusnya
Bila sambungan seterusnya
Salam..bulih sy nk jmp guru tuan dikelantan tu
Salam..bulih sy nk jmp guru tuan dikelantan tu
deyyy admÃn... dah berapa tahun tak update cerita ni...
poyo je!!!
tak kan dah jadi kaya tak ingat nak update cerita
Harap ada sambungan...
Tolonglah ada sambungan
Catat Ulasan