Dengan nama Allah yang maha penyayang..Allah sayang sekelian hambaNya..
Baru-baru ini saya melayari laman google. Ketika itu saya mahu mencari semula satu thread saya yang bertajuk "Andai Kentut Berwarna" di dalam forum Iluvislam.com. Oleh kerana Iluvislam telah diperbaharui, maka agak sukar untuk saya mencari semula thread-thread yang pernah saya hantar di laman tersebut. Jadi saya cuba mencari dengan menggunakan google dengan berpandukan tajuk thread saya "Andai Kentut Berwarna. Alangkah terkejutnya saya, kerana terlalu banyak tajuk tersebut di blog-blog orang lain termasuklah di lama friendster dan myspace.
Alhamdulillah...
Saya memebuka setiap lama yang ada dan mendapati ianya adalah salinan dari tajuk yang saya bentangkan. Alhamdulillah, kerana ada juga yang sudi menyebarkannya kepada orang lain. Saya sungguh hargai dan semoga kalian semua diberkati olehNya.
Namun, sejauh manakah antara mereka-mereka yang pernah membaca thread tersebut memahami apa yang cuba saya sampaikan. Sekiranya dilihat dari sudut hiburan, memanglah ia amat menghiburkan dan mencuit hati. Namun, ada unsur-unsur tersirat yang cuba saya sampaikan disebalik thread tersebut yang mana di akhir thread tersebut saya ada menyelitkan satu cetusan "SESUATU YANG REMEH TIDAK SEMESTINYA TIADA MANFAAT..TERPULANG BAGI MEREKA-MEREKA YANG MAHU MEIKIRKANNYA.."
Kepada sahabat yang belum pernah lagi membaca thread tersebut, bolehlah mencarinya di dalam blog saya ini diruangan "Muhasabah diri". Tetapi lebih elok rasanya saya menyalinnya semula di sini bagi memudahkan lagi sahabat memahami apa yang cuba saya sampaikan.
Andai Kentut Berwarna.
"Dengan nama Allah yang maha mengetahui akan stiap ciptaanNya..Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab2 dan tanpa alasan..adakalanya ia adalah hidayah bagi orang2 yang mahu memikirkannya..Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kiranya apa yang saya bentangkan agak keterlaluan..sekadar hiburan dan cetusan bagi yang memikirkan..Mungkin ada yang pernah memikirkan mengapa Allah jadikan kentut tanpa berwarna..dan mungkin juga ada yang tidak pernah menghiraukan ciptaannya..Andai kentut berwarna.
1. Andainya kentut berwarna..dunia ini akan menjadi huru hara.-bayangkan kiranya kentut berwarna dan orang melepaskannya diperhentian bas..maka bertempiaranlah sekelian umat yang sedang menunggu bas dan teksi..dan tidak mustahil ada yang terbabit dengan kemalangan jalanraya..kerana mahu mengelakkan dari warna2 kentut yang bebas bertempiaran diudara.
2. Kiranya kentut berwarna..pusat membeli belah akan huru hara..-bayangkan ketika hendak membeli baju, tiba2 kita didatangi warna yang bergentayangan diudara mencari mangsa..dan ketika itu semua orang sedang sibuk membeli belah untuk hari raya..hmm..apa akan jadi ye..?
3. Kiranya kentut berwarna..kelas akan menjadi huru hara..-bayangkan pula apa akan terjadi tatkala guru sedang menyampaikan ilmu, tiba2 ada warna2 pelangi sedang mengelilinginya dan menuju kearah kita dengan penuh rakus...hmm..apa akan jadi ye..?
4. Kiranya kentut berwarna..amal ibadah dimasjid/surau akan huru hara..-bayangkan ketika kita sedang mengerjakan solat, tiba2 ada warna2 yang tidak diketahui mana asal-usulnya dan tuannya datang mengelilingi kita dengan penuh dendam..atau melintasi setiap jemaah..pakej dengan bau-bauan yang agak mengelirukan untuk menafsirnya..apa akan jadi ye..?
5. Kiranya kentut berwarna..keadaan di dalam bas/keretapi/kapal terbang akan huru hara..-bayangkan pula ketika sedang berbual dengan rakan2 di dalam pengangkutan awam yang mana tiada jalan keluar untuk melepaskan diri..dan tiba2 sahaja, kita diziarahi oleh sekumpulan warna2 yang tidak kita ingini kehadirannya..dan ia berlegar2 di dalamnya dengan meratah mangsa dengan kejam sekali..apa akan jadi ye..?
6. Kiranya kentut berwarna..tempat paling banyak diwarnai ialah tandas..-bayangkan kiranya kita sedang bermusafir jauh dan tiba2 kita ingin qada' hajat..bila kita ingin masuk ke tandas, kita dibayangi pelbagai warna..kita membayar untuk perkhidmatan tandas awam semata2 untuk menghayati warna2 yang menggerunkan..apa akan jadi ye..?
Maaf kiranya agak keterlaluan..sekadar hiburan jiwa..
Sesuatu yang remeh, tidak semestinya tiada bermanfaat..terpulang kepada orang2 yang mahu memikirkannya.."
Adapun isu "andai kentut berwarna" ini hanya sekadar cetusan bagi orang-orang yang mahu memikirkan akan kebesaran Allah dan kebijaksanaan Allah mentadbir dan mencipta segalanya tanpa ada kelemahan dan ketidaksempurnaan. Sekaligus membuktikan bahawasanya tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa alasan dan manfaat walaupun perkara-perkara yang remeh. Betapa bijaksananya Allah menjadikan dari hal-hal yang besar, sehingga hal-hal yang remeh yang mana tidak ramai yang memandang apa sebenarnya yang Allah sampaikan.
Bayangkan kiranya Allah ciptakan kentut yang mengeluarkan gas yang berwarna. Maka dunia ini akan jadi huru hara. Betapa bijaknya Allah menjadikan segalanya tanpa meminta nasihat dari sesiapa sekaligus membuktikan Allah itu diperlukan tetapi tidak memerlukan.
Dari hal yang remeh Allah mencipta penuh kebaikkan dan ketelitian. Inikan pula ciptaanNya yang besar dan menggerunkan. Sekaligus membuktikan bahawa Allah benar-benar serius dengan segala arahan yang diberikan kepada hambaNya untuk mengikutinya. Dari hal-hal yang besar sehinggalah hal-hal yang kecil.
Sedangkan yang remeh dicipta penuh dengan ketelitian, inikan pula neraka dan syurga yang besar seperti gambaran. Sekaligus membuktikan wujudnya ciptaan walau hanya sekadar gambaran dari hadis dan Alquran berdasarkan kebijaksanaan dan juga ketelitian yang Allah buktikan .Dengan itu menambahkan lagi kekuatan iman bagi mereka-mereka yang mahu memikirkan kebesaran.
Sedangkan yang remeh Allah ciptakan penuh ketelitian, sekaligus membuktikan Allah itu mamandang walaupun sebesar kuman. Bermakna dosa yang kecil sudah pasti ditelitikan, inikan pula dosa yang besar yang kita lakukan.
Sedangkan yang remeh Allah ciptakan penuh ketelitian, sekaligus membuktikan tiada perkara yang Allah remehkan. Baik yang kecil mahupun yang Allah besarkan. Bayangkan pula bisikkan hati yang penuh kehalusan. Yang mana mencetuskan zina hati dan buruk sangka kepadaNya dan ciptaanNya yang mana mencipta segalanya penuh dengan ketelitian.
Sedangkan yang remeh Allah ciptakan penuh ketelitian, sekaligus membuktikan Allah seagung-agung yang menciptakan. Dan membuktikan yang remeh juga dititikberatkan. Bayangkan pula diri kita yang penuh kelalaian. Mencari-cari yang besar sebagai bahan hujahan. Walahal yang remeh diabaikan. Sedangkan Allah tidak mencipta sesuatu tanpa tiada sebab dan tiada alasan.
Sedangkan yang remeh diciptakan penuh ketelitian, membuktikan tiada apa yang lepas dari pemerhatianNya. Sekaligus memberi pedoman dan pengajaran, jangan dihina akan kehalusan. Kerana menganggap diri mencapai kepandaian, maka yang remeh dianggap tidak perlu dititikberatkan. Sedangkan yang remeh juga mampu memberi kesedaran.
Sedangkan yang remeh dicipta penuh ketelitian, sekaligus membuktikan yang remeh juga mestilah diperhatikan. Dijadikan pedoman, keyakinan dan ketaqwaan. Oleh itu, yang remeh jangan sesekali diabaikan. Kerana bermanfaat bagi orang-orang yang mahu memikirkan.
Sekadar cetusan hati. Maaf kiranya menyinggungkan. "Andai kentut berwarna" sekadar cetusan. Selebihnya, gunakanlah ilmu untuk memperkembangkan.
Pandanglah semuanya dengan penuh kebaikkan. Yang remeh tidak semestinya tidak dapat dimanfaatkan. Kerana disebaliknya, terselit pengajaran. Dan juga hidayah yang cuba Allah sampaikan.
Maaf.
Nyata tetapi tidak nyata..tidak nyata tetapi nyata..Wallahu A'lam.