Setelah membuang Ilmu pemotong Bayang, aku berehat untuk beberapa minggu. Ini kerana aku terlalu sibuk dengan kerjaku sebagai Site Supervisor. Ketika itu aku berada di dalam bidang telekomunikasi. Walaupun di dalam tempoh beberapa minggu aku berehat, namun aku tetap dihujani dengan beberapa gangguan-gangguan kecil dari jin-jin yang lalu atau yang melihatku dan sebagainya untuk mengujiku. Begitulah kehidupan seorang yang menuntut pelbagai ilmu dan memiliki kebolehan melihat benda-benda yang ghaib. Walaupun sebilangan orang mengganggapnya satu anugerah ataupun mengangumi golongan-golongan yang memiliki kelebihan tersebut, namun tiada siapa yang tahu betapa siksanya kehidupan yang dijalani saban hari.
Apa yang aku katakan menyiksakan bukanlah kerana ilmu-ilmu ini tidak hebat dan tidak bagus, akan tetapi ketenteraman hati dan kehidupan seharian amat terganggu dengan kebolhan ini. Salah satu contohnya, bila kita pulang dari bekerja seharian, sudah tentu kita kepenatan dan memerlukan rehat yang cukup. Malangnya, dengan memiliki kebolehan seperti ini, kita terpaksa berhadapan dengan ujian-ujian dari orang lain atau dari makhluk-makhluk seperti jin yang sememangnya tidak suka melihat kita berada di dalam keadaan aman. Aku tidak menyalahkan kepada anugerah yang diberi. Bagiku, memang ia adalah anugerah, akan tetapi anugerah tersebut diberi kerana kita yang memintanya. Kita yang mempelajarinya dan kita yang mahukannya. Oleh kerana Allah maha penyayang dan maha memakbulkan, diberikanNya apa yang kita minta, akan tetapi Dia juga memberi amaran dengan meninggalkan beberapa tanda-tanda bahawasanya, setiap permintaan kita yang melebihkan kepada keduniaan mempunyai ujian dan risiko yang tersendiri yang mana kita hendaklah menempuhinya kerana kita yang meinginkannya.
Oleh yang demikian, aku tidak pernah menyalahkanNya dengan derita dan ketidaktenteraman yang aku hadapi. Sebaliknya, aku menyalahkan diriku sendiri kerana terlalu sibuk mencari sedangkan Allah telah menjadikan manusia paling sempurna dan cukup segalanya. Cuma manusia yang tidak mahu memikirkannya. Dengan sebab itu, terlalu banyak pesanan-pesanan di dalam Al-quran yang telah memberi kita tanda-tanda dan pesanan-pesanan berbentuk kiasan dan nyata seperti ayat "bagi mereka-mereka yang mahu memikirkannya..."Namun, tidak ramai yang mahu memikirkannya dan seringkali mengambil jalan yang mudah untuk mencapai sesuatu. Maka jadilah penyesatan yang tidak disedari.
Pada suatu hari, aku telah ditugaskan untuk memeriksa kerja-kerja yang dilakukan oleh orang bawahanku di KlIA. Ketika itu, KLIA masih lagi di dalam pembinaan. Lebuhraya juga tidak ada lagi sepertimana sekarang yang menyediakan banyak lebuhraya untuk menuju ke sana.
Oleh kerana aku menetap di Petaling Jaya, aku akan mengambil jalan Puchong lama yang melalui Kajang, Bangi dan seterusnya Sepang dan Salak Tinggi. Aku akan singgah menjamu selera di Sepang iaitu salah satu kedai makan kegemaranku. Kedai tersebut tidak lah besar seperti restoran. Ianya hanyalah warung kecil. Akan tetapi, ianya dikelilingi hutan dan kelapa sawit yang menenangkan fikiranku.
Seperti biasa, pada hari itu, aku singgah untuk menjamu selera di kedai tersebut.
"Ha..ari ni banyak keje ke..? tanya makcik yang juga tuan kedai tersebut. Dia amat ramah denganku. Apatah lagi aku sering singgah menjamu selera diwarungnya.
"Biasalah makcik..orang susah..kenelah keje..." jawabku dalam keadaan berseloroh.
"Susah apa kalau dah bawak jip..org senang mengaku susah.." seloroh makcik pula.
"Erkk..tu company punya..bukan saya..saya tumpang senang je..hehe.." jawabku.
Makcik hanya tersenyum sahaja. Kelihatan, beberapa pelanggan memandang ke arah luar warung seolah-olah melihat jip yang dimaksudkan makcik. Ketika itu pelanggan tidak lah ramai. Hanya ada di dalam lingkungan 5-6 orang sahaja.
Aku melihat-lihat lauk untuk dimakan. Sambil itu, tanganku mencapai pinggan kaca yang terletak berdekatan dengan hidangan lauk.
"Nasi lebih cik.." pintaku kepada makcik sambil menghulurkan pinggan kepadanya.
Makcik pun menyeduk nasi dan meletakkan di atas pinnganku. Aku hanya menanti dengan memegang pinggan kosong tadi.
"Krriikkk...!!!" terdengar bunyi retakkan pinggan tatkala makcik meletak nasik di dalam pingganku. Makcik memandangku. Wajahnya kelihatan terkejut.
"Eh.." aku mengangkat pinggan tinggi sedikit dan melihat punggung pingganku.
"Pinggan ni dah lama ni.." ujarku kepada makcik sambil tersenyum.
"Ambik lain la.." kata makcik.
Aku segera menuju ke sudut susunan pinggan. Aku memanjangkan tangan untuk mencapai sebuah lagi pinggan.
"Krraaakkk...!!! satu bunyi yang sederhana kuat kedengaran tatkala aku menyentuh pinggan tersebut. Pinggan tersebut terbelah dua.
Makcik segera mendapatkanku. Wajahnya kelihatan amat pucat sekali.
"Maaf la nak..makcik tak tau apa-apa.." katanya seolah-olah menjangka sesuatu.
"Eh..takde apa la makcik..saya ok je.." ujarku sambil tersenyum. Dalam masa yang sama, aku menguatkan zikirku. Aku memanjangkan tanganku semula untuk mencapai sebuah lagi pinggan. Kali ini, aku menahan nafasku.
"Huuuuuu...." aku melepaskan nafasku secara perlahan-lahan sambil memegang pinggan.
"Pruuuuuuppppp....!!! terdengar seperti semburan air terkeluar dari mulut.
Aku menoleh kebelakang. Seorang lelaki gempal bangun dan menepuk mejanya. Kemudian dia menendang kerusi ke sisi dan membuka langkah.
"Gggrrrrrr...." lelaki terbabit mengeluarkan bunyi seperti harimau sedang menderam. Ternyata sesuatu telah masuk di dalam badannya.
"Panglima utama....hari ini aku mahu membuat perhitungan dengan kau..!! herdik lelaki terbabit kepadaku seraya membuka langkah.
Beberapa pelanggan yang berada di situ cuba memegangnya. Namun semuanya terpelanting. Kekuatannya seperti 10 orang dewasa.
"Jangan masuk campur..!! herdiknya sambil memandang setiap wajah yang berada disekelilingnya.
"Mari panglimaaa..!! Bertarung denganku..!! tempik lelaki itu kepadaku.
"Jin dan jin..manusia dan manusia..jin jangan masuk campur urusan manusia..dam manusia tidak akan masuk campur urusan jin....sudahla..keluar..jangan buat kacau..sini orang meniaga.." kataku kepadanya.
"Bismillahi Allaaahhhhhuakbar..." aku membaca di dalam hati. Serentak dengan itu, aku membuat satu lingkungan cahaya berdiameter lebih kurang 3 kaki mengelilingi badanku.
"Yaaaahhhh....!!! tiba-tiba lelaki terbabit melompat ke arahku dan meluruskan kakinya untuk membuat tendangan.
Aku segera menongkat lidahku ke langit dan menahan nafasku. Aku menarik tanganku kebelakang dan..
"Huuuuuu..." Aku melepaskan nafas.
Seraya dengan itu lelaki tersebut terpelanting kebelakang. Dia cuba bangkit.
"Huuuu...." Aku melepaskan nafasku sekali lagi.
Lelaki tersbut rebah dan tidak sedarkan diri. Pelanggan-pelanggan yang ada terus menerpa ke arahnya dan mengangkat kepalanya.
"Makcik..bawakan saya air masak segelas.." pintaku kepada Makcik.
Makcik segera ke ruang bancuhan air dan mengambil segelas air masak yang telah tersedia di dalam jag. Kemudian dia menghulurkan gelas tersebut kepadaku.
"Mintak maaf..saya takde niat nak buat kecaoh kat sini.." kataku kepada makcik dan pelanggan-pelanggan yang ada. Aku segera menyambut gelas yang dihulurkan oleh Makcik.
Beberapa orang pelanggan menepuk bahuku sambil tersenyum tanda memaafkanku dan mungkin mereka tidak kisah dengan apa yang terjadi.
"Bismillahirrahmanirrahim.." Aku membaca sambil memandang ke arah air di dalam gelas. Lalu aku menghembuskan nafas ke dalam gelas air. Setelah selesai berdoa, aku menuangkan sedikit air ke tapak tanganku dan menyapunya ke wajah lelaki tersebut.
Selang beberapa minit, lelaki tersebut membuka mata. Dia kelihatan agak bingung.
"Cis...!!! Jangan pegang akuu..!!!" Herdik lelaki tersebut kepadaku. Dia lantas bangun dan keluar dari kedai. Pelanggan-pelanggan yang ada melihatnya dengan penuh kehairanan.
"Kenal ke..? Tanya seorang lelaki iaitu pelanggan kedai kepadaku sambil memuncungkan mulutnya ke arah lelaki yang menyerangku tadi.
"Tak tahula bang..tak penah jumpa pun..atau mungkin ada jumpa tapi saya yang lupa..tapi seingat saya, saya tak penah jumpa.." Jawabku. Sebenarnya aku juga kebingungan. Aku sememangnya tidak mengenali lelaki tersebut. Akan tetapi, naluriku kuat mengatakan ianya ada kene mengena dengan orang-orang dari kayangan kerana lelaki tersebut memanggilku dengan gelaran "Panglima Utama". Namun aku masih tidak pasti apakah sebabnya dia amat marah kepadaku.
"Saya mintak maaf..saya memamng tak tahu menahu hal ni..mintak maaf.." kataku sambil menghulurkan tangan kepada pelanggan-pelanggan yang ada.
Kami bersalaman. Dari riak wajah mereka, seolah-olah banyak perkara yang mahu dipersoalkan kepadaku. Namun aku segera meminta izin untuk beredar.
"Mintak maaf makcik.." pohonku sekali lagi kepada makcik sebelum beredar.
"Takpela dik..makcik paham..bawak kete elok-elok..nanti jangan tak datang lak kat sini lagi.." pesan Makcik kepadaku.
Aku hanya tersenyum dan bergegas menuju ke jip. Niatku untuk pergi ke KLIA kuteruskan juga kerana ia adalah tanggungjawabku.
Setelah menyelesaikan semua urusan kerjaku, aku pulang ke rumah. Sesampainya aku dirumah, jam telah menunjukkan pukul 7.20 malam. Aku segera bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib.
"Assalamualaikum.." kedengaran satu suara memberi salam ketika aku sedang berzikir. Ketika itu, aku baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib.
"Waalaikumussalam.." Jawabku sambil memandang ke kanan. Kelihatan satu susuk tubuh manusia yang sudah tua duduk bersila mengadapku. Dia adalah Tok Sibir dari kayangan tiga.
Tok Sibir adalah pendampingku yang pertama ketika aku mula-mula mempelajari ilmu keduniaan. Dialah yang mngajarku asas ilmu ghaib dan mengajarku tentang alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan masa kasar. Orangnya warak dan selalu menasihatiku agar mengikuti suruhanNya.
Walaupun Tok Sibir sentiasa menasihatiku, namun ada sesuatu yang dirahsiakan kepadaku selama ini. Selama ini aku diberi fahaman bahawa dia adalah seorang wali Allah. Akan tetapi dia sebenarnya jin islam yang warak. Setelah menyedari golongan-golongan jin ini wujud dipersekitaran manusia, aku mula membuat beberapa kajian tentang mereka selama beberapa tahun.
Hasilnya, aku mendapati bahawasanya walaupun golongan-golongan jin islam ini sentiasa menyeru ke arah kebaikkan dan menegah kemungkaran, namun ada beberapa tipudaya yang mereka lakukan untuk mendampingi manusia.
Apabila salah satu dari golongan mereka ingin mendampingi seorang manusia, mereka akan mengkaji jiwa manusia tersebut dan minatnya. Kiranya manusia yang ingin mereka dampingi menyanjungi pahlawan seperti Hang Tuah, maka golongan jin islam yang mahu berdamping dengannya akan memperkenalkan diri mereka sebagai pahlawan purba untuk menarik minat manusia itu tadi.
Kiranya mereka meminati perwatakkan binatang seperti harimau, maka jin islam ini akan datang kepada mereka dalam bentuk harimau.
Kiranya manusia yang mereka mahu dampingi mengagumi para-para wali, maka jin islam itu tadi akan datang kepada mereka dengan perwatakkan para wali-wali atau orang-orang alim. Tahukah kalian bahawasanya setiap yang mati tidak akan kembali lagi kecuali dengan izin Allah sahaja. Dan sekembalinya mereka-mereka yang telah mati hanyalah bersifat sementara untuk memberikan amaran atau tanda-tanda dari Allah. Namun begitu perkara tersebut jarang terjadi.
Jadi, kiranya wali songo atau wali sembilan yang terkenal telah meninggal dunia, siapa pula yang datang mendampingi manusia yang memperkenalkan diri mereka sebagai Sunan Kalijaga (salah seorang dari wali songo) dan sebagainya.
Pernah terjadi suatu ketika dahulu. Ketika itu aku mengikuti seorang rakanku untuk memburu di Cemomoi Pahang. Kami mengikuti seorang lelaki iaitu rakan kepada kawanku. Lelaki tersebut adalah penuntut ilmu Gerak Panglima. Pendampingnya ialah Hang Tuah.
Dan suatu ketika pula aku pergi ke Johor mengikuti sepupuku untuk berubat di sana. Orang yang mengubatinya menggunakan pendamping yang juga memperkenalkan dirinya sebagai Hang tuah.
Di kisah yang lain pula, kawanku sendiri yang sama-sama menuntu ilmu Gerak Panglima denganku di Melaka juga mempinyai pendamping yang bernama Hang Tuah.
Jadi yang mana satukah Hang Tuah yang sebenar?
Ada satu kisah juga yang terjadi di Puchong Selangor yang mana seorang lelaki tua mengaku dirinya kepadaku bahawa dia didampingi oleh penghulu segala wali iaitu Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ketika melakukan proses perubatan.
Dan ada pula satu kisah yang terjadi di Sungai Buloh, Selangor di mana seorang pemuda yang mempunyai ilmu yang hebat dan digeruni oleh penduduk kampungnya mengaku kepadaku didampingi oleh moyangnya yang telah meninggal dunia. Moyangnya adalah seorang pahlawan terkenal dan tinggi ilmunya.
Tahukah kamu semua bahawasanya :
Orang yang telah mati, terputus usaha kebaikan atau kejahatan. Sudah tidak boleh lagi menyampaikan ajaran atau petua-petua perubatan kepada mana-mana orang yang hidup.
Firman Allah (mafhumnya): “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.” Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (Surah al-Mukminun, ayat 100)
Dalam kitab tafsir yang muktabar, disebut barzakh dengan huraian bahawa selepas mati, ruh-ruh manusia ditempatkan ke alam baru. Dengan kehidupan baru itu, mereka terputus dari dunia dan tembok-tembok itu menjadi pemisah, tanpa dapat ditembusi untuk pulang ke dunia.
Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib (r.a) beliau pernah menyebut (mafhumnya): “Hari ini di dunia adalah untuk beramal tanpa hisab, esok sesudah mati, hanya ada hisab yang menunggu tanpa ada amal lagi.”
Jika yang telah mati boleh lagi beramal dengan pulang ke dunia dan memberi petua atau pengajaran untuk perubatan, maka ia bertentangan dengan al-Quran seperti ayat yang saya nyatakan di atas.
Dengan hujah-hujah itu, tidak boleh diterima pakai, bahawasanya roh-roh orang yang telah meninggal dunia mendampingi manusia dengan mengajar mereka ilmu-ilmu perubatan atau kehebatan dunia. Jadi, siapakan yang datang mendampingi mereka dengan memperkenalkan diri mereka sebagai moyang terdahulu, wali-wali atau pahlawan-pahlawan purba?
Apa yang berlaku hanyalah tipu daya syaitan dalam mimpi seseorang, mengajar manusia melalui mimpi yang boleh menyesatkan. Maka, berhati-hatilah, kadang-kadang mereka ini kelihatannya seperti betul dan bersesuaian dengan kehendak syarak, tetapi yang tersiratnya adalah untuk mempengaruhi manusia yang bakal membawa ke jalan yang sesat.
Seorang sahabat Nabi s.a.w, Abu Hurairah, pernah menerima ilmu dalam jaganya daripada syaitan, apabila diceritakan ilmu itu yang zahirnya sejajar dalam syariat, iaitu dengan menyuruh Abu Hurairah membaca ayat kursyi supaya beliau melindungi harta yang dijaganya supaya tidak dicuri seseorang, maka Rasulullah s.a.w menyatakan (mafhumnya): “Itu adalah ajaran daripada syaitan, jangan peduli dengannya, lupakan ajaran itu dan ambillah ajaran daripadaku.”
Seterusnya Nabi s.a.w mengajar Abu Hurairah, sama seperti yang diajar oleh syaitan tadi.
Mimpi manusia, kebanyakkan daripada perbuatan syaitan, jika ada pun daripada Allah, ianya adalah terlalu sedikit.
Jadi, siapakah pendamping-pendamping ini yang mengajar kita kbaikkan dan menegah kita kepada kemungkaran.
Tidak lain dan tidak bukan hanya terdapat dua jenis makhluk sahaja. Iaitu samaada mereka adalah golongan syaitan yang menyeru kebaikkan akan tetapi ada kesesatan halus di dalam ajarannya ataupun jin-jin islam yang sememangnya wrak akan tetapi tetap dipenuhi dengan ratusan pembohongan.
Oleh kerana tidak ramai yang mampu mengesan pembohongan ini, maka saya menasihatkan kepada sahabat-sahabat yang lain agar menghindarinya. Lakukanlah apa yang telah ditetapkan oleh syarak. Insya Allah hidup kita akan selamat dan itu adalah janji dariNya.
Tok Sibir sememangnya sentiasa mengingatiku agar tidak meninggalkan solat, sentiasa berpuasa, jangan derhaka kepada ibubapa, jangan minum arak, jangan berzina dan jangan berjudi. Kiranya aku melakukan salah satu darinya ilmuku akan hilang.
Akan tetapi, rakan seperguruanku yang sama-sama menuntut ilmu Gerak Panglima yang didampingi oleh seorang wali yaang bernama Syeikh Huri telah melanggar kebanyakkan dari larangan-larangan tersebut. Akan tetapi ilmunya tidak hilang dan hanya lemah sahaja. Dan dengan sedikit amalan ilmunya akan kembali pulih seperti biasa.
Jadi, apakah sebenarnya yang terjadi..??
Apa yang berlaku ialah, semua nasihat-nasihat dan pesanan-pesanan yang diberikan itu hanyalah untuk memberi keyakinan kepada manusia bahawa mereka adalah dipihak dan benar dan sekaligus membuatkan manusia mempercayai mereka kerana mereka adalah warak dan sentiasa berpegang kepada agama. Dengan itu, manusia akan mempercayai mereka dan bersetuju serta berminat untuk mempelajari ilmu dari mereka.
Setelah kita mempelajari ilmu dari mereka, mereka akan membuat beberapa perancagan yang teliti yang kita sendiri tidak dapat mengesannya. Kita akan diganggu oleh makhluk-makhluk dengan alasan untuk menguji ilmu kita yang mana makhluk tersebut juga kebanyakkan darinya adalah terdiri dari tentera-tentera mereka juga.
Ada juga yang diuji dengan terkena sihir dari orang dan berjaya menangkis sihir tersebut. Maka secara tidak langsung menjadi riak kerana berjaya menewaskan ilmu sihir yang dihantar dan mengagumi pendamping yang mengajar mereka ilmu dan kehebatan tersebut.
Tanpa mereka sedari, ianya hanyalah permainan jin-jin yang mendampingi mereka agar mereka lebih percaya dan taksub dengan jin yang mendampingi mereka. Maka terjadilah satu i'tikad ataupun kefahaman bahawa mereka akan sentiasa selamat dengan adanya pendamping di sisi mereka dan mereka akan celaka kiranya pendamping tersebut tiada.
Secara tidak sedar, mereka lebih yakin keselamatan mereka dengan pendamping mereka berbanding perlindungan dari Allah. Mereka diuji dengan perancangan yang teliti. Mereka dikalahkan ketika ketiadaan pendamping mereka untuk menguatkan lagi kepercayaan bahawa tanpa pendamping mereka akan celaka.
Lama kelamaan, tanpa disedari, syirik tersembunyi terjadi di dalam diri mereka.
"Orang yang menyerangmu adalah pahlawan dari kayangan lima yang dikenali sebagai Banjingan Sewel.." tiba-tiba Tok Sibir bersuara sekaligus menyentak lamunanku.
"Sudahlah Tok Sibir..jin dengan jin..manusia dengan manusia..aku tidak perlukan pertolongan dari sesiapa..cukuplah aku dengan Allah..beredarlah.." kataku dengan lembut kepada Tok Sibir.
"Apakah kau rasa ada muslihat dari apa yang terjadi??" Tok Sibir berkata di dalam nada yang agak tinggi. Terpampang perasaan marah dari raut wajahnya.
"Lupakah engkau siapakah yang mengajarmu selama ini dan siapakah yang menjadikanmu hingga ke tahap ini..Haaa..!!??? herdik Tok Sibir kepadaku.
"Allah.." jawabku spontan.
"Cis...!!" Tok Sibir kelihatan begitu marah dan lantas dia bangun membuka langkah. Aku hanya duduk bersila sambil menguatkan zikirku.
"Peringatan yang kuberi..perlindungan yang kucurahkan..penghinaan yang kau balas..!!!! Bangun kau Panglima Utama.." herdik Tok Sibir sambil mengeluarkan kerisnya dan membuka langkah silat tanda mahu bertarung.
"Adakah Tok Sibir beragama islam?" tanyaku dalam keadaan masih duduk bersila.
"Apa maksud kau..!!" Tok Sibir bertanya kembali kepadaku.
"Adakah islam menggalakkan sifat amarah..??" Tanyaku lagi.
"Cis..tidak perlu kau mengajar aku..aku adalah gurumu..paham..!! Herdik Tok Sibir.
"Adakah murid perlu mengikuti sifat guru..??" tanyaku lagi.
Kali ini Tok Sibir benar-benar marah. Dia lantas meloncat dan menghunuskan kerisnya. Aku berjaya mengelak. Akan tetapi, sebuah tendangan telah tepat mengenai perutku. Lantas aku terpelanting dan tersandar ke dinding. Aku segera bangkit. Akan tetapi Tok Sibir telah hilang dan keadaan bilikku menjadi sunyi semula.
"Hmm..sudah sampai masanya.." bisik hatiku.
Aku segera duduk bersila dan berzikir. Aku menenangkan diriku. Selang beberapa saat, asap putih memenuhi ruang bilikku. Asap putih tersebut semakin lama semakin menebal sehingga aku tidak mampu melihat apa-apa.
Slang beberapa saat, asap putih tadi beransur-ansur hilang. Aku memandang sekeliling.
"Hehehe..ko nak apa li..?" kedengaran suara guruku.
Aku menoleh kebelakang. Guruku sedang tersengih-sengih memandangku. Dia sedang duduk di atas sofa rumahnya sambil memegang tasbih.
"Bang..lepas isyak ni nak mintak tolong sikit..." pintaku.
"Apahal lak ko kali ni.." tanya guru.
"Saya nak buang ilmu Gerak Angin..tapi rasa mcm tak berapa kuat.." terangku.
"Ko balik dulu..lepas isyak aku sampai.." kata guru.
Aku berasa lega kerana guruku sedia membantu. Aku segera ke bilikku semula.
Sesampainya aku di bilik, aku meneruskan zikirku sementara menunggu solat isya.
Stelah selesai aku menunaikan solat isya, aku berehat seketika sementara menunggu guruku datang.
"hari ni aku mesti buang ilmu Angin ni.." bisik hatiku.
Ilmu Gerak angin adalah ilmu yang pertama kutuntut. Guru pertamanya ialah Tok Sibir dan diikuti dengan guru-guru yang lain.
Ilmu Gerak Angin seakan-akan dengan Ilmu Gerak Panglima dn seakan-akan dengan Ilmu Nasrul Hak.
Penuntut Ilmu Gerak Angin mampu bersilat dengan apa sahaja silat yang yang dimahukannya dengan hanya niat dan diikuti dengan beberapa bacaan dari Al-Quran.
Contohnya, kalau kita mahu Silat Gayung Harimau, kita hanya perlu niat dan membaca ayatnya. Secara tidak langsung, kita akan bersilat dengan bantuan angin. Iaitu ada satu pergerakkan angin yang membantu kita mengayakan silat itu. Seluruh badan kita digerakkan oleh angin yang menguasai pergerakkan anggota badan dan berpencak silat.
Aku menuntut ilmu ini dari puluhan guru dari alam ghaib yang datang dari pelbagai-bagai pelusuk tempat di dunia. Seperti Indonesia, Malaysia, Arab, Gunung-gunung , laut-laut dan sebagainya. Ianya mengambil masa 9 tahun untuk aku menamatkan ilmu ini. Di dalam tempoh itu aku telah mempelajari ratusan pencak silat. Ada di antaranya tidak pernah didengar di dunia nyata ini.
Namun begitu, siapakah sebenarnya yang bersilat dan apakah yang terjadi sebenarnya..??
Menurut kajian yang kulakukan selama beberapa tahun, jin-jin tertentu telah mengawalnya dengan menggunakan angin dari jarak jauh. Apabila seseorang itu membaca dan meniatkan untuk sesuatu pergerakkan, maka jin yang mendampinginya akan beriteraksi dengan jin-jin yang lain yang mana mengetahui seni silat yang diminta. Setelah mereka selesai beriteraksi, seni tersebut akan disalurkan kepada pendampingnya dan dalam masa yang sama pendampingnya akan menggerakkan seluruh anggotanya menggunakan tenaga angin. Itulah yang terjadi. Namun begitu perkara ini terjadi dengan terlalu pantas dan diluar batasan manusia.
Untuk menamatkan ilmu ini, beberapa syarat harus dipatuhi. Salah satu darinya ialah dengan bertapa. Aku telah diarahkan oleh Tok Sibir agar pegi ke Gunung Ledang bagi memantapkan lagi Ilmu Gerak Anginku. Oleh yang demikian, aku telah pergi ke Gunung Ledang untuk melaksanakan arahan yang diberikan.
Sebelum aku pergi bertapa di sana, aku perlu "memutih" atau ada sesetengah orang memanggilnya dengan nama "Patih Geni".
Dalam "Memutih" aku perlu berpuasa selama 7 hari dengan bersahur dan berbuka dengan air putih dan nasih putih segenggam tangan sahaja.
Dalam masa yang sama aku tidak boleh tidur selama 7 hari tersebut. Kiranya aku terlelap walaupun sesaat, maka ianya terbatal dan aku perlu mengulanginya semula dari awal. Dalam proses itu, aku perlu membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1,233 kali dalam masa satu hari.
"Aku kira, kau telah bersedia..ini bermakna, besok kau dah boleh mula memanjat Gunung Ledang sehingga kau berjumpa dengan satu gua..setelah kau menjumpai gua, duduklah di situ.." terang Tok Sibir setelah aku tamat melakukan Memutih.
"Banyak ke gua kat situ tok..?" tanyaku.
"Guanya banyak..akan tetapi, bila kau jumpa satu, bermakna itulah tempat kau dan tak perlu kau berjalan lagi kerana kau akan berjumpa gua yang sama..." terang Tok Sibir.
"Jauh ke saya perlu naik tok..? tanyaku lagi.
"Tak tentu..bergantung kepada keadaan.." jawab Tok Sibir.
"Kali ini kau bersendirian..harimau-harimau kau tidak akan menemanikau..begitu juga yang lain.." terang Tok Sibir.
"Ini bermakna kau akan pergi dan menggunakan apa yang telah kau pelajari selama ini.." sambung Tok Sibir lagi.
"Di dalam perjalanan, kau akan diuji..jadi..berhati-hatilah.." pesan Tok Sibir.
Tiba-tiba aku berasa agak takut. Aku kurang yakin dengan kemampuan yang ada.
"Jangan ragu-ragu..semuanya hanya ujian..kalau kau tak lepas naik..kau kene mula dari awal iaitu memutih semula.." kata Tok Sibir seolah-olah mampu membaca benakku.
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
BERTARUNG DENGAN PANGLIMA BESI
Setelah menyediakan beberapa kelengkapan, akupun pergi ke Gunung Ledang. Setelah beberapa jam perjalanan, aku pun sampai di kaki gunung. Tidak banyak yang ku bawa. Hanya dua botol air mineral dan sehelai baju, dua helai kain pelikat dan meggie. Ini kerana aku tidak mahu ditahan oleh ahli anggota keselamatan kerana menetap dihutan tanpa permit.
Sebaik sahaja sampai di kaki gunung, aku membaca doa yang diajarkan oleh Tok Sibir. Terasa berdebar-debar juga dihatiku kerana tidak dapat menjangka apa yang bakal terjadi kelak.
Aku mula mendaki Gunung Ledang dengan mengikuti anak jalan sungai. Ini kerana aku takut tersesat.
Di dalam perjalanan, pelbagai-bagai perkara bermain dikotak fikiranku. Aku tidak pasti apa yang akau lakukan waktu itu benar ataupun tidak. Dalam masa yang sama, aku juga bimbang akan keselamatan diriku.
Aku mula melangkah mengikuti sungai. Kelihatan ramai orang sedng bermandi-manda dan ada juga yang berkelah dan membakar ikan.
Akan tetapi, tidak kuhiraukan semua itu walaupun sesekali ada mata yang memandangku kehairanan. Mungkin mereka terfikir ke mana arah tujuku barangkali.
Aku meneruskan perjalanan sehinggakan aku mula jauh dari orang ramai. Pada saat itulah hatiku mula merasa agak cemas kerana sedar akan semakin bersendirian di dalam hutan tersebut. Manakala, matahari sudah hampir tegak dikepalaku.
Sesekali, aku berhenti berehat dan meneguk air mineral yang kubawa.
"Hmm..dah 3jam aku berjalan.." bisik hatiku tatkala melihat jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Aku berhenti seketika di sebuah batu besar yang berdekatan dengan sungai. Aku membasuh mukaku untuk menyegarkan badan. Sesekali aku memandang sekelilingku. Cemas mula menguasai diriku dan terasa mahu berpatah balik. Namun alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Aku berehat untuk mengembalikan tenaga untuk beberapa minit.
Kali ini aku merasakan sudah terlalu jauh dari orang ramai. Suara hilai tawa dan jerit pekik mereka sudah tidak kedengaran lagi. Yang kedengaran hanyalah bunyi unggas dan beberapa bunyi binatang yang pelik dn tidak aku kenali.
Setelah merasakan kembali bertenaga, aku meneruskan perjalananku.
Aku tidak pasti berapa lama aku berjalan. Aku langsung tidak berasa lapar. Hanya dahaga sahaja. Mungkin kerana aku telah berpuasa selama 7hari sebelum aku sampai ke tahap ini. Mungkin itulah gunanya "memutih" itu.
Aku semakin lama semakin jauh kedalam hutan belantara. Aku juga telah terpisah dari sungai. Ini kerana jalan sungai yang kulalui terlalu curam dan tidak dapat kudaki. Oleh itu aku terpaksa terpeong hingga terpisah dari sungai. Namun, aku meninggalkan tanda-tanda agar aku boleh berpatah semula kiranya aku tersesat.
Setelah agak lama berjalan, aku sampai di satu kawasan yang lapang. Kawasan tersebut kelihatan dijaga rapi. Ini kerana tidak terdapat daun di atas tanahnya. Daun-daunnya semuanya seolah-olah telah disapu ke tepi dan kawasan lapang tersebut membentuk kepada bulatan yang bersih.
Aku memerhatikan sekelilingku. Aku pun memasuki ke dalam kawasan tanah lapang tersebut. Tiba-tiba, mataku terpandang satu susuk tubuh lelaki sedang duduk di atas sebuah batu bersaiz sebesar manusia. Lelaki tersebut memakai topi seperti Ronin iaitu pahlawan Jepun dan memandang ke bawah. Bajunya juga seperti Ronin Jepun. Dia duduk dia atas batu tanpa bergerak. Lagaknya seperti seorang samseng. Kaki kirinya dilujurkan ke bawah dan kaki kanannya pula di letakkan di atas batu. Tangan kanannya memegang sebilah parang yang berukuran lebih kurang dua kaki dan tersarung di dalam sarung kayu lama yang agak lusuh.
"Assalamualaikum...saya tumpang lalu.." sapaku.
"Wa'alaikumussalam.." jawabnya sambil berdiri.
"Siapakah gerangan tuan hamba..? tanya lelaki tersebut kepadaku. Tuturnya seperti bahasa purba di dalam wayang Hang Tuah.
"Hamba..err...apa aku nak cakap ni.." aku mengomol sendiri. Terasa cemas juga di dalam hatiku. Tidak ku tahu siapakah yang berdiri di depanku. Adakah dia manusia atau sebaliknya.
"Nama hamba Panglima Utama..panglima sulit Sultan Megat Iskandar..Sultan segala Sultan di Kayangan..kedatangan hamba di sini adalah untuk menambahkan lagi ilmu di dada.." jawabku memberanikan diri. Aku menggunakan gelaranku di kayangan iaitu Panglima Utama.
"Hamba bergelar Panglima Besi..kiranya tuan hamba mampu mengalahkan hamba, maka tuan hamba boleh melalui jalan ini.." lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil menunjuk ke arah belakangnya. Seraya dengan itu kelihatan satu jalan. Aku tidak pasti ke mana arah jalan tersebut.
"Ayuh..jangan kita membuang masa..matahari semakin menyorok muka.." sambungnya lagi sambil membuka langkah.
Aku menjadi cemas. Aku benar-benar belum bersedia dengan situasi ini. Aku mula kaku kerana tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
"Mahu atau engkar, tuan hamba mesti mengalahkan hamba...dan tuan hamba tiada pilihan lain.." kata Panglima Besi. Seraya dengan itu dia melompat ke arah ku.
Aku terkaku seketika. Manakan tidak. Loncatannya setinggi pokok kelapa.
"Paaannggg..!! satu tendangan tepat mengenai dadaku.
"Nampaknya aku takde pilihan.." bisik hatiku lalu bangun membuka langkah.
Beberapa minit telah berlalu dan kami masih bertarung. Aku lebih banyak menerima pukulan dari menghadiahkan pukulan. Semangat juangku semakin merosot. Aku mula panik dan tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Semua pukulanku dapat ditangkis oleh Panglima Besi. Namun begitu, aku tidak berputus asa.
Setelah hampir setengah jam, Panglima Besi menghentikan serangannya.
"Tuan hamba kelihatan lesu..kita akan berehat buat sementara waktu.." katanya dan terus duduk berila di atas tanah.
Aku tidak berkata apa-apa. Aku segera mencapai bekalan airku dan meneguk dengan rakus. Fikiranku melayang mencari ikhtiar untuk mengalahkannya. Setelah meneguk air, akupun duduk bersila dan cuba menenagkan diriku. Kali ini aku berasa agak yakin dari sebelumnya. Mungkin aku telah dapat membiasakan diriku dengan apa yang terjadi.
Aku memandang ke langit. Matahari sudah semakin berada diufuk timur dan semakin kemerahan.
"Dah nak gelap ni..apa aku nak buat ni.." keluhku sambil memandang sekeliling.
Tiba-tiba aku terpandang bekalan airku.
"Erkk..besi..air..besi..air.." bisik hatiku. Aku mula faham sesuatu. Namun aku tidak pasti adakah apa yang aku fahami itu mendatangkan hasil atau sebaliknya.
"Mari..Panglima.." tiba-tiba Panglima Besi bersuara dan bangun membeuka langkah.
Aku segera mencapai botol airku dan kuteguk sedikit air. Aku menyimpan sedikit air di dalam mulutku. Aku maju ke depan dan membuka pencak buaya putih. Kali ini aku benar-benar yakin akan menang.
Kami betarung semula. Selang beberapa minit, Panglima Besi mara kepadaku dan cuba menjatuhkanku dengan membuat tendangan bawah. Seraya dengan itu, sepantas kilat aku melompat di atas kepalanya dan menghantar satu pukulan ke bahunya.
Seperti yang kujangka, pukulanku berjaya ditangkis dan kini dada Panglima Besi dalam keadaan terbuka. Setelah melihat peluang yang ada, aku lantas menyemburkan air ke dadanya.
"Arrhhhggghh...!!! teriak Panglima Besi sambil menyapu dadanya dan melibas-libas bajunya. Kelihatan asap kecil keluar dari dadanya.
"Peluang..!!" bisik hatiku sambil meluru ke arahnya. Aku mengumpulkan segala tenaga yang ada di tangan kananku dan melepaskan satu pukulan ke dada Panglima Besi.
Seraya dengan itu dia terpelanting dan terdampar di atas tanah. Selang beberapa saat, Panglima Besi bangun dan merenungku dengan renugan yang tajam.
Aku hanya memandangnya sahaja tanpa menyerang.
Tiba-tiba, Panglima Besi duduk dan menyilangkan kaki seperti duduk seorang pahlawan.
"Tuan Panglima menang dan silakan lah.." katanya sambil menunjukkan arah jalan.
"Ke mana arah tujuan yang perlu hamba pergi..?" tanyaku.
"Maafkan hamba Tuan Panglima..tidaklah hamba mengetahui akan hal ini..hamba hanya menjaga laluan masuk ke daerah ini.." jawabnya.
Aku memandang ke arah jalan yang ditunjukkan oleh Panglima Besi. Dalam masa yang sama aku mendogak kelangit.
"Hari semakin gelap, bolehkah hamba menumpang di sini barang seketika..? pintaku kepada Panglima Besi. Terasa gerun pela melihat keadaan sekelilingku. Kiranya aku bermalam di sini, sekurang-kurangnya Panglima Besi ada menemaniku. Itulah yang bermain difikiranku ketika itu.
"Tuan Panglima telah menewaskan hamba..dan Tuan Panglima boleh pergi dan menetap i mana yang Tuan Panglima inginkan.." jawab Panglima Besi.
Tatkala mendengar jawapan dari Panglima Besi, aku merasa lega dan gembira. Sekurang-kurangnya aku mempunyai teman pada malam ini.
"Silalah bermalam ditempat hamba..kata Panglima Besi sambil menunjukkan tempat dibelakangku.
"Eh..gua.." bisik hatiku.
"Adakah ini..ehh.." belum sempat aku menghabiskan pertanyaanku, Panglima Besi telah tiada.
Aku memerhati keadaan sekeliling. Tiada siapa disekitarku dan hari semakin gelap.
"Mungkin ini guanya..sebab Tok Sibir kata aku akan jumpa satu gua je..kalau jalan lagi pun aku akan jumpa gua yang sama.." bisik hatiku.
Aku segera masuk ke dalam gua tersebut.
PUJUKKAN BUNIAN
Setelah memasuki di dalam gua tersebut, aku menemui satu kawasan yang agak lapang dan agak selesa di dalamnya. Walaupun ruangnya tidaklah besar, namun selesa untukku bermalam di dalamnyha seorang diri. Setelah memastikan keadaan sekeliling, aku pun keluar semula untuk mencari kayu untuk membuat unggun api nanti.
Setelah semuanya kurasakan telah sedia, aku duduk melepaskan penatku sementara menunggu kayu apai terbakar. Kulapik tanah dengan sehelai kain pelikat yang kubawa.
"Ye tak ye jugak..mcm mana aku nak masak meggie ni..air pun tinggal sikit..sungai tah ke mana..waktu pun dah gelap..aduh..periuk pun takde.." keluhku. Tidak terfikir pula semua hal itu sebelum berangkat siang tadi.
"Berlaparla aku..aduhh..." keluhku lagi.
Setelah berehat seketika, aku pun duduk bersila dan membaca ayat-ayat yang diajar oleh Tok Sibir kepadaku. Ayat-ayat itu mesti kuhabiskan sehingga ribuan kali barulah aku boleh berehat.
Setelah beberapa lama, Ketika aku sedang asyik membaca ayat-ayat tersebut, aku mendengar suasana riuh-rendah diluar gua. Sesekali kedengaran orang ketawa, berbual dan menjerit seolah-olah menjual barang.
Oleh kerana bunyi itu berlanjutan hampir 20minit, aku pun bangun dan menuju ke arah pintu gua untuk melihat apa yang terjadi.
"Manalah tahu sekumpulan orang mencari orang sesat.." bisik hati kecilku untuk menyedapkan hati. Padahal aku sendiri berasa agak hairan dan bingung dengan keadaan tersebut.
Setelah aku sampai ke pintu gua, aku pun memanjangkan leherku perlahan-lahan melihat keadaan diluar.
"Eh..pasar malam.." bisik hati kecilku.
Aku kebingungan. Manakan tidak, di dalam keadaan aku yang berada ditengah hutan belantara yang sunyi, tiba-tiba sahaja muncul pasar malam di situ. Aku mula bimbang. Namun jauh disudut hati, aku berasa agak lega kerana melihat ada ramai orang disekitarku. Sekurang-kurangnya aku tidak berseorangan di dalam hutan tersebut.
Tiba-tiba pula aku berasa lapar. Bau ayam goreng kentucky menusuk ke dalam hidungku. Ini menambahkn lagi seleraku. Aku memerhati sekeliling pasar malam.
"Aku kat mana sebenarnya ni.." aku mula mempersoalkan apa yang terjadi.
Kelihatan beberapa orang gadis sedang sibuk membeli makanan. Ada juga orang berbasikal dan menaiki motor sambil melihat jualan yang ada. Ada juga teksi yang dipandu perlahan. Mungkin kerana penumpangnya ingin melihat-lihat.
Sungguh meriah sekali keadaan itu. Ini kerana boleh dikatakan semua bangsa ada di situ. Ada pasangan cina yang berjalan sambil berpegang tangan. Ada juga gadis cina yang berpakaian seksi. Ada juga bangsa india dan juga melayu. Aku betul-betul tidak pasti di mana aku berada sekarang.
Sedang aku memerhati keadaan sekeliling, seorang gadis berbaju t-shirt merah jambu dan memakai seluar panjang menuju ke arahku sambil tersenyum.
"Bang..jom kita jalan-jalan.." ajak gadis itu.
Aku memandangnya dari atas ke bawah. Orangnya setinggi daguku sahaja. Wajahnya manis dan kulitnya kuning langsat. Rambutnya lurus panjang hampir mencecah pinggang.Dia hanya tersenyum melihat gelagatku.
"Jom la bang.." pujuknya lagi.
"Eh..awak salah orang ni.." kataku.
"Taklah..memanglah kita tak kenal..tapi kita bukan nak buat apa-apa pun..kita jalan-jalan je kan.." kata gadis itu.
"Betul jugak.." bisikku.
"Tapi..kita kat mana ni.." tanyaku kepada gadis itu.
"Apa la abang ni..kita kat pasar malam la.." jawab gadis itu sambil tersenyum. Sungguh manis wajahnya. Tak jemu mata memandang.
"Jom la bang..kang lambat lak kedai tutup.." ajaknya lagi sambil menghulurkan tangannya agar aku menyambutnya.
"Hehehe..apa la abang ni..abang takut kat saya ke..jom la.." pujuknya lagi sambil mengepit tangan kananku dan menarikku.
"Eh..takpe la..saya tak biasa la.." jawabku sambil menarik semula tanganku.
Sebenarnya aku tidak pastu keadaan yang terjadi. Apa yang pasti aku sedar yang aku sebenarnya berada ditengah-tengah hutan belantara.
"Mintak maaf..awak pegila ye..saya ada urusan sikit.." aku menolak ajakannya dengan lembut seraya berundur kebelakang sedikit.
"Betulke taknak pegi ni..?" tanya gadis itu sambil tersenyum.
Aku hanya menggelengkan kepala sambil melemparkan senyuman kepadanya.
"Oklah kalau mcm tu..saya ajak orang lain lah.." katanya sambil melambai tangan dan berlalu.
MALAM TERAKHIR
Setelah melihat gadis itu pergi, aku segera masuk semula ke dalam gua. Takut juga kalau-kalau ada masalah lain pula yang timbul.
Sebaik sahaja aku masuk ke ruang lapang di dalam gua, bunyi riuh tadi hilang serta merta.
"Eh...." aku agak cemas dan berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu gua. Aku mengintai dengan memanjangkan leherku untuk melihat keadaan diluar. Ternyata gelap gelita dan amat sunyi berbanding tadi.
Aku mula cemas dan melangkah laju masuk kedalam ruang luas di dalam gua. Sesekali aku memandang belakangku takut-takut ada sesuatu yang mengikutiku.
Baru sahaja aku sampai diruang tengah gua, kedengaran suara perempuan memberi salam dari luar gua.
"Assalamualaiku.." sapanya lembut.
Selang beberapa saat, muncul seorang gadis yang berpakaian seperti dayang istana memasuki gua. Tangannya menatang sebuah dulang. Aku tidak pasti isi dulang tersebut waktu itu kerana keadaan agar samar. Aku semakin kehabisan kayu api.
"Hamba diarahkan menghantar makanan.." katanya tanpa sebab aku mengajukan persoalan. Dia berjalan merapatiku. Aku menjadi panik seketika dan membuka langkah.
Gadis tersebut hanya tersenyum memandang gelagatku.
"Jangan bimbang Tuan Panglima Utama, hamba sekadar menghantar makanan yang diarahkan.." katanya sambil tersenyum.
Sungguh cantik wajahnya. Perwatakannya amat lembut sekali. Dia memakai baju berwarna keemasan dan tidak pula aku ketahui fesyennya. Akan tetapi dia memang cantik. Tidak pernah aku menatap wajah secantiknya.
Gadis tersebut meletakkan dulang di atas tanah.
"Makanlah Tuan Panglima..nah..letakkan ini ke dalam api.." katanya sambil menghulurkan beberapa bilah kayu kecil kepadaku.
Aku mengambil bilah kayu kecil tersebut dan membelek-beleknya. Kuambil satu darinya dan kucampakkan kedalam api. Dengan tidak semena-mena api yang kecil tadi menjadi agak besar dan menerangi ruang gua.
Kini, barulah aku dapat melihat dengan jelas wajah gadis tersebut. Memang cantik dan tiada tolok bandingannya.
Aku memandang kandungan di atas dulang.
Terdapat nasi, dan kuah seperti masak lemak cili api kegemaranku. Serta beberpa potong ayam goreng dan secawan besar air. Kukira ianya air kopi. Di sisi makanan tersebut, ada sekotak rokok dengan gambar senapang patah.
"Terima kasih.." kataku.
"Hamba minta diri dahulu.." kata gadis tersebut sambil berlalu keluar dari gua.
Aku hanya memandangnya sehingga dia hilang dari pandanganku.
Setelah gadis itu hilang dari pandanganku, aku pun segera mendapatkan dulang dan menjamah makanan yang ada.
Setelah kekenyangan, aku mencapai rokok yang diberi. Sungguh sedap dan manis rokoknya. Aku tak tau dari mana datangnya rookok tersebut kerana tiadak tertulis pada kotaknya. Hanya terdapat gambar senapang patang di depan dan belakang kotak. Setelah selesai berehat, aku menyambung semula bacaanku sehingga cukup jumlah yang ditetapkan. Setelah selesai, akupun tertidur kerana keletihan.
Begitulah hari pertamaku di Gunung Ledang. Kini aku harus menempuh lagi 6 hari di sini. Pada pagi hari kedua, aku bangun dan berlatih pencak silat di kawasan luas tempatku bertarung dengan Panglima Besi. Pada malamnya, aku membaca ayat-ayat yang diajarkan.
Seperti biasa, gadis yang sama menghantar makanan kepadaku saban hari pada waktu yang sama. Pada siangnya pula, tiada makanan buatku. Dalam masa aku menetap di sana, beberapa ujian kutempuhi dan kesemuanya dapat kulepasi.
"Alhamdulillah..ini malam terakhirku di sini.." kata hati kecilku pada malam terakhir iaitu malam ketujuh. Aku memandang sekeliling setelah selesai menjamu selera. Ketakutanku sudah tidak ada lagi waktu itu. Selama enam hari aku menempuh pelbagai dugaan. Dan kini aku telah masuk ke malam yang terakhir.
Seperti biasa, aku duduk bersila dan membaca ayat-ayat yang diajarkan Tok Sibir.
Sedang aku asyik membaca ayat-ayat tersebut, tiba-tiba aku mendegar bunyi desiran yang kuat. Ianya bergema di dalam gua. Aku segera membuka mata untuk melihat keadaan sekeliling.
"Subhanallah...!!" teriakku kerana terkejut melihat apa yang ada di depanku.
Seekor ular sawa yang besar sedang berada di depanku. Kepalanya sebesar sebuah kereta. Panjangnya tidak kelihatan kerana melepasi luar gua. Apa yang pasti aku berada di dalam bahaya kerana aku tidak pasti sama asa ianya ujian atau satu realiti.
Dengan pantas ular sawa tersebut menerkam ke arahku dengan meluruskan kepalanya. Aku segera melompat dan lompatanku berjaya membuatkan aku berada di atas kepalanya. Aku segera memegang sisiknya yang sesebsar dulang. Ular tersebut meronta-ronta agar aku jatuh. Naun aku telah bertekad untuk tidak melepaskan genggamanku.
Kejadian itu berlaku agak lama. Sehinggalah aku merasakan tenagaku semakin berkurangan. Pada waktu itu, aku tidak dapat berfikir apa-apa melainkan memegang sisknya dengan kuat agar aku tidak jatuh ke tanah. Kiranya aku terjatuh, sudah tentu aku tidak selamat.
Di dalam keadaan yang amat genting itu, tiba-tiba sesuatu meluru ke arahku dengan laju. Oleh kerana ianya datang terlalu laju, maka aku dapat mendegar desingan akibat dari kelajuan yang dihasilkan. Aku segera memandang ke kanan dan menangkap benda tersebut.
Ternyata ianya sebilah keris yang besar sepanjang lebih kurang 3kaki dan hanya berlok tiga. Aku segera mengumpulkan tenaga yang ada dan menusuk keris tersebut diumbun-umbun ular tersebut.
Akibat dari tusukkan itu, ular itu menggelupur dengan lebih ganas lagi. Oleh kerana aku tidak lagi memeganng sisiknya, aku tergelincir dan jatuh ke tanah.
Apabila melihat aku berada di atas tanah, ular tersebut terus meluru ke arahku. Oleh kerana aku ketakutan, aku segera melompat dan sekali lagi aku berada di atas kepalanya. Kali ini aku berpaut pada keris yang terpacak diumbunnya.
"Allahhhhuakbarrr...!!! jeritku serentak dengan itu aku mencabut keris tersbut dan meloncat kesisi.
Darah pun terpancut keluar dari ular tersebut dan percikkan darah memenuhi ruang gua dan juga badanku. Ular tersebut segera berundur keluar dari gua lalu.Setelah agak lama, aku segera melangkah menuju ke pintu gua untuk membuat pemeriksaan.
Tiada bangkai yang kujumpai. Sebaliknya kesan darah yang masih basah membanjiri tanah sehingga keluar dari gua. Aku tidak memeriksa sehingga keluar gua kerana keadaan amat gelap sekali. Tambahan pula, aku tidak pasti sama ada ular tersebut masih hidup atau sebaliknya. Setelah pasti keadaan agak selamat, aku segera masuk ke dalam gua dan membersihkan diriku dengan kain pelikat yang kubawa.
Tiba-tiba, keris yang ku pegang menjadi ringan. Aku memandang tangan kananku yang menggenggam keris.
Alangkah terkejutnya aku, keris yang kugenggam sebentar tadi telah mengecil. Panjangnya hanya lebih kurang 4 inchi sahaja.
Oleh kerana aku telah melalui pelbagai kejadian pelik selama beberapa hari berada di gua tersebut, perasaan terkejutku tidak begitu ketara. Aku segera membersihkan keris tersebut dan menyimpanya di dalam beg yang kubawa.
Setelah selesai membersihkan diri, aku duduk berehat melepaskan penat. Aku masih terfikirkan tentang apa yang terjadi. Tidak aku ketahui sama ada ular tadi adalah ujian ataupun kejadian yang sebenar berlaku. Ianya menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan