AUTHOR

Photobucket

Sabtu, 14 November 2009

Mati



Bismillah...
Dengan nama Allah yang maha penyayang..Allah sayang sekelian hambanya..


Sesungguhnya kematian tidak dapat dipisahkan dari manusia. Kematian tidak mengenal sesiapa. Apabila sampai ajal yang ditetapkan oleh Allah, maka tiada yang boleh menolaknya.
Para ulama mengibaratkan nyawa ini seperti daun pokok yang rendang. Daun-daun ini akan gugur apabila tiba masanya; tidak kira hijau atau kuning, tua atau muda. Persoalannya ialah, Adakah kita telah bersedia untuk menemui masa-masa tersebut ?



Menjadi kewajiban manusia mengambil peringatan ini supaya dapat bersedia menghadapi masa tersebut. Ingatlah apabila tiba saat dicabutkan roh dari badan, pintu taubat telah tertutup. Jika kita di kalangan orang yang taat kepada Allah, maka kita adalah orang yang beruntung. Begitulah sebaliknya…

Ulama menyebut bahawa orang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :
1) Dia akan segera bertaubat kepada Allah
2) Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya
3) Dia akan rajin mengerjakan ibadah.


Begitulah sebaliknya. Manusia akan dihinakan dengan 3 perkara jika ia lupa dari mengingati mati.
1) Dia lupa kepada taubat kepada Allah
2) Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya
3) Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.


MAKRUH MENGHARAPKAN MATI
Sebahagian ulama dan pendukung As-Syafie menghukumkan makruh sekiranya mengharapkan kematian kerana bahaya yang menimpanya. Namun, harus mengharapkan mati kerana risau terhadap agama, kerosakan zaman telah merebak dan seumpamanya.
Renungi maksud sabda baginda saw :
Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya. Kalaupun terpaksa, maka katakanlah : Ya Allah Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku.Dan matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku"


TALQINKAN ORANG YANG SEDANG NAZAK
Apabila zahir tanda-tanda naza', dianjurkan mengajar kepada orang yang hamper meninggal dunia dengan kalimah syahadah. – LAILAHAILLALLAH supaya kalimah ini menjadi ucapan terakhirnya.
Ini kerana menurut sabda Nabi saw bahawa syaitan akan datang kepada seseorang menjelang matinya bagi menggodanya agar meninggalkan Islam dan mati di dalam agama Yahudi dan Nasrani.


Namun begitu..
Ramai yang tahu akan sifat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, tetapi tidak ramai yang benar-benar menghayati akan sifatNya itu. Ramai yang tidak menyedari, bahawasanya Allah sayangkan dan kasihkan sekelian hambaNya setiap saat dan setiap nafas.

Buktinya..ramai yang tidak menyedari bahawasanya setiap nafas yang disedut, Allah memberitahu sesuatu. Ramai yang mengaggap, bahawasanya mereka tidak menerima hidayah dariNya. Sedangkan Allah maha adil. Setiap hambaNya diberikan hidayah pada setiap nafas yang disedut. Cuma hambaNya yang tidak mahu melihat dan memikirkannya.

Ini kerana nafsu telah menguasai diri dalam erti kata lain, keduniaan menyelubungi akhirat. Bukan salahNya..akan tetapi salah dari diri hambaNya sendiri.

bersambungg....

Read More…

Rabu, 11 November 2009

Penunggu Rumah Bhg:5- Harimau Tok Tepok Bhg:1





Suatu ketika dulu. Waktu itu aku baru sahaja berumur 13 Tahun. Oleh kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang di dalam mata pelajaran agama, aku telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaranku di Sekolah Agama Menengah Tinggi tengku Ampuan Jemaah yang terletak di Syeksen 11 Shah Alam. Ianya amat berdekatan sekali dengan Masjid Negeri , shah Alam. Pada waktu itu, sekeloh tersebut masih lagi menetapkan pelajar lelaki sahaja. Ini bermakna tiada pelajar perempuan di sekolah itu. Berbanding sekarang, yang mana sekolah tersebut telah bertukar. Pelajar perempuan juga boleh menyambung pelajaran di sana.

Sekolah yang amat cantik dan aman bagiku. Miskipun ianya terletak berhampiran dengan bandar, namun, ia amat aman dan sunyi dari kesibukkan jalanraya. Pada sebelah malamnya pula, suasana amat sejuk dan sunyi. Amat sesuai bagi mereka-mereka yang memerlukan ketenangan untuk belajar.

Kebanyakkan sahabat-sahabat seperjuanganku di situ terdiri dari mereka-mereka yang datang dari keluarga yang berada. Boleh dikatakan, di dalam kelas, aku tergolong di antara pelajar yang mempunyai kehidupan yang amat jauh ketinggalan dari mereka. Pemakaian, pertuturan dan gaya hidup serta pembelajaran mereka amat berbeza denganku. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatku untuk menyaingi mereka.



Dalam masa yang sama, sekolah tersebut dianggap "keras" bagi sesetengah pelajar-pelajar senior. Aku tidak tahu sejauh mana kebenarannya pada waktu itu . Sehinggalah pada satu hari aku mengalaminya sendiri.

Pada suatu malam, kira-kira pukul 11 malam, aku terjaga dari tidurku. Perutku tiba-tiba terasa memulas. Ketika itu suasana telah menjadi sunyi dan sepi. Ini kerana kami diwajibkan tidur dan tutup lampu pada pukul 10 malam. Senior yang ditugaskan akan meronda-ronda untuk memastikan kami semua telah berada di atas katil. Barangsiapa yang melanggar peraturan, akan di denda. Oleh kerana kami baru sahaja memasuki sekolah tersebut, jadi tidak ada yang berani mengingkari arahan tersebut.

Aku menjadi cemas. Mana tidaknya, aku seorang yang amat penakut pada waktu itu. Namun perutku amat memulas sekali. Terasa ingin sekali berlari ke tandas, namun takut telah menguasai diriku. Tandas pula terletak jauh dihujung. Ketika itu aku menetap di tingkat tiga. Kebetulan pula, lampu tandas ditingkat itu hanya ada satu sahaja. Yang lain sudah terbakar dan tidak diganti lagi.

"Adoii..kenapala ko sakit sekarang...besok-besok la ko sakit." rungutku sendirian.

Di dalam keadaan keresahan, aku terdengar bunyi pintu bilik sebelah dibuka. Terdengar seseorang sedang memakai selipar dan berjalan menuju ke hujung.

"Ahh..ada orang nak pergi tandas.." bisikku lantas mencapai tuala dan bangun dari katil.

Aku bergegas membuka pintu. Aku menoleh kekanan koridor mencari-cari orang yang keluar dari bilik tadi.

"Ha..ada pun orang nak pergi tandas..." bisik hatiku lega tatkala melihat susuk tubuh membawa baldi menuju ke tandas.

"Baik aku cepat sebelum dia selesai.." bisik hatiku lagi sambil melangkah keluar dari bilik.

Aku segera melangkah ke arah tandas. Bulu romaku meremang tatkala melalui bilik-bilik yang telah gelap. Maklumlah..orang penakut.

Sesampainya aku ke pintu tandas, aku melihat susuk pelajar tadi masuk ke tandas hujung.

"Alhamdulillah..."bisik hatiku.

Aku mengambil tandas yang bersebelahan dengannya. Sedang aku qada hajat, pelajar di sebelahku menegurku dengan suara yang lembut.

"Buat apa tuu...!!" sapanya.

"Buang air.." jawabku lega tatkala mendengar suaranya. Sekurang-kurangnya aku tahu aku tdiak bersedirian.

"Buat apa tu..." dia bertanya lagi.

"Buang air lah.." jawabku.

"Buat apa tuuuuu..." dia bertanya lagi. Tetapi nadanya agak panjang.

"Buang air lah.." jawabku. Aku mulai curiga. Bulu romaku meremang.

"Buat apa tuuuu...!!! dia bertanya lagi.

"Ko sapa haa..!!! aku bertanya dalam nada yang tinggi. Sebenarnya aku mulai takut. Aku segera membersihkan diri dan mencapai tuala.

"Buat apa tuuuu...!! dia bertanya lagi.

Aku menjadi kelam-kabut seketika. Aku membuka pintu tandas dan menoleh ke arah tandas bersebelahan denganku.

"Ehhh...!!" aku terkejut. Hatiku berdebar-debar. Kakiku terasa seperti kaku. Badanku seolah-olah melayang-layang. Pintu tandas bersebelahan denganku terbuka luas dan tiada siapa pun disebelahku.

Aku segera mencampakkan baldiku dan berlari keluar dari tandas.

"Buat apa tuuuu...!!! hihihihihihi....!!! terdengar suara itu bertanya lagi dari dalam tandas.

Aku amat takut sekali. Aku tidak mampu meneruskan langkahku. Aku terpaku di luar tandas. Badanku menggigil ketakutan.Satu lembaga berbalut seperti pocong melayang-layang menghampiriku. Aku ingin menjerit. Namun tiada suara. Aku cuba membaca ayat kursi namun tidak satupun yang dapat kubacakan. Lembaga tersebut semakin menghampiriku. Aku benar-benar takut pada waktu itu. Terasa jantungku seperti sudah jatuh dari tempatnya.

"Buat apa tuuuuuu...hihihihihihihi....!!! tanya lembaga itu lagi sambil tersengih-sengih mendekatiku. Apabila ia semakin menghampiriku, muncul seekor harimau berwarna hitam di depanku. Harimau tersebut mengaum dan menerkam lembaga tersebut. Terdengar jeritan lembaga tersebut. Sungguh ngeri jeritannya. Tidak dapat aku gambarkan betapa takutnya aku waktu itu. Pada masa yang sama, aku sudah mampu bergerak. Tanpa membuang masa, aku berlari ke arah bilik. Sesampainya aku di bilik, aku terus baring dikatil dan berselubung. Aku tidak sedar apa yang terjadi selepas itu. Tidak dapat dipastikan sama ada aku pengsan atau aku tertidur.

Subuh itu, aku menceritakan semuanya kepada ustazku. Beberapa pelajar lain juga turut serta mendengar ceritaku.

"Jangan takut..dia tak boleh apa-apakan kita.." itu sahaja yang terpacul dari mulut ustazku.

"ceh..aku bagai nak mati malam tadi dia cakap takde apa-apa.." bisik hatiku.

"Malam nanti kita buat Qiamul Lail..Sesapa yang lemah semangat, malam-malam nak pergi tandas ajak kawan sekali.." ujar ustaz kepada yang ada.

Itu sahaja yang dikatakan olehnya pagi itu. Sementara itu, kisahku telah tersebar luas di sekolah. Ramai yang datang dan bertanyaku tentang kebenaran cerita tersebut. Ada yang mengatakan ada setengah senior bercerita bahawa gangguan seperti itu sudah biasa bagi mereka.

"Huh..sudah biasa...!! bisik hatiku tidak berpuas hati dengan khabar berita itu.

Pada tengahari itu, aku menelefon bapaku dan menceritakan apa yang terjadi. Bapaku juga menasihatkan agar aku tidak perlu takut semua itu.

"Nanti besok abah datang..abah bagi ko satu amalan..kau amalkan je lepas solat.." kata bapaku di dalam telefon.

Seperti yang dijanjikan, pagi esoknya bapaku sampai di sekolah. Dia bercerita panjang lebar denganku. Sebelum meninggalkan perkarangan sekolah, dia menghulurkan sehelai kertas kepadaku.

"Nah..kau amal doa ni lepas solat...baca 11 kali setiap lepas solat.."terang bapaku.

"Untuk apa ni bah..?"tanyaku.

"Ko amal je..nanti kau tahu lah.." jawab bapaku ringkas.

Sesampainya aku di bilik, aku membuka kertas yang diberikan bapaku. Aku membaca dan menghafal doa yang diberikannya.

"Hmmm...panjang juga doa ni.." bisik hatiku.

Semenjak mengamalkan doa tersebut, aku merasa sedikit perubahan pada diriku. Aku tidak lagi takut seperti dulu. Namun itu sahaja kesan yang aku nampak pada waktu itu. Selepas apa yang aku alami, banyak juga cerita-cerita yang kudengar. Namun tidak ku endahkan semua itu. Malah aku menjadi semakin berani pula. Aku berani membasuh kain seorang diri pada lewat malam. Miskipun ketika itu semua pelajar telah tidur. Bagiku, tidak ada apa yang perlu aku takutkan lagi.

Sehinggalah aku aku habis menduduki Sijil Rendah Agama (SRA). Aku meminta agar ditukarkan kesekolah akademik. Pada awalnya, bapaku tidak bersetuju dengan permintaanku. Begitu juga dengan ustaz-ustaz yang mengajarku.

"Awak ada potensi li..kalau awak teruskan belajar di sini, Insya Allah, peluang awak untuk pergi ke Mesir cerah.." pujuk Ustaz Soleh. Ketika itu aku dan bapaku berada di bilik guru.

"Tak tahu lah saya Ustaz..tolongla nasihat dia..saya cakap dia taknak dengar.." rayu bapaku. Kelihatan wajahnya amat sungul sekali.

Namun setelah lama berbincang, aku tetap dengan pendirianku. Aku tetap mahu ke sekolah akademik. Ustaz dan bapaku pasrah dengan keputusanku. Aku telah memohon untuk melanjutkan pelajaran di sekolah Vokasional. Akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaranku di Sekolah Vokasional Port Dickson. Aku mengambil Jurusan Elektrik.


Sekolahku dalam kenangan

Bersambung...

Read More…

Khamis, 4 Jun 2009

Kebesaran Allah: Rezeki Datang Bergolek

Satu hari, aku duduk dikedai minum bersama sahabat-sahabatku yang satu aliran dengan ku. Kami bermuzakarah tentang bab redha dan rezeki. Sungguh galak kami bermuzakarah pada waktu itu. Dalam kami bermuzakarah, teringat aku sau kisah sahabatku yang kini sudah jauh berubah. Kisah perubahan dirinya amat menarik dan unik sekali.

Kejadian yang benar-benar terjadi ini sungguh mengharukan. Di mana kejadian ini telah mengubah hidup seseorang dari engkar kepada patuh padaNya. Subhanallah. ( Kisah ini telah diceritakan secara langsung dari tuan yang punya diri kepada saya. Dan mendapat keizinan untuk berkongsi dengan sesama saudara islam)



Ayoi (bukan nama sebenar) bukanlah seorang yang kuat agamanya apatah lagi dia tidak pernah mendapat pendedahan agama yang cukup dari keluarganya. Dia langsung tidak mahu bekerja dan tidak mahu berusaha untuk apa-apa dalam hidupnya.

Suatau ketika, ibunya telah jatuh sakit dan perlukan rawatan segera. Ibunya perlukan hanya menghidapi demam panas sahaja. Tetapi telah berlarutan hingga seminggu. Akan tetapi, sebagai anak tunggal, dia tidak mampu menyara kos rawatan dan ubatan ibunya walaupun kosnya tidak terlalu mahal. Disebabkan dia tidak bekerja, dia tidak mampu menanggung kos perubatan ibunya.

Dia menjadi buntu dan tidak tahu di manakah sumber yang perlu diperolehi untuk rawatan ibunya. Dia pun keluar rumah untuk mencari kerja sambilan yang boleh memperolehi duit harian untuk ibunya. Seharian dia berjalan dan berjumpa rakan-rakan untuk mencari sumber pendapatan. Namun hampa. Awal pagi lagi dia telah keluar rumah mencari pekerjaan sementara yang boleh memberinya gaji harian. Dia tidak makan dan tidak minum. Hinggalah ke petang. Dia berhenti berehat kerana terlalu letih berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer jauhnnya. Ini kerana dia tidak mempunyai sebarang kenderaan.

Dia berehat di bawah pokok besar untuk berteduh. Waktu itu telah hampir pukul 6 petang. Dia termenung dan amat buntu sekali. Hatinya sedih mengenangkan ibunya yang sedang sakit dan perlukan rawatan segera. Dia termenung sambil memandang ke arah jalan raya. Tanpa disedari, airmatanya menitis kesedihan dan sayu. Di dalam kesedihan itu, terdetik dihatinya.

"Ya Allah..bantulah aku..berilah aku sedikit duit untuk ibuku..bantulah aku Ya Allah.." bisiknya dengan penuh kesedihan.

Tiba-tiba, angin bertiup agak kuat. Daun-daun pokok yang gugur berpusing-pusing seperti ada puting beliung kecil sedang melandanya. Kertas dan sampah juga berterbangan. PAsir-pasir juga berterbangan dan terkena matanya. Dia lantas mengusap matanya. Dia memandang ke langit dan melihat-lihat awan. Disangkakannya hari mahu hujan. Lalu dia memandang kembali ke arah daun-daun yang berterbangan dan bergolekan.

Ketika dia memandang daun-daun yang berterbangan itu, tiba-tiba, satu rimpunan daun bergolek-golek ke arahnya. Ditengah-tengah golekkan daun tersebut, terdapat gulungan kertas yang sedang bergolek-golek menuju ke arahnya itu. Ada tiga gulungan. DAn ianya seolah-olah sedang beratur bergolek ke arahnya.

Daun-daun dan gulungan kertas itu berhenti di kaki kanannya Dengan tidak semena-mena tiupan angin juga berhenti. Dia lantas memandang pada gulungan kertas itu.

" Subhanallah..." terpacul dari mulutnya.

Alangkah terkejut dan sayunya hatinya. Kertas yang bergulung-gulung itu adalah sejumlah wang. Gulungan pertama bernilai 50. Gulungan kedua bernilai 10 dan ada dua keping di dalam gulungan itu. DAn gulungan ketiga berjumlah 2 ringgit.

Sungguh sayu dan sebak hatinya ketika itu. Dia lantas menangis mengenangkan betapa sayangnya Allah padanya yang engkar dan malas. Dia segera bangun. Dan kebetulan pada waktu itu sebuah bas sedang lalu di situ. Dia pun menahan bas tersebut dan menggunakan wang Rm2 sebagai tambang.

Baki wang tersebut digunakan untuk membawa ibunya ke klinik dan membeli ubat-ubatan. Ibunya diberikan sutikan dan ubat dan jumlahnya pula Rm65 kni baki duit yang didapatinya tinggal Rm5 sahaja.

Pada keesokkan harinya, seorang kawan telah datang berjumpa dengannya dan memgajaknya bekerja dengannya sebagai pembantu untuk meniaga ayam. Dia terus sahaja menerima kerja tersebut tanpa dolak dalih lagi. Kejadian semalam telah banyak merubahnya. Kini dia seorang yang sentiasa menjaga solat dan agamanya. Kebanyakkan masa yang terluang dihabiskan dengan solat dan amalan. Dia juga sering berpuasa. Begitulah. Betapa sayangnya Allah pada hambaNya. Tidak ternilai dan tidak terkata.

Adakah kita begitu jua?

Wallahu A'lam.

Read More…

Selasa, 28 April 2009

Penunggu Rumah Bhg:4- Gangguan Makhluk Halus



Selang beberapa minggu kemudian..

"Assalamualaikum.." sapa guruku ketika menghubungi telefon bimbitku.

"Wa'laikumussalam.." jawabku.

"Li..ko kat mana..?" tanya guruku.

"Kat rumah.." jawabku ringkas.

"Malam ni aku tak dapat pegi rumah malis..jadi ko settlekan rumah dia..kalau ada apa-apa, kau cari aku..boleh buat tak..?" tanya guruku.

"Insya Allah saya cuba la.." jawabku dengan penuh yakin.

"Aku nak pegi Muar..ada perjumpaan ulama'..nanti apa-apa ko cari aku kat sana.." kata guruku.

"Ok.." aku menjawab ringkas.

Guruku meletkakan telefon. Sungguh ringkas perbualan kami.

"Hmm....perjumpaan para ulama'.." bisik hatiku.




Guruku sering ke sana sebulan sekali untuk bertemu dengan para-para ulama' di sana bagi bermuzakarah tentang hal ehwal agama terkini. Teringat aku aku satu kisah yang diceritakan oleh guruku. Di mana terjadi perdebatan di antara ulama'-ulama' tentang keganasan yang melanda umat islam di Iraq. Mereka mempertikaikan sesama sendiri mengapa terlalu ramai umat islam di dunia yang melakukan solat hajat agar kerajan Amerika dan Israek tumbang namun tidak ada kemakbulan dari Allah. Ada juga yang melakukan solat hajat agar Bush yang kejam dan zalim cepat mati. Namun tidak juga dimakbulkan Allah permintaan itu. Meskipun mejoriti umat islam melakukan solat hajat dan berdoa setiap hari.

Guruku waktu itu hanya diam membisu menyaksikan perdebatan tersebut. Sungguh gelihatinya melihat gelagat-gelagat para ulama yang berdebat. Sesekali dia tersengih dan ketawa mendengar hujah mereka. Kebanyakan para ulama'-ulama' sudah berumur darinya. DAn ada juga yang telah mencecah hampir 90 tahun. Oleh itu dia hanya diam memerhatikan gelagat mereka.

"Kita telah meminta pertolongan dari Allah..kalau Allah tak makbulkan itu tak bermakna Allah itu tidak adil..!!" kata Haji Bainon dengan nada yang agak tinggi kerana telah satu jam perdebatan berlalu. Namun masih tidak mendapat jawapan yang mereka rasakan memuaskan. Beliau adalah salah seorang ulama' yang arif di dalam fekah halus.

"Kita tak boleh putus asa..kita kena mintak lagi..Allah sedang menguji kesabran kita.." sambungnya lagi.

"Allah maha pengasih dan penyayang, Dia tidak akan makbulkan doa yang menjahanamkan hambaNya sendiri walaupun dizalimi.." betah Ustaz Zahar pula. Beliau adalah ulama' yang pakar di dalam bidang tasawuf akhlak.

"Kita tidak boleh membuat kesimpulan sendiri sebelum kita mengkaji apa yang Allah cuba sampaikan pada umat islam.." ujarnya lagi.

"Kan Allah itu maha adil..dan Dia juga berkata, mintaklah..nescaya Aku akan makbulkan..jadi pasti sedang terjadi..cuma kita yang tidak nampak.." betah Haji Syukri pula. Beliau adalah ulama' yang arif di dalam bidang fekah muamalat.

"Kita tak boleh terusan begini..kita mesti cari jawapan yang sesuai..ramai anak-anak kita yang mula mempertikaikan kemakbulan doa mereka..kita kena cari jalan dan jawapan yang memuaskan mereka agar akidah mereka tidak goyah.." Kata Ustaz Zulkifli pula. Beliau juga arif di dalam bidang fekah halus.

Semua yang ada terdiam seketika. Mungkin mereka tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Ustaz Zulkifli tadi.

"Apa pendapat ko isa.." tanya Ustaz Zulkifli kepada guru.

Guru diam seketika. Dia memandang wajah para-para ulama' yang berhimpun di situ. Keadaan yang agak huru-hara tadi menjadi sunyi seketika. Semua memandang ke arah guru. Guru adalah yang termuda sekali di antara yang ada.


"Hah..! kenapa ko diam..? Haji Syukri memecah lamunan guru. Dia menepuk peha guru. Guru memandang semua yang ada sambil tersenyum.


"Saya mintak maaf banyak-banyak..bagi saya.." guru terhenti seketika. Dia memandang ke arah lantai. Dia cuba menyusun ayat yang terbaik agr tiada siapa yang akan berkecil hati dengan apa yang bakal dikatakan.


Para ulama' yang ada memandang guru dengan penuh pertanyaan. Mereka semua tertanya-tanya apa yang bakal guru katakan.


"Bagi saya doa dan solat hajat itu Allah akan makbulkan..tetapi bukan sekarang..." guru menyambung bicara.


"Bis tu..bila..kenapa bukan sekarang..? tanya Ustaz Zahar pula dengan penuh kehairanan. Berkerut-kerut dahinya menunggu apa yang bakal guru katakan.


"Bagi saya..Allah tidak akan makbulkan sebarang doa dan solat hajat yang umat islam lakukan sekarang..bukan sekarang..kerana Allah yang menciptakan situasi ini.." guru memulakan hujahnya.


"Allah memang sengaja mencipta kejadian ini dan menghantar Bush untuk menzalimi umat islam..agar umat islam semua sedar dan bersatu padu.." sambung guru lagi sambil menarik nafas panjang.





"Tujuan Allah menghantar Bush menzalimi umat islam ialah kerana umat islam dan negara-negara islam zaman sekarang tidak bersependapat dan tidak bersatu padu..malah mereka juga bermusuhan sesama sendiri.." terang guru lagi.


"Tengoklah..apa yang jadi sekarang...negara-negara islam masih tidak bersatu padu...jadi apa yang Allah cuba sampaikan dan matlamat Allah untuk umat islam belum tercapai..akibat dari perbuatan kita sendiri yang tidak mahu bersatu padu..jadi, macam mana Allah nak makbulkan permintaan kita..? sedangkan apa yang Allah mahukan di atas kejadian ini masih belum terlaksana.." hujah guru lagi disamping meninggalkan sedikit cetusan buat yang lain.


"Allah cuba menyampaikan pesanan kepada semua umat islam agar bersatu padu agar kita tidak akan ditindas lagi oleh bangsa-bangsa yang bukan islam..perkara yang mudah tu pun kita belum mampu laksanakan.." hujah guru lagi dengan penuh bersemangat.


"Tengoklah sendiri pada negara kita..umat islam di negara kita pun masih mementingkan diri dan kurang pendekatan agama..kalau ada pun, pendekatan yang salah dan menyesatkan..seperti islam moden yang ada sekarang lah.." hujah guru lagi.


"Jadi Allah akan makbulakan permintaan kita apabila kita melaksanakan apa yang Dia mahukan sekarang..iaitu bersatu padu antara satu sama lain.." sambung guru sambil tersengih-sengih.


Semua yang ada terdiam seketika. Ada yang menangguk-angguk tanda memahami apa yang guru cuba sampaikan.


"Saya sokong apa yang isa cakap tu.." kata Ustaz Zahar.


"Hmm..benar tu..Husnul Zhon..subhanallah..kenapa saya tak nampak yang tu.." sambut Ustaz Syukri pula.


Semua yang ada bersetuju dengan apa yang guru katakan. Maka dengan itu persoalan yang ada dianggap telah selesai.


"Riiiiinnnngggggggggg..!!! " telefon bimbitku berbunyi. Sekaligus memecah lamunanku.


"Assalamualaikum....Li guru ada call awak tadi..? terdengar suara malis ditalian.


"Wa'alaikumussalam..ada.." jawabku.


"Abih..malam ni pukul berapa..? tanya malis.


"Lepas maghrib boleh..? kita buat isya' kat rumah awak.." aku memberi cadangan.


"Boleh..awak nak datang sendiri ke nak saya ambik..?" tanya malis pula.


"Saya datang sana la..kang saya halo awak.." jawabku.


"Ok baik..baik..baik.." jawab Malis dalam nada berlawak lalu meletakkan telefon.


Selepas solat maghrib, aku bersiap-siap untuk ke rumah Malis. Kebetulan pula Alin menghubungiku dan dia juga ingin turut serta dan akan mengambilku di rumah menggunakn keretanya.


"Li..awak cuba tengokkan rumah saya ada lagi tak benda tu..?" tanya Alin semasa berada di dlm kereta. Ketika itu kami sedang menuju ke rumah Malis yang terletak di Puchong Perdana.


Aku menajamkan zikirku. Selang beberapa saat, aku telah sampai di depan rumah Alin. Kelihatan dua susuk lembaga sedang mencangkung di depan pintu rumahnya. Salah seekor darinya mempunyai telinga yang panjang hingga mencecah lantai.


"Hmm..jantan.." bisik hatiku tatkala melihat lembaga yang bertelinga panjang itu.


Manakala seekor lagi memiliki buah dada yang melayut hingga ke paras pusat. Tentu itu yang betina. Kedua-dua lembaga tersebut duduk mencangkung di depan pintu rumah Alin. Aku mendekati kedua-dua lembaga tersebut. Mereka tida menyedari akan kehadiranku dari belakang.


"Ehemmm..." aku cuba menarik perhatian mereka.


"Grrrrr....!!!!.." lembaga tersebut memandangku dengan bengis sambil mengeluarkan bunyi yang aku sendiri tidak dapat menerangkannya. Matanya merah menyala dan menyerigai memandangku.


"Cehh..aku ingat nak kejutkan dia..rupanya dia tak terkejut lak.." bisik hatiku.


Salah seekor darinya cuba menerkamku. Aku tidak berganjak. Aku menarik nafas panjang dan menguatkan lagi zikir di dalam hati. Tatkala terkaman lebaga tersebut menghampiri dadaku, aku melepaskan nafas perlahan-lahan.


Mungkin lembaga tersebut merasai sesuatu, lalu menghentikan langkahnya. Aku memandang tepat ke arah kedua-dua lembaga tersebut. Perlahan-lahan lembaga tersebut berundur kebelakang.


"Pergi..jangan dekati rumah ini lagi.." aku memberi amaran kepada kedua-dua lembaga tersebut. Akan tetapi aku tidak mengherdiknya. Sebaliknya aku berkata dengan lembut sambil melemparkan senyuman.


Setelah memberi amaran kepada lembaga tersebut, aku menarik semula nafasku dan melepaskannya perlahan-lahan.


"Hmm..ada dua ekor..tapi dia tak leh masuk rumah..takde apelah tu.." kataku kepada Alin. Ketika itu aku telah kembali semula ke jasadku.


"Awak ada cuba halau dia tak..? Dia nak apa sebenarnya..? " tanya Alin. Terpampang kegelisahan diraut wajahnya.


"Saya tak kisah..tapi saya risau anak bini saya je.." sambungnya lagi.


"Hmm..malam sikit saya tengok-tengok kan..lepas.." kataku.


Alin mengangguk tanda setuju. Kami diam seketika kerana kereta Alin telah menghampiri pondok jaga rumah Malis.


"Kriiiinnnngggggg...""..telefonku berbunyi. Aku melihat nama pemanggilnya.


"Malis call.." kataku kepada Alin.


"Ye bang..kitorang dah sampai bawah dah ni.." aku menjawab sebelum dia berkata apa-apa. Lalu aku meletakkan telefon.


Rumah Malis berada di tingkat 3. Dia membeli rumah Apartment yang agak mewah bagiku.


"Assalamualaikum.....!!


"Wa'laikumussalam...masuk la..." Malis menjengah pintunya yang sedia terbuka.


Tatkala aku melangkah masuk ke dalam rumahnya, keadaan yang aman bertukar serta merta. Angin bertiup kencang. Kedengaran satu suara menderam yang meremangkan bulu romaku. Namun keadaan itu hanya aku seorang sahaja yang merasainya.


Aku tidak menghiraukan perubahan yang terjadi. Aku terus duduk bersila dan menghirup kopi yang dihidangkan oleh isteri Malis tanpa dijemput. Sememangnya aku sudah biasa dengan ahli keluarga Malis. Mereka semua seperti keluargaku sendiri. Sebab itu aku terus menhirup kopi yang disediakan tanpa dijemput.


"Ada rasa li.." tanya Malis menyenak lamunanku.


"Hmm.." itu sahaja yang terkeluar dari mulut ku..


"Relax dulu la..kita minum-minum, makan-makan, baru buat..lagipun anak awak tak tido lagi..bukan apa..nanti diorang takut lak.." terangku kepada Malis.


Malis memandang isterinya.


"Bawak anak-anak masuk bilik dulu ngah..bagi diorang tido.." Malis memberi arahan kepada isterinya. Memang dari sebelum berkahwin lagi dia memanggil isterinya dengan gelaran Angah.


"Haaa..jom semua ikut ibu..kita main dalam bilik..bagi ayah borak ngan kawan-kawan.." kata isteri Malis kepada dua orang anaknya.


Kedua anak Malis masih lagi kecil. Yang sulung perempuan bernama Wardina. Baru berusia 4 tahun. Manakala yang bongsu lelaki berana Arfan. Baru berusia 2 tahun. Kedua-duanya amat comel sekali.


"Ada sediakan barang yang saya nak..? tanyaku kepada Malis.


"Ada..kapas..botol livita dengan pen marker kan..? tanya Malis kembali.


"Yup..ada..? aku bertanya semula.


Malis bergegas ke arah dapur rumahnya. Selang beberapa saat, dia kembali dengan membawa barang-barang yang diminta.


Aku mencapai botol livita yang diberi. Sambil memandangke arah botol itu, aku menguatkan lagi cahaya zikirku. Ku buka penutupnya. Lalu aku mencapai penmarker dan menulis kalimah di belakang penutup botol itu.


"Tolong bubuh air paip sikit dalam botol ni..dalam suku je cukup.." pintaku kepada Malis.


Malis segera mencapai botol tersebut lalu bergegas ke dapur. Selang beberapa minit Malis kembali ke ruang tamu dengan membawa botol yang telah diisi air.


"Cukup...? tanya Malis sambil menunjukan botol kepada aku.


Aku hanya mengangguk sahaja. Aku mencapai pen marker dan penutup botol. Aku menguatkan lagi zikirku dan menulis wafak dibawah penutup botol tersebut. Lalu alu meletakkannya bersebelahan dengan botol tadi.


"Saya nak mintak tolong sikit ni..sorang kena pegang botol dengan penutup ni sekali..bila saya hentak tangan ke lantai, terus tutup botol ni.."pintaku kepada Malis dan Alin.


"Biar saya buat.."sahut Malis lantas mengambil botol dan penutupnya sekali.


Aku mengangguk sahaja. Aku menguatkan lagi zikirku dan menulis sesuatu di atas lantai. Lalu kugariskan lantai dengan ibujariku. Aku memerhati sekeliling dan menajamkan mata hatiku.


"hmmm..dah terlalu lama kau kat sini..dari kawanku tak kawen sampai dia dah ada anak dua..dah tiba masanya kau pergi.." kataku tatkala melihat susuk lembaga wanita di dalam bilik utama Malis.


"Ini rumah aku...!! anak aku nak main kat sini..korang semua yang patut pegi...!!!"herdik lembaga wanita itu.


Matanya merah menyala. Mungkin kerana terlalu marah. Namun dia tidaklah mengerikan. Dia hanya memakai kain batik dan baju kurung lama berwarna pink cair. Kepalanya dibalut dengan kain batik juga dan dibentuknya balutan kepala itu. Laksana orang minang. Atau lebih tepat lagi pakaian tradisi Negeri Sembilan. Namun disebelahnya terdapat satu susuk lembaga seperti toyol. Mungkin anaknya atau belaannya. Lembaga kecil tersebut memegang sebiji bola.


"Kalau begitu, aku terpaksa berkeras.." kataku lembut.


"Astagfirullah hal azim...."aku memulakan zikirku.


Aku mengangkat kedua tanganku dan menghalakannya ke arah kedua-dua lembaga tersebut. Apabila melihat tindakkanku itu, lembaga perempuan itu melarikan diri.


"Huuuuu...!!!!"aku melepaskan nafasku. Serentak aku melancarkannya ke arah lembaga kecil yang memegang bola tadi.


Satu cahaya keluar dari tanganku dan meluru ke arahnya dengan sepantas kilat. Lembaga kecil itu tidak sempat mengelak. Lalu cahaya tersebut tepat mengenai dadanya. Lantas lembaga kecil itu menjadi kaku.


"Arrrrggggghhhhhhh.....!!!! Tolong makkkkk...!! lembaga kecil itu menjerit-jerit meminta tolong.


Aku tidak menghiraukan jeritannya. Aku menguatkan lagi zikirku. Aku menarik semula cahaya zikir tadi. Secara tidak langsung, lembaga kecil tadi turut mengikut cahaya tersebut.


"Hmm..dia dah masuk perangkap.." bisik hatiku..


Aku menguatkan lagi tenaga zikirku. Lalu aku menarik dengan sepenuh hati cahaya zikir tersebut. Sehingga keseluruh cahaya itu berada di dalam gengaman tanganku.


"Lepaskan anakku bedebahhh.!! terdengar suara lembaga perempuan dari arah belakangku. Aku tidak menghiraukannya. Aku tahu, dia tidak mampu mendekatiku di dalam keadaan tubuhku diselubungi cahaya zikir. Aku meneruskan tugasku.


Setelah kesemua cahaya zikir tadi masuk ke dalam tanganku, aku segera menghalakan gengaman tanganku ke arah botol. Lalu ku masukkan cahaya tersebut ke dalam botol.


"Pappp...!! aku menepuk lantai.


Dengan sepantas kilat Malis terus menutup botol tersebut.


"Selesai sekor..ada sekor lagi je.." ujarku kepada Malis.


"Macam mana nak buat tu..?" tanya Malis.


"Nanti saya uruskan.." kataku dengan penuh yakin.


Aku menajamkan zikirku. Kelihatan lembaga perempuan tadi sedang menyorok di dalam bilik kedua rumah Malis.



"Sekarang, tiba masanya kau pula kukurung.." ujarku dengan nada yang tegas.


"Tolonggg....jangan kurung aku..aku pergi dari sini..tolong..aku takkan datang lagi ke sini.." lembaga perempuan itu merayu sambil menangis.


"Hmm...kiranya kau kembali, nasibmu juga akan jadi seperti anakmu.." ujarku dengan nada yang tegas lagi.


"Pergiii...!! aku mengherdik. Serentak dengan itu, lembaga perempuan itu menghilangkan diri.


Aku menarik nafasku dan memulihkan semula tenagaku yang banyak kehabisan.


"Botol tu nanti campak dalam lombong atau sungai.." ujarku kepada Malis.


"Tanam tak boleh ke..? kenapa mesti buang dalam laut atau sungai...?" tanya Malis.


"Hmm..kalau ikut kata guru, bila kita buang dalam sungai atau dalam air, ilmunya akan tawar.." terangku.


Alin dan Malis mengangguk tanda faham.


"Habis tu..rumah saya ni dah ok ke ni..? tanya Malis lagi.


"Insya Allah..kalau dia ada gangguan lagi, bagitau lah.." jawabku agak ringkas.


Kami berbual panjang pada malam itu. Sehinggakan tidak sedar subuh telah menjelma. Setelah melakukan jemaah subuh, aku dan Alin beredar.


"Li..saya pelik la..macam mana awak boleh nampak semua tu..padahal saya dah lama belajar dengan guru..tapi saya dapat rasa je..kalau nampak pun kabur.." tanya Alin ketika berada di dalam kereta. Ketika itu kami sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.


"Hmm..saya dapat tengok bukan sebab belajar dengan guru..tapi memang saya dapat semua ni masa saya belajar ilmu jin dulu tu..yang saya dah buang tu.." terangku.


"Sampai sekarang ..walaupun dah buang..tapi saya boleh nampak lagi..anugerah.." terangku lagi.


Alin mengangguk-angguk kan kepalanya tanda faham apa yang aku cakapkan.


Aku hanya memandangnya. Tiba-tiba, fikiranku melayang-layang mengingati kisah lalu. Waktu itu aku baru nak berjinak-jinak dengan ilmu keduniaan ini.


Bresambung....
Read More…

Sabtu, 25 April 2009

Di manakah Hati Anda Berada

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha penyayang, Allah sayangkan sekelian hamba-hambaNya.

Tatkala tersentak hati kita mengetahui bahawasanya Allah sayangkan sekelian hamba-hambaNya, pelbagai-bagai rumusan yang dapat kita buktikan melalui daya pemikiran dan ilmu yang ada. Tetapi, sejauh manakah kita memahami dan menghayatinya. Adakah di dalam hari-hari yang kita lalui, jiwa kita sentiasa dengan Allah atau sebaliknya.

Mari kita kaji...(secara kasar)

Satu hari kita diberi masa 24jam. Bersamaan dengan 1440minit.
Kita ambil maslahah hidup kita dalam satu hari. Adakah dunia dan akhirat seimbang seperti yang kita sangka-sangkakan atau sebaliknya.

Solat Subuh.
05.00am-07.00am=120minit
-bermakna dalam 120minit ini kita meningati Allah.

07.00am-13.00pm=360minit
-waktu ini mungkin ada yang pergi kuliah, atau bekerja, atau cuti. Sementara menunggu waktu solat zohor tiba, kita mempunyai 360minit. Dalam masa ini kita berbual, makan, berlari, qada' hajat, ketawa, mendengar lagu, belajar dan sebagainya. Pelbagai-bagai aktiviti yang kita lakukan. Adakah kita ingat akan Allah sepertimana Allah sedang mengingati kita dan menyayangi kita pada waktu ini. Kita ambil secara purata kita mengingati Allah dalam waktu ini sebanyak 100minit dan selebihnya kita terleka seketika.
-Bermakna jumlah kita meningati Allah sekarang adalah 120minit(waktu subuh)+100minit(sementara menunggu zohor)=220 minit kita meningati Alah setakat ini dan 260 minit lagi kita leka.

13.00pm-14.30pm=90minit
-waktu ini kita solat dan bertasbih meningati Allah(secara kasar)
-bermakna Jumlah kita meningati Allah sekarang adalah 220+90=310minit dan leka 260minit.

14.30pm-16.00pm=90minit.
-mungkin pada waktu ini ada yang menyambung pelajarannya atau ada yang tidur untuk menenagkan fikiran dan ada juga sedang berhibur dan sebagainya. Secara kasar kita meningati Allah 30minit dan mungkin tiada langsung.
-bermakna jumlah kita meningati Alah adalah 310+30=340minit. Manakala 260+60=320minit lagi kita leka seketika.

16.00pm-17.30pm=90minit.
-kita solat asar dan sedang meningati Allah.
-bermakna jumlah kita meningati Allah setakat waktu ini ialah 340+90=430minit.

17.30pm-19.00pm=90minit.
-waktu ini mungkin ada yang berehat dan mungkin ada yang bersukan. Kita anggarkan waktu ini kita meningati Allah dalam waktu ini selama 30minit.
-bermakna jumlah kita meningati Allah sekarang adalah 430+30=460minit. Manakala 320+60=380minit kita leka seketika.

19.00pm-21.30pm=150minit.
-secara kasar waktu ini kita solat maghrib dan solat isya'. Kita berzikir atau membaca Alquran atau mendengar ceramah dan sebagainya sementara menunggu waktu isya'. Dan boleh dikatakan waktu ini kita masih meningati Allah.
-bermakna jumlah kita meningati Allah adalah 460+150=610minit kita telah meningati Allah setakat ini dan 380minit kita leka. seketika.

21.30pm-05.00am=450minit
-mungkin pada waktu ini ada yang tidur atau merehatkan diri. Atau mungkin ada yang study. Atau mungkin ada yang solat tahajjud. Atau mungkin ada yang sedang berborak dan ketawa riang sambil mendengar lagu. Secara kasar kita ambil pada waktu ini kita meningati Allah 150minit. Dan selebihnya kita leka.
-bermakna jumlah kita meningati Allah telah mencecah 610+150=760minit. Manakala 380+300=680minit lagi kita leka.

Ini bermakna di dalam satu hari yang kita lalui:
-760minit kita meningati Allah dan;
-680minit kita telah leka.

Persoalannya, adakah kita seperti yang kita sangkakan atau sebaliknya..?

Adakah kita benar-benar meningati Allah lebih banyak pada satu hari yang kita lalui atau sebaliknya..?

Adakah kita telah mencuba yang terbaik...?

Adakah kita dipihak yang benar untuk menegur antara satu sama lain dengan jumlah yang kita miliki...?

Setiap nafas yang kita hembus menandakan Allah masih meningati kita dan menyayangi kita dengan memberi kita rezeki bernafas dan bernyawa untuk menikmati dunia yang disediakan untuk kita. Adakah setiap nafas itu pula kita meningati dan menyayangiNya seperti mana Dia...? Dan adakah kita mencuba yang terbaik dan sedar akan diri kita..?

Dalam satu minit yang kita tempuhi berapakah jumlah nafas yang Allah berikan kepada kita dan berapa pula jumlah yang kita pulangkan kepadaNya tanda syukur..?

Nabi Isa a.s berkata:

"dunia ini umpama 3hari, 3 saat dan 3 nafas."

3 hari
-1 hari semalm yang mana kamu tidak akn kembali padanya walau apapun terjadi.
-1 hari besok yang kamu tidak tahu samaada kamu dapat menghadapinya.
-1 hari yang kamu sedang berada ditengah2nya. Maka gunakanlah sebaik2nya.

3 saat
-1 saat yang berlalu yang kamu tidak dapat kembali kepadanya.
-1 saat yang kedepan yang belum tentu kamu dapat mengdapinya.
-1 saat yang mana kamu berada didalamnya. jadi gunaknlah saat itu untuk kamu meningatinya.

3 nafas
-1 nafas yang berlalu yang kamu tidak dapat kembali padanya.
-1 nafas yang kedepan yang belum tentu kamu dapat menikmatinya.
-1 nafas yang kamu sedang berada didalamnya. jadi gunakanlah setiap nafas yang kamu hirup untuk meningatinya.

Di manakah hati kita berada di dalam satu hari yang kita lalui...?

Maaf kiranya mengelirukan dan menyinggungkan.

Sebelum kita memberi jawapan dan membuat kesimpulan, renungkan semula adakah jawapan dan kesimpulan tersebut berdasarkan ilmu atau kita mengeluarkan fakta berdasarkan nafsu yang mengatakan kita dipihak yang benar..

Kita dan Allah sahaja yang tahu akan diri kita.

Adakah kita telah bersedia menemui ajal pada hari ini..?

Adakah cukup segalanya untuk dipersembahkan kepada Allah..?

Di manakah hati kita berada pada hari ini...? Adakah bersamaNya atau sebaliknya..?

*Sekadar cetusan.
*Fakta di atas hanya sekadar kesimpulan yang dibuat secara kasar sahaja. Terpulanglah pada kita untuk menilai diri kita sendiri berdasarkan hari yang kita lalui.

Walahu A'lam

Read More…

Sabtu, 18 April 2009

Penunggu Rumah Bhg:3- 7 Keturunan Panglima Hitam




"Oiii...!! Jauh menung tu..ingat awek ke..? sergah Malis sambil tersengih-sengih.

Aku tersentak seketika. Hilang lamunanku tentang 7 Keturunan Panglima Hitam. Aku memandang guruku. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Sekali sekala, matanya kelihatan berkerut-kerut. Dia memandang Abang Hamdan dari atas ke bawah berkali-kali seolah-olah mencari sesuatu. Dia menyingsing kain pelikat yang dipakai oleh Abang Hamdan hingga ke paras lutut.

Aku hanya memerhatikan gelagat guruku. Keadaan menjadi sunyi seketika. Semua yang ada memerhatikan sahaja apa yang dilakukan oleh guru. Selang beberapa minit, terdengar rintihan dari mulut Abang Hamdan. Aku menajamkan lagi penglihatanku. Kelihatan satu cecair hitam mengalir disaraf bahagian kirinya. Cecair itu mengalir dari kaki naik ke kepala Abang Hamdan.

"Hmm..ini bukan buatan orang je..rupanya ada ilmu yang memakan diri.." hatiku membuat kesimpulan.

Tiba-tiba angin bertiup kencang di luar rumah Abang Hamdan. Aku segera menoleh ke luar rumah untuk melihat apa yang terjadi. Dalam masa yang sama, guruku juga menjengah ke arah luar. Rakan-rakan yang lain juga turut menjengah untuk melihat apa yang ditenung oleh aku dan guru. Akan tetapi, kejadian itu hanya dapat dilihat oleh aku dan guru sahaja. Mereka terpinga-pinga kehairanan.

Alin memandangku sambil mengangkat-angkat kepalanya seolah-olah bertanya apa yang terjadi. Aku hanya tersenyum sambil memandang guruku. Guruku tidak menghiraukan apa yang ada diluar rumah. Sebaliknya meneruskan tugasnya.

Sementara itu diluar rumah muncul satu susuk lembaga yang menyerupai manusia. Lembaga itu memakai baju silat berwarna hitam. Wajahnya amat serius sekali. Dia merenung tajam ke arah guruku sambil berpeluk tubuh. Ada sesuatu yang tidak disenanginya.

"Melayu bukan sebarang melayu..berpantang maut sebelum ajal..Jangan masuk campur..ini antara kami berdua.." ujar lemabaga manusia itu dengan nada yang serius.

Guruku masih meneruskan kerjanya. Dia langsung tidak menghiraukan amaran yang diberi oleh lembaga manusia itu. Lembaga manusia itu merenungku pula. Berkerut-kerut wajahnya seolah-olah meningati sesuatu. Aku hanya memandang dan tidak berbuat apa-apa. Semuanya kuserahkan kepada guru untuk menguruskannya.

"Nampaknya tuan hamba juga berada di sini.." kata lembaga manusia itu kepadaku sambil tersenyum sinis. Aku hanya mendiamkan diri. Malas aku melayaninya. Sementara itu, guru masih lagi meneruskan kerjanya. Kelihatan mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Kemudian guru mencucuk lutut kiri Abang Hamdan dengan jari telunjuknya. Satu cahaya putih yang kecil keluar dari jarinya dan masuk ke dalam lutut Abang Hamdan. Cahaya itu mengalir ke dalam saraf yang terkena bisa. Bergegar-gegar cahaya itu apabila bertembung dengan bisa yang ada di dalam saraf Abang Hamdan. Sedikit demi sedikit cahaya itu menolak bisa yang ada dari atas ke kaki Abang Hamdan.

Abang Hamdan mengeluh kesakitan. Sementara itu guruku menambahkan lagi cahaya dan menolak bisa yang masih ada. Abang Hamdan mengaduh kesakitan. Setelah cahaya putih itu berjaya mengawal saraf yang mengandungi bisa, guruku mengembangkan tapak tangan kanannya. Dihalakan tapak tangannya ke arah kaki Abang Hamdan. Cahaya putih itu bergegar kembali. Kali ini asap hitam mula keluar dari saraf-saraf yang rosak akibat terkena bisa. Asap itu terus menuju ke tapak tangan guruku. Rupa-rupanya, guruku sedang cuba menyedut bisa yang ada di kaki Abang Hamdan.

Kira-kira beberapa minit kemudian, guruku berhenti. Peluh mula membasahai wajahnya.

"Tengok ni.." kata guruku sambil menunjukkan tapak tangan kanannya.

"Uhh..!! Malis tergamam.

Tapak tangan guruku menjadi hitam. Bisa yang ada di kaki Abang Hamdan telah hampir habis disedutnya. Kami melihat-lihat tapak tangan guru. Kali ini semua orang dapat melihatnya dengan jelas sekali.

"Abang tengok ni..bisa yang dihantar..memang orang ni nak bagi abang mati.." terang guruku kepada Abang Hamdan.

"Yang buat abang ni bukan sorang..tapi 3 orang..memang nak bagi padam terus ni.." sambung guruku lagi sambil menunjukkan tapak tangannya kepada Abang Hamdan. Abang HAmdan memandang tapak tangan guruku sambil menggeleng-geleng kepalanya.

Setelah semua melihat tapak tangannya, guru lantas memejamkan matanya. Selang beberapa saat, asap hitam keluar dari tapak tangannya dan hilang di udara sedikit demi sedikit. Tapak tangan guru menjadi merah seperti sediakala. Dia memandang ke arah luar rumah. Seluruh badannya diselaputi cahaya berwarna putih.

Sementara itu, lembaga manusia tadi masih berada diluar melihat apa yang dilakukan oleh guruku. Dia masih berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. Aku hanya memandang dan menunggu apa yang akan terjadi. Ada sesuatu yang dibualkan oleh guru dengan lembaga manusia itu.

"Hamba akan kembali..Panglima Utama.." kata lembaga hitam itu dengan nada yang serius. Kemudian lembaga itu terus hilang.

Aku memandang guruku. Dia hanya tersenyum memandangku. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku sedang fikirkan. Fikiranku agak berserabut ketika itu.

"Hari ni kita buang bisa je dulu..tapi tak boleh buang habis..nak kena cari telur itik 7 biji..limau nipis tujuh biji.." kata guruku kepada Abang Hamdan.

"Lin..besok ko carikan telur itik dalam 7 biji untuk Abang Hamdan.." guruku memberi arahan kepada Alin. Alin mengangguk tanda faham.

"Macam mana rasa bang.." tanya guru kepada Abang Hamdan.

"Dah ok sikit..tadi sakit-sakit macam ada pisau kat dalam kaki.." jawab Abang Hamdan.

"Hari ni saya tengok sikit-sikit je dulu..lagi 3 hari saya datang balik..nanti saya call dulu sebelum nak datang.." kata guruku kepada Abang Hamdan.

Abang Hamdan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

"Eh..jemput-jemputlah minum..makan la kuih tu.." pelawa Abang Hamdan kepada kami. Wajahnya agak ceria dari sebelumnya.

Kami berborak agak lama selepas itu. Lebih kurang pukul 1 pagi, kami pun minta izin beredar dari Abang Hamdan.

"Li..kau dah tengok macam mana aku buat..?" tanya guru kepada aku. Semasa di dalam kereta.

"Tengok bang..saya paham dah sikit-sikit.." jawabku.

"Kau kena ingat.."hu" untuk sakit dan organ dalaman dan sihir..selawat dan fatihah untuk darah dan roh dan emosi.." terang guruku.

"Hmm..saya paham bang..nanti saya cuba lak.." ujarku sengan penuh yakin.

Malam itu banyak yang aku belajar dari guru. Sampai sahaja di rumah aku terus mengambil buku catatanku dan menyalin semula apa yang diajar oleh guru sebentar tadi. Setelah mencatat dan mengkaji serba sedikit, akupun baring untuk melepaskan penat seketika. Waktu itu sudah hampir pukul 4 pagi. Aku teringat akan Panglima Hitam yang aku jumpa sebentar tadi. Fikiranku mula melayang semula meningati nostalgia lama.

Sembilan tahun yang lalu....

Ketika itu aku sudah mencapai usia remaja. Dan boleh juga dianggap sudah dewasa dan lebih matang. Ilmu yang kutuntut juga telah banyak menunjukkan kemajuan. KIni aku telah mempunyai 5 orang guru. Malah, aku juga baru sahaja turun dari Gunung Ledang untuk menambahkan lagi ilmu di dada. Kira-kira 6 hari aku duduk bertapa di sana. Berbagai-bagai dugaan yang aku tempuhi sepanjang pertapaanku. Banyak juga ilmu yang ku pelajari. Kini, aku pulang semula ke rumah dengan membawa satu azam baru. Aku ingin meyampaikan ilmu yang kumiliki pada kawan-kawanku. Biar semua orang-orang kampung memiliki kelebihan yang luar biasa. Senang sikit kiranya terjadi apa-apa kelak.

Mengimbas kembali pengalamanku di Gunung Ledang, telah menjadikanku lebih matang dalam menggunakan ilmu. Aku tidak lagi menggunakan ilmuku sesuka hati. Aku lebih berhati-hati. Kali ini aku baru sahaja habis menuntut ilmu Enam Jadian di atas Gunung Ledang. Dengan ilmu ini aku mampu menukarkan bentukku kepada enam jenis binatang yang aku pilih. Harimau, Merak, Monyet, Ular, Buaya Putih dan Helang. Aku juga dibekalkan dengan sehelai kain hitam yang mengikuti ke mana sahaja aku pergi. Kain hitam ini akan muncul melayang kepadaku jika aku menyerunya.

Aku juga lincah bersilat. Aku boleh mengeluarkan seni silat dengan hanya niat di dlam hatiku sahaja. Apa sahaja silat mampu aku lincahkan dengan menyebut namanya sahaja. Ini kerana aku telah tamat di dalam Ilmu Gerak Angin ku.

Semuanya atas jasa Tok Sibir yang telah banyak mengajar aku sehingga mencapai ke tahap ini. Sudah agak lama aku tidak mengunjungi Tok Sibir. Ini kerana aku terlalu sibuk dengan ilmu baru. Namun ilmu yang lama tetap aku amalkan lagi seperti biasa. Sangkakala dan Bayan juga masih bersama-sama menemaniku ke mana sahaja aku pergi. Bukanlah aku seorang murid yang tidak mengenang jasa. Tetapi setiap ilmu memmpunyai amalan yang berlainan. Dan setiap amalan memerlukan masa yang amat ketat sekali. Tetapi kini, aku telah tamat di dalam Ilmu Enam Jadian. Jadi, dapatlah aku mengunjunginya nanti. Terasa rindu pula dihatiku.

Selang beberapa minggu aku berada dirumah, pada satu malam, aku di datangi oleh Tok Sibir.

"Cu..ada sesuatu yang telah terjadi..seluruh lapisan kayangan telah huru hara...ada rampasan kuasa yang diketuai oleh Setan Hitam yang telah berkomplot dengan bendehara Sultan Megat Iskandar iaitu Bendehara Megat Tun Rawing.." Tok Sibir bercerita dengan panjang lebar. Aku hanya tekun mendengarnya.

"Jadi tuk..apa yang mampu saya lakukan..? tanyaku.

"Sultan Megat Iskandar Memanggil cucu mengadap baginda sekarang juga.." ujar tok Sibir.

Aku tergamam seketika. Tidak pernah aku menduga bahawa aku akan dapat berjumpa dengan baginda. Sememangnya aku teringin sekali berjumpa dengan baginda.

Malam itu aku melayang ke kayayangan 9. Sesampainya aku di sana aku disambut oleh 5 orang pengawal. Setiap pengawal menunggang seekor harimau yang amat besar sekali. Kira-kira sebesar sebuah rumah banglo. Harimau itu berwarna warni dan warnanya berkilauan.

"Inilah ibu bangan..spesis harimau dari spesis bunian.." tiba-tiba Tok sibir bersuara memecah kebuntuanku.

"Atuk boleh temankan cucu sampai sini sahaja...jaga diri cucu ye.." kata Tok sibir lagi.

"Baiklah tuk..Assalamualaikum.." ujarku.

"Hmm..waalaikumussalam.." jawab Tok Sibir lalu hilang dari pandangan.

"Mari tuan hamba..baginda sedang menunggu.." kata salah seorang dari pengawal.

"Baiklah.." kataku pula. Macam zaman hang tuah pula rasanya. Kerana bahasa yang digunakan oleh mereka seperti manusia zaman dulukala.

Sesampainya aku di istana aku ditinggalkan oleh pengawal tersebut. Manakala ada beberapa pengawal yang lain datang menjemputku. Aku dipelawa masuk ke istana. Ketika melangkah masuk ke dalam istana aku menjadi terpegun seketika.

"Uiii...!! Cantiknya..." bisik hatiku. Aku terpesona seketika. Sungguh indah istana yang dibina. Di dalamnya terdapat banyak tiang-tiang yang diperbuat dari emas dan diukir dengan kalimah-kalimah suci Al-quran. Setiap ukiran dihiasi dengan batu zamrud dan batu permata. lantainya juga bersinar-sinar seolah-olah ada air yang jernih di dalamnya. mungkin dari kaca yang tebal. Aku pun tak pasti. Kelihatan beberapa gadis-gadis yang cantik paras rupanya berlegar-legar melakukan kerja masing-masing. Ada yang sedang membersihkan ukiran-ukiran. Ada juga yang sedang membawa makanan. Sungguh cantik dan manis raut wajah mereka. Tidak pernah aku melihat kecantikkan seperti mereka di alam nyata.

Aku terus mengekori langkah pengawal-pengawal yang menjemputku. Mataku terlalu sibuk memandang sekelilingku. Keris-keris, pedang-pedang yang cantik dan pelbagai-bagai hiasan purba menghiasi ruang-ruang istana.

"Silakan tuan hamba..silakan masuk.." kata salah seorang pengawal itu kepadaku. Langkahku terhenti seketika. Di depanku ada satu pintu yang besar sekali. Lebih kurang 3 kali ganda dari pinti biasa. Di depan pintu itu terpacak dua orang pengawal yang bengis. Mereka memakai baju laksana pahlawan dari jawa. Bajunya berkilau-kilau seperti dihiasi permata. Pengawal itu membuka pintu lalu memberi isyarat agar aku masuk ke dalam.

Setelah pintu dibuka, aku terpegun sekali lagi. Satu ruangan yang besar dan lebih indah dari ruangan-ruangan yang aku lalui sebentar tadi. Di dalamnya kelihatan satu susuk tubuh yang sedang duduk di atas sebuah kerusi. Tiada orang lain selain dia. Aku memandang pengawal pintu tadi. Mereka melutut dan memberi penghormatan.

"Ah..mungkin inilah Sultan Megat iskandar.." bisik hatiku. Aku juga turut melutut dan memberi sembah.

"Rupanya inilah anak didik panglima sibir..betalah sultan Megat Iskandar.." kata baginda.

Pintu ditutup. Kini hanya aku dan baginda sultan sahaja berada di dalam bilik itu.

"Sejak kebelakangan ini, kerajaan kayangan telah menjadi huru-hara akibat onar dari Setan Hitam dan Bendehara beta sendiri Megat Tun Rawing.." baginda memulakan cerita.

"Tongkat kebesaran beta juga telah dicuri oleh bendehara dan sekarang ini berada di dalam genggaman Panglima Hitam..." sambung baginda dengan nada yang serius.

"Oleh kerana kamu adalah anak didik bekas panglima beta, maka beta memerintahkan kamu mencari tongkat kebesaran beta..nah..gunakanlah pedang ini..pedang ini adalah antara 13 pedang yang paling istimewa di dalam kerajaan kayangan...beta anugerahkannya kepada kamu.." kata baginda sambil menghulurkan sebilah pedang yang amat cantik sekali hiasannya.

Aku segera tampil kehadapan baginda dan menyambut pedang pemberiannya. Sungguh berat pedang itu.

"Mulai tika ini, beta memberi gelaran kepada kamu dengan gelaran Panglima Utama..dan kamu dibenarkan menggunakan setiap bala tentera yang ada di setiap lapisan kayangan..bawalah pedang itu ke mana sahaja kamu pergi, nescaya semua lapisan rakyat akan mendengar setiap bicaramu..." kata baginda lagi seolah-olah mengetahui apa yang tersirat di hatiku.

"Sekarang kamu boleh beredar.." kata baginda lagi sambil menepuk kerusi yang didudukinya.

Serta merta pintu terbuka. Aku mengangkat sembah dan berundur tanpa bersuara. Semuanya agak membingungkan. Setelah melangkah keluar dari pintu tersebut, pandanganku menjadi gelap gulita. Selang beberapa saat, keadaan menjadi cerah semula dan aku telah berada di dalam bilikku.

Aku memandang sekelilingku. Hmm..kali ini memang benar aku berada di dunia nyata. Pedang yang dianugerahkan masih berada digenggamanku. Kemudian pedang itu beransur-ansur hilang menjadi cahaya dan masuk ke dalam badanku. Badanku menjadi kebas-kebas seketika. Terasa sesuatu cecair yang sejuk sedang mengalir di dalam badanku. Aku merasa sungguh bertenaga pada malam itu.

Pada malam esoknya aku telah membuat persediaan untuk berperang. Sejak dari lepas isya lagi aku telah bersiap sedia dengan semua ilmu yang aku pelajari. LAlu aku mengarahkan kain hitamku untuk mengesan Panglima Hitam dan adik beradiknya.

Selang beberapa minit kain hitamku kembali dan meliliti kepalaku. Secara tidak langsung aku dapat merasai persembunyian Panglima Hitam dan adik beradiknya yang lain. Aku bergegas ke sana dengan membawa ke tiga-tiga ekor harimauku. Peperangan yang sengit pun bermula.

Hampir sebulan lamanya kami bertempur dan akhirnya aku berjaya merampas semula tongkat kebesaran Sultan Megat Iskandar dan membawanya ke kayangan untuk dipulangkan. Begitulah ceritanya aku mengenali 7 keturunan Panglima Hitam.

Sebenarnya di dalam kisah ini banyak perkara yang terjadi dan ceritanya amat panjang sekali. Tetapi sengaja aku ringkaskan kerana aku telah sedar bahawasanya semua yang terjadi hanyalah permainan jin semata-mata. Oleh itu kuringkaskan kisahnya untuk menjaga akidah para pembaca yang lain.

Sesungguhnya jin adalah jin manusia adalah manusia. Manusia disediakan alam yang nyata untuk dinikmati dan dijadikan tempat persinggahan sementara. Manakala jin pula mempunyai alamnya sendiri. Begitu juga dengan makhluk2 yanng lain, yang mana setiap darinya ada alam dan fitrahnya sendiri. Oleh itu, sebagai manusia, hakikat kita sebagai manusia hanyalah untuk beribadah kepada yang maha esa semata-mata.

Sebagai hamaba yang beriman, kita akan melalui pelbagai-bagai dugaan untuk menguatkan keimanan kita dan memahami diri kita sendiri. Allah menentukan ujian buat kita, tetapi kita yang menentukan jangka masanya. Kiranya kita menghadapinya dengan redha, insya Allah ujian akan berlalu dengan ringkas dan lancar. Namun, kiranya kita memberontak dengan ujian yang ada, maka ujian akan menjadi sukar dan berpanjangan.

Begitu jugalah yang terjadi kepada Abg Hamdan. Dia telah mendapat ujian yang amat sukar baginya. Namun Allah tidak akan menguji melebihi tahap kemampuan hambaNya. Setiap ujian pasti dapat dilepasi dengan mudah kiranya hamba bersifat redha.

Selang seminggu dari kejadian yang menimpa Abg Hamdan, kami datang semula ke rumahnya. Kali ini 7 biji telur itik dan tujuh biji limau nipis telah disediakan oleh Alin. Seperti biasa, sesampainya di rumah Abg Hamdan kami disambut mesra oleh isterinya yang peramah. Tetapi keadaan Abg Hamdan agak teruk dari sebelum ini.

"Masuklaaa...maaf..abg tak mampu nak bangun..dah tak larat sangat dah..nak solat pun tak dapat.." pelawa Abg Hamdan dengan nada suara yang amat sayu. Tergambar penderitaan yang dialaminya dari nada suaranya yang perlahan dan terketar-ketar.

Kami semua masuk ke dalam rumahnya dan bergilir-gilir bersalaman dengannya. Guru ku terus duduk di sisi Abg Hamdan dan melihat-lihat badannya Abg Hamdan. Berkerut-kerut dahinya. Sesekali matanya terbeliak seperti ada sesuatu yang amat mengejutkan. Namun tiada siapa yang tahu apa yang terjadi sebenarnya kecuali guru sendiri.


"Lin..mana barang-barangnya..?" tanya guru kepada Alin.

Alin merapati guruku lalu menghulurkan satu bungkusan plastik. Di dalamnya ada telur itik dan limau nipis seperti yang diminta oleh guru.

"Bang..bawak-bawak bersabar ye..ni semua ujian Allah.." Kata guru kepada Abg Hamdan.

"Sikit lagi kalau jadi apa-apa atau nampak apa-apa buat tak tahu je..ni dah teruk ni..kalau buat ni mau melambung-lambung ni kang..." sambung guru lagi.

"Tak kisahla Sa..asal baik..dapat solat pun dah cukup.." rintih Abg Hamdan.

Guruku mengambil tempat. Dalam masa yang sama aku merapati guruku dan duduk dibelakangnya untuk melihat lebih dekat apa yang akan terjadi.

Guru memandangku tanpa riak apa-apa. Dia membetulkan kedudukannya dan duduk seperti tahyat awal. Dia memandang susuk tubuh Abg Hamdan yang sedang berdepan dengannya.

Tiba-tiba suasana yang aman menjadi kelam kabut. Angin bertiup kencang diluar rumah Abg Hamdan. Keris-keris dan senjata-senjata lama yang berada di dlam rumah Abg Hamdan bergegar-gegar dan ada juga yang bersiul-siul. Namun situasi itu hanya dapat dikesan oleh guru, aku dan Abg Hamdan sahaja.

"Bismillahi..Allahhhhhuakbarrr...!! guruku memulakan tugasnya.

Dia menghalakan jari telunjuk kanannya pada susuk tubuh Abg Hamdan dan menulis sesuatu dari jauh. Terpancar beberapa kalimah yang bercahaya dari tulisan jarinya itu. Kemudian dia menolak kalimah yang ditulis dengan jari telunjuk itu ke arah susuk tubuh Abg Hamdan.

"Tummmm.....!!!!! terdengar satu hentakkan yang kuat tatkala kalimah itu memasuki ke dalam susuk tubuh Abg Hamdan. Kelihatan cahaya-cahaya kecil berwarna putih sebesar saiz nyamuk merayap-rayap diseluruh urat-urat badan Abg Hamdan. Dalam masa yang sama cahaya-cahaya itu menolak cecair-cecair hitam menuju ke arah umbun-umbun Abg Hamdan.

"Hmm..mungkin itu bisa yang dihantar.." bisik hatiku.

Selang beberapa saat, kelihatan seperti bayang-bayang hitam memenuhi ruang dada membawa kepada umbun-umbun Abg Hamdan. Guru lantas menghalakan tapak tanganya ke arah bayang-bayang hitam itu dari jauh. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.

"Ahhh....!!!!" jerit Abg Hamdan bila guru menghalakan tanganya ke badannya.

Keadaan menjadi huru hara seketika. Koleksi-koleksi keris kepunyaan Abg Hamdan bergegaran dan bersiulan. Keadaan rumah sungguh bising sekali. Kelihatan semua yang ada menjadi panik. Salah satu keris kepunyaan Abg Hamdan yang bernama Rjawali Putih kelihatan seolah-olah ingin keluar dari sarungnya.

"Li...!! Tahan keris tuuu..!! Jerit guru kepada ku.

Aku lantas bangun dan memegang keris Rajawali Putih tersebut. Kutekan pangkalnya sambil melancarkan zikir. Aku menajamkan mata hatiku. Kelihatan satu susuk lembaga berpakaian laksana pahlawan dari tanah Jawa sedang berdiri dan dikelilingi cahaya kemerah-merahan.

"Assalamualaikumm.." sapaku.

"Jangan ganggu urusankuuu...!!" herdiknya kepadaku sambil melepaskan satu jurus penumbuk yang mengeluarkan cahaya kemerahan dari jarak jauh.

Aku tidak berganjak. Sebaliknya terus mengukuhkan kedudukanku. Aku menarik nafas dan menongkat lidah kelangit. Aku menguatkan lagi zikirku.

"Tuuummmm...!!!" satu bunyi hentaman yang agak membingitkan kedengaran tatkala cahaya merah itu terkena tepat ke arah dadaku.

Aku masih lagi berdiri tegak tanpa berganjak.

"Jangan..aku terlalu sibuk untuk melayan kerenahmu..minggir...!!". herdikku kepada lembaga itu. Lantas aku melepaskan zikirku ke arahnya.

Lembaga itu cuba mengelak, namun sudah terlambat. CAhaya itu tepat mengenai dadanya dan dia terpelanting lalu tersungkur ke bumi.

Lembaga itu segera bangun dan duduk sepeti pahlawan. Darah menitis keluar dari mulutnya.

"Maafkan aku..jangan..aku banyak urusan lagi.." kataku kepadanya dengan agak lembut.

Lembaga itu menganggukkan kepala tanda faham. Aku lantas memasukkan semula keris tadi ke dalam sarungnya.

Sementara itu keadaan semakin tenang. Kelihatan Abg Hamdan tidak sedarkan diri. Aku memandang guruku sambil tersenyum. Sahabat-sahabat yang lain berpandangan sesama sendiri.

"Lin..ambik semua barang ni dan nanti buangkan ke sungai.." guruku memberi arahan kepada Alin.

Alin mengambil bungkusan yang diberikan padanya. Didalamnya terdapat telur itik dan limau nipis yang digunakan untuk mengubati Abg Hamdan.

"Tolong ambikkan air sikit.." guru memberi arahan kepada isteri Abg Hamdan pula.

Isteri Abg Hamdan lantas bergegas ke dapur dan kembali dengan segelas air ditangannya. Guru mengambil gelas tersebut dan membaca sesuatu. Lalu direnjisnya air ke wajah Abg Hamdan.

Selang beberapa saat Abg HAmdan membuka matanya. KElihatan wajahnya amat pucat sekali dan terpacul keletihan dari raut wajahnya.

"Macam mana bang..?" tanya guru kepadanya.

"Okalah sikit..sengal-sengal badan je..tapi sakit kat kaki dan dada dan hilang.." sahut Abg Hamdan dalam nada suara yang lemah.

Guru mengangguk tanda paham. Dia memejamkan matanya sambil membaca sesuatu. Mulutnyas kelihatan terkumat kamit. Sekali sekala dia menganggukkan kepalanya seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang.

"Hmmm..tengoklah dua tiga hari ni..kalau tak kebah jugak nanti bagitaulah.." kata guru kepada Abg Hamdan.

Setelah semuanya selesai, kami menikmati kopi yang dihidangkan oleh isteri Abg Hamdan. Enak sungguh kopinya. Pekat dan berlemak. Sesuai untuk mereka yang ingin berjaga malam. Kami tidak berada lama di situ. Dalam 20 minit kemudian kami pun meminta izin untuk beredar.

"Malis..minggu depan kita pergi rumah kau pulak..settlekan rumah kau.." guru memulakan cerita ketika kami semua telah masuk ke dalam kereta.

"Tula baang..asyik rumah diorang je..rumah saya bila lagi.." sahut Malis sambil tersengih-sengih.

Sudah agak lama rumahnya diganggu oleh penghuni yang tidak diketahui asal usulnya. Dari zaman bujangnya sehingga kini dia telah menerima dua cahaya mata.

"Kenapa dengan rumah kau..?" tanya Alin kepada Malis.

"Hantu minangkabau.." jawab malis tersengih-sengih.

"Li tahu lah..dia dah penah jumpa dulu..masa saya bujang dulu dia ada lepak rumah saya.." sambung malis lagi sambil memandangku tersengih-sengih.

Bersambung....
Read More…

Jumaat, 17 April 2009

Penunggu Rumah Bhg:2- Penunggu Jarum Mas


Kami pun melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan isteri Abg Hamdan sedang duduk menunggu sambil tersenyum. Berseri-seri wajahnya. Dari riak wajahnya terpancul ketenangan hatinya. Di sudut kanan ruang tamu, terhias beberapa bilah pedang dan sundang lama. Di tengah-tengah rumah pula terdapat dua aquarium. Tetapi yang lucunya, kedua aquarium tersebut tidak mengandungi air dan ikan langsung. Sebaliknya di dalam setiap satu aquarium tersusun beberapa bilah keris lama dan batu cincin.

"hehehe.." terasa lucu pula hatiku. Mana tidaknya, kebiasaan ikan yang dibela di dalam aquarium. Ini keris pula.

"Sekali keris daa..." kataku sambil tersengih-sengih pada Alin.

"Tula.." Alin juga tersengih-sengih.

Kami bersalam-salaman dengan Abang Hamdan. Kelihatan wajahnya sungul dan pucat. dia tidak mampu berdiri tanpa bantuan. Kakinya menjadi lemah dan sakit sekali.

"Maafla ye..susah betul nak bangun..kaki ni sakit betul..nak pijak lantai pun tak boleh..." kata Abang Hamdan. Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan. Disebelahnya tersandar tongkat berkaki tiga yang membantu dia berdiri.

Aku memandang kakinya. Zahirnya, tiada apa-apa yang kelihatan pelik. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Aku menjauhkan pandanganku. Kulihat saraf-saraf kakinya penuh dengan bisa. Malah, bisanya juga telah memakan separuh kiri badannya dan sudah menghampiri otak. Aku menguatkan lagi zikirku. Tiba-tiba pandanganku sampai pada sebuah satu kawasan perumahan. Di antara rumah-rumah tersebut, terdapat satu rumah yang agak menggerunkan. Langit kelihatang begitu gelap dan menggerunkan di atas rumahnya. Di atas bumbung rmah itu terdapat dua ekor penunggu yang sedang berkawal. Satu darinya memakai jubah berwarna hitam. Wajahnya agak cengkung. Misai dan janggutnya putih.


"Hmm..Panglima Megat Terawih dari Tujuh Keturunan panglima Hitam.." bisik hatiku.

Panglima Megat Terawih adalah abg ketiga dari Keturunan Panglima Hitam. Tujuh Keturunan Panglima Hitam adalah terdiri daripada jelmaan jin yang menguasai ilmu angin. Mereka ini kebiasaannya duduk di gunung-gunung di Malaysia dan Tanah Jawa. Mereka ini mempunyai ilmu persilatan yang tinggi.

Teringat aku ketika aku menuntut ilmu kayangan satu ketika dulu. Ketika itu umurku baru mencecah 16 tahun. Aku mempelajari Ilmu Gerak Angin di Bukit Beruang Melaka. Ilmu Gerak Angin adalah pecahan dari Ilmu Kayangan. Mengikut kepercayaan ilmu ini, kayangan mempunyai 9 lapisan. Setiap satu lapisan mempunyai sultan yang memerintah dan setiap lapisan kayangan mempunyai perkampungan yang banyak dan indah-indah belaka. Keadaannya seperti dunia pada zaman dahulu kala. Besar setiap lapisan sama seperti satu negeri Kelantan. Setiap lapisan memerlukan tahap ilmu yang berbeza untuk melepasinya. Lapisan yang kesembilan adalah lapisan yang tertinggi dan diperintah oleh Sultan Megat Iskandar. Baginda adalah sultan bagi seluruh sultan. Dulu aku sungguh percaya akan semuanya ini kerana aku telah melihat semuanya dengan mataku sendiri. Tetapi, setelah aku mempelajari selok belok agama dengan lebih mendalam, barulah kusedar yang semuanya hanyalah permainan jin semata-mata. Itupun setelah 12 tahun aku menuntut ilmu-ilmu ini, baru aku menyedari akan kesilapanku yang kuanggapkan menyukutukan Allah.

Aku diberikan seorang penjaga oleh guruku pada waktu itu. Penjaga itu bernama Tok Sibir. Umurnya telah mencecah 804 tahun waktu itu. Dia mendiami kayangan ketiga. Aku berguru dengannya selama 7 tahun. Dengan Tok Sibir Aku dibekalkan 2 ekor harimau sebagai penjaga aku kemana sahaja aku pergi. Pada awalnya aku tidak dapat melihatnya dan mendengar suaranya. Aku hanya dapat merasainya dengan angin yang sahaja. Tetapi, sesuatu telah terjadi dalam hidupku ketika aku berumur 16 tahun iaitu bulan Mac 93. Ketika itu aku baru berpindah dari sekolah agama kepada sekaloh vokasional. Selama 3 tahun aku bersekolah arab di Shah Alam. Jemu pula rasanya. Disebabkan itu aku meminta kepada ayahku agar ditukarkan kepada sekolah vokasional.

Di sekolahku terdapat banyak pokok Jarum Mas. Setiap petang pelajar-pelajar akan mengutip pokok itu dan dikumpulkan. Mengikut cerita mereka, pokok itu mampu menyembuhkan penyakit. Sejauh mana kebenarannya waktu itu, tidaklah dapat aku pastikan kerana aku tidak berminat dengan semua itu pada waktu itu. Sebaliknya aku sibuk melukis pelan sekolahku untuk mencari jalan keluar diwaktu malam. Aku mahu menjadi "runner" untuk membeli rokok dan sebgainya. Jadi aku perlukan pelan sekolah yang lengkap untuk merangka jalanku tanpa dikesan oleh pihak sekolah. Jadi aku tidak hiraukan tentang khasiat Jarum Mas itu.

Pada satu malam, blok asramaku menjadi gempar. Salah seorang pelajar lelaki yang sama kelas denganku dan sama dom(bilik) denganku telah dirasuk. Hantu yang merasuknya adalah hantu india yang mabuk. Ketika itu aku berada didepan dewan makan duduk melepak bersama beberapa rakanku. Aku bergegas ke domku. Walaupun aku juga terasa takut juga waktu itu.

Sesampainya aku di domku, kelihatan ramai pelajar sedang berkumpul. Aku pun mencelah-celah untuk pergi ke depan. Aku memandang rakanku yang sedang dirasuk. Dia sedang berbual-bual bersama rakan lain disebelahnya. Sungguh galak dia bercerita. Matanya kuyu. Bau arak sangat kuat sehingga aku dapat menghidunya dari jauh.

"Apek...!! Ko ok ke..? tanyaku kepada rakanku yang dikatakan dirasuk itu. Nama sebenarnya ialah Ridzuan. Kami memanggilnya Apek kerana wajahnya persis seorang cina. Dia menoleh memandangku.

"Tolonggg...!!! Tolong bos..!! jangan kasi bunuh sama saya..!!! jerit Apek sambil berlari menyorok dibelakang rakanku.

Aku tergamam seketika.

"Pelik..tadi elok dia berborak..nape tiba-tiba je.." bisik hatiku.

"Kenapa lu takut sama dia..? tanya salah seorang rakan domku.

"Tolong bos...!! Jangan makan saya..." rayu apek lagi. Dia masih lagi bersembunyi dibelakang rakanku.

"nape dia ni.." tanyaku kepada rakanku.

"Ni bukan Apek..ni Jaya..." terang Boyak. Boyak adalah sahabat karibku. Walaupun berlainan dom, tetapi kami begitu rapat sekali.

"Jaya...?" aku agak terkejut. Aku mula memahami situasi yang terjadi. Rupanya Apek telah dirasuk oleh hantu india yang bernama Jaya.

"Kenapa lu takut sama saya..." tanyaku kepada Jaya.

"Belakang lu ada itu kucing besar 2 ekor..dia mau makan saya..tolongla bos..jangan kasi dia dekat sama saya..tolong bos.." rayu jaya lagi.

Aku tergamam seketika. Aku masih tidak paham butir yang diperkatakan oleh Jaya.

"Kalau lu tak mahu keluar..gua suruh dia makan lu..!! cakar dia..!!" aku memberi arahan dalam nada bergurau.

Tiba-tiba, Apek menggelupur seperti ayam yang disembelih. Keadaan menjadi kabut seketika. Tidak lama kemudian, Apek pengsan.

"Eh..apa dah jadi ni.." suaraku sambil memandang rakan-rakan yang ada. Semua memandangku dengan wajah yang agak pelik.

Tiba-tiba Apek membuka matanya.

"Aduii...puyeng...terima kasih sebab ko selamatkan aku.." kata Apek sambil memeluk ku. Aku makin tidak paham.

"Nape Pek.." tanyaku kehairanan.

"Hantu tu ikat aku kat tangki air belakang..nasib baik Puyeng datang tolong aku.." terang Apek kepada kami. Aku menjadi bertambah pelik.

"Bila lak aku tolong kau..aku tak paham tul ko ni.." kataku kehairanan.

"Aku kena tangkap dengan hantu india. Perut dia buncit. Dia mintak balik pokok Jarum Mas dia yang aku petik...selagi tak pulangkan, selagi tu dia taknak lepaskan aku.." Apek memulakan cerita.

"Aku mintak tolong..takde orang dengar..pastu aku nampak puyeng datang bawak 2 ekor rimau..satu putih satu hitam belang putih..Puyeng yang selamatkan aku.." sambung Apek lagi.
Kini barulah aku paham semuanya. Rupanya Apek telah tersalah cabut poko Jarum Mas. Dia telah mencabut pokok yang didiami penunggu.

"Sekarang pun aku nampak lagi rimau tu kat belakang ko..ada sorang tua pakai jubah putih sekali.." Apek berkata sambil memandangku.
"Dia datang dari mana..?" tanyaku pada Apek.
"Dia suruh ko ambik air semayang..pastu dia suruh ko duduk bersila sambil baca zikir "Allahuakbar"..ko kena baca zikir tu sampai ko rasa badan ko sejuk macam air batu..nanti ko akan nampak dia.." jawab Apek.
Aku segera ke bilik air. Aku mengambil air sembahyang. Setelah selesai, aku terus menuju ke katilku. Katilku berada dihujung dom. Sangat dekat dengan pintu kecemasan yang sentiasa ku buka untuk mendapat angin luar diwaktu malam. Katilku setingkat sahaja berbanding yang lain. Aku tidak suka duduk katil dua tingkat. Jadi Aku mengasingkan tempat tidurku dan aku tanda kawasan aku sendiri. Sememangnya aku amat cerewet tentang kebersihan. Jadi aku lebih suka duduk seorang diri. Lagipun, tiada siapa yang berani tidur di sudut yang aku duduk sekarang ni. Kerana banyak gangguan yang telah didengari sebelum ini yang mana ada langsuir yang selalu duduk ditangga kecemasan. Tetapi aku tidak endahkan semua itu. Yang penting aku selesa.
Aku membuka lokarku dan mengeluarkan tasbih untuk aku berzikir. Setelah itu, aku duduk dikatilku sambil menikmati sebatang rokok. Rakan-rakanku yang tidak menghisap rokok hanya memandangku sambil tersenyum. Mereka semua baik sekali denganku kerana aku sentiasa melindungi mereka jika dibuli oleh pelajar senior. Jadi segala kegiatanku tidak pernah mereka laporkan pada warden.
Sambil menikmati rokokku, aku memerhatikan gelagat Apek yang sedang ditemu ramah oleh rakan-rakan yang lain. Lama kelamaan, seorang demi seorang beredar untuk tidur. Suasana dom menjadi sunyi. Lampu dom juga telah ditutup dan keadaan menjadi gelap. Setelah merasakan waktu begitu sesuai sekali, aku pun bersila di atas katilku mengadap kiblat. Aku pun membaca zikir yang diajarkan oleh orang berjubah tadi.
Selama 3 jam aku berzikir namun masih tidak ada menunjukkan tanda-tanda yang aneh. Bermakna sudah hampir 3 jam aku bersila tanpa bergerak. Namun begitu aku tetap meneruskan zikirku.
Tiba-tiba, aku merasakan seluruh tubuh badanku begitu sejuk sekali. Sejuknya menusuk sehingga ke tulang. Hatiku berdegup begitu kencang. Badanku terasa seperti diawang-awangan. Tiba-tiba muncul satu kepulan asap putih dikelilingku. Lama kelamaan asap itu bertukar menjadi satu lembaga manusia memakai jubah putih dan berserban. Disebelahnya terdapat dua ekor harimau. Seekor darinya berwarna putih dan seekor lagi berwarna putih dan mempunyai belang hitam.
"Assalamualaikum..." sapanya.
"Waalaikumussalam.." jawabku kembali.
"Namaku Tok Sibir..umurku 804 tahun..aku berasal dari kayangan tiga.." orang tua itu memulakan bicara. Wajahnya tampak berseri seperti wajah orang-orang yang rajin melakukan solat. Riak wajahnya kelihatan tenang sekali. Sekali pandang, kita dapat menduga ketinggian ilmunya.
" Yang ni bernama Sangkakala.." sambungnya lagi sambil menunjukkan pada harimau yang berada disebelah kanannya. Harimau itu berwarna putih bersih. Saiznya sebesar sebuah kereta.
" DAn yang ini pula bernama Bayan...dari keturunan Ibu Bangan..." katanya lagi sambil menunding ke arah harimau yang berwarna putih berbelang hitam.

Walaupun aku masih tidak memahami apa yang dikatakan olehnya, aku tidak bertanya lebih lanjut. Sebaliknya aku hanya memandang kedua-dua harimau tersebut. Aku masih terkejut dengan apa yang terjadi. Inilah kali pertama aku melihat perkara yang kuanggapkan sungguh ajaib. Tambahan pula, kedua-dua harimau tersebut amat bengis dan menakutkan sekali. Biji matanya tampak ianya harimau yang cekal dan ganas.
"Mari ikut atuk..." Tok Sibir memberi isyarat tangan agar aku mendekatinya. "Jangan takut..atuk nak bawak cucu pergi ke suatu tempat..." ujar Tok Sibir lagi. Dia seolah-olah dapat membaca apa yang terlintas dibenakku.
"Naiklah di atas sangkakala.." ujarnya lagi. ku memandang ke arah harimau yang berwarna putih. Matanya tajam merenungku. Aku menjadi kaku seketika. Manakan tidak, Tok Sibir mengarahkan aku menunggang Sangkakala yang kurasakan ingin sekali menjamah dagingku.
"Naik cepat...!! tiba-tiba Sangkakala bersuara. Suaranya amat garau sekali. Bergema kawasan itu seketika. Aku menjadi lebih takut dan kurasakan lututku menjadi lemah.Tok Sibir memandangku dengan senyuman. Dia menghampiriku dan meletakkan tapak tangannya pada umbun-umbunku. Aku merasakan seolah-olah ada sesuatu yang amat sejuk sekali mengalir di dalam seluruh tubuhku. Badanku menjadi ringan sekali. Tiba-tiba aku merasa seolah-olah tiada apa-apa yang dapat menakutkan aku. Aku smenuju ke arah Sangkakala lantas naik ke atas belakangnya.
"Macam He-man lak.." bisik hatiku lucu tatkala teringatkan satu watak kartun yang selalu kulihat pada usiaku masih kecil. Heronya bernama He-man dan menunggang seekor harimau.Kami meluncur laju kearah langit. Aku tidak menyangka bahawa mereka mempunyai kebolehan terbang dilangit tinggi.
Kira-kira lima minit kemudian, kami sampai di sebuah perkampungan lama. Sungguh indah sekali dan nyaman udaranya. Kedengaran suara orang yang sedang membaca Al-quran dengan suara yang amat merdu sekali. Setiap rumah mempunyai binatang ternakan seperti ayam, angsa, itik, lembu dan kambing. Tetapi yang amat menghairankan sekali, mereka juga mempunyai beberapa ekor harimau duduk di depan rumah masing-masing. Ada pula yang membela beruang, ular yang besar dan bermacam-macam lagi binatang-binatang yang ganas. Namun begitu, keadaan kampung tersebut sungguh aman dan ceria. Kelihatan kanak-kanak bermain-main dan berlari-lari seperti manusia biasa. Semua kaum wanita mengenakan tudung yang labuh dan memakai purdah. Mereka semua memandangku dengan ramah dan senyuman. Entah berapa kali aku mendengar mereka memberi salam padaku. Pakaian mereka semua sungguh cantik dan unik sekali. Rumah mereka pula beratapkan nipah dan dinding pula diperbuat dari buluh-buluh yang besar. Semuanya tersusun rapi dan kemas sekali.
"Ah..indahnya tempat ni..macam perkampungan islam sebenar.." bisik hatiku.
Aku dibawa ke sebuah rumah yang terletak ditengah-tengah kampung tersebut. Tok sibir menjemputku masuk ke dalam rumah itu.
"Ini rumah atuk.." katanya sambil tersenyum memandangku. Barangkali dia dapat menduga apa yang aku fikirkan.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dindingnya dihiasi dengan pelbagai-bagai seni tulisan Khat ayat-ayat Al-quran. Sungguh indah dan unik sekali. Lantainya diperbuat dari sejenis kayu yang cantik dan berkilat. Urat-urat kayu yang cantik membuatkan lantainya kelihatan seperti dilukis. Disudut kanan rumahnya pula tergantung pelbagai-bagai jenis senjata lama yang cantik sekali. Aku terasa seperti berada di zaman lampau. Sungguh seni ciptaan tangan mereka.
"Jemputlah duduk cu.." pelawa Tok Sibir sekaligus menyentak penghayatanku. Aku segera duduk. Kelihatan muncul seorang wanita tua yang memakai tudung labuh membawa dulang yang berisi air dan kuih karipap. Wajahnya berseri-seri dan riak wajahnya tenang sekali. Sejuk mata memandang.
"Jemputlah minum dan makan.." pelawa Tok Sibir.
Aku mencapai kopi yang dihidangkan dan menghirupnya. Ah..! sungguh enak sekali rasanya. Tidak pernah aku merasai kopi yang sesedap itu.
"Kita sekarang berada dikayangan yang ke tiga..kampung ini bernama Kampung Ma'wa. Diambil sempena nama salah satu syurga.." Tok Sibir memulakan cerita. Aku memandang wajahnya tanpa suara. Hanya anggukkan kepala sahaja yang mampu aku lakukan. Fikiranku masih buntu dan terkejut.
"Negeri ini diperintah oleh Sultan Jaging Rawi. Sultan segala sultan pula bergelar Sultan Megat Iskandar. Baginda adalah penghulu segala sultan dikayangan ini. Istana baginda terletak di kayangan yang ke sembilan..." Tok Sibir menyambung cerita.
"Atuk diamanahkan untuk menjaga cucu mulai dari hari ini. Jadi, atuk akan menurunkan semua ilmu yang atuk ada pada cucu. Asalkan cucu mentaati 5 perkara.." Tok Sibir berhenti berbicara seketika. Dia mencapai kopinya dan menghirupnya. Kedengaran bacaan bismillah dari mulutnya sebelum dia menikmati kopinya itu.
"Atuk berdamping dengan cucu kerana cucu ada menuntuk ILmu Gerak Angin..dan atuklah yang diamanahkan oleh guru cucu untuk menjaga cucu.." Tok Sibir menyambung ceritanya. Aku mendengar dengan penuh tekun.
"Lima perkara yang perlu cucu turuti, yang pertamanya cucu mestilah menjaga solat lima waktu. Yang keduanya cucu tidak boleh berzina. Yang ketiganya cucu tidak boleh berjudi. Yang keempat, cucu tidak boleh derhaka kepada kedua ibubapa. Dan yang terakhir cucu tidak boleh minum minuman yang memabukkan. Kiranya cucu bersetuju dengan semua perkara-perkara itu, atuk akan menjadikan cucu sebagai anak murid atuk..." terang Tok Sibir dengan wajah yang serius. terpampang ketegasan dari riak wajahnya.
"Insya Allah tuk..segalanya akan saya turuti.." jawabku dengan yakin sekali. Aku merasa gembira sekali dapat mempelajari ilmu yang kurasakan amat unik sekali.
"Kiranya cucu melanggar salah satu dari lima perkara tersebut, atuk akan tarik balik kuasa cucu..tetapi sekiranya cucu mentaati kesemua perkara-perkara itu, ilmu cucu akan bertambah kuat dan cucu akan menjadi hebat dengan izin Allah.." kata Tok Sibir.
"Saya paham tuk.." ujarku dengan penuh yakin. Tok Sibir menanggukkan kepala berkali-kali sambil memandang ke lantai rumah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang tidak aku dengari. Dia mengangkat tangannya. Diletakkan tapak tangannya pada umbun-umbunku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Dapat aku rasakan seolah-olah ada sesuatu yang mengalir ke dalam tubuhku. Seluruh badanku menjadi sejuk sekali. Aku memejamkan mata. Aku merasakan badanku seolah-olah berada diawang-awangan. Tubuhku segar sekali. Aku membuka mataku. Aku merenung wajah Tok Sibir.
"Sudah sampai masanya untuk cucu beredar.." kata Tok Sibir sambil menepuk lantai rumahnya. Tiba-tiba, keadaan yang terang bertukar menjadi gelap gelita. Terasa angin yang kuat menolakku kebelakang. Lama kelamaan, keadaan yang gelap bertukar menjadi terang sedikit demi sedikit. Aku memandang sekeliling. Rupanya aku sudah berada di dalam bilikku dan aku sedang bersila di atas katil.
Aku menyapu muka sambil berastaghfar. Aku menghela nafas panjang. Agak penat juga rasanya. Aku terus rebahkan diri. Mataku liar memandang siling domku. Apa yang terjadi tadi sungguh diluar jangkaanku. Aku mencapai sebatang rokok yang sememangnya berada disisi kepalaku. Belum sempat aku membakar rokok, terdengar satu suara yang garau dan menggerunkan sekali.
"Assalamualaikummmmm....!!!!! sapa suara itu. Aku meengangkat kepalaku dan memerhatikan sekeliling. Rupanya Sangkakala dan Bayan berada dihujung katilku.
"Waalaikumussalamm...." jawabku kembali. Aku tidak merasa takut lagi kepada mereka. Entah di mana datangnya keberanian itu. Aku hanya memandang mereka dan tersenyum.
"Ada seorang yang separuh umur dan perutnya buncit sedang menuju kesini...barangkali guru di sini.." kata Bayan. Aku menjadi kabut seketika. Cepat-cepat aku kemaskan dan sorokkan rokokku. Aku pura-pura baring dan pura-pura melelapkan mata. Tiba-tiba lampu domku dibuka. Keadaan menjadi terang benderang. Kelihatan beberapa pelajar tersedar dari tidurnya. Ada juga yang mengeluh dan marah kerana lampu dibuka. Aku cuba mengintai disebalik selimutku. Kelihatan satu susuk tubuh yang amat aku kenali. Dia berjalan-jalan sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
"Warden rupanya.." bisik hatiku.
"Hmm...hebat sungguh deria kedua-dua harimau itu..." bisikku sambil tersenyum. Selang beberapa ketika warden pun beredar. Aku memandang kembali kearah Sangkakala dan Bayan.
"Terima kasih kerana bagitau aku..apa kau buat kat sini..?" tanyaku kepada Sangkakala.
"kami ditugaskan untuk mengikutimu kemana sahaja engkau pergi..." jawab Sangkakala.
"Baguslah kalau macam tu..banyak perkara yang kau perlu tahu..nama guru-guru, pelajar-pelajar dan macam-macam lah..tapi besoklah kita mula..aku nak tidur dulu.." kataku. Sangkakala dan Bayan menangguk tanda faham kataku. Keduanya beransur-ansur hilang dari pandangan. Aku terus rebahkan diri dan tidak sedar diri lagi.
Sedang aku tidur lena, aku dikejutkan dengan satu suara. Aku membuka mata dan memandang kesebelah kananku.
"Bangun..solat subuh.." kata Sangkakala kemudian hilang seperti kepulan asap. Aku teringat akan janjiku pada Tok Sibir. Lantas, aku mencapai tuala dan menuju kebilik air. Buat pertama kalinya aku solat subuh setelah beberapa bulan aku tinggalkan.
Setelah selesai solat, aku menyambung semula tidurku.
"Yeng..Yeng..!! Puyeng...!!!! aku merasakan badanku digegar. Aku membuka mata. Kelihatan Akram, salah seorang rakan satu domku berada disebelah kiriku.
"Apek kena lagi.." katanya dengan wajah yang agak panik.
"La..ye ke.." aku segera bangun dari katilku. Aku menuju ke arah katil Apek. Bau arak mula menyelubungi sekitar domku. Sesampainya di katil Apek, aku melihat dia sedang duduk dambil menghisap rokok. Sungguh galak dia bercerita. Namun, aku melihat seolah-olah ada bayangan yang meliputi seluruh tubuh badan Apek. Bayangan itu adalah satu susuk tubuh masnusia yang perutnya buncit. Seorang lelaki berketurunan India.
"Puyeng...lu dah bikin itu tua punya orang cakap semalam.." kata Apek yang sebenarnya sedang dirasuk oleh Jaya.
"Apa lu bikin kacau orang pagi-pagi ni..keluar..!! kalau tak aku baham kau..!! herdikku kepada Jaya.
Terbeliak matanya memandangku. Tiba-tiba Sangkakala dan Bayan muncul dikiri dan kanannya. Melihat keadaan itu, Jaya menjerit dan terus terbang ke udara. Dia menghilangkan diri entah ke mana. Semua memandangku dengan wajah kehairanan. Tetapi tidak ada sesiapa pun yang membuka mulut untuk berkata sesuatu. Aku hanya menunjukkan wajah selamba seoalah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi.
Malamnya, selepas solat isya', Apek dipanggil untuk duduk ditengah-tengah surau. Kami semua kehairanan dengan apa yang sedang terjadi. Tiba-tiba, bangun seorang lelaki yang memakai jubah biru muda dari kalangan jemaah. Dia memberi salam sambil melemparkan senyuman. Dia menuju ketengah-tengah surau sambil memberi isyarat agar semua yang ada berganjak ke tepi. Apek yang berada ditengah-tengah surau menjadi takut dan badannya menggeletar. Melihat keadaan itu, semua yang ada berundur kebelakang. Kini ruang ditengah-tengah surau menjadi kosong dan luas. Yang ada hanyalah Apek dan lelaki berjubah itu. Belum sempat lelaki itu menghampiri Apek, Apek terus bangun dan melompat untuk keluar dari surau.
"Tahan diaaa...!!! jerit lelaki itu memberi arahan. Kami beramai-ramai menangkap Apek dan membawanya ketengah suarau semula. Kuat juga tenaganya. Tujuh orang memegangnya baru dapt menariknya ketengah suarau kembali. Dia meronta-ronta sambil meminta tolong.
"Tolong datuk..jangan bunuh saya..saya mau masuk islam.." kata Apek yang sedang dirasuk oleh Jaya. Lelaki berjubah itu tidak menghiraukan rayuan Jaya. Dia merapati Apek sambil membaca sesuatu. Apek meronta-ronta. Mulutnya berbuih-buih dan baunya amat busuk sekali. Kami terpaksa memegangnya apabila melihat dia meronta-ronta mencari jalan keluar.
Tiba-tiba aku mendengar satu suara oarang berzikir dengan lantang tanpa henti. Suara itu datang dari arah hadapanku. Aku memangangkat kepalaku dan memandang ke depan. Kulihat, sekumpulan pemuda yang tidak berwajah sedang duduk bersila sambil berzikir "lailahaillallah".
Kesemua mereka mengenakan jubah berwarna hijau tua. Suara mereka semakin kuat dan jumlah mereka bertambah ramai. Kini mereka telah mengelilingi kami yang berada di dalam surau. Dalam masa yang sama, tubuh mereka mengeluarkan cahaya yang berwarna putih kehijaun. Cahaya itu amat menyilaukan mataku. Yang anehnya, hanya aku sahaja yang dapat melihat keadaan itu. Buktinya, rakan-rakan yang lain duduk dan ada yang berdiri seperti tiada apa-apa yang terjadi. Cahaya tadi terus menuju ke arah Apek.
"Pooonggg...!!! Terdengar satu letupan yang kuat ditempat aku dan Apek yang sedang meronta. Aku tercampak kebelakangan kerana terkejut mendengar letupan tersebut. Apek rebah ke bumi. Satu kepulan asap hitam kelihatan meluncur keluar dari surau. Suara zikir juga berhenti serta merta. Kumpulan orang-orang yang berjubah juga turut hilang. Keadaan menjadi sunyi seketika.
"Alhamdulillah.." tiba-tiba kedengaran suara dari mulut lelaki berjubah itu. Dia mnadahkan tangannya sambil membaca sesuatu. Lantas dia meminta segelas air kepada Ustaz kami.
Setelah air yang diminta sampai, dia merenung ke arah air tersebut sambil mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu. Kemudian air tersebut direnjiskan pada wajah Apek. Apek tersedar dan tercengang-cengang. Lelaki berjubah itu menghulurkan air tersebut kepada Apek untuk diminum. Apek meminumnya dengan rakus sekali dan sekejap sahaja air itu telah habis diminumnya. Lelaki berjubah itu menghampiriku. Dia bersalam denganku sambil melontarkan senyuman.
" Banyaknya harimau.." bisiknya sambil tersenyum.
"Nama abang Shaari.." ujarnya lagi. Aku menyambut salamnya sambil tersenyum. Rupanya dia boleh melihat Sangkakala dan Bayan. Dia bersalam salaman bersama semua jemaah yang ada. Kemudian Ustaz mengarahkan kami beredar. Tinggallah Apek, Ustazku dan Abang Shaari di dalam surau. Aku tidak tahu apa yang mereka lakukan di dalamnya.Keesokkan harinya, ahli keluarga Apek datang ke asrama untuk menjemput Apek pulang. Apek dibenarkan mengambil cuti selama seminggu. Namun, selang beberapa minggu, Apek tidak pulang-pulang ke asrama. Malah dia tidak pernah pulang semula ke asrama selepas itu. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pada malam hari Apek pulang ke rumah, Jaya telah merasukinya kembali. Dan selang beberapa bulan kemudian dia menjadi gila dan dihantarkan ke hospital mental. Menurut cerita dari rakan-rakan yang lain, keluarganya telah menghantarnya untuk berjumpa dengan beberapa bomoh dan tokoh agama. Namun, dia tidak juga sembuh dan menjadi gila akhirnya. Aku masih terfikir sehingga sekarang, apakah yang terjadi sebenarnya.
"Li..!! ko tengok apa..!! tiba-tiba Malis menepuk bahuku. Aku terkejut kerana tersentak dari lamunan. Sungguh jauh lamunanku tadi.
Aku memandang guruku. Dia hanya tersenyum.
"Dah nampak dah apa bendanya Li..? tanya guru sambil tersengih-sengih.
Aku hanya tersenyum memandang gelagat guruku. Teringat pula aku akan 7 Keturunan Panglima Hitam yang kulihat sebentar tadi. Aku amat mengenalinya sekali. Ini kerana aku pernah bertarung dengannya suatau ketika dahulu. Fikiranku kembali terawang-awang mengingati semula apa yang terjadi.







Bersambung lagi...hehehehe
Read More…
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator