Hati adalah penentu utama bagi menjamin keselamatan diri kita kerana hati adalah penggerak bagi semua aktiviti badan kita. Maka perlulah diketahui apakah halnya tentang hati ini kerana apabila hati menjadi sakit, maka sakit seluruh badan dan jika hati menjadi mati, bermakna berakhirlah kenikmatan dan kelazatan hidup. Ini bermakna perkara-perkara berkenaan hati tidak boleh dipandang remeh.
Hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang zahir yang mana merupakan seketul daging di dlam badan manusia. Tetapi hati batin manusia.Di dalam alquran dan hadis, banyak membahaskan berkenaan hati batin manusia. Jadi, marilah sama-sama kita renungkan perbahasannya.
1. Apakah yang menyebabkan hati menjadi kotor, sakit, mati dan keras?
-kita telah ketahui bahawa setiap manusia dilahirkan dengan hati yang bersih dan suci. Namun, tatkala kita meningkat akil baligh, di mana kita telah mampu memikirkan kebaikkan dan keburukkan melalui ajaran yang diajarkan oleh para-para nabi dan rasul maka hati kita beransur menjadi kotor. Setiap kesalahan yang kita lakukan menimbulkan bintik hitam di dalam hati kita. Makin banyak kesalahan(dosa), makin banyak bintik hitam dan lama kelamaan hati yang bersih tadi menjadi hati yang kotor.
-tatkala hati tadi menjadi kotor, dan iman terlalu lemah untuk mengatasi hawa nafsu, maka hati yang kotor tadi akan bertukar kepada peringkat kedua menjadi hati yang sakit.-apabila hati yang sakit ini tidak diubati dengan usaha keimanan, lama kelamaan hati yang sakit ini akan tertutup sepenuhnya dan menjadi hati yang mati.
-apabila hati menjadi mati, maka terputuslah segala hidayah dan hati ini menjadi bertambah nazak dan jadilah hati ini hati yang keras seperti batu.
2. Bagaimana membersihkan hati yang kotor?
-apabila badan menjadi kotor, dapatlah dibasuh dengan air. Tetapi bagaimana pula cara membersihkan hati yang kotor agar ianya tidak menjadi sakit lalu mati dan menjadi keras. Tidak lain tidak bukan hati yang kotor dapat dibersihkan dengan memohon maaf kepada Allah dengan sebenar-benar maaf.(taubat nasuha). Setelah dicuci dengan taubat nasuha, barulah hati ini boleh dididik agar menjadi hati yang bercahaya.
3. Bagaimana menjadikan hati bercahaya
-setelah hati yang kotor tadi dibersihkan, hati ini hendaklah dilatih agar menjadi hati yang bercahaya. Dan ketahuilah, hanya Allah sahaja yang boleh memberikan cahaya pada hati. Oleh itu, berbekalkan keimanan dan keyakinan yang kuat, pohonlah dengan Allah agar mengurniakan "nur" di dalam hati. Semoga hati yang kotor menjadi bersih. Hati yang sakit menjadi sembuh. Hati yang mati menjadi hidup dan hati yang keras menjadi lembut. Allah berfirman di dalam surah Al An'am ayat 122:
"dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan padanya cahaya yang terang dan dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan keadaannya orang-orang yang berada di dalam keadaan gelap gelita yang sekali kali tidak dapat keluar daripadanya? demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan."
4. Bagaimana menerangkan hati
-setelah berdoa agar hati dikurniakan "nur"dengan sepenuh hati dan keyakinan, maka hendaklah disertakan dengan usaha agar hati ini menjadi terang selamanya (dari masa ke semasa) dengan cahaya yang dikurniakan. Sesungguhnya, semakin terang cahayanya, semakin banyak manfaatnya dan banyak kebaikkannya. Telah dibahaskan dan dihuraikan serta ditunjukkan di dalam alquran dan hadist bahawa untuk menerangkan hati hendaklah dengan melakukan jalan zikir, mendengar atau membaca alquran, melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Allah, menuntut ilmu seperti sifat 20 dan sebagainya yang boleh menguatkan lagi keyakinan dan keimanan di dalam hati. firman Allah di dalam surah Al Anfal ayat 2:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya, maka bertambahla keimanan mereka (keranaNya) dan kepada tuhanlah mereka bertawakkal."
-Selain itu dengan meningatkan tentang hal-hal akhirat dan sentiasa meningati mati dapat juga menerangkan cahaya hati. Kerana dengan ingatan ini, dapat melemahkan kekuatan hawa nafsu serta dapat menggalakkan agar berbekal untuk kehidupan yang kekal.
5. Bagaimana hendak menjadikan hati mendengar sebelum telinga dan melihat sebelum mata-mata dan telinga hanya dapat melihat dan mendengar apa yang tersurat sahaja tidak pada yang tersirat. Nmaun, di dalam hati mempunyai mata dan telinga yang lebih tajam untuk melihat dan mendengar apa yang tersirat dan tersurat.Rasulullah bersabda:
"peliharalah olehmu daripada tafsir orang beriman, kerana sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah. Lalu rasulullah membaca ayat; sesungguhnya pada orang yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang memerhatikan tanda-tanda. (Bukhari dan Tarmizy)
-orang-orang inilah yang matanya tetap tidur, tetapi hatinya tetap bangun.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan