AUTHOR

Photobucket

Ahad, 16 November 2008

Aku dan puaka liar





Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha peyayang..Allah maha agung..Allah sayangkan sekelian hambaNya..

Satu malam, ketika aku sedang sibuk dengan kajianku. Aku mendapat satu panggilan dari adikku. "Bang..danish demam teruk..tiba-tiba je..boleh abg tengokan.."? ujar adikku.

"Hmm..bawaklah dia datang rumah.." jawabku.

"Pukul 11.30 nanti kitorang sampai.." kata adikku.

"ok.." jawabku.

Kira-kira pukul 11 malam, pintu rumahku diketuk orang. Kedengaran suara adik iparku memberi salam. Adikku yang bongsu, lantas membuka pintu. Kelihatan, adik iparku masuk sambil senyum kambing. Memang perangainya begitu. Dia lurus bendol orangnya. Dia bersalam denganku. Aku hanya tersenyum.



Dalam masa yang sama, adikku masuk sambil mendukung anak lelakinya yang baru sahaja berusia 2 tahun. Aku memandang tepat wajah anak buahku. Wajahnya agak pucat dan matanya bengkak. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Namun, bukan dia yang aku tenungkan. Aku melihat satu susuk lembaga mengekori belakan adikku. Badannya besar sekali ganda badanku. Seluruh tubuhnya berwarna hitam kerana diselaputi bulu-bulu yang agak kasar. Matanya merah bersinar. Dia menyeringai setelah melihatku. Tampak taringnya panjang dan susunan gigi yang tajam sekali.

"Hmm..puaka liar..mungkin hantu raya yang tak bertuan.." bisikku di dalam hati.

"Danish...!! Meh kat pak lang meh.." aku memanggil anak buahku. Namanya Mohd Danish fattullah. Dia amat akrab denganku. Dia meluru padaku dan terus memelukku. Aku mendudukkannya di atas ribaku. Sambil hatiku tidak putus-putus berzikir. Dalam masa yang sama, aku membaca surah al-ikhlas 11 kali dan meniupkannya pada umbun-umbun Danish.

Dalam masa yang sama, puaka itu menjadi berang dan cuba menyerangku. Namun cubaannya tidak berhasil kerana aku sedang dilindungi Allah dengan zikir.

"Tunggu malam sikit..aku akan ajar kau.." herdikku kepada puaka itu. Namun herdikkan itu tidak didengari oleh sesiapa yang ada disitu. Kecuali aku dan puaka itu. Aku lantas melontarkan cahaya zikir kearahnya. Tepat mengenai dadanya. Dia terus menghilangkan diri.

"Tunggu..aku akan datang balik..manusia sial..!!!" terdengar jeritannya yang membingitkan. NAmun tidak didengari oleh sesiapa kecuali aku.

Aku lantas menyambung kembali perubatanku. Setelah setengah jam berlalu, keadaan Danish semakin pulih. Suhu badannya sudah agak menurun. Tetapi wajahnya masih pucat.

Aku mengarahkan adik bongsuku mengambil segelas air masak. Ku beri Danish minum setelah menyerapkan cahaya zikir di dalam air tersebut. Selang beberapa minit, Danish bangun dan menjadi aktif semula. Matanya mula melilau mencari barang-barang yang perlu "dikemas".

"Ooo..dah baik lah ni..nak pegi mana tu..!!" herdik adikku kepada anaknya. Terpampang kepuasan dan kelegaan dari raut wajahnya melihat Danish semakin pulih.

"Alhamdulillah..Allah maha agung.." bisik hatiku.

"Nanti kalau ada apa-apa, panggil abg..abg nak masuk bilik jap..kalau nak balik nanti, tak payah panggil abg. Ada urusan sikit." kataku kepada adikku. Adikku dan adik iparku memandangku, mereka mengangguk serentak tanda faham.

Aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Ku tinggalkan Danish yang sedang sibuk "mengemas" rumah dan adik-adikku yang lain. Sekali sekala, kedengaran hilai tawa mereka dari luar.

Lantas aku mendirikan solat dua rakaat. Kebetulan wudukku masih belum terbatal lagi. Setelah selesai solat, aku duduk bersila di atas sejadahku sambil berzikir di dalam hati. Dalam masa yang sama, aku ma'rifatkan diriku mencari puaka tadi.

Selang beberapa minit, aku sampai di suatu kawasan tanah lapang. Tempat itu tidak jauh dari rumahku. Lembaga tersebut sedang bertinggung di atas sebuah batu sambil memerhatikan sekumpulan remaja bermain gitar. Aku lantas berdiri di depannya.

Kerana terkejut dengan kemunculanku, dia lantas melambung kebelakang dan terbungkam ke bumi. Dia memandang tepat ke arahku dengan pandangan yang amat tajam sekali. Terdengar suara menderam yang menggerunkan. Kelihatan dia sedang marah.

"Manusia sial..!! berani kau datang ke sini..!!" dia mengherdikku.

"Aku datang untuk musnahkan kau kerana menganggu keluargaku." kataku tenang.

"Bodoh..kau sangka ilmu kau mampu tewaskan aku hah..!! manusia sial..!! herdiknya lagi.

Aku tidak menjawab herdikkannya. Aku menguatkan lagi zikirku.

"Mampus kau manusia sial..!!" jeritnya sambil membaling sesuatu ke arahku. Kelihatan seperti bebola hitam yang penuh dengan duri sedang menuju kearahku dengan laju sekali.

Aku tidak mengelak. Sebaliknya ku tahan bebola itu dengan cahaya zikirku. Lantas kualihkan kebumi. Kedengaran satu letupan yang amat bingit waktu itu. Seekor kucing yang kebetulan lalu di situ, bertempiaran lari. Mungkin kucing itu dapat menyaksikan apa yang terjadi atau mendengar letupan itu. Wallahu A'lam. Aku tak pasti.

Dalam masa yang sama, puaka tersebut bertambah berang. Dia lantas terbang ke arahku dan menyimbahku dengan satu cecair yang amat busuk sekali. Aku lantas mengelak dan menguatkan lagi zikirku.

" Aku tak boleh berlengah lagi..kalau tak nahas aku.." bisikku.

"haaa...haaaa...haaa...kau takut ye manusia..!! mampus kau hari ni..!! jerit makhluk itu dengan gerun sekali. Tiba-tiba, satu beda hitam sebesar kereta meluru kearahku. Aku tak pasti apakah benda itu. Aku cuba menhan dengan cahaya zikirku. Aku terpelanting jauh. Sungguh berat serangannya.

Aku menguatkan lagi zikirku. Terasa dadaku seperti sedang dibakar sesuatu. Dalam masa yang sama, kedengaran hilai tawa puaka itu. Aku menjadi buntu seketika. Dalam pada itu, kedengaran satu suara bergema.

" Li...Lahaulawala.." kata suara itu.

Aku amat mengenali suara tersebut. Itulah suara guruku.

"Ya..memang benar..tiada yang boleh memudharatkan melainkan Allah sahaja.." bisik hatiku. Aku faham apa yang guruku cuba sampaikan.

Lantas aku menguatkan lagi zikirku. Terasa dadaku semakin mengembang dan nafasku semakin kencang.

" Allah...!!! Hu...!!! jeritku sekuat hati.

Terkeluar satu cahaya yang amat terang dari dadaku. Lantas cahaya itu meluru ke arah puaka tersebut. Puaka tersebut cuba lari, tetapi cahaya itu terlalu laju dan tepat mengenai seluruh tubuhnya. Lantas kedengaran satu tempikkan yang amat kuat dan mengerikan. Aku segera ke arahnya dan mencekak lehernya.

"Toloooonngg..tolonngg...tolong lepaskan akau..aku janji tak kacau keluarga kau lagi." rayu puaka itu.

Aku tidak melayan rayuannya. Aku segera membaca ayat kursi sambil menguatkan lagi zikirku. Selang beberapa saat, puaka itu bertukar menjadi kepulan asap hitam dan terperangkan di dalam genggamanku. Aku segera membawanya balik ke rumah.

Sampai dibilikku, aku mencari satu botol kecil. Kukurungkannya di dalam botol tersebut. Aku menulis kalimah "Allah" dengan menggunakan jari telunjukku.

"Ya Allah..Kau lah yang maha hebat..selagi adanya malaikat-malaikat yang menjaga kalimah mu yang agung ini, maka terkuncilah puaka ini selama-lamanya." doaku di dalam hati.

"Alhamdulillah..." bisikku.

Aku melihat jam. Hampir pukul 2 pagi. Kiranya lebih kurang 2 jam juga aku bertarung dengannya. Aku lantas melakukan solat dua rakaat tanda syukur. Akhirnya segalanya sudah selamat. Insya Allah.

*sekadar hiburan.
Read More…

Tiada ulasan:

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator