AUTHOR

Photobucket

Sabtu, 4 Disember 2010

Adakah Kita Benar-Benar Redha?


Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha penyayang, Allah sayang sekelian hambaNya..

Sebagai umat islam, kita akan sentiasa diuji olehNya. Maka dengan itu, janganlah kita fikir, Allah akan biarkan kita begitu sahaja setelah kita mengucap dua kalimah syahadah. Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -al-ayat-

Apakah kita mengira kita benar-benar telah menjadi orang yang beriman dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah. Sedangkan banyak yang perlu kita tempuhi. Sepertimana kita berada di alam persekolahan. Kita di ajar dengan pelbagai-bagai ilmu pengetahuan. Akan tetapi, mengapakah kita perlu menghadapi ujian atau peperiksaan. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ingin memastikan bahawa kita benar-benar faham apa yang kita pelajari.


Begitu juga kiranya kita benar-benar mahu menjadi orang yang beriman. Kita akan diuji terlebih dahulu untuk memastikan kebenaran dan kesungguhan kita terhadapNya. Maka, hendaklah kita sentiasa bersedia dan redha dengan segala ujian. Dan jangan sesekali kita mengeluh dan menganggap bahawsa Allah berlaku kejam terhadap kita. Sedangkan, segala ujian yang Allah berikan mampu kita hadapi kiranya kita menghadapinya dengan redha dan berprasangka baik pada ujianNya. Kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuan hambaNya. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”-al-ayat-

Maka dengan ini terbukti bahawasanya setiap ujian yang Allah berikan kepada kita adalah ujian yang mampu kita batasi. Ianya adalah ujian yang amat senang dan singkat. Diri kita sendiri yang menjadikan ujian tersebut berpanjangan dan penuh dengan liku-liku. Ini kerana kegagalan kita memahami pengertian redha yang sebenar.

Redha..
Bukan kerana syurga..
Bukan kerana neraka..
Bukan kerana pahala..
Bukan juga kerana dosa..
Bukan kerana balasan baik..
Bukan juga kerana balasan buruk..
Bukan kerana dunia..
Dan bukan juga kerana akhirat..
Tetapi kerana kasih dan sayang serta rindu kepada Allah semata-mata..
Inilah redha yang sebenar-benar redha.

Namun, sejauh manakah kita fahami dan sejauh manakah kita mampu hayati. Dan sejauh manakah pula kita mampu amalkan. Apakah yang dimaksudkan oleh saya dengan kata-kata di atas..?

Redha..subhanallah..!!

Seperti yang pernah saya tekankan, pandanglah setiap kejadian dengan sebaik-baik pandangan nescaya kita akan dapat melihat apa yang Allah sampaikan kepada kita. Pandanglah dengan ilmu. Jangan dipandang dengan nafsu.

Kisah 1.

Mari kita lihat contoh yang paling dekat sekali dengan kita iaitu ibu atau bapa kita.
Ibu melahirkan kita. Dari kecil dia menjaga kita dengan baik sekali. Jika kita kesejukkan, diselimuti diri kita biarpun dirinya sendiri kesejukkan. Jika kita kelaparan, diberikannya makanan kepada kita biarpun dirinya sendiri kelaparan. Dijaganya waktu tidur kita dan tidak dibenarkan seekor nyamuk pun menyakiti kita. Dia menjaga kita dengan dengan penuh cermat dan tidak pernah merasa penat. Walaupun dia tidak dapat mengagak apa yang akan terjadi pada kita bila dewasa kelak.

Dia sama sekali tidak dapat mengagak bagaimanakah layanan kita terhadapnya bila kita dewasa kelak. Mungkin kita menjaganya dengan baik. Mungkin kita menderhakainya dengan memaki, memukulnya dan membuatkan dia menderita. Atau lebih kejam lagi kita membunuhnya kerana dia tidak mematuhi kehendak kita. Astagfirullah.

Namun, dia tidak hiraukan apa yang bakal terjadi kelak. Dia tidak pernah bimbang dan ragu akan layanan kita padanya kelak. Dia tetap menjaga kita sebaik mungkin dan sentiasa memastikan kebahagiaan kita.

Mengapakah ibu kita melakukan sedemikian?? Adakah kerana dia mahukan syurga atau takut akan neraka? Adakah kerana dia mahukan pahala dan takut akan dosa? Adakah kerana dia mahukan balasan yang baik dari Allah kerana menjaga kita dan takutkan balasan buruk bakal menimpa kiranya gagal?

Semuanya kerana kasih sayang semata-mata. Bukan kerana dia mahukan syurga. Bukan kerana dia mahukan pahala yang berlipat kali ganda. Dan bukan juga kerana dia mahukan balasan. Tetapi kerana kasih dan sayang. walaupun dia tadak tahu apa yag bakal menimpanya dikemudian hari. Dia tetap menjaga kita dengan baik.

Begitulah jua kita dengan Allah.

Kisah 2.

Kita ambil lagi contoh yang terdekat dengan kita.
Adik, abang atau kakak kita.
Kadangkala, mereka menyakiti hati kita. Membuatkan kita tersinggung dan marah. Dan lebih buruk lagi ada yang memukul kita.

Namun, tatkala mereka di dalam kesusahan, kita tetap datang membantu. Kita tetap menghulurkan bantuan dan melupakan kisah pahit yang dilakukan terhadap kita. Walaupun kita tidak tahu apa akan terjadi selepas kita membantu mereka. Mungkin mereka akan berbuat baik pada kita. Atau mungkin mereka akan melakukan perkara yang sama dengan menyakiti hati kita. Akan tetapi kita tetap membantu. Mengapakah kita lakukan semua itu?? Adakah kerana kita mahukan pahala? Atau kita mahukan balasan baik darinya? Atau kita mahukan syurga tatkala kita mati kelak?

Kita lakukan semua itu hanyalah kerana kasih dan sayang semata-mata. Bukan kerana kita takut akan dosa. Bukan juga kerana kita takut akan neraka. Bukan juga kerana kita takut ditimpa malang. Akan tetapi kita lakukan semua itu kerana kasih dan sayang semata-mata.

Begitulah juga antara kita dengan Allah yang maha penyayang. Kita terima semua ujiannya dengan perasaan kasih dan sayang. Walaupun kita tidak tahu apa yang akan Allah timpakan pada kita dikemudian hari, kita tetap kasih, sayang dan rindu padaNya.

Begitulah jua dengan setiap amalan yang kita lakukan seharian. Kita lakukan setiap apa yang disuruh olehNya. Dengan penuh kasih dan sayang serta rindu padaNya. Kita solat bukan kerana kita mahukan syurga. Bukan kerana kita mahukan pahala. Bukan kerana dunia atau akhirat. Dan bukan juga kerana kita mahukan balasan baik yang setimpal dengan amalan kita.

Kita solat kerana kita kasih padaNya. Kita sayang padaNya. Dan kita rindu padaNya. kerana perasaan tersebut, kita lakukan apa yang disuruhNya. Agar kita sentiasa dekat denganNya. Dan rindu kita terubat. Maka, barulah kita akan merasakan, betapa nikmatnya hidup. Betapa nikmatnya mati. Betapa nikmatnya menjadi manusia. Dan betapa nikmatnya melakukan apa yang disuruhNya. Dari situlah akan terbit sifat pasrah. Dari situlah baru kita memahami pengertian redha yang sebenar. Dari situ jualah kita akan merasai betapa nikmatnya ujian yang diberikan sehinggakan kita merasakan kita perlu diuji lagi dan lagi dan lagi. Maka, ujian tersebut akan menjadi mudah dan ringkas.

Barulah kita sedar, Betapa sayangnya Allah kepada kita. Harapan saya, sahabat-sahabat semua memahami apa yang cuba saya sampaikan. Sama-samalah kita membaiki diri kita dan memperbetulkan niat kita.

Namun, huraian demi huraian telah dibentangkan. Timbul satu persoalan di dalam diri saya ini.

'ADAKAH KITA REDHA..??

Wallahu A'lam.

Read More…

Tiada ulasan:

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator