AUTHOR

Photobucket

Isnin, 24 November 2008

Jenis-jenis doa

Adapun Doa terbahagi kepada 2 bahagian. Iaitu;
1. Doa Zahar
2 Doa sir(rahsia)


- doa zahar bermaksud doa muamalat yang boleh didengari oleh semua orang.
-doa sir pula terbahagi kepada 5 bahagian;
1. Doa di dalam solat
2. Doa di dalam zikir
3. Doa di dalam doa
4. Doa makrifah
5. Doa kalamullah

Doa di dalam solat
-seperti di dalam sujud. duduk di antara dua suju dan sebagainya.

Doa di dalam zikir
-seperti alahamdulillah, selawat dan sebagainya.

Doa di dalam doa
-iaitu zat wajibul wujud(cahaya didalam cahaya)

Doa makrifah
-doa yang disertakan niat atau hajat secara makrifah seperti membaca yassin untuk barang hilang dan sebagainya.

Doa kalamullah
-doa dari kata2 allah iaitu al-quran atau membaca ayat kursi untuk menghalau jin.

Wallahu A'lam
Read More…

Ahad, 23 November 2008

Amalan ketika kecemasan

Bismillah...

Kiranya motor atau kereta rosak di tengah jalan, maka bacalah:


1. mengucap 1 kali.
2. lailahaillallah 1 kali.
3. selawat diri 1 kali.
4. kemudian baca ; "bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillahi robbil a'lamin.." 1 kali.
5. kemudian tepuk 3 kali pada tempat yang rosak dan teruskan perjalanan.

Caranya membacanya:

" Ashadualla ilaha illallah..lailahaillallah..waashaduanna muhammadarrasulullah..allahumma solli a'la muhammad..bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillahirobbil a'lamin..

-tongkat lidah kelelangit dan tepuklah 3 kali pada tempat yang rosak. Insya Allah.

Wallahu A'lam.
Read More…

Amalan ketika guruh

Bismillah.

Ketika guruh dan atau petir, baca lah ayat ini bagi mengelakkan terkena panahan petir. Insya Allah.


" Waja'alna min baidi aidihim saddan wamin kholfihim saddan faaghsyainahum wahum la yubsirun..-Surah Yassin.

- baca 3kali sambil tongkat lidah kelelangit dan telan air liur.

- jangan dibaca kiranya tiada guruh atau petir.

Read More…

Amalan kehidupan harian

Bismillah..

Amalan ini bagi mengelakkan dari terkena sihir atau khianat orang yang memusuhi kita. Insya Allah. Namun, semuanya adalah dari Allah semata-mata.


1. Ketika hendak tidur, bacalah bismillah 21 kali.

2. Ketika bangun tdur, bacalah doa ini:

" bismikallah humma ahya waamut.."

"dengan nama Allah yang menghidupkan dan mematikan"

3. Ketika melangkah keluar rumah, bacalah ayat kursi 1 kali.

4. Ketika pulang, bacalah ayat kursi satu kali, surah al-ikhlas satu kali dan surah al-fatihah satu kali.

5. Ketika mahu behadapan atau sedang berfhadapan dengan orang jahat, bacalah ayat 1-9 dari surah yassin.

6. Sebelum berhadapan dengan orang besar kerana berhajatkan sesuatau untuk berjumpanya, bacalah bismillah 50kali.

Insya Allah, kiranya dilakukan dengan jujur dan ikhlas serta yakin, Allah akan perkenankan.

wallahu A'lam

Read More…

Jumaat, 21 November 2008

Ayat "kaf" 40

Bismillahirrahmanirrahim..

"kafakarobbuka kamyafkika wakifatun kifkafuha kakimaini. kaana munkalikan takirru karran kakarril kaifi kabidin tuhkii. musak sakanan kallata lakal kalak. kafaka robbuka kafil kafii kurbataha yaakukaban kaana yuhki kau kabal falak.

-caranya


: sebelum melangkah keluar rumah, bacalah ayat ini. setelah habis membacanya, tarik nafas sedalamnya sambil menongkat lidah ke langit dan menggenggam erat genggaman tangan. Kemudian lepas nafas dan hembuskan kekanan, kekiri dan kehadapan sambil melepaskan genggaman tangan serentak dengan nafas. Selepas itu, barulah lepaskan lidah.

-kegunaannya
: untuk keselamatan di dalam perjalanan dan aura dari huruf "kaf" akan melindungi diri dengan izin Allah semata-mata.

: untuk menurunkan bisa. Dibaca pada tempat yang bisa, kemudian tariklah bisa tersebut secara ma'rifat.

: dibaca pada lada hitam dan dikepit pada ibu jari kaki pesakit yang terkena gangguan pelesit.

Wallahu A'lam.
Read More…

Tercekik tulang (pelik tapi benar)

Bismillah..

Petua ini kelihatan pelik tetapi ia adalah benar kerana telah dicuba kepada bebrapa orang beberapa kali dan ternyata mujarab.

Kiranya tercekik tulang dan berbagai cara telah digunakan tetapi masih lagi tersangkut tulangnya, maka

-ambil satu sudu minyak kelapa.
-selawatlah 7x pada minya tersebut.
- kemudian sapu minyak kelapa tersebut pada lubang dubur. Insya Allah.

*pelik tapi benar.


Read More…

Mata masuk habuk

Bismillah..

Kiranya mata termasuk habuk dan amat sukar hendak dikeluarkan maka cubalah amalan ini.

Bcalah:

" bismillahirrahmanirrahim..ahada.." 3x

- kemudian sapukan pada mata. Insya Allah.


Read More…

Amalan mandi selawat

Bismillah..

Mandi selawat adalah suatu amalan yang baik. Ianya hendaklah dilakukan pada waktu subuh sahaja iaitu sebelum solat subuh. Caranya ialah:


- sebelum mandi sebenar, sediakan satu gayung air bersih. Letakkan tapak tangan di atas permuakaan air. Kemudian baca
i- bismillah 7x
ii- selawat 7x.

- kemudian curahkan air bermula dari kepala terlebih dahulu.

*sebelum mandi selawat, adalah lebih baik membasahkan badan dengan air bermula dari kaki membawa ke atas untuk melancarkan pengaliran darah.

Wallahu A'lam.

Read More…

Amalan mandi kereta/motor baru

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha hebat.

Ada beberapa amalan yang dilakukan ketika membeli kereta baru atau "secondhand" bagi membuang anasir-anasir buruk.

Salah satu amalannya ialah:

- setelah membeli kenderaan tersebut, maka sediakan satu baldi air bersih.

1. Baca Al-fatihah 3x.
2. Al-ikhlas 3x.
3. Al-falak 3x.
4. An-nas 3x.

- setiap kali habis satu ayat, hembuskan nafas yang keluar ,melalui hidung kearah air di dalam baldi.

- mulakan menyiram air bermula dari kiri kenderaan dan berpusing mengikut lawan arah jam sehingga bertemu semual pada tempal awal menyiram.

- kemudian, berdoalah pada Allah agar menjaga keselamatan diri ketika membawa kenderaan tersebut.

* Namun perlu diingat, segala yang terjadi adalah dari Allah semata-mata. Kiranya sesuatu terjadi, anggaplah ianya sebagai ujian bagi menguatkan iman.

* perlu diingat juga, pasak ini akan terbatal kiranya melakukan perkara-perkara yang keji di dalam kenderaan atau diatas kenderaan?(motor)



Read More…

Amalan keselamatan barang.

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha berkuasa..

Kiranya hendak "pasak" atau kunci barang seperti kereta atau motor kerana ditakuti dicuri dan sebagainya. Maka lakukanlah amalan ini.

Setelah "park" motor atau kereta, ambil sebiji batu yang kecil kemudian baca:


1. Bismillah 1x sambil menggentel batu tersebut.
2. Kemudian baca:

" Maliki yaumiddin..."(Al-fatihah: 4)

3. Setelah itu letakkan batu kecil tadi di atas motor atau kereta dan jangan sesekali menoleh kebelakang lagi sambil berdoa dan bertawakal pada Allah. Insya Allah.

Wallahu A'lam.

Read More…

Hakikat solat (solat roh)

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha berkuasa..tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebabnya..dan tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa alasan..

Solat roh ini adalah sekadar dari kajian beberapa ulama' sufi. Yang mana mereka menjalankan syariat(zahir) dan juga hakikat(batin).

Di dalam solat, ada beberapa rukun yang perlu dipatuhi.


1. Qiam.


- bermaksud berdiri di dalam beberapa saat untuk seketika.

-menghadirkan konsentrasi zikir di dalam hati dan mewujudkan cahaya ma'rifah pada setiap makam diri.

-praktikal zikir di dalam hati perlu dilakukan diluar solat bagi mewujudkan "Istiqomah iman" di dalam solat.

-istiqomah iman di dalam solat bermaksud;
1.tidak melakukan perkara2 yang membatalkan solat.
2.sentiasa wujud kebesaran Allah di dalam solat.
3.tidak berlaku pemungkiran janji di dalam solat iaitu melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat seperti syirik tersembunyi dan syirik terang-terangan.
4."Taqorrubbanallah" wujud di dalam diri ketika solat.

- "istiqomah iman" perlu dilakukan diluar solat kerana untuk melatih "istiqomah diri" ketika melakukan amalan yang lain ketika berada diluar solat.

- pembatalan syahadat atau pembatalan perjanjian diri terhalang atau terbatal apabila malan diluar solat dan di dalam solat tidak seimbang.

- Qiam juga bermaksud teguhnya iman dengan ilmu fiqh dan ilmu tauhid serta bersedia menerima dan menjalankan segala perintah Allah.

- di dalam "seketika" itu pula hendaklah digunakan untuk menyedari dengan ilmu pada setiap amalna yang dilakukan.

- perlu diingatkan, mutu dan tertib ketika wuduk membantu untuk mencapai kekusyukkan di dalam solat.

2. Ruku'

- ketika ruku', tulang belakang membuat renggangan bagi melepaskan "stress" (ketegangan) semasa berdiri.

- otot-otot peha dan betis meneganga bagi melepaskan asid-asid dan ketegangan otot.

* renggangan otot berlaku bagi melepaskan otot-otot tubuh disamping melancarkan perjalanan atau proses oksigen di dalam darah dan spara zarah. Oksigen akan memasuki otak dan bersedia sepenuhnya untuk melakukan sujud.

- pengaliran oksigen pada otak , keseluruhan urat mata dan juga muka.

* Ruku' bermakna;

1. sujud hanya kepada "robbi" semata-mata. Ketepatan pandangan hanya kepada perkara2 yang tidak membatalkan ibadat.
2. sedar akan kemampuan diri di dalam beramal dan faham akan perkara-perkara yang emmbatalkan amalan.
3. sentiasa istiqomah di dalm amal dan tidak melanggar hukum Allah dan sunnah.
4. sedar dan redha:
i- sedar bermaksud sentiasa memahami perkara yang dilakukan melanggar hukum Allah dan sunnah atau tidak. Serta mengetahui kaedah untuk menfitnah akal.
ii- redha bermaksud memandang setiap kejadian yang terjadi samada pada diri atau alam luar dengan pandangan yang baik (husnul zhon)


3. Sujud

- pengaliran darah tertumpu ke bahagian otak untuk mengeluarkan oksigen pada keseluruhan saraf otak. Aktiviti ini akan menyebabkan pelepasan plug pada karatid. Maka saluran darah yang tersumbat akan menjadi lapang.

- dengan kedudukkan sujud, susunan tunjang (saraf) akan membentuk pengaliran darah yang lancar ke bahagian pinggang.

- dengan pembentukkan oksigen yang mencukupi kebahagian otak, akan mencegah dari nyanyuk sebelum tiba kematian.

- memperbetulkan system pencernaan dan mengecutkan usus.

- menjadikn pemikiran lebih rasional.

* sujud bermaksud:

- menundukkan segala anggota zahir pada perbuatan yang hanya ditentukan oleh Allah semata-mata.
- mengaku hanya Allah segalanya dengan mematikan sifat mazmumah di dalam diri.
- apabila sujud, aktiviti pandangan mata terbatas. bermakna hanya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
- hampirnya kita dengan bumi bermakna hampirnya kita dengan kematian yang tidak diketahui waktunya.
- meneutralkan diri bahawasanya tiada siapa yang lebih tinggi pangkatnya melainkan taqwa kepada Allah.
- secara tidak langsung. mewujudkan keikhlasan ketika beramal demi mengelakkan "ukhrawi" dan "maknawi".

* "ukhrawi" bermaksud tuhan seperti berhala dan sebagainya.
* "maknawi" bermaksud tuhan harta benda seperti duit dan sebgainya.

Wallahu A'lam.

Read More…

Khamis, 20 November 2008

Ilmu-ilmu syirik

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha berkuasa..Allah maha hebat..

Ada sesetengah pihak yang mengamalkan ilmu perubatan dengan bantuan jin..ada juga yang menuntutnya dengan jin islam atau bunian atau sebagainya..di sini saya nyatakan beberapa ilmu yang ada di malaysia yang syirik dan tidak boleh dituntut untuk pengetahuan sahabat2 sekalian.

1. Ilmu gerak Angin.
-di mana orang yang mempelajarinya tidak dirasuk jin islam..tetapi didampingi oleh jin islam tersebut melalui angin jin itu..mereka bersilat dan berubat menggunakan angin jin tersebut yang mempunyai berbagai-bagai nama seperti panglima hitam dan sebagainya. Ada juga jin yang menggunakan nama2 wali untuk menarik perhatian sarungnya(orang yang belajar dengannya) seperti nama syeikh abdl kadir jailani. Orang yang belajar dengan jin islam ni mestilah taat pada Allah, tidak boleh derhaka pada ibubapa, tidak boleh minum arak, zina, dan berjudi dan tidak boleh meninggalkan solat. Itu pantangnya. Kalau dilanggar pantang2 tu, ilmu akan jadi lemah.

Inilah yang sesat dan syirik. Sedangkan apa yang diminta oleh jin islam itu(pantang) adalah sememangnya wajib sebagai orang islam untuk meninggalkan dan melakukannya. Solat itu sememangnya wajib sebagai orang islam. Kalau tak menuntut ilmu dengannya pun, masih tetap wajib solat tu. Arak dan zaina tu haram disisi agama islam. WAlaupun kita tidak menuntut dengannya, ianya tetap ditegah.

Inilah yang banyak menyesatkan orang2 kita zaman sekarang. Dia beranggapan jin islam itu alim orangnya dan benar kerana menyuruh kebaikkan dan menegah kemungkaran jika ingin menjadi muridnya. Walhal, semua itu memang dah termaktub dalam agama islam. Sama ada kita berguru atau tidak denganya, hukum itu tetap berjalan paa diri kita.

2. Ilmu saka
-kebanyakkan orang2 yang mengamalkan ilmu ini 'menurun' ketika melakukan proses perubatan. Dan ada masa2 tertentu mereka perlu menyediakan hidangan untuk saka mereka ini seperti melayarkan ancak dilaut untuk jamahan saka mereka. Atau membuat kenduri dengan menghidangkan 7jenis kuih, 7 jenis bunga dan macm2 lagi.

Ini juga syirik kerana membenarkan jin saka tadi merasuki badanya denagn sengaja. Walhal, kita adalah sebaik2 mahkluk yang Allah jadikan. Kenapa perlu pertolongan makhluk lain sedangkan di dalam islam dan alQuran telah cukup semuanya.

3. Gerak panglima.
-ilmu ini juga syirik kerana menggunakan jin islam untuk menjadi orang yang handal dalm ilmu persilatan. Jin2 islam yang mendampingi mereka biasanya mempunyai nama2 pahlawan silam melayu seperti hang tuah, hang jebat, megat panji alam dan sebagainya. Ada yang sampai mempunyai 5 panglima dalam satu masa. Walhal, tanpa mereka ketahui, kelima-lima jin itu sebenarnya adalah dari satu jin yang sama. Cuma munggunakan 5 nama yang berbeza. JIN islam itu sebenarnya ada satu sahaja disisinya. Dia tertipu dengan helah2 jin itu.

4. Ilmu api/tanah
-kebanyakan pengamal ilmu ini menggunakan jin yang berwajah binatang seperti harimau, monyet, ular dan sebagainya. Ilmu ini juga syirik.

5. Ilmu pemotong bayang
-pengamal ilmu ini akan dipotong bayangnya pada malam bulan mengambang penuh di sebuah busut yang telah dipilih gurunya.
Selepas dipotong bayangnya, akan diberi pula umur pada bayangnya itu dan diberikan nama serta ditempatkan di dalam cincin yang dipakainya. Pengamal ilmu ini sukar mengalami kematian kerana ilmu yang diamalkan mestilah diturunkan terlebih dahulu sebelum mati. Sekiranya mati sebelum menurunkannya, pengamal ilmu ini akan bangun semula dan menurunkan ilmunya kepada sesiapa yang berdekatan dengannya waktu itu. Contoh; kalau dia kemalangan, dia mati ditempat kejadian. dia akan bangkit semula di situ untuk menyerahkan cincinnya pada orang yang ada berdekatan dengannya tanpa mengucapkan kata2. inilah ilmu yang syirik dan dilaknat.

6. Ilmu wali suci.
-pengamal ilmu ini akan diijazahkan oleh gurunya dengan dua pilihan. Pertama dengan memakan telur sebiji dan secubit pulut. Kedua dengan mandia dari bunga teratai. Ini juga syirik dan salah kerana amalan ilmu ini mengunakan bantuan angin dari jin dan menyeru nama imam ghazali, imam hanafi, imam hambali dan syafie untuk mengeluarkan kuasa anginnya. Ini adalah syirik semata2.

7. Ilmu putih.
-ilmu ini pada dasarnya menggunakan ayat alquran keseluruhannya dalam amalan dan perubatan. Tetapi masih lagi menggunakan khidmat jin sebagai penyampai atau utusan.
Ilmu ini juga syiik tanpa sedar.

8. Sihir
-tak perlulah ana jelaskan.

Kesimpulannya, samaada bersahabat dengan jin islam atau mengamalkan ilmu sihir tetap syirik dan dilarang sama sekali untuk mempelajarinya kerana jika dikaji sedalam2nya semuanya sama. Cuma jalan yang berbeza. Banyak lagi jenis2 ilmu yang saya tak dapat terangkan di dalam ini kerana terlalu banyak. Saya bagitau yang basic yang mana orang kita sering mengejarnya. Jangan terpengaruh denga ajaran ini.

Pesanan guru saya, jika seseorang dirasuk jin ataupun syaitan jangan diajak berbicara kerana itulah yang dimahukannya. Agar kita leka berzikir bila kita berbual dengannya. Walaupun dia menjerit2 sakit, jangan dilayan kerana bila dilayan, kita akan termasuk didalam golongan yang diimpikan oleh jin atau syaitan itu tadi. Kita akan lupa berzikir kerana berbual dengannya. Kita akan menjadi marah(sifat syaitan) bila berbual dengannya. Teruskan zikir dan membaca ayat alquran sampai dia keluar. Jangan dilayan walau sepatah. Saya harap membantu.

Wallahu A'lam.

Read More…

Hal-hal ketika bermimpi

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha penyayang..Allah sayang akan hambaNya..

Adapun hal-hal bermimpi adalh sesuatu yang memberi manfaat. Seperti firman Allah di dalam surah Al- Fath (48:27)
"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). "


Dan Allah berfirman di atas lisan nabi yusuf di dalam surah Yusuf (12:4)

"Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Seperti mana yang dikatakan oleh penyusun Kitab Al-Muzhir: "Syaitan tidak akan menjelma menjadi cahaya bukan sahaja Rasulullah malah segala saluran himat, kasih sayang dan hidayah seperti para nabi, para wali, malaikat, kaabah, matahari, bulan awan putih dan sebagainya. Kerana syaitan adalah penjelmaan sifat Al-Qahru yang mana tidak akan menyerupai mana-mana bentuk kecuali yang menyesatkan. Orang yang berada di dalam penjelmaan Al-Hadi tidak akan menjelma di dalam bentuk Al-Mudhil kerana sesuatu yang berlawanan tidak akan muncul di dalanm bentuk lawannya. Seperti api dan air. Air tidak akan menjelma menjadi apai dan sebaliknya kerana di antaranya terdapat perbezaan zat yang bertentangan. Dan Allah membezakan antara hak dan batil, benar dan salah sepertimana di dalam FirmanNya di dalam surah Ar-Ra'ad (13:17)

"Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan."

Maka, tidak terdaya syaitan menjelma dengan kesemua cahaya-cahaya yang berkaitan dengan Saluran seprti yang dinyatakan tadi.

Mimpi mengandungi akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. SEperti melihat bidadari, istana-istana, pemuda-pemuda pelayan syurga. Begitu juga lapangan cahaya yang putih seperti matahari, awan putih dan sebagainya. Ini semua berkaitan dengan sifat hati.

Mimpi melihat haiwan yang halal daginya atau burung-burung adalah mimpi yang berkaitan dengan nafsu Mutmainnah. Kerana kehidupan nafsu Mutmainnah bersumber dari jenis-jenis tadi.

Contohnya;

Sapi datang dari syurga untuk Nabi Adam bertani di dunia Unta datang dari syurga untuk menjaga kaabah zahir dan batin. Kuda sebagai alat untuk perang kecil dan perang besar. Semua itu adalah untuk akhirat.

Rasulullah bersabda;

"Kambing itu dijadikan dari madu syurga, sedang sapi dijadikan dari za'faron syurga, unta dari cahaya syurga, kuda dari angin syurga dan baghal dicipta dari nafsu Mutmainnah yang terendah. Bila seseorang bermimpi melihat baghal bermakna malas dalam ibadah dan nafsunya berat."

Keldai dijadikan dari batu-batu syurga. Ia diciptakan untuk keperluan Nabi Adam a.s dan keturunannya di dunia dalam rangka menempuh darajat akhirat.

Bermimpi berbicara dengan roh manusia yang alim dan elok rupanya adalah dari penjelmaan cahaya ketuhanan kerana ahli-ahli syurga rupanya sangat-sangat elok.

Inilah mimpi-mimpi dari akhlak yang terpuji. seandainya bermimpi memerangi segala cahaya-cahaya dan saluran hikmat seperti yang dinyatakan, bermakna telah melakukan kesalahan yang amat berat yang menghampiri syirik dan terkeluar dari syriat islam.

Mimpi dari akhlak tercela pula berpunca dari nafsu Amarah, Lawamah dan Malhamah. Semua sifat ini akan dinyatakan di dalam mimpi-mimpi binatang buas dan sebagainya.

Harimau melambangkan sifat sombong pada Allah dan sesama manusia yang lain.

Singa melambangkan sifat sombong dan menagungkan diri pada manusia.

Beruang melambangkan sifat marah dan selalu ingin mengalahkan orang yang berada di bawahnya.

Serigala melambangkan suka memakan barang yang haram dan subahat tanpa dapat membezakannya.

Anjing melambangkan sifat hubud dunia (cintakan dunia) dan suka memaksa dan marah kepada urusan duniawi.

Babi melambangkan sifat dengki, tamak, dendam dan mengikuti keinginan syahwat.

Arnab melambangkan suka berhelah dan tipu daya di dalam urusan duniawi.

Musang sama seperti arnab tetapi lebih kepada sifat lupanya.

Kucing melambangkan sifat kikir dan munafiq.

Ular melambangkan sifat suka menyakiti orang dengan lisan seperti marah dan menjelek-jelekkan orang lain serta suka berbohong. Ada juga melambangkqan permusuhan dengan orang lain.

Kala jengking melambangkan sifat suka mengedipkan mata sebagai isyarat, menakut-nakutkan orang dan mengadu-ngadu.

Tawon melambangkan sifat suka menyindir.

Jika bermimpi memerangi binatang-binatang tadi dan tidak mampu mengalahkannya bermaksud perlu memperhebatkan lagi amalan atau ibadah dan perbanyakkan berzikir. Jika sebaliknya bermakna telah berjaya menghapuskan sifat buruk.

Jika bermimpi binatang tadi berubah menjadi manusia beerti keburukkan telah diganti kebaikkan.

Inilah mimpi-mimpi yang berkaitan dengan sifat buruk.

Wallahu A'lam.


Read More…

Manusia dan aura



Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha berkuasa..

Tubuh manusia sentiasa dikelilingi oleh aura yang berwarna putih. Akan tetapi, biasanya aura tersebut akan bercampur aduk dengan warna-warna yang lain.

Di dalam ilmu aura, hati manusia dianggap sebagai "Raja" dan seluruh anggota badan adalah rakyatnya. Ini bermakna, apa sahaja yang terdetik dihati, akan dperintahkan rakyatnya (anggota badan) untuk melaksanakannya.



Sebagai satu contoh, apabila hati terdetik "aku nak makanlah..", maka, secara tidak langsung, ia akan menghantar isyarat gelombang ke otak dan otak akan menghantar isyarat kepada anggota badan yang lain untuk betgerak. Maka, kaki akan melangkah ke dapur (sebagai contoh), tangan akan mencapai pinggan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, keadaan ini terjadi terlalu pantas. Allah maha hebat di dalam penciptaan.

Secara halusnya, gelombang atau aura yang dihantar oleh hati tadi akan mengeluarkan cahaya yang berwarna-warni. Dan dalam masa yang sama, dapatlah diketahui akan perbuatan yang ingin dilakukan oleh seseorang dengan cahaya yang dikeluarkan olehnya tadi di dalam pergerakkannya. Tetapi, oleh kerana proses ini terlalu pantas, maka adakalanya ia tidak dapat dibaca kecuali orang yang benar-benar bersih hatinya.

Oleh itu dapatlah disimpulkan, bahawa setiap perkara yang hendak dilakukan oleh seseorang itu, dapat dibaca melalui aura yang dikeluarkan olehnya. Pendek kata, apa sahaja yang ingin dilakukannya atau telah dilakukannya mengeluarkan aura tertentu. Sekiranya sesorang itu telah melakukan zina, maka aura badannya akan mengeluarkan satu warna yang memberitahu akan keadaannya.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit pula, aura badannya akan bocor disesetengah tempat yang berpenyakit menunjukkan ada kerosakkan pada system tubuhnya. Jadi, dapatlah dibaca akan penyakit yang dihidapinya berdasarkan dari aura yang bocor. Contohnya, sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit jantung, maka aura sekitar dadanya akan bocor dan mengelurakan aura yang berwarna bergantung kepada keparahan penyakit itu. Kiranya penyakit itu ditahap yang kritikal, maka aura yang keluar berwarna hitam pekat bercampur merah saga.

Begitu juga di dalam penulisan seseorang. Apabila seseorang ingin menulis sesuatu, maka hatinya akan terdetik akan perkara yang ingin ditulisnya. Secara tidak langsung, hati memberi isyarat kepada otak dan otak memberi isyarat kepada anggota badan yang lain untuk melaksanakanya. Oleh itu, aura badannya akan berserta dengan penulisannya. Maka, secara tidak langsung, dapatlah diketahui akan sifatnya, amalannya, penyakitnya dan sebagainya.

Ilmu aura juga biasanya disertakan dengan ilmu nafas. Di mana, nafas digunakan untuk mengawak aura dirinya dan aura orang lain. (Insya Allah akan dihuraikan di lain perbincangan).Namun begitu, kebanyakkan mereka-mereka yang mempunyai kebolehan ini lebih banyak mendiamkan diri dari bersuara kerana di dalam hati mereka sentiasa berada dengan Allah semata-mata. Bagi mereka, apa yang Allah anugerahkan adalah satu ujian dan pengajaran serta pedoman hidup dan bukanlah untuk mempertikaikan hal seseorang.

Wallahu A'lam.
Read More…

Rabu, 19 November 2008

Ilmu aura


Bismillah...

Dengan nama Allah yang maha penyayang..Allah sayang akan hamba-hambaNya..Allah maha agung..

Aura bermaksud gelombang. Di dalam ilmu aura, setiap ciptaan Allah di dunia ini mengeluarkan aura yang tersendiri setiap masa. Dan aura mempunyai berbagai-bagai warna dan bentuk. Manusia adalah makhluk yang terbanyak mengeluarkan aura.

Aura dapat dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Aura tumbuhan.
2. Aura binatang.
3. Aura benda-benda yang tidak bernyawa seperti besi, batu dan sebagainya.
4. Aura bencana alam.
5. Aura manusia.

Aura Tumbuhan.

-kebiasaannya tumbuhan yang boleh dijadikan sumber perubatan mengeluarkan aura yang bercahaya dan cahayanya berwarna putih bersih. Cahaya- cahaya ini kelihatan amat kecil sekali seperti kelip-kelip yang berterbangan. Dan auranya sentiasa bergerak melayang-layang. Ini menunjukkan, tumbuhan tersebut mempunyai khasiat di dalam perubatan. Dan di dalam cahaya-cahaya putih itu juga, terdapat cahaya-cahaya yang lain yang berdasarkan kegunaannya. Contohnya daun hempedu bumi.

Di dalam daun hempedu bumi mengandungi cahaya-cahaya yang berwarna putih melayang bertebangan seperti kelip-kelip yang berterbangan. DAlam masa yang sama, di dalam cahaya putih itu mengandungi sedikit cahaya kemerahan yang menunjukkan ianya membahayakan kiranya diambil dengan dos yang terlalu banyak. Dalam masa yang sama juga, terdapat cahaya-cahaya yang berwarna unggu kebiruan yang menunjukkan ianya sesuai untuk mengurangkan kandungan gula di dalam darah dan juga boleh menurunkan kadar tekanan darah tinggi.

Kesimpulannya, setiap tumbuhan yang boleh digunakan dalam perubatan mengandungi cahaya yang berwarna warni bergantung kepada khasiatnya.

Bagi tumbuhan biasa pula, tumbuhan yang beracun yang mana tidak boleh dimakan oleh menusia akan mengeluarkan aura yang berwarna merah pekat. Dan aura tersebut tinggal tetap dan tidak bergerak seperti aura tumbuhan yang yang berkhasiat.

Aura Binatang

- binatang pula mengeluarkan auranya yang tersendiri. Tetapi ia bukanlah aura yang sama seperti aura yang dikeluarkan oleh tumbuhan. Biasanya haiwan yang berbahaya atau berbisa mengeluarkan aura atau cahaya berwarna hitam. Lagi kuat dan besar cahaya hitamnya, lagi berbahaya bisanya.

Binatang yang sedang marah pula akan akan mengeluarkan cahaya merah dan cahaya itu akan meluru kepada musuhnya yang berada berdekatan dengannya. Biasanya cahaya merah akan keluar bersama bunyi. Contohnya ular. Cahaya merah akan keluar dari bunyi desirannya. Dan cahaya itu akan bertembung dengan aura badan musuhnya. Secara tidak langsung, ia menandakan amaran darinya.

Kiranya manusia terserempak dengan keadaan begini, aura merah tersebut akan bertembung dengan aura badan manusia dan secara tidak langsung, manusia akan sedar akan bahaya yang diberikan oleh binatang tersebut. Ini dinamakan komunikasi secara gelombang. Contohnya kucing belaan. Walaupun manusia tidak memahami bahasa kucing, tetapi dari aura yang dikeluarkan oleh kucing yang bertembung dengan aura manusia, manusia boleh memahami bahawa kucing itu sedang sakit, merajuk, lapar, garang dan sebagainya.

Binatang yang berada di dalam keadaan tidak membahayakan akan mengeluarkan cahaya berwarna biru yang berkilauan seperti kelip-kelip.

Aura Benda

- benda-benda yang tidak bernyawa pula seperti batu dan sebagainya mengeluarkan aura yang bercahaya jernih seperti air. Kiranya manusia mampu menyatukan aura benda-benda tersebut dengan aura badannya, maka manusia dapat menggerakkan barang benda tersebut dengan menggunakan aura pandangan mata. Walaupun agak sukar, tetapi ianya tetap tidak mustahil kerana ilmu yang Allah turunkan adalah amat meluas sekali walaupun diibaratkan setitis air dilautan.

Aura Bencana

- sebelum terjadinya bencana seperti banjir, ribut dan sebagainya. Bumi akan mengeluarkan aura yang berupa cahaya yang berwarna. Bergantung kepada bencana yang bakal menimpa. Contohnya banjir. Sebelum banjir, hidupan lain yang yang lebih dekat dengan bencana yang mana telah tahu terlebih dahulu akan mengeluarkan aura tertentu. DAn dari situ, gerak hati yang kuat akan dapat merasa sesuatu akan terjadi berdasarkan aura yang dikeluarkan oleh binatang, tumbuhan dan benda. Biasanya warna aura ini tidak menentu. Ini kerana ia bergantung kepada binatang atau tumbuhan yang mengeluarkan auranya.



Aura Manusia

- Manusia adalah makhluk yang paling banyak mengeluarkan aura yang berwarna. Ini kerana setiap kelakuan, perasaan, pergerakkan, amalan, penyakit, penulisan(walaupun menggunakan komputer untuk menaip) dan cetusan hati mengeluarkan cahaya yang berbeza.

Dari cahaya yang dikeluarkan, dapatlah ditafsirkan penyakitnya, apa yang telah dilakukan olehnya, amalannya, sifatnya, perasaannya dan serba sedikit detikkan hatinya. Insya Allah akan dihuraikan di topik yang lain.

Perlu diingat, ketepatan ilmu aura adalah 90%. NAmun ilmu aura mestilah disertakan dengan ilmu tauhid dalaman yang mana setiap pengamal ilmu ini mestilah mengetahui hakikat diri manusia dan menjalankan segala perintah Allah. Kiranya tidak disertakan dengan ilmu ini, maka ketepatannya hanya 40% sahaja. Kerana, aura atau cahaya yang dikeluarkan adalah berkaitan dengan hakikat diri manusia itu sendiri.

Wallahu A'lam.
Read More…

Isnin, 17 November 2008

Saka susu lanjut













Bismillah...

"Eh..!!" aku tersentak dari tidurku.

Badanku seolah-olah dirantai dan aku tidak mampu bergerak. Sepasang tangan sedang rakus meraba-raba tubuhku yang kaku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Sekadar mampu melihatnya sahaja.

"Ah..geruh apa pulak ni.." bisikku.

Yang menggerunkan aku, tangan tersebut tidak mempunyai tubuh badan dan kepala. Hanya sepasang tangan yang keluar dari celah-celah papan lantai. Berkali-kali aku cuba menggerakkan badanku. Namun sia-sia usahaku. Dalam masa yang sama, aku merasa amat geli sekali kerana diraba-raba sedemikian. Tangan itu mula merayap-rayap ke atas dan cuba mencekikku.

"Aduh..siapala nak duga aku ni..leceh betul.." bentak hatiku.

Aku berada di rumah kawanku yang bernama Hassan. Sudah agak lama dia menjemputku bermalam di rumahnya. Namun aku terlalu sibuk dengan urusan kerja. Tetapi, entah mengapa hari ini aku tergerak untuk menziarahinya. Selepas pulang dari kerja, aku terus meluncur ke rumahnya. Sesampainya aku di rumahnya, kulihat dia sedang sibuk mengemas halaman rumahnya.
"Assalamualaikum.." sapaku.

"Wa'alaikumussalam.." sahutnya.

"Ala..kawin la cepat-cepat..kan senang..ada orang uruskan.." aku mengusiknya.

"Awak tu apa kurangnya..dah lanjut dah tu..bila lagi..?" balasnya sambil tersengih-sengih.

"Alamak..sekali terkena batang hidung sendiri daa.." bisikku sambil tunduk malu.

Melihat gelagatku, Hassan menghampiriku dan menepuk-nepuk bahuku. Dia adalah sahabat seperguruanku satu ketika dahulu. Waktu itu, kami bersama-sama menuntut ilmu Harimau Jadian. Tetapi telah bertahun aku tidak mengamalkannya lagi dan aku telah membuangnya. Alhamdulillah..Allah memberikan aku kesedaran. Aku berjaya membuang ilmu-ilmu yang pernah aku tuntut suatu ketika dahulu. Tetapi, kulihat Hassan masih mengamalkan ilmu tersebut.Ini kerana aku melihat dua ekor harimau sedang berlegar-legar dihalaman rumahnya. Harimau-harimau itu merenung tajam kearahku. Namun aku tidak menghiraukan renungan mereka.

Suatu ketika dulu, aku sendiri pernah memiliki 3 ekor harimau jadian yang diturunkan oleh guruku. Selama 8 tahun harimau tersebut mengikuti ke mana sahaja aku melangkah. Menjaga mereka tidaklah rumit sangat. Aku hanya perlu berikan mereka makanan setiap hari. Dan makanan mereka ialah surah fatihah yang disedekahkan atas nama mereka. Allah maha peyayang. Akhirnya aku sedar bahawa semuanya adalah syirik semata-mata. Dalam aku mempelajari ilmunya, secara tidak langsung aku telah bergantung keselamatan dengannya. Oleh itu, kutinggalkan dan kubuang semua ilmu-ilmu ini. Alhamdulillah..aku berjaya membuangnya.

"Eh..nape mengelamun tu, naiklah.." sapa Hassan.

"Takde apa tu..dia cuma pandang je..biasala..nak jaga keselamatan.." sambungnya lagi seolah-olah faham apa yang aku fikirkan.

Aku mendaki anak tangga rumahnya. Terasa begitu selesa sekali bila berada di rumahnya. Rumahnya masih lagi mempunyai ciri kebudayaan melayu. Kami berbual panjang dan solat bersama-sama.

"Baru-baru ni, aku ada masalah sikit..yang ada pun tak mampu nak melawannya.." Hassan memulakan bicara. Ketika itu, kami baru sahaja selesai solat isya'.

"Hmm..macam mana boleh jadi macam tu pulak.." tanyaku.

Hassan kelihatan sungul. Terbayang kerisauan dari riak wajahnya. Dia menghela nafas panjang. Rokoknya disedut sedalm-dalamnya.

"Baru-baru ni, aku ada mengubat satu perempuan..saka..dah 6 keturunan dah saka tu.." sambung Hassan.

"Saka tu untuk digunakan untuk menyambut kelahiran..saka bidan.." ujarnya lagi.

"Hmm..sekarang ni saka tu datang menganggu la ni..?" tanyaku.

"Dah 2 minggu dah..aku pun tak tahu nak buat macam mana..macam-macam ilmu aku dah keluarkan..tapi tak mampan.." katanya sambil menghela nafas panjang.

"Elok gak kau ada kat sini. Bolehla kau tolong tengokkan pulak." sambung Hassan.

"Saya dah buang semua ilmu tu.." jawabku.

"Ala..tak payahlah merendah diri pulak..aku tahu kau belajar apa sekarang..sebab tu aku ajak kau tidur rumah aku. Manalah tahu kau boleh ikhtiarkan." kata Hassan sambil menepuk belakangku.

"Saya pun tak tahu gak nak buat macam mana. Tapi, kalau boleh, janganlah kacau saya. Saya ni penakut sikit.." kataku.

"Ha..ha..ha.." ketawa besar Hassan. Tampak giginya yang putih bersih. Memang Hassan ni pembersih orangnya.

"Kau ni tak berubah langsung. Apa-apa jelah Li. Kalau kau nak tidur karang, kau tidurla kat mana kau suka. Ala..macam tak biasa lak." katanya lagi.

Aku hanya tersengih. Tiba-tiba dengar satu suara aneh dari atas bumbung. Suara seperti katak menderam. Aku memandang Hassan. Dia juga memandangku sambil tersenyum.

"Dah mai dah. Hai..apa mau jadi belum tau.." katanya seolah-olah apek tua bercakap.

Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Dalam pada itu, aku menguatkan lagi zikir di dalam hatiku. Selang beberapa minit, bunyi itupun hilang. Digantikan dengan bunyi unggas yang amat menyenangkan aku. Teringat aku kampung halamanku.

"Tu baru begining tu. Sikit lagi heavy metal la." kata Hassan sambil tersengih.

"Abis tu, apa yang rimau dua ekor tu buat kat bawah..? tanyaku.

"Hmm..hampeh..!! Diorang pun takleh nak lawan." kata Hassan sambil mencebik bibirnya.

Aku hanya tersenyum. Kami berbual agak panjang sekali. Macam-macam kisah silam kami ungkitkan. Dan hingga larut malam, aku meminta izin dari Hassan untuk melakukan solat sunat dua rakaat. Mata Hassan kelihatan agak layu. Mengantuk sangat nampaknya dia. Setelah berbicara sedikit sebanyak, dia pun masuk tidur ke biliknya. Aku pun terus berwuduk dan melakukan solat sunat dua rakaat.

"Taaaaannnggg....!!!"

Bingit kepalaku dilempang oleh sepasang tangan itu. Aku tersentak kembali. Tangan tadi telah mencengkam leherku. Nafasku terasa sesak sekali.

Dalam keadaan genting, aku teringat kembali kata-kata Allah di dalam hadis Qudsi.

"Wahai hambaku..Mintalah kepadaKu..Nescaya Aku akan perkenankan."

Aku tersentak dengan kata-kata itu. Lantas aku kembali berzikir di dalam hati. Memang aku agak cuai kerana menghentikan zikirku. Sebab itulah aku senang diganggu. Aku merasa kesal kerana lali.

"Allahhhhhh...!!! Huuuuu...!!!" aku melepaskan nafas dengan kuat sekali.

Terdengar satu letupan yang kuat dan secara tiba-tiba terbau seperti benda yang terbakar hangus.

"heeeee...heeeee..heeeee...!!! kedegaran satu suara yang amat menyeramkan. Aku tidak menghiraukannya. Aku menguatkan lagi zikirku.

Tiba-tiba, Hassan datang menerpa.

"Kau ok Li?" tanya Hassan.

"Mana dia pergi..? tanya Hassan lagi.

"Tak tahulah..takpe..awak duduk bertenang. Biar saya hadap dia dulu." jawabku.

Hassan duduk dihadapanku sambil mencapai rokoknya. Dalam masa yang sama, aku menguatkan lagi zikirku.

" Innahu min sulaiman..wa innahu bismillahirrahmanirrahim..ala ta'lu alayya waatuni muslimin." aku membaca di dalam hati.

Tiba-tiba, keadaan sekelilingku menjadi gelap gelita.

"Allah..Hu.." aku mengeluarkan cahaya zikirku.

Sedikit demi sedikit, tempat yang gelap tadi beransur terang. Di depanku, ad dua ekor harimau yang sedang dirantai dan cuba melepaskan diri.

"Hmm..harimau Hassan.." bisikku.

"Heeeee...heeee....heeee.." Terdengar suara mengilai dibelakangku.

Aku menoleh kebelakang. Kelihatan satu susuk tubuh perempuan tua. Rambutnya agak berserabut dan keputihan. Matanya seolah-olah tidak ada langsung. Anehnya..ada sesuatu yang digendengnya di atas bahunya.

"Astagfirullah..." aku beristigfar.

Rupanya teteknya terlalu labuh kebumi hinggakan dia terpaksa menggendengnya di atas bahu. Tangannya panjang kebumi. Itulah tangan yang meraba-rabaku tadi. Baunya amat busuk sekali. dia hanya memakai kain batik yang lusuh tanpa berbaju. Menyerigai dia memandangku.

"Jangan masuk campur urusanku..!! kalau tidak kau akan nahas." herdiknya.

"Astagfirullah..tempatmu bukan bersama manusia. Masalah manusia adalah masalahku juga.." balasku.

"cis..!! jeritnya sambil menghayunkan teteknya yang labuh kearahku.

Aku mengelak dan melemparkan cahaya zikir ke arahnya.

Tiba-tiba dia menghilang. Hanya kedegaran suara hilai tawanya sahaja.

"Heeeee....heeeee...heeeee...!!! Ilmu yang kau ada tidak setandingku. Dah lapan ratus tahun aku hidup dibumi ini...heeee...heeee...heeee...!!! terdengar suaranya sambil dengan hilai tawanya yang mengerikan.

Tiba-tiba, aku merasakan ada sesuatu yang membelit tubuhku. Dan menutup hidungku. Aku terasa sesak nafas. Zikirku terganggu seketika. Keadaanku tidak habis di situ. Wajahku dijilat dengan lidahnya yang panjang. Baunya amat busuk sekali. Aku cuba kembali bertenang dan kembali kepada zikirku.

"Bismillahirrahmanirrahim..Ya Zaljalaliwalikram..Allah...Huuuu....!!! Aku menghela nafas dengan kuat.

"Aaaaaaa....eeeee.......!! terdengar satu jeritan yang kuat.

"Heee...heee...heee.....!! Itu je yang kau ada? Heh..aku tidak pernah tewas...!! Heee..heee...heee..!! terdengar hilai tawanya lagi.

Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Bagiku ia adalah serangan minda. Aku duduk bersila dan membaca surah fatihah di dalam hati.

"Ya Allah..bantulah hamba." pintaku.

Dalam masa yang sama, satu bebola api menluru kearahku dengan laju sekali.

Aku menepisnya dengan cahaya zikirku.

"Heee...heee...heee...!! terdengar hilai tawanya lagi.

Dalam masa yang sama, datang segorombolan makhluk yang agak aneh dikelilingnya. Makhluk itu agak pendek. Lebih kurang dua kaki tingginya. Perutnya memboyot kebumi. Matanya besar kemerahan. Tangannya juga mencecah bumi. Telinganya panjang dan melayut hingga lutut. Aku tak pasti ada berapa ekor. Yang pasti, geruhku semakin berat.

Makhluk-makhluk itu menerpa kearahku dengan membawa rantai yang besar ditangan mereka. Mereka mengelilingiku dan membaling rantai besar itu kearahku.

"Kau akan kuikat dan kukurung di sini menjadi hambaku...heee..heee..heee..!!! kata perempuan tua itu.

Aku meningkatkan lagi zikirku. Kali ini kutukar arah zikirku. Dalam masa yang sama, rantai-rantai besar tadi sedang menjerut tubuhku. Aku tidak mampu bergerak. Namun, aku tenangkan diri dan berzikir terus menerus. Jerutan itu semakin ketat dan kuat. Aku terasa amat sakit dirusukku. Kuteruskan juga dengan zikirku tadi.

Setelah kurasakan cahaya zikir memenuhi dadaku, kutukar kan semula arah zikirku. Sehinggakan aku merasa nafasku menjadi panas dan kencang. Aku mendapat tenagaku kembali.

"Allahhhhhh....!!! Huuuuu....!!! aku menjerit sambil mengepakkan tanganku.

Terputus semua rantai-rantai yang membelengguku. Makhluk-makhluk kecil tadi terpelanting dan ada yang terbakar hangus. Dalam pada itu, aku telah kehilangan banyak tenaga. Peluh membasahi tubuhku.

"Hebat..tapi Allah maha hebat.." bisikku menaikkan semangat.

Aku lanjutkan zikirku lagi. Perempuan tua itu kelihatan amat marah sekali. Tidak kedengaran suaranya lagi. Dia terus melontarkan bebola api yang besar kearahku.

Aku menepisnya dengan cahaya zikirku. Tetapi, aku juga terpelanting kebelakang. Amat berat serangannya. Aku mengatur langkah kembali. Kutarik nafas sedalam-dalamnya.

"kaf...ha..ya..ain..sod.." aku menraik nafas sedalam-dalamnya. Aku nmenyerap cahaya ayat Allah yang agung itu.

"Bismillahirrahmanirrahim..kullu nafsin zaikatul maut.." Aku menyambung lagi. kutahan nafasku sehingga dadaku terasa mengembang.

Aku menarik tanganku kebelakang sambil menarik cahaya zikirku.

"Allahhh..!! Huuu!! jeritku sambil menghembus nafas panjang.

Tepat mengenai sasaranku. Perempuan tua itu menjerit kesakitan. Badannya seolah-olah terputus-putus seperti dicincang dengan pedang yang tajam. Serpihan dagingnya bersepah merata-rata. Dalam masa yang sama, makhluk-makhluk kecil yang membawa rantai tadi hangus terbakar semuanya. Aku berdiri tegak dan cuba mengatur nafasku kembali.

Tiba-tiba, daging tubuh wanita tua itu seakan-akan bertemu dan bercantum kembali.

"Astagfirullah.." terpacul astagfar dari mulutku.

"Heeee...heeee...!!! terdengar hilai tawanya yang bertambah ngeri.

Aku tergamam. Tenagaku sudah semakin habis dan aku benar-benar keletihan.

"Ya Allah..bantulah hamba." pintaku lagi.

Dengan tidak semena-mena, muncul satu cahaya yang amat besar sekali. Cahaya itu meluru laju kearah perempuan tua itu. Cahaya itu tepat mengenai sasarnnya dan terdengar satu letupan dan jeritan yang amat kuat sekali. Kelilingku menjadi terang benderang dengan cahaya putih keungguan.

"Guru.." bisikku.

Aku tahu, itu adalah guruku.

Dalam kesilauan cahaya. Muncul satu susuk tubuh manusia.

"Guru..!! aku meluru kearahnya. Kusalam dan kucium tangannya.

"Kamu tak apa-apa..? tanya guru.

"Alhamdulillah.." jawabku.

"Kamu dah banyak kehilangan tenaga. Balik dan lakukan solat syukur. Baru berehat." ujarnya.

Aku mengangguk sambil tersenyum tanda faham maksudnya.

"Jangan lupa syukur kepada Allah yang memberi pertolongan." sambungnya lagi.

"Baik guru.." jawabku.

Dia hilang dalam cahaya putih tadi.

"Assalamualaiku.." kedengaran suaranya sayup.

"Wa'alaikumussalam.." balasku perlahan.

Aku menoleh kebelakang. Kulihat dua ekor harimau kepunyaan Hassan berada bertentang denganku.

"Terima kasih tuan hamba." Salah seekor darinya bersuara. Sungguh garau suaranya dan gerun mendengarnya.

"Aku hanyalah perantara. Allahlah segalanya." jawabku.

"Jin dengan jin..manusia dengan manusia. Jin tidak boleh campur urusan manusia...dan manusia tidak boleh mencampuri urusan jin. Sebab itulah kita diciptakan dengan alam yang berbeza." sambungku lagi.

"Assalmualaikum.." aku menyambung sambil bersedia untuk beredar.

"Wa'laikumussalam.." jawab harimau-harimau itu serentak.

Aku membuka mataku. Kulihat Hassan sedang duduk terpinga-pinga.

"Apa dah jadi..? Aku cuba nak tolong kau, tapi macam terkunci." kata Hassan.

"Alhamdulillah..semuanya dah selesai. Panjang ceritanya. Nanti saya ceritakan. Saya nak solat dulu. Ujarku sambil menyapu muka yang berpeluh-peluh.

Hassan bergegas ke dapur dan mengambilkan aku segelas air.

"Baguslah..Alhamdulillah.." katanya sambil tersenyum.

Keesokkan harinya, Hassan didatangi oleh seorang perempuan muda. Dia bercerita kepada kami tentang perkara yang pelik yang terjadi dirumahnya semalam. Seisi keluarganya tidak dapat tidur kerana diganggu oleh bunyi-bunyi yang aneh dan mengerikan.

"Insya Allah..dah selamt semua. Kawan saya ni dah uruskan." kata Hassan kepadanya sambil menepuk bahuku.

"Bukan saya..Allah." Balasku.

Pagi itu, perempuan tersebut bercerita panjang lebar dengan kammi. Katanya, nenek moyangnya dulu memang ada mengamalkan ilmu perubatn untuk menjadi bidan. Dan mereka semua didampingi oleh perempuan tua yang bergelar "bidan susu lanjut". Sudah enam keturunan ilmu itu diturunkan. Tetapi bila sampai kepadanya, dia tidak mahu. Dia lebih yakin dengan kebesaran Allah dari makhluk seperti itu. Sebab itulah makhluk tersebut mengamuk dan mengganggu keluarganya. Kerana dia tidak mahu menurut kata makhluk tersebut.

Sekadar hiburan.
Read More…

Rahsia disebalik perintah wuduk


Bismillah..

Sebelum wuduk/tayamum hendaklah diketahui mengapakah dan apakah tujuannya Allah memerintahkan wuduk/tayamum sebelum melakukan solat samaada solat sunat mahupun solat wajib. Kerana Allah tidak menyuruh sesuatu itu tanpa sebab dan hikmahnya.

Sekiranya kita dapat memahami apa yang Allah kehendaki di dalam wuduk/tayamum, maka perjalanan wuduk/tayamum lebih lancar tanpa was-was dan Allah menerima wuduk kita dan perjalanan solat lebih khusyuk dan taqwa. Insyaallah.

1. Berkumur
- dari segi syariat berkumur untuk membuang sisa makanan agar tidak terjadi perkara yang membatalkan solat iaitu makan ketika solat. Walaupun secebis sisa makanan.
- dari segi hakikat berkumur untuk membersihkan kekejian mulut kerana berkata sesuatu yang dibenci walaupun tidak disengajakan.

2. Membasuh muka
-dari segi syariat membasuh muka untuk menghilang kekotoran pada muka, debu-debu yang mengandungi kuman yang membawa penyakit agar tidak meresap pada kulit muka. Dalam erti kata lain kebersihan untuk mengadap Allah kerana Allah suka hamba yang bersih.
-dari segi hakikat membasuh muka untuk membuang segala kekotoran yang dilakukan yang mendatangkan malu pada agama islam dan Allah. Ibarat menconteng arang dimuka.

3. Membasuh tangan
-dari segi syariat membasuh tangan untuk menghilangkan daki atau debu atau apa saja kekotoran yang membuatkan air tidak terkena pada kulit. Dalam erti kata lain kebersihan yang Allah sukai.
-dari segi hakikat membasuh tangan untuk membersihkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tangan seperti mencuri, menggunakan tangan pada jalan yang tidak diredhai Allah.

4. Menyapu kepala
-dari segi hakikat menyapu kepala agar kepala terasa sejuk dan selesa untuk memudahkan daya pemikiran berfikir dengan waras dan selesa secara tidak langsung mengurangkan tekanan.
-dari segi hakikat meyapu kepala bagi membersihkan akal fikiran dari dosa kerana berfikir perkara yang keji dan meningati akal fikiran agar meningati Allah sahaja bukan sahaja di dalam solat malah sepanjang hidup setiap detik nafas.

5. Membasuh telinga
-dari segi syariat membasuh telinga untuk membuang kotoran pada telinga dalam erti kata lain menjaga kebersihan. Secara tidak langsung kebersihan diri menunjukan kebersihan agama islam.
-dari segi hakikat membasuh telinga untuk membersihkan dosa kerana mendengar fitnah serta umpatan walaupun tidak disengajakan. Selain itu membersihkan telinga dari dosa mendengar sesuatu yang melalaikan dari meningati Allah.

6. Membasuh kaki
-dari segi syariat membasuh kaki bagi membersihkan kotoran terpijak najis untuk mengelakan kekotoran pada tempat inadat yang succi.
-dari segi hakikat membasuh kaki bagi membersihkan kaki dari dosa kerana melangkah ketempat yang Allah tidak redha.

*wuduk/tayamum membuktikan pada Allah bahawasanya diri kita masih bersih seperti awal-awal mula Allah wujudkan kita di dunia yang mana Allah mewujudkan kita di dunia ini dari bayi yang bersih.

Maka kebesihan yang kita jaga menunjukkan amanah Allah yang dipinjamkan masih lagi bersih dan tidak rosak samada dari segi zahir mahupun batin.

*apabila kita faham apa yang Allah inginkan, maka semuanya akan berjalan lancar dan makbul. Insyallah.

WALLAHU A'LAM
Read More…

Apakah yang dikatakan solat itu tiang agama?

Bismillah..

Rasullullah SAW bersabda"

" solat itu tiang agama.."

Solat itu tiang agama bermaksud, apabila sesorang melakukan solat maka sempurnalah kelima-lima rukun islam di dalam dirinya. Disebabkan itulah dikatakan solat itu tiang agama. Tidak dinyatakan syahadat, puasa, haji dan zakat itu tiang agama.

Kerana di dalam solat ada syahadat. Di dalam solat ada solat. Di dalam solat ada puasa. Di dalam solat ada zakat. Dan di dalam solat ada haji.

Rukun Islam:

1. Mengucap dua kalimah syahadat
2. Solat lima waktu
3. Berpuasa
4. Mengeluarkan zakat
5. Menunaikan haji

Di dalam solat ada syahadat
-Ketika duduk tahyat awal dan tahyat akhir.

Di dalam solat ada solat
-Makna solat ialah meningati. Di dalam solat kita meningati Allah semata-mata.

Di dalam solat ada puasa
-puasa syariat ialah menahan diri dari lapar dan dahaga dan menahan nafsu dari melakukan perkara yang keji dan mungkar serta bersetubuh disiang hari(ketika berpuasa). Puasa di dalam solat ialah menahan diri dari makan dan minum serta menahan nafsu dari meningati keduniaan hanya meningati Allah semata-mata.(matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan).

Di dalam solat ada zakat
-pengertian zakat di dalam syariat ialah memberikan sesuatu dari jalan kebenaran kepada asnab yang ditentukan. Zakat di dalam solat ialah menyerahkan diri kepada Allah semata-mata bermakna tiada apa yang ada pada diri semuanya milik Allah dan sujud kepada tempat yang paling bawah menunjukkan betapa rendahnya diri berbanding Allah.

Di dalam solat ada haji
-haji syariat ialah mengunjingi baitullah dengan melakukan mengikut rukun-rukun yang tertentu seperti tawaf 7 kali mengelilingi ka'bah. Manakala haji di dalam solat berdasarkan sabda rasulullah saw"

"qolbi mu'min baitullah"(hati orang-orang mu'min itu rumah/Qiblat Allah)

*kesimpulannya, itulah yang dimaksudkan oleh baginda rasulullah bahawasanya solat itu tiang agama kita.

Wallau A'lam
Read More…

5 Perkara hati

Bismillah..

Hati adalah penentu utama bagi menjamin keselamatan diri kita kerana hati adalah penggerak bagi semua aktiviti badan kita. Maka perlulah diketahui apakah halnya tentang hati ini kerana apabila hati menjadi sakit, maka sakit seluruh badan dan jika hati menjadi mati, bermakna berakhirlah kenikmatan dan kelazatan hidup. Ini bermakna perkara-perkara berkenaan hati tidak boleh dipandang remeh.

Hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang zahir yang mana merupakan seketul daging di dlam badan manusia. Tetapi hati batin manusia.Di dalam alquran dan hadis, banyak membahaskan berkenaan hati batin manusia. Jadi, marilah sama-sama kita renungkan perbahasannya.

1. Apakah yang menyebabkan hati menjadi kotor, sakit, mati dan keras?

-kita telah ketahui bahawa setiap manusia dilahirkan dengan hati yang bersih dan suci. Namun, tatkala kita meningkat akil baligh, di mana kita telah mampu memikirkan kebaikkan dan keburukkan melalui ajaran yang diajarkan oleh para-para nabi dan rasul maka hati kita beransur menjadi kotor. Setiap kesalahan yang kita lakukan menimbulkan bintik hitam di dalam hati kita. Makin banyak kesalahan(dosa), makin banyak bintik hitam dan lama kelamaan hati yang bersih tadi menjadi hati yang kotor.

-tatkala hati tadi menjadi kotor, dan iman terlalu lemah untuk mengatasi hawa nafsu, maka hati yang kotor tadi akan bertukar kepada peringkat kedua menjadi hati yang sakit.-apabila hati yang sakit ini tidak diubati dengan usaha keimanan, lama kelamaan hati yang sakit ini akan tertutup sepenuhnya dan menjadi hati yang mati.

-apabila hati menjadi mati, maka terputuslah segala hidayah dan hati ini menjadi bertambah nazak dan jadilah hati ini hati yang keras seperti batu.

2. Bagaimana membersihkan hati yang kotor?


-apabila badan menjadi kotor, dapatlah dibasuh dengan air. Tetapi bagaimana pula cara membersihkan hati yang kotor agar ianya tidak menjadi sakit lalu mati dan menjadi keras. Tidak lain tidak bukan hati yang kotor dapat dibersihkan dengan memohon maaf kepada Allah dengan sebenar-benar maaf.(taubat nasuha). Setelah dicuci dengan taubat nasuha, barulah hati ini boleh dididik agar menjadi hati yang bercahaya.

3. Bagaimana menjadikan hati bercahaya

-setelah hati yang kotor tadi dibersihkan, hati ini hendaklah dilatih agar menjadi hati yang bercahaya. Dan ketahuilah, hanya Allah sahaja yang boleh memberikan cahaya pada hati. Oleh itu, berbekalkan keimanan dan keyakinan yang kuat, pohonlah dengan Allah agar mengurniakan "nur" di dalam hati. Semoga hati yang kotor menjadi bersih. Hati yang sakit menjadi sembuh. Hati yang mati menjadi hidup dan hati yang keras menjadi lembut. Allah berfirman di dalam surah Al An'am ayat 122:

"dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan padanya cahaya yang terang dan dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan keadaannya orang-orang yang berada di dalam keadaan gelap gelita yang sekali kali tidak dapat keluar daripadanya? demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan."

4. Bagaimana menerangkan hati

-setelah berdoa agar hati dikurniakan "nur"dengan sepenuh hati dan keyakinan, maka hendaklah disertakan dengan usaha agar hati ini menjadi terang selamanya (dari masa ke semasa) dengan cahaya yang dikurniakan. Sesungguhnya, semakin terang cahayanya, semakin banyak manfaatnya dan banyak kebaikkannya. Telah dibahaskan dan dihuraikan serta ditunjukkan di dalam alquran dan hadist bahawa untuk menerangkan hati hendaklah dengan melakukan jalan zikir, mendengar atau membaca alquran, melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Allah, menuntut ilmu seperti sifat 20 dan sebagainya yang boleh menguatkan lagi keyakinan dan keimanan di dalam hati. firman Allah di dalam surah Al Anfal ayat 2:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya, maka bertambahla keimanan mereka (keranaNya) dan kepada tuhanlah mereka bertawakkal."

-Selain itu dengan meningatkan tentang hal-hal akhirat dan sentiasa meningati mati dapat juga menerangkan cahaya hati. Kerana dengan ingatan ini, dapat melemahkan kekuatan hawa nafsu serta dapat menggalakkan agar berbekal untuk kehidupan yang kekal.

5. Bagaimana hendak menjadikan hati mendengar sebelum telinga dan melihat sebelum mata-mata dan telinga hanya dapat melihat dan mendengar apa yang tersurat sahaja tidak pada yang tersirat. Nmaun, di dalam hati mempunyai mata dan telinga yang lebih tajam untuk melihat dan mendengar apa yang tersirat dan tersurat.Rasulullah bersabda:

"peliharalah olehmu daripada tafsir orang beriman, kerana sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah. Lalu rasulullah membaca ayat; sesungguhnya pada orang yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang memerhatikan tanda-tanda. (Bukhari dan Tarmizy)

-orang-orang inilah yang matanya tetap tidur, tetapi hatinya tetap bangun.

Wallahu A'lam.
Read More…

Pesanan Nabi Isa

bismillah..

Nabi Isa a.s berkata:
"dunia ini umpama 3hari, 3 saat dan 3 nafas."

3 hari
-1 hari semalm yang mana kamu tidak akn kembali padanya walau apapun terjadi.
-1 hari besok yang kamu tidak tahu samaada kamu dapat menghadapinya.
-1 hari yang kamu sedang berada ditengah2nya.

Maka gunakanlah sebaik2nya.

3 saat
-1 saat yang berlalu yang kamu tidak dapat kembali kepadanya.
-1 saat yang kedepan yang belum tentu kamu dapat mengdapinya.
-1 saat yang mana kamu berada didalamnya.

Jadi gunaknlah saat itu untuk kamu meningatinya.

3 nafas
-1 nafas yang berlalu yang kamu tidak dapat kembali padanya.
-1 nafas yang kedepan yang belum tentu kamu dapat menikmatinya.
-1 nafas yang kamu sedang berada didalamnya.

Jadi gunakanlah setiap nafas yang kamu hirup untuk meningatinya.

Wallahu A'lam.

Read More…

Adakah sama?

Dengan nama Allah Dan Allah semata2 yang maha hebat..

Situasi pertama:
-pembelian tiket no ekor yang berharga RM1. Kiranya menang, akan mendapat hadiah yang lumayan yang berlipat kali ganda.
*syarat2 untuk menang atau menuntut hadiah ialah mestilah membuat pembelian sekurang2nya RM1 untuk mendapatkan sehelai tiket yang melayakkan seseorang itu menang dan tiket tersebut sebagai bukti pembelian.

Situasi kedua:
-promosi besar2an sebuah supermarket. Dengan pembelian barang2 layak memenangi wang tunai atau sebuah kereta.
*syarat2 untuk menang atau menuntut hadiah adalah dengan membuat pembelian sekurang2nya RM200 ke atas untuk mendapatkan tiket(resit belian) yang melayakkan seseorang itu menang dan tiket tersebut sebagai bukti pembelian.

Situasi ketiga:
- sms terbanyak.*dengan menghantar sebanyak mana sms pada idola anda yang mana menyebabkan idola anda menang dan anda tidak dapat apa2.

Adakah sama..? Read More…

Musibah

Bismillah..

Sesungguhnya pandanglah setiap kejadian yang Allah jadikan dengan penuh kebaikkan. Segala yang terjadi mempunyai hikmah disebaliknya bagi orang-orang yang memikirkan iaitu orang-orang yang sentiasa memandang setiap kejadian atau ciptaan dengan sebaik-baik sangkaan.

Adapun setiap mesibah yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya kerana sifatNya yang maha pengasih lagi maha penyayang semata-mata.

Setiap musibah dipandang melalui 3 perkara/kejadian/sebab:

1. Musibah yang diturunkan kerana hukuman kepada orang2 yang engkar setelah berkali2 diberikan peringatan. Ia sebagai pedoman kepada umat yang terkemudian. Seperti kaum nabi nuh, firaun dan sebagainya.

2. Musibah yang diturunkan sebagai peringatan kerana keengkaran. Seperti banjir, bencana alam, kemarau, sakit dan sebagainya. Kerana Allah ingin mengurangkan dosa hambaNya atau memberi pengajaran pada hambaNya agar memandang kepada kesilapan. Muhasabah diri.

3. Musibah yang diturunkan kerana Allah ingin menguji hambaNya bagi menguatkan keimanan.

Namun begitu ada juga rahmat yang merupakan musibah kiranya tidak difikirkan atau leka atas kurniaan. Seperti kenaikkan pangkat. Rahmat yang mana Allah berikan untuk menambahkan pendapatan dan nama yang menjadi kemegahan. Dalam masa yang sama, ianya akan mewujudkan sifat bongkak, sombong, lupa diri dan Allah atau jauh dari Allah kirana tidak bersyukur di atas kurniaan.

Wallahu A'lam. Sekadar cetusan.

Read More…

Ahad, 16 November 2008

Aku dan puaka liar





Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha peyayang..Allah maha agung..Allah sayangkan sekelian hambaNya..

Satu malam, ketika aku sedang sibuk dengan kajianku. Aku mendapat satu panggilan dari adikku. "Bang..danish demam teruk..tiba-tiba je..boleh abg tengokan.."? ujar adikku.

"Hmm..bawaklah dia datang rumah.." jawabku.

"Pukul 11.30 nanti kitorang sampai.." kata adikku.

"ok.." jawabku.

Kira-kira pukul 11 malam, pintu rumahku diketuk orang. Kedengaran suara adik iparku memberi salam. Adikku yang bongsu, lantas membuka pintu. Kelihatan, adik iparku masuk sambil senyum kambing. Memang perangainya begitu. Dia lurus bendol orangnya. Dia bersalam denganku. Aku hanya tersenyum.



Dalam masa yang sama, adikku masuk sambil mendukung anak lelakinya yang baru sahaja berusia 2 tahun. Aku memandang tepat wajah anak buahku. Wajahnya agak pucat dan matanya bengkak. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Namun, bukan dia yang aku tenungkan. Aku melihat satu susuk lembaga mengekori belakan adikku. Badannya besar sekali ganda badanku. Seluruh tubuhnya berwarna hitam kerana diselaputi bulu-bulu yang agak kasar. Matanya merah bersinar. Dia menyeringai setelah melihatku. Tampak taringnya panjang dan susunan gigi yang tajam sekali.

"Hmm..puaka liar..mungkin hantu raya yang tak bertuan.." bisikku di dalam hati.

"Danish...!! Meh kat pak lang meh.." aku memanggil anak buahku. Namanya Mohd Danish fattullah. Dia amat akrab denganku. Dia meluru padaku dan terus memelukku. Aku mendudukkannya di atas ribaku. Sambil hatiku tidak putus-putus berzikir. Dalam masa yang sama, aku membaca surah al-ikhlas 11 kali dan meniupkannya pada umbun-umbun Danish.

Dalam masa yang sama, puaka itu menjadi berang dan cuba menyerangku. Namun cubaannya tidak berhasil kerana aku sedang dilindungi Allah dengan zikir.

"Tunggu malam sikit..aku akan ajar kau.." herdikku kepada puaka itu. Namun herdikkan itu tidak didengari oleh sesiapa yang ada disitu. Kecuali aku dan puaka itu. Aku lantas melontarkan cahaya zikir kearahnya. Tepat mengenai dadanya. Dia terus menghilangkan diri.

"Tunggu..aku akan datang balik..manusia sial..!!!" terdengar jeritannya yang membingitkan. NAmun tidak didengari oleh sesiapa kecuali aku.

Aku lantas menyambung kembali perubatanku. Setelah setengah jam berlalu, keadaan Danish semakin pulih. Suhu badannya sudah agak menurun. Tetapi wajahnya masih pucat.

Aku mengarahkan adik bongsuku mengambil segelas air masak. Ku beri Danish minum setelah menyerapkan cahaya zikir di dalam air tersebut. Selang beberapa minit, Danish bangun dan menjadi aktif semula. Matanya mula melilau mencari barang-barang yang perlu "dikemas".

"Ooo..dah baik lah ni..nak pegi mana tu..!!" herdik adikku kepada anaknya. Terpampang kepuasan dan kelegaan dari raut wajahnya melihat Danish semakin pulih.

"Alhamdulillah..Allah maha agung.." bisik hatiku.

"Nanti kalau ada apa-apa, panggil abg..abg nak masuk bilik jap..kalau nak balik nanti, tak payah panggil abg. Ada urusan sikit." kataku kepada adikku. Adikku dan adik iparku memandangku, mereka mengangguk serentak tanda faham.

Aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Ku tinggalkan Danish yang sedang sibuk "mengemas" rumah dan adik-adikku yang lain. Sekali sekala, kedengaran hilai tawa mereka dari luar.

Lantas aku mendirikan solat dua rakaat. Kebetulan wudukku masih belum terbatal lagi. Setelah selesai solat, aku duduk bersila di atas sejadahku sambil berzikir di dalam hati. Dalam masa yang sama, aku ma'rifatkan diriku mencari puaka tadi.

Selang beberapa minit, aku sampai di suatu kawasan tanah lapang. Tempat itu tidak jauh dari rumahku. Lembaga tersebut sedang bertinggung di atas sebuah batu sambil memerhatikan sekumpulan remaja bermain gitar. Aku lantas berdiri di depannya.

Kerana terkejut dengan kemunculanku, dia lantas melambung kebelakang dan terbungkam ke bumi. Dia memandang tepat ke arahku dengan pandangan yang amat tajam sekali. Terdengar suara menderam yang menggerunkan. Kelihatan dia sedang marah.

"Manusia sial..!! berani kau datang ke sini..!!" dia mengherdikku.

"Aku datang untuk musnahkan kau kerana menganggu keluargaku." kataku tenang.

"Bodoh..kau sangka ilmu kau mampu tewaskan aku hah..!! manusia sial..!! herdiknya lagi.

Aku tidak menjawab herdikkannya. Aku menguatkan lagi zikirku.

"Mampus kau manusia sial..!!" jeritnya sambil membaling sesuatu ke arahku. Kelihatan seperti bebola hitam yang penuh dengan duri sedang menuju kearahku dengan laju sekali.

Aku tidak mengelak. Sebaliknya ku tahan bebola itu dengan cahaya zikirku. Lantas kualihkan kebumi. Kedengaran satu letupan yang amat bingit waktu itu. Seekor kucing yang kebetulan lalu di situ, bertempiaran lari. Mungkin kucing itu dapat menyaksikan apa yang terjadi atau mendengar letupan itu. Wallahu A'lam. Aku tak pasti.

Dalam masa yang sama, puaka tersebut bertambah berang. Dia lantas terbang ke arahku dan menyimbahku dengan satu cecair yang amat busuk sekali. Aku lantas mengelak dan menguatkan lagi zikirku.

" Aku tak boleh berlengah lagi..kalau tak nahas aku.." bisikku.

"haaa...haaaa...haaa...kau takut ye manusia..!! mampus kau hari ni..!! jerit makhluk itu dengan gerun sekali. Tiba-tiba, satu beda hitam sebesar kereta meluru kearahku. Aku tak pasti apakah benda itu. Aku cuba menhan dengan cahaya zikirku. Aku terpelanting jauh. Sungguh berat serangannya.

Aku menguatkan lagi zikirku. Terasa dadaku seperti sedang dibakar sesuatu. Dalam masa yang sama, kedengaran hilai tawa puaka itu. Aku menjadi buntu seketika. Dalam pada itu, kedengaran satu suara bergema.

" Li...Lahaulawala.." kata suara itu.

Aku amat mengenali suara tersebut. Itulah suara guruku.

"Ya..memang benar..tiada yang boleh memudharatkan melainkan Allah sahaja.." bisik hatiku. Aku faham apa yang guruku cuba sampaikan.

Lantas aku menguatkan lagi zikirku. Terasa dadaku semakin mengembang dan nafasku semakin kencang.

" Allah...!!! Hu...!!! jeritku sekuat hati.

Terkeluar satu cahaya yang amat terang dari dadaku. Lantas cahaya itu meluru ke arah puaka tersebut. Puaka tersebut cuba lari, tetapi cahaya itu terlalu laju dan tepat mengenai seluruh tubuhnya. Lantas kedengaran satu tempikkan yang amat kuat dan mengerikan. Aku segera ke arahnya dan mencekak lehernya.

"Toloooonngg..tolonngg...tolong lepaskan akau..aku janji tak kacau keluarga kau lagi." rayu puaka itu.

Aku tidak melayan rayuannya. Aku segera membaca ayat kursi sambil menguatkan lagi zikirku. Selang beberapa saat, puaka itu bertukar menjadi kepulan asap hitam dan terperangkan di dalam genggamanku. Aku segera membawanya balik ke rumah.

Sampai dibilikku, aku mencari satu botol kecil. Kukurungkannya di dalam botol tersebut. Aku menulis kalimah "Allah" dengan menggunakan jari telunjukku.

"Ya Allah..Kau lah yang maha hebat..selagi adanya malaikat-malaikat yang menjaga kalimah mu yang agung ini, maka terkuncilah puaka ini selama-lamanya." doaku di dalam hati.

"Alhamdulillah..." bisikku.

Aku melihat jam. Hampir pukul 2 pagi. Kiranya lebih kurang 2 jam juga aku bertarung dengannya. Aku lantas melakukan solat dua rakaat tanda syukur. Akhirnya segalanya sudah selamat. Insya Allah.

*sekadar hiburan.
Read More…

Ahad, 9 November 2008

Andai kentut berwarna

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha mengetahui akan stiap ciptaanNya..Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab2 dan tanpa alasan..adakalanya ia adalah hidayah bagi orang2 yang mahu memikirkannya..Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kiranya apa yang saya bentangkan agak keterlaluan..sekadar hiburan dan cetusan bagi yang memikirkan..Mungkin ada yang pernah memikirkan mengapa Allah jadikan kentut tanpa berwarna..dan mungkin juga ada yang tidak pernah menghiraukan ciptaannya..Andai kentut berwarna.



1. Andainya kentut berwarna..dunia ini akan menjadi huru hara.-bayangkan kiranya kentut berwarna dan orang melepaskannya diperhentian bas..maka bertempiaranlah sekelian umat yang sedang menunggu bas dan teksi..dan tidak mustahil ada yang terbabit dengan kemalangan jalanraya..kerana mahu mengelakkan dari warna2 kentut yang bebas bertempiaran diudara.

2. Kiranya kentut berwarna..pusat membeli belah akan huru hara..-bayangkan ketika hendak membeli baju, tiba2 kita didatangi warna yang bergentayangan diudara mencari mangsa..dan ketika itu semua orang sedang sibuk membeli belah untuk hari raya..hmm..apa akan jadi ye..?

3. Kiranya kentut berwarna..kelas akan menjadi huru hara..-bayangkan pula apa akan terjadi tatkala guru sedang menyampaikan ilmu, tiba2 ada warna2 pelangi sedang mengelilinginya dan menuju kearah kita dengan penuh rakus...hmm..apa akan jadi ye..?

4. Kiranya kentut berwarna..amal ibadah dimasjid/surau akan huru hara..-bayangkan ketika kita sedang mengerjakan solat, tiba2 ada warna2 yang tidak diketahui mana asal-usulnya dan tuannya datang mengelilingi kita dengan penuh dendam..atau melintasi setiap jemaah..pakej dengan bau-bauan yang agak mengelirukan untuk menafsirnya..apa akan jadi ye..?

5. Kiranya kentut berwarna..keadaan di dalam bas/keretapi/kapal terbang akan huru hara..-bayangkan pula ketika sedang berbual dengan rakan2 di dalam pengangkutan awam yang mana tiada jalan keluar untuk melepaskan diri..dan tiba2 sahaja, kita diziarahi oleh sekumpulan warna2 yang tidak kita ingini kehadirannya..dan ia berlegar2 di dalamnya dengan meratah mangsa dengan kejam sekali..apa akan jadi ye..?

6. Kiranya kentut berwarna..tempat paling banyak diwarnai ialah tandas..-bayangkan kiranya kita sedang bermusafir jauh dan tiba2 kita ingin qada' hajat..bila kita ingin masuk ke tandas, kita dibayangi pelbagai warna..kita membayar untuk perkhidmatan tandas awam semata2 untuk menghayati warna2 yang menggerunkan..apa akan jadi ye..?

Maaf kiranya agak keterlaluan..sekadar hiburan jiwa..

Sesuatu yang remeh, tidak semestinya tiada bermanfaat..terpulang kepada orang2 yang mahu memikirkannya..

Wallahu A'lam..
Read More…

Sabtu, 13 September 2008

Nafsu Yang Degil

Bismillah..

Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh "Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama' yang hidup dalam abad ke X111 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud: "Wahai akal, mengadaplah engkau".

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai akal, kembalilah engkau..!!. lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai akal, siapakah aku..?"

Lalu akal pun berkata: "Engkau adalah tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah".

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai akal, tidak akau ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau".

Setelah itu Allah pun menciptakan nafsu dan berfirman: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. kemudia Allah berfirman: "Wahai nafsu, siapakah engkau dan siapakah aku..?"

Lalu nafsu berkata: "Aku adalah aku dan engkau adalah engkau.."

Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian Allah mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah aku..?"

Lalu nafsu berkata" "Aku adalah aku dan engkau adalah engkau.."

Lalu Allah menyiksa lagi nafsu di dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkannya maka Allah berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah aku..?"

Akhirnya nafsu itu mengakui dengan berkata: "Aku adalah hambamu dan kamu adalah Tuhanku..".

Dalam kitab tersebut juga menerangkan dengan sebab itulah maka Allah mewajibkan puasa.

Sahabat yang mulia.
Dari kisah ini dapatlah diketahui bahawa nafsu itu terlalu angkuh dan jahat. Oleh itu, hendaklah kita mengawal nafsu itu dan bukannya nafsu itu yang mengawal kita. Kerana jika kita yang dikawal olehnya, kita akan musnah.

Wallahu A'lam.
Read More…

Jumaat, 12 September 2008

Mengorak Langkah

Bismillah...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan kudrat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yang hina, hargailah ia dengan berbuat sesuatu yang menyukakanNya, tinggalkanlah sesuatu yang dibenciNya.

Keterlibatan dengan alam maya tanpa sempadan ruang dan waktu setelah sekian lama membawa ana kepada beberapa penghijrahan dan penglibatan baru.:anongnangyari:

Bermula dengan website iLuvIslam.com yang ana cintai, mengorak langkah lebih jauh dengan Pendidik Mendidik Agar Terdidik. Kini, wujud lagi satu anak baru... Sepanjang penglibatan dengan dunia maya, ukhwah yang terjalin berasaskan aQidah yang satu erat tersimpul disebalik bayangan abstrak yang sirna dek kekangan ruang dan jurang.

Telah ana katakan...

AJARKAN aku kerna khilafku,
TUNJUKKAN aku kerna dhaifku,
JANGAN HUKUM diriku... Kerna aku tak sempurna.
:woooh:

Maka, banyak ilmu yang ana tuntut sepanjang bergelar pengunjung tetap dunia maya.
Thanx to all my frennzz....

Management Team iLuvIslam.com
Pengunjung2 iLuvislam.com
Sahabat2 bloggers
serta sahabat2 lain yang berhubung secara maya dgn ana. Terharu sgt2...:puppyeyes:

Special Thanx kpd penyumbang2 ilmu dan waktu untuk sahabat2...

serta semua sahabat2 yang lainnya... ^^ (nak tules sumer ker):siga:

~aihh ... sahabat, ibnrashidi, kahfi8, pemenang, al-Irsyad, al-Faishal, dan sumer2...

Blog ini berbeza dgn blog ana lg satu sbb pengisian di sini lebih ilmiah dan mendalam (kot ~bergantung kpd author lagi satu). Blog ini adalah usaha sama ana dgn sahabat ana, juga sahabat anda semua... Puyengskecik:eheh:

Ukhwah fillah...



Moga bercambah kebaikan darinya... Ameen

Read More…

Rabu, 10 September 2008

Under Construction

This blog is still under construction... tQ
:inis: Read More…
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator