AUTHOR

Photobucket

Isnin, 17 November 2008

Saka susu lanjut













Bismillah...

"Eh..!!" aku tersentak dari tidurku.

Badanku seolah-olah dirantai dan aku tidak mampu bergerak. Sepasang tangan sedang rakus meraba-raba tubuhku yang kaku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Sekadar mampu melihatnya sahaja.

"Ah..geruh apa pulak ni.." bisikku.

Yang menggerunkan aku, tangan tersebut tidak mempunyai tubuh badan dan kepala. Hanya sepasang tangan yang keluar dari celah-celah papan lantai. Berkali-kali aku cuba menggerakkan badanku. Namun sia-sia usahaku. Dalam masa yang sama, aku merasa amat geli sekali kerana diraba-raba sedemikian. Tangan itu mula merayap-rayap ke atas dan cuba mencekikku.

"Aduh..siapala nak duga aku ni..leceh betul.." bentak hatiku.

Aku berada di rumah kawanku yang bernama Hassan. Sudah agak lama dia menjemputku bermalam di rumahnya. Namun aku terlalu sibuk dengan urusan kerja. Tetapi, entah mengapa hari ini aku tergerak untuk menziarahinya. Selepas pulang dari kerja, aku terus meluncur ke rumahnya. Sesampainya aku di rumahnya, kulihat dia sedang sibuk mengemas halaman rumahnya.
"Assalamualaikum.." sapaku.

"Wa'alaikumussalam.." sahutnya.

"Ala..kawin la cepat-cepat..kan senang..ada orang uruskan.." aku mengusiknya.

"Awak tu apa kurangnya..dah lanjut dah tu..bila lagi..?" balasnya sambil tersengih-sengih.

"Alamak..sekali terkena batang hidung sendiri daa.." bisikku sambil tunduk malu.

Melihat gelagatku, Hassan menghampiriku dan menepuk-nepuk bahuku. Dia adalah sahabat seperguruanku satu ketika dahulu. Waktu itu, kami bersama-sama menuntut ilmu Harimau Jadian. Tetapi telah bertahun aku tidak mengamalkannya lagi dan aku telah membuangnya. Alhamdulillah..Allah memberikan aku kesedaran. Aku berjaya membuang ilmu-ilmu yang pernah aku tuntut suatu ketika dahulu. Tetapi, kulihat Hassan masih mengamalkan ilmu tersebut.Ini kerana aku melihat dua ekor harimau sedang berlegar-legar dihalaman rumahnya. Harimau-harimau itu merenung tajam kearahku. Namun aku tidak menghiraukan renungan mereka.

Suatu ketika dulu, aku sendiri pernah memiliki 3 ekor harimau jadian yang diturunkan oleh guruku. Selama 8 tahun harimau tersebut mengikuti ke mana sahaja aku melangkah. Menjaga mereka tidaklah rumit sangat. Aku hanya perlu berikan mereka makanan setiap hari. Dan makanan mereka ialah surah fatihah yang disedekahkan atas nama mereka. Allah maha peyayang. Akhirnya aku sedar bahawa semuanya adalah syirik semata-mata. Dalam aku mempelajari ilmunya, secara tidak langsung aku telah bergantung keselamatan dengannya. Oleh itu, kutinggalkan dan kubuang semua ilmu-ilmu ini. Alhamdulillah..aku berjaya membuangnya.

"Eh..nape mengelamun tu, naiklah.." sapa Hassan.

"Takde apa tu..dia cuma pandang je..biasala..nak jaga keselamatan.." sambungnya lagi seolah-olah faham apa yang aku fikirkan.

Aku mendaki anak tangga rumahnya. Terasa begitu selesa sekali bila berada di rumahnya. Rumahnya masih lagi mempunyai ciri kebudayaan melayu. Kami berbual panjang dan solat bersama-sama.

"Baru-baru ni, aku ada masalah sikit..yang ada pun tak mampu nak melawannya.." Hassan memulakan bicara. Ketika itu, kami baru sahaja selesai solat isya'.

"Hmm..macam mana boleh jadi macam tu pulak.." tanyaku.

Hassan kelihatan sungul. Terbayang kerisauan dari riak wajahnya. Dia menghela nafas panjang. Rokoknya disedut sedalm-dalamnya.

"Baru-baru ni, aku ada mengubat satu perempuan..saka..dah 6 keturunan dah saka tu.." sambung Hassan.

"Saka tu untuk digunakan untuk menyambut kelahiran..saka bidan.." ujarnya lagi.

"Hmm..sekarang ni saka tu datang menganggu la ni..?" tanyaku.

"Dah 2 minggu dah..aku pun tak tahu nak buat macam mana..macam-macam ilmu aku dah keluarkan..tapi tak mampan.." katanya sambil menghela nafas panjang.

"Elok gak kau ada kat sini. Bolehla kau tolong tengokkan pulak." sambung Hassan.

"Saya dah buang semua ilmu tu.." jawabku.

"Ala..tak payahlah merendah diri pulak..aku tahu kau belajar apa sekarang..sebab tu aku ajak kau tidur rumah aku. Manalah tahu kau boleh ikhtiarkan." kata Hassan sambil menepuk belakangku.

"Saya pun tak tahu gak nak buat macam mana. Tapi, kalau boleh, janganlah kacau saya. Saya ni penakut sikit.." kataku.

"Ha..ha..ha.." ketawa besar Hassan. Tampak giginya yang putih bersih. Memang Hassan ni pembersih orangnya.

"Kau ni tak berubah langsung. Apa-apa jelah Li. Kalau kau nak tidur karang, kau tidurla kat mana kau suka. Ala..macam tak biasa lak." katanya lagi.

Aku hanya tersengih. Tiba-tiba dengar satu suara aneh dari atas bumbung. Suara seperti katak menderam. Aku memandang Hassan. Dia juga memandangku sambil tersenyum.

"Dah mai dah. Hai..apa mau jadi belum tau.." katanya seolah-olah apek tua bercakap.

Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Dalam pada itu, aku menguatkan lagi zikir di dalam hatiku. Selang beberapa minit, bunyi itupun hilang. Digantikan dengan bunyi unggas yang amat menyenangkan aku. Teringat aku kampung halamanku.

"Tu baru begining tu. Sikit lagi heavy metal la." kata Hassan sambil tersengih.

"Abis tu, apa yang rimau dua ekor tu buat kat bawah..? tanyaku.

"Hmm..hampeh..!! Diorang pun takleh nak lawan." kata Hassan sambil mencebik bibirnya.

Aku hanya tersenyum. Kami berbual agak panjang sekali. Macam-macam kisah silam kami ungkitkan. Dan hingga larut malam, aku meminta izin dari Hassan untuk melakukan solat sunat dua rakaat. Mata Hassan kelihatan agak layu. Mengantuk sangat nampaknya dia. Setelah berbicara sedikit sebanyak, dia pun masuk tidur ke biliknya. Aku pun terus berwuduk dan melakukan solat sunat dua rakaat.

"Taaaaannnggg....!!!"

Bingit kepalaku dilempang oleh sepasang tangan itu. Aku tersentak kembali. Tangan tadi telah mencengkam leherku. Nafasku terasa sesak sekali.

Dalam keadaan genting, aku teringat kembali kata-kata Allah di dalam hadis Qudsi.

"Wahai hambaku..Mintalah kepadaKu..Nescaya Aku akan perkenankan."

Aku tersentak dengan kata-kata itu. Lantas aku kembali berzikir di dalam hati. Memang aku agak cuai kerana menghentikan zikirku. Sebab itulah aku senang diganggu. Aku merasa kesal kerana lali.

"Allahhhhhh...!!! Huuuuu...!!!" aku melepaskan nafas dengan kuat sekali.

Terdengar satu letupan yang kuat dan secara tiba-tiba terbau seperti benda yang terbakar hangus.

"heeeee...heeeee..heeeee...!!! kedegaran satu suara yang amat menyeramkan. Aku tidak menghiraukannya. Aku menguatkan lagi zikirku.

Tiba-tiba, Hassan datang menerpa.

"Kau ok Li?" tanya Hassan.

"Mana dia pergi..? tanya Hassan lagi.

"Tak tahulah..takpe..awak duduk bertenang. Biar saya hadap dia dulu." jawabku.

Hassan duduk dihadapanku sambil mencapai rokoknya. Dalam masa yang sama, aku menguatkan lagi zikirku.

" Innahu min sulaiman..wa innahu bismillahirrahmanirrahim..ala ta'lu alayya waatuni muslimin." aku membaca di dalam hati.

Tiba-tiba, keadaan sekelilingku menjadi gelap gelita.

"Allah..Hu.." aku mengeluarkan cahaya zikirku.

Sedikit demi sedikit, tempat yang gelap tadi beransur terang. Di depanku, ad dua ekor harimau yang sedang dirantai dan cuba melepaskan diri.

"Hmm..harimau Hassan.." bisikku.

"Heeeee...heeee....heeee.." Terdengar suara mengilai dibelakangku.

Aku menoleh kebelakang. Kelihatan satu susuk tubuh perempuan tua. Rambutnya agak berserabut dan keputihan. Matanya seolah-olah tidak ada langsung. Anehnya..ada sesuatu yang digendengnya di atas bahunya.

"Astagfirullah..." aku beristigfar.

Rupanya teteknya terlalu labuh kebumi hinggakan dia terpaksa menggendengnya di atas bahu. Tangannya panjang kebumi. Itulah tangan yang meraba-rabaku tadi. Baunya amat busuk sekali. dia hanya memakai kain batik yang lusuh tanpa berbaju. Menyerigai dia memandangku.

"Jangan masuk campur urusanku..!! kalau tidak kau akan nahas." herdiknya.

"Astagfirullah..tempatmu bukan bersama manusia. Masalah manusia adalah masalahku juga.." balasku.

"cis..!! jeritnya sambil menghayunkan teteknya yang labuh kearahku.

Aku mengelak dan melemparkan cahaya zikir ke arahnya.

Tiba-tiba dia menghilang. Hanya kedegaran suara hilai tawanya sahaja.

"Heeeee....heeeee...heeeee...!!! Ilmu yang kau ada tidak setandingku. Dah lapan ratus tahun aku hidup dibumi ini...heeee...heeee...heeee...!!! terdengar suaranya sambil dengan hilai tawanya yang mengerikan.

Tiba-tiba, aku merasakan ada sesuatu yang membelit tubuhku. Dan menutup hidungku. Aku terasa sesak nafas. Zikirku terganggu seketika. Keadaanku tidak habis di situ. Wajahku dijilat dengan lidahnya yang panjang. Baunya amat busuk sekali. Aku cuba kembali bertenang dan kembali kepada zikirku.

"Bismillahirrahmanirrahim..Ya Zaljalaliwalikram..Allah...Huuuu....!!! Aku menghela nafas dengan kuat.

"Aaaaaaa....eeeee.......!! terdengar satu jeritan yang kuat.

"Heee...heee...heee.....!! Itu je yang kau ada? Heh..aku tidak pernah tewas...!! Heee..heee...heee..!! terdengar hilai tawanya lagi.

Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Bagiku ia adalah serangan minda. Aku duduk bersila dan membaca surah fatihah di dalam hati.

"Ya Allah..bantulah hamba." pintaku.

Dalam masa yang sama, satu bebola api menluru kearahku dengan laju sekali.

Aku menepisnya dengan cahaya zikirku.

"Heee...heee...heee...!! terdengar hilai tawanya lagi.

Dalam masa yang sama, datang segorombolan makhluk yang agak aneh dikelilingnya. Makhluk itu agak pendek. Lebih kurang dua kaki tingginya. Perutnya memboyot kebumi. Matanya besar kemerahan. Tangannya juga mencecah bumi. Telinganya panjang dan melayut hingga lutut. Aku tak pasti ada berapa ekor. Yang pasti, geruhku semakin berat.

Makhluk-makhluk itu menerpa kearahku dengan membawa rantai yang besar ditangan mereka. Mereka mengelilingiku dan membaling rantai besar itu kearahku.

"Kau akan kuikat dan kukurung di sini menjadi hambaku...heee..heee..heee..!!! kata perempuan tua itu.

Aku meningkatkan lagi zikirku. Kali ini kutukar arah zikirku. Dalam masa yang sama, rantai-rantai besar tadi sedang menjerut tubuhku. Aku tidak mampu bergerak. Namun, aku tenangkan diri dan berzikir terus menerus. Jerutan itu semakin ketat dan kuat. Aku terasa amat sakit dirusukku. Kuteruskan juga dengan zikirku tadi.

Setelah kurasakan cahaya zikir memenuhi dadaku, kutukar kan semula arah zikirku. Sehinggakan aku merasa nafasku menjadi panas dan kencang. Aku mendapat tenagaku kembali.

"Allahhhhhh....!!! Huuuuu....!!! aku menjerit sambil mengepakkan tanganku.

Terputus semua rantai-rantai yang membelengguku. Makhluk-makhluk kecil tadi terpelanting dan ada yang terbakar hangus. Dalam pada itu, aku telah kehilangan banyak tenaga. Peluh membasahi tubuhku.

"Hebat..tapi Allah maha hebat.." bisikku menaikkan semangat.

Aku lanjutkan zikirku lagi. Perempuan tua itu kelihatan amat marah sekali. Tidak kedengaran suaranya lagi. Dia terus melontarkan bebola api yang besar kearahku.

Aku menepisnya dengan cahaya zikirku. Tetapi, aku juga terpelanting kebelakang. Amat berat serangannya. Aku mengatur langkah kembali. Kutarik nafas sedalam-dalamnya.

"kaf...ha..ya..ain..sod.." aku menraik nafas sedalam-dalamnya. Aku nmenyerap cahaya ayat Allah yang agung itu.

"Bismillahirrahmanirrahim..kullu nafsin zaikatul maut.." Aku menyambung lagi. kutahan nafasku sehingga dadaku terasa mengembang.

Aku menarik tanganku kebelakang sambil menarik cahaya zikirku.

"Allahhh..!! Huuu!! jeritku sambil menghembus nafas panjang.

Tepat mengenai sasaranku. Perempuan tua itu menjerit kesakitan. Badannya seolah-olah terputus-putus seperti dicincang dengan pedang yang tajam. Serpihan dagingnya bersepah merata-rata. Dalam masa yang sama, makhluk-makhluk kecil yang membawa rantai tadi hangus terbakar semuanya. Aku berdiri tegak dan cuba mengatur nafasku kembali.

Tiba-tiba, daging tubuh wanita tua itu seakan-akan bertemu dan bercantum kembali.

"Astagfirullah.." terpacul astagfar dari mulutku.

"Heeee...heeee...!!! terdengar hilai tawanya yang bertambah ngeri.

Aku tergamam. Tenagaku sudah semakin habis dan aku benar-benar keletihan.

"Ya Allah..bantulah hamba." pintaku lagi.

Dengan tidak semena-mena, muncul satu cahaya yang amat besar sekali. Cahaya itu meluru laju kearah perempuan tua itu. Cahaya itu tepat mengenai sasarnnya dan terdengar satu letupan dan jeritan yang amat kuat sekali. Kelilingku menjadi terang benderang dengan cahaya putih keungguan.

"Guru.." bisikku.

Aku tahu, itu adalah guruku.

Dalam kesilauan cahaya. Muncul satu susuk tubuh manusia.

"Guru..!! aku meluru kearahnya. Kusalam dan kucium tangannya.

"Kamu tak apa-apa..? tanya guru.

"Alhamdulillah.." jawabku.

"Kamu dah banyak kehilangan tenaga. Balik dan lakukan solat syukur. Baru berehat." ujarnya.

Aku mengangguk sambil tersenyum tanda faham maksudnya.

"Jangan lupa syukur kepada Allah yang memberi pertolongan." sambungnya lagi.

"Baik guru.." jawabku.

Dia hilang dalam cahaya putih tadi.

"Assalamualaiku.." kedengaran suaranya sayup.

"Wa'alaikumussalam.." balasku perlahan.

Aku menoleh kebelakang. Kulihat dua ekor harimau kepunyaan Hassan berada bertentang denganku.

"Terima kasih tuan hamba." Salah seekor darinya bersuara. Sungguh garau suaranya dan gerun mendengarnya.

"Aku hanyalah perantara. Allahlah segalanya." jawabku.

"Jin dengan jin..manusia dengan manusia. Jin tidak boleh campur urusan manusia...dan manusia tidak boleh mencampuri urusan jin. Sebab itulah kita diciptakan dengan alam yang berbeza." sambungku lagi.

"Assalmualaikum.." aku menyambung sambil bersedia untuk beredar.

"Wa'laikumussalam.." jawab harimau-harimau itu serentak.

Aku membuka mataku. Kulihat Hassan sedang duduk terpinga-pinga.

"Apa dah jadi..? Aku cuba nak tolong kau, tapi macam terkunci." kata Hassan.

"Alhamdulillah..semuanya dah selesai. Panjang ceritanya. Nanti saya ceritakan. Saya nak solat dulu. Ujarku sambil menyapu muka yang berpeluh-peluh.

Hassan bergegas ke dapur dan mengambilkan aku segelas air.

"Baguslah..Alhamdulillah.." katanya sambil tersenyum.

Keesokkan harinya, Hassan didatangi oleh seorang perempuan muda. Dia bercerita kepada kami tentang perkara yang pelik yang terjadi dirumahnya semalam. Seisi keluarganya tidak dapat tidur kerana diganggu oleh bunyi-bunyi yang aneh dan mengerikan.

"Insya Allah..dah selamt semua. Kawan saya ni dah uruskan." kata Hassan kepadanya sambil menepuk bahuku.

"Bukan saya..Allah." Balasku.

Pagi itu, perempuan tersebut bercerita panjang lebar dengan kammi. Katanya, nenek moyangnya dulu memang ada mengamalkan ilmu perubatn untuk menjadi bidan. Dan mereka semua didampingi oleh perempuan tua yang bergelar "bidan susu lanjut". Sudah enam keturunan ilmu itu diturunkan. Tetapi bila sampai kepadanya, dia tidak mahu. Dia lebih yakin dengan kebesaran Allah dari makhluk seperti itu. Sebab itulah makhluk tersebut mengamuk dan mengganggu keluarganya. Kerana dia tidak mahu menurut kata makhluk tersebut.

Sekadar hiburan.
Read More…

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erm..
alhamdulillah..
Allah Maha kuasa.

puyengskecik berkata...

Benar..
Kiranya diri sentiasa berserta dengan Allah, insya Allah tiada apa yang mampu memudharatkan kecuali Allah sahaja yang mampu melakukannya..

Unknown berkata...

Saya amat berminat dengan cerita yg dikarangkan.. seperti zikir ALLAH HU.. saya baru berjinak belajar sikit2 cara2 merawat.. kalau saudara berminat nak bersembang merapatkan ukhuwah kita sebagai saudara.. boleh la hubungi saya 0176673665..

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator