AUTHOR

Photobucket

Rabu, 1 April 2009

Keajaiban Pyramid Dan Kesannya Terhadap Hidupan


Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha berkuasa lagi maha bijaksana..

"Dia adalah Maha Pencipta langit dan bumi"
(Surah Al An-nam 101)

Bersama-sama tulisan ini, saya olahkan dengan titipan firman Allah SWT sebagai teras rujukan yang kemudiannya saya hubungkan ia dengan konsep perawatan, penyembuhan dan penjagaan kesihatan PYRACOSMIC. Tidak hanya membicarakan tentang hakikat bahawa Al-Quran itu memiliki mukjizat penyembuhan malah saya perluaskan ruang lingkup penghayatan kepada intipati dan rahsia-rahsia yang dirungkai oleh Al-Quran tentang penciptaan serta susun atur alam dan bumi, kejadian Adam Alaihissalam dan bagaimana kesemuanya memberi panduan dalam kita mengenali dan menghayati teras kejadian alam ini untuk dijadikan panduan kehidupan dan penjagaan kesihatan.Sama-samalah kita menghayati dan mengambil manfaat daripadanya.



Al-Quran yang telah diwahyukan hampir 1500 tahun dahulu telah merungkai kejadian alam yang bersifat baharu, bersifat sementara berkembang dan membentuk struktur-struktur binaan alam yang seimbang untuk memberi manfaat kepada seluruh makhluk di alam semesta ini.
Firman Allah SWT

"Dan langit itu kami bina dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya."
(Surah Az-Dzariyat 47)




BUMI

Unsur-unsur cakerawala juga merupakan asas kepada unsur-unsur pembinaan planet bumi. Bumi dikelilingi dan dilitupi oleh cakerawala alam dan amat bergantung kepada keseimbangan unsur alam yang lengkap-melengkapi.
Firman Allah

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkus siang atas malam."
(Surah Az-Zumar 5)


AURA BUMI

Al-Qur'an telah menjelaskn bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

"Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah al-Baqarah; 29)

"Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
(Surah Fusilat; 12)

Langit merangkumi seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.Kajian sains mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih-menindih di antara satu sama lain sama seperti digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan yang berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas.

Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ion yang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km. Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan tepat seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.




ANGIN

Lapisan atmosfera bumi diciptakan Allah SWT bagi menjadi pertahanan bumi daripada gas-gas beracun dan meteor-meteor yang berselerakkan di angkasa yang menjadi penapis kepada sinar radiasi matahari yang kuat dan hanya membenarkan kadar sinaran yang sesuai untuk kehidupan sahaja boleh menembusinya.Kita harus sedar bahawa ada suatu sistem sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Allah SWT telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung.

"Demi langit yang mempunyai sistem pengitaran."
(Surah at-Tariq;11.)

Peredaran angin di dalam sistem atmosfera ini akibat tekanan dan perubahan suhu memberi keseimbangan kepada sinar cahaya yang menembusi atmosfera ini dan mewujudkan iklim-iklim berbeza sesuai untuk kehidupan di atas muka bumi berlandaskan kepada kadar sinaran matahari yang menimpa kawasan-kawasan tertentu di atas muka bumi.

"Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu..."(
Surah al-Hijr;22.)

Peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Kajian moden telah menunjukkan peranan angin dalam pembentukan hujan.Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;
Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altitud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.

Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.


KOSMIK

Langit merupakan istilah yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala yang diisi dengan jutaan planet dan sistem suria yang bergerak dan membina di dalam system tersendiri secara teratur di atas paksi dan orbit masing-masing.
Firman Allah

"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka beredar di paksi tempat peredarannya."
(Surah Al-Anbia 33)

Matahari dan planet bukanlah suatu elemen yang statik tetapi beredar di atas paksiorbitnya sendiri.
Firman Allah

"Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang MahaPerkasa dan Maha Mengetahui."
(Surah Yassin 38)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta yang mengandungi hampir 200 bilion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai bulan. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dikira pergerakkannya. Semuanya beredar melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain.
Berbillion-billion komet juga bergerak bersama dalam orbit yang telah ditentukan untuk mereka.Orbit-orbit alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh planet-planet langit ini tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan tertentu dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Ajaib sekali, sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

(Surah az-Dzariyat;7)
"Demi langit yang mempunyai jalan-jalannya."

Suatu tenaga yang amat kuat memegang segala planet dan objek-objek di angkasa agar tidak bertembung antara satu sama lain. Sebaliknya tenaga ini menggerakkan segalanya di atas susun atur paksinya. Tenaga inilah yang digelar "Tenaga Kosmik".




TERAS PASAK BUMI

"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu tidak bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk."
(Surah al-Anbiya; 31)

Gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung-ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah.

Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.Al-Qur'an menjelaskan bahawa gunung ganang itu sebagai 'pasak'.

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?."
(Surah an-Naba; 6-7)

Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.

Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy" iaitu keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan.

Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;

"dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu…"
(Surah Luqman;10)




UNSUR TERAS KEJADIAN MANUSIA

Al Qur’an ada menyebutkan bahwa asal kejadian manusia terdiri dari 7 (tujuh) bahagian kejadian.

Pertama : Di surat Ar Rahman ayat 14:
"Dia (Allah) menjadikan manusia seperti tembikar, (tanah yang dibakar)".

Yang dimaksudkan dengan kata "Shal-shal" di ayat ini ialah : Tanah kering atau setengah kering yakni "Zat pembakar" atau Oksigen.

Kedua: Di ayat itu disebutkan juga kata "Fakhkhar", yang maksudnya ialah Karbon.

Ketiga: Di surat Al Hijr, ayat 28:
"dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku (Allah) hendak menciptakan seorang manusia (Adam) dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)".

"Hamaa-in" di ayat tersebut ialah Nitrogen.

Keempat : Di surat As Sajadah ayat 7:
"Dan (Allah) membuat manusia berasal dari pada "tanah".

Yang dimaksud dengan kata "thien" (tanah) di ayat ini ialah "Atom zat air" atau Hidrogen.

Kelima: Di Surat Ash Shaffaat ayat 11:
"Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia dari pada Tanah Liat".

Yang dimaksud dengan kata "lazib" (tanah liat) di ayat ini ialah Zat besi.

Keenam: Di Surat Ali Imran ayat 59:
"Dia (Allah) menjadikan Adam daripada tanah kemudian Allah berfirman kepadanya "jadilah engkau, lalu berbentuk manusia".

Yang dimaksud dengan kata "turab" (tanah) di ayat ini ialah: "Unsur-unsur zat asli yang terdapat di dalam tanah.

Ketujuh: Di surat Al Hijr ayat 28:
"Maka setelah Aku (Allah) sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan ruh-Ku kepadanya (Ruh daripada-Ku)"

Ketujuh ayat Al Qur’an yang saya baca ini Allah telah menunjukkan tentang proses kejadiannya Nabi Adam sehingga berbentuk manusia, lalu ditiupkan ruh kepadanya sehingga manusia bernyawa (bertubuh jasmani dan rohani). Sebagaimana disebutkan pada ayat yang keenam tentang kata "turab" (tanah) ialah zat-zat asli yang terdapat didalam tanah ini yang kemudiannya terbentuk setelah melalui proses persenyawaan antara "Fakhkhar" yakni Karbon dengan "shal-shal" yakni Oksigen (zat pembakar) dan "hamaa-in" yaitu Nitrogen dan Thien yakni Hidrogen (Zat air).

Persenyawaan antara Karbon (Fachchar) dan Oksigen (Shalshal) (Ar Rahman ayat 14) dan Nitrogen ( Hamaa-in) (Al Hijr ayat 28) bersama Hidrogen (Thien) (As Sajadah, ayat 7).Kemudian bersenyawa dengan zat besi, Yodium, Kalium, Silcum dan mangaan, yang disebut "laazib" zat-zat dalam surat As Shafaat ayat 11.

Dalam proses persenyawaan tersebut, lalu terbentuklah zat yang dinamai protein. Inilah yang disebut "Turab" dalam surat Ali Imran ayat 59. Salah satu diantara zat-zat terpenting ialah "Zat Kalium", yang banyak terdapat dalam jaringan tubuh, teristimewa di dalam otot-otot. Zat Kalium ini penting mempunyai fungsinya dalam proses pembangunan hidup, yakni dalam pembentukan lembaga tubuh.

Dengan berlangsungnya proses penciptaan tersebut, maka proses penjelmaan pula terjadi. Setelah selesai penukaran sifat, lalu menggempurlah electron-electron kosmik yang mewujudkan pembentukan bentuk dan sifat. Adapun Sinar Kosmik itu ialah suatu sinar mempunyai kemampuan untuk merubah sifat-sifat zat yang berasal dari tanah. Maka dengan mudah sinar Kosmik dapat mewujudkan pembentukan tubuh manusia (Adam) berupa badan kasar (jasmaniah), yang terdiri dari badan, kepala, tangan, mata, hidung telinga dan seterusnya.





HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

Jika kita perhatikan proses penciptaan manusia kita akan dapati betapa eratnya hubungan antara unsur-unsur alam dan bumi dengan unsur-unsur di dalam diri manusia.

Alam adalah jagat raya yang memiliki keseimbangan sunnatullah yang telah ditetap dan diperincikan. Dalam keseimbangan inilah manusia dapat melestarikan berbagai manfaat alam bagi kehidupannya. Oleh kerana itu, manusia perlu menguasai pengetahuan tentang rahsia dan keseimbangan alam.

Alam diciptakan Allah SWT untuk dimanfaatkan bagi kehidupan. Ini tidak bererti bahawa manusia dapat menggarap alam secara sewenang-wenangnya. Ertinya, pemanfaatan alam harus menitikberatkan prinsip keseimbangan dan kelestariannya. Di dalam keseimbangan alam yang terpelihara, berbagai kewujudan makhluk dicipta dan dibiarkan berinteraksi agar putaran kehidupan dapat berfungsi secara tersusun sehingga terciptanya kedamaian bagi manusia dalam hubungannya dengan alam.

Jadi, keserasian akrab manusia dengan alam merupakan salah satu keperluan penting bagi terwujudnya harmonian dalam kehidupan.Maka manusia harus memelihara dan menjaga kebersihan persekitaran agar tetap murni dan bersih bagi kehidupan yang sejahtera selamanya.

Formulasi Allah yang maha mencipta keatas segala akan sesuatu telah menciptakan air untuk segala kehidupan dikelilingi melalui zat molekul berbentuk gas hidrogen dan oksigen, yang kita rasakan zatnya bagaikan Angin. Air merupakan satu-satunya zat cecair yang secara alami meliputi hampir tujuh puluh satu peratus permukaan bumi. Cahaya dari matahari yang membuat kita menampakkan ianya sebagai zat air yang bentuk mencurah bagaikan hujan.

Matahari pula bagaikan api yang membakar dan meluap habanya untuk membentuk menjadi awan-awan di langit, yang kemudiannya matang untuk mencurah semula dalam bentuk yang kita namakan hujan. Allah yang menentu akan segala semulajadinya.

Sifat Air adalah tenang, penawar tiada warna ataupun semulajadinya sakinah hidupnya dengan ciptaan Allah Maha Agung yang kita tidak melihat ion positif dan negatifnya.

Melainkan hanya Allah mengambarkan keujudannya ion-ion ini melalui kematangan sel-sel awan ciptaan Allah yang cukup menakjubkan manusia yang menamakan kilat dan petir bagaikan bebola api yang keluar dari sel-sel awan yang mengandungan jutaan ion positif dan negatif bergeserangan sehingga mengeluarkan cahaya yang dinamakan kilat dan dentumannya dinamakan petir. Ada ketikanya membawa maut kepada kehidupan manusia mahupun binatang.

Hanya Allah yang maha berkuasa mencipta menunjuk kebesarannya, dimana manusia tidak dapat mencipta seketul sel awan pun, manusia hanya mampu melihat dan mendapat rahmat bagaikan hujan yang turun dari langit, mata air yang keluar dari perut bumi dan Allah juga boleh dalam sekelip mata menukar suasana alam sekitar mengikut kehendaknya. Oleh itu yang janganlah kita takbur dengan perintahnya.

AIR merupakan unsur terpenting di dalam kehidupan yang mengandungi lebih tujuh puluh peratus dalam tubuh badan manusia. Air digubahkan sebagai pelarut di dalam sistem penghadaman. Ia membantu melembutkan dan melumatkan makanan, membekal cecair untuk memudahkan pergerakan bahan-bahan di sepanjang saluran penghadaman. Darah yang mengandungi sembilan puluh peratus air akan mengumpul sisa-sisa buangan daripada sel dan membawanya ke paru-paru, hati, buah pinggang atau kulit untuk pembuangan. Air juga melicinkan penyingkiran melalui usus.

Air juga bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi dan di antara organ-organ dalaman menolong mengawal suhu badan. Keperluan sumber air bergantung kepada keperluan individu. Setiap individu mempunyai berlainan keperluan yang dipengaruhi alam sekitar dan aktiviti fisikal. Lazimnya,seorang dewasa memerlukan satu liter air untuk setiap penggunaan 1000 kilokalori metabolisasi. Disyorkan mengambil sekurang-kurang dua hingga 3 liter air sehari. Pengambil air samada air kosong atau air minuman seperti tea atau kopi secara tidak langsung mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium,dll. Mineral adalah sangat penting untuk tubuh manusia. Untuk mempertahankan kehidupan, badan mestilah menngekalkan suhu badan yang mantap dan nilai pH cecair badan yang berterusan yang sedikit menjurus kepada alkali pada julat yang ketat iaitu 7.3 hingga 7.45pH.



TANAH

Zat-zat Allah yang lain secara alaminya, tanah yang mengandungi pelbagai logam kimia yang mempunyai tarikan berpusat dalam perut bumi berbentuk glob dimana terdapat gunang-ganang, tumbuhan-tumbuhan dan kutub utara-selatan, dikelilingi zat yang lain berbentuk gas atau dinamakan udara dan dipancari dengan zat cahaya dari matahari bagaikan api membakar, jika tidak dilindungi zat-zat gas lain seperti carbon dioxide, ozone yang Allah ciptakan dengan fungsi yang tertentu, tidak akan dapat memberi keselesaan kehidupan yang dinamakan makluk, Allah memcipta manusia dan haiwan-haiwan lain melalui segumpal tanah bermula dengan nabi Allah Adam.

Allah cipta suasana iklim bermusim dengan suhu berbeza untuk menyesuaikan kehidupan dari zat-zat yang diciptanya. Air sebahagian besar terdapat di laut dan pada lapisan-lapisan ais (di kutub dan puncak-puncak gunung).

Tidak terfikirkah manusia mengapa Allah menutupi hampir tiga perempat glob bumi ini dengan sebahagian besarnya dinamakan laut atau lautan dan zat airnya masin.Allah cipta daya tarikan berpusat yang dinamakan unsur-unsur positif dan negatif yang dinamakan magnet. Dengan zat kimia ini, daya fikiran manusia mula memcipta segala keperluan untuk kesenangan kehidupan. Sebut sahaja apa-apa yang bersifat baharu ciptaan manusia akan bermula dengan unsur positif dan negatif, ada kebaikan dan keburukannya. Contoh yang paling nyata, bahan ciptaan elektrik pada asasnya mesti ada polarisiti positif dan negatif untuk menjana tenaga cahaya, begitu juga segala yang lain ciptaan manusia melalui logam kimia.

Melalui asas ini, Allah mencipta proses putaran air melalui sejatan kepanasan matahari, penguapan nisbah gas hydrogen dan oksigen, Allah cipta awan memuteh meliputi bumi dengan berbagai nama diberikan manusia mengikut ketinggian dasar bentuknya yang indah mata memandang, membantu menjana keselasaan kehidupan berteduh dibawahnya. Pada hakikinya putaran ini bergerak mengikut suatu siklus air melalui penguapan, ada unsur positif dan negatif caj didalamnya yang membentuk sehingga menjangkau ketinggian yang matang awan itu yang mengeluar ketulan ais yang tidak dinampak mata kasar manusia, sehinggakan cahaya kilat-petir bersabung ciptaan Allah untuk menunjukknan keesaanya., keagungannya dan kesempurnaannya yang mana manusia tidak dapat memciptanya. Maka hujan panas akan berlaku di wilayah tertentu kerana prosesnya terlalu cepat mengikut keadaan iklim suhu di wilayah itu. Dengan ini pengaliran air ini akan terbentuklah sungai-sungai, jika ianya turun kebiasannya di pergunungan dimana aliran udara angin bermula dari persisiran laut.

Hakikatnya, manusia telah ditakdirkan Allah SWT dan tidak dapat lari dari saling kebergantungan dengan alam jagat raya ini.



TEKNOLOGI MANUSIA SILAM

Bagaimanakah cara hidup manusia-manusia terdahulu hinggakan mereka dapat memiliki teknologi canggih yang masih menjadi misteri sehingga kini?Kesan peninggalan mereka yang dapat dilihat kini sukar dirungkaikan teknologi pembinaannya.

PIRAMID

Ribuan tahun piramid itu berdiri gagah, sebegitu saintifik, sehingga tidak mampu membuat para arkitek dan jurutera abad ini meniru kecanggihannya. Satu hasil ciptaan yang tak masuk akal tapi tidak mustahil. Bagaimanakah batu-batu diangkut dan disusun letak dengan sebegitu rapi menurut ketetapan ukuran dimensinya, semakin tinggi semakin sukar? Apakah rahsianya?

Andai kita perhatikan bentuk sudut piramid itu, kita akan dapati ianya terbina daripada rangkaian tiga dimensi. Mengapa tiga? Mengapa tidak dua persegi atau empat? Dan jika kita terus memperhatikan, ianya seolah-olah menggambarkan abjad A dalam tulisan Roman. Secara hakikatnya jika kita bandingkan pada tulisan Arab - ia tampak tiga bentuk huruf Alif dirangkai menjadi tiga segi. Dalam pemikiran sufi, apabila disebut alif, ianya dikatakan penzahiran daripada titik. Alif itu wujud, dan apabila Alif ingin memperkenalkan hakikatnya, ianya menzahirkan Ba, dan rahsianya Alif itu adalah titik di bawah Ba.


RAHSIA BINAAN JULANG LANGIT (PIRAMID) DAN APAKAH MANFAATNYA?


Binaan Cerap Tenaga

Binaan Cerapan Tenaga Kosmik adalah sesuatu rupabentuk yang mempengaruhi peredaran tenaga terhadap sesuatu benda atau perkara yang berada di sekelilingnya. Sesuatu binaan yang berbentuk akan menghasilkan tenaga dalam bentuk dan ukuran zarah di mana secara alami dan semulajadinya akan memberi impak Fizik Kuantum kepada atom-atom yang sentiasa bergetar di persekitaran. Sifat dan susunan gelombang elektromagnetik yang berbeza akan terhasil pada setiap rekabentuk binaan yang tersendiri.

Secara tanpa disedari rekabentuk binaan akan mempengaruhi mood dan keceriaan suasana sekitarnya. Kadar cerapan tenaga yang tinggi akan menjadikan penghuni di dalamnya lebih ceria, bertenaga, dinamik dan aktif.

Binaan Cerapan Tenaga Kosmik bersifat komplimentari yang memberi impak penjanaan kepada tenaga yang ada disekililingnya dengan memenuhi ruang dalamannya dengan getaran gelombang kosmik yang dicerap secara semulajadi dan berterusan. Pengaruh Bentuk Kepada Binaan Julang Langit 3 dimensi.

1.Mempengaruhi tahap fizikal dan tenaga manusia.
2.Mempengaruhi kekuatan tulang, otot dan sistem saraf.
3.Mengukuhkan kestabilan dan graviti.4.Mempengaruhi sistem peredaran tenaga bioplasmik dan peredaran darah.

Namun binaan julang langit berbentuk bulat tidak begitu sesuai untuk kediaman kerana ia lebih memberi implikasi kepada tenaga spara sedar yang bersifat spiritual dan kerohanian yang lebih sesuai untuk bangunan ibadat keagamaan.

Sifat pusingan tenaga elektromaknetiknya mewujudkan suasana keheningan dan khusyuk dan menurunkan getaran otak dari 21 denyutan seminit kepada 14 denyutan. Oleh sebab itu kita akan mudah rasa mengantuk dan keheningan mendalam.


Penjelasan Saintifik Bentuk Binaan Julang Langit 3 dimensi (Piramid)

Piramid merupakan suatu model atom yang nyata memberi idea dan asas kepada kajian di dalam bidang sains fizik kuantum. Setiap atom menghasilkan getaran tenaga menurut ukuran yang tertentu dan bersifat konsisten. Bagi sesebuah piramid yang dibina menurut ukuran-ukuran panjang dan sudutnya yang tepat seperti pada sisi ke atas dan tapaknya, ia akan menghasilkan getaran-getaran tenaga yang menyamai getaran seperti yang terdapat pada model atom yang tersusun secara semulajadi. Getaran ini sebenarnya menghasilkan getaran yang konsisten dan boleh dimanfaatkan oleh manusia yang mengetahui rahsianya. Kajian mendapati pancaran dan cerapan tenaga di puncak sesebuah piramid adalah tidak terhingga ukurannya (infiniti).

Piramid adalah suatu bentuk yang menyerap tenaga asas atau tenaga mentah dan menukar atau memecahkannya kepada beberapa kadar gelombang getaran tenaga melalui proses-proses tekanan dan pemindahan tenaga. Ketujuh-tujuh gelombang ini akan bertukar kepada getaran asal apabila digabungkan semula. Oleh kerana piramid memiliki daya tarikan dan keupayaan menyerap, mengumpul, memproses dan menyimpan getaran gelombang tenaga ini, maka piramid itu sendiri adalah seumpama penjana (amplifier). Dengan kata lain, tenaga piramid itu sendiri adalah suatu bentuk pemusatan tenaga di dalam ruang rahsia binaan piramid.

Tubuh manusia pula apabila diukur melalui prinsip warna dan getaran, juga memiliki tujuh spektrum warna mengikut susunan yang sangat tertib dan teratur. Justeru terdapatnya keseimbangan daripada unsur tenaga yang dihasilkan piramid boleh digunakan untuk memperbaiki susunan tenaga bioplasmik di dalam tubuh seseorang yang bermasalah luaran dan dalaman. Ini adalah kerana sesuatu penyakit berlaku ke atas tubuh disebabkan ketidak seimbangan kekuatan tenaga di dalam tubuh.

Piramid adalah suatu ciptaan yang menepati prinsip kebendaan, kehidupan, keseimbangan, kestabilan, pengukuhan dan pengekalan. Ia juga merupakan sebuah binaan dimensi yang relatif atau berkaitan dengan alam semesta dan runang waktu. Masa dan ruang adalah relatif di dalamnya. Getaran tenaga elektromagnetik yang terbentuk didalamnya adalah sempurna dan lengkap amat memberi kebaikan kepada kehidupan samada manusia, haiwan dan tumbuhan.

Ruangan ini didapati mempunyai keberadaan tetap dan berterusan untuk dimanfaatkan bagi mengekalkan tahap kesihatan seseorang yang berada di dalamnya. Selain itu, ruang ini juga mempunyai tekanan dan daya graviti yang stabil pada tahap yang diperlukan oleh jisim hidup. Justeru piramid juga sebenarnya boleh mempengaruhi benda-benda di sekitarannya.

Kestabilan dan keseimbangan gelombang tenaga yang mempengaruhi jasad, minda dan emosi ini ini mewujudkan perasaan bersemangat, ceria dan bertenaga serta membentuk suatu benteng pertahanan daripada elemen buruk dan dalam bentuk gelombang atau radiasi hasil daripada pancaran tenaga fizikal, spiritual mahupun perasaan.

Bentuk piramid juga dapat menghasilkan daya pemusatan energi melalui interaksinya dengan daya kekuatan minda seseorang. Sesuai untuk terapi pemusatan hening (meditasi) yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit menurut kaedah PYRACOSMIC. Ia juga mempunyai kuasa kosmologika dalam dan pengekalan keseimbangan sistem jagatraya terutamanya tenaga bumi sama seperti gunung-ganang yang mengekalkan kekuatan pasak bumi.


Sekian.( Dipetik dari catatan Dr Izham Nayan)
Read More…

1 ulasan:

missy mida berkata...

totally copy n paste ker ader add up sikit sebanyak?

p/s: cantikblog n semakin kemas

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator