AUTHOR

Photobucket

Isnin, 6 April 2009

Rahsia Disebalik Al-Fatihah

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦

صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-quran. Ini kerana di dalamnya terkandung rahsia yang amat besar dan berfaedah bagi mereka-mereka yang mahu memikirkannya.

Adapun rahsia disebalik Al-fatihah tidak dapat dicungkil kiranya surah ini hanya dipandang melalui sudut zahir semata-mata. Tetapi ianya akan terungkai kiranya tafsir ini dipandang dari sudut 4 cabang ilmu. Iaitu ilmu syariat, ilmu tariqat, ilmu hakikat dan ilmu ma'rifat.

Insya Allah, di dalam topik ini akan dihuraikan isi surah ini yang mana tafsirnya dihuraikan dari sudut ilmu tariqat (jalan) yang telah digabungkan tafsirnya dari sudut hakikat. Moga bermanfaat.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١


"Bismillahirrahmanirrahim.."

- tafsir dari segi zahir (ilmu syariat): "Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani"
- dari sudut toriq dan hakikat:" Dengan nama Allah" iaitu dengan 12 nama Allah, berserta sifat maha pemurah dan maha mengasihani, maka dijadikanNya hamba bergelar manusia. Yang mana diambilnya tanah yang dari sumber-sumber tertentu untuk dijadikan satu tubuh lembaga yang bergelar adam. Semuanya kerana sifatNya yang maha pemurah lagi maha mengasihani semata-mata.12 nama-nama Allah;
01. LA ILAHA ILLA LLAH : Tiada yang ada kecuali Allah
02. ALLAH : Nama khusus bagi Tuhan
03. HU : Allah yang bersifat melampaui sesuatu
04. HAQ : Yang sebenarnya (Hakikat)
05. HAYYUN : Hidup Ilahi yang kekal abadi
06. QAYYUM : Berdiri dengan sendiri yang segala kewujudan bergantung kepada-Nya
07. QAHHAR : Yang Maha Memaksa, meliputi segala sesuatu
08. WAHHAB : Pemberi tanpa batas
09. FATTAH : Pembuka segala yang tertutup.
10. WAHID : Yang Esa
11. AHAD : Esa
12. SAMAD : Sumber kepada segala sesuatu2.


ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢

" Alhamdulillahi robbil a'lamin..

"- tafsir dari segi zahir (ilmu syariat): " Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."
- dari sudut tariq dan hakikat:
"alhamdulillah" (segala puji bagi Allah) adalah perkataan pertama yang dilafazkan oleh lembaga adam (manusia) apabila roh yang dimasukkan oleh Allah sampai ke tahap dadanya. Adam bersin lalu menyebut "Alhamdulillah". Bermaksud, segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir alam diri (tubuh manusia)

* "Yang memelihara dan mentadbir alam diri (tubuh) iaitu Allah menjadikan jasad lembaga adam dan memeliharanya. Daging yang dijadikan tidak busuk sehingga mati. Tulang-tulang tidak reput selagi hayat dikandung badan. Dan sebagainya.

Lalu Allah mentadbir tubuh tadi dengan urat-urat yang tetap kedudukannya di mana tidak akan berlaku kerosakkan kecuali manusia sendiri yang merosakkannya.Darah-darah mengalir ke tempat masing-masing tanpa arahan dari sesiapa dan tidak sesekali tersasar dari laluannya kecuali manusia sendiri yang merosakkannya. Segala anggota badan dipelihara dan ditadbir agar tidak jatuh atau gugur dari tempatnya kecuali manusia itu sendiri yang melakukan kerosakkan.


ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣.

"Arrahma nirrahim.."

- tafsir dari sudut zahir (ilmu syariat):"Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.."

- dari sudut toriq dan hakikat bermaksud:

i- setelah Allah jadikan lembaga manusia, dan Allah tiupkan roh kedalamnya dengan berunsurkan sifat "Arrahman" iaitu seorang lelaki yang bercirikan sebagai pemurah. Pemurah yang dimaksudkan ialah pemurah di dalam memberi kelahiran(sperma) yang lain untuk mengembangkan umat manusia.
ii- setelah Allah jadikan lelaki yang bercirikan pemurah (yang memberi baka pembiak), maka Allah jadikan pula satu lembaga (hawa) yang bercirikan pengasih yang mana mennerima (ovum) sperma dari pemurah untuk mengembangkan umat manusia.

Adapun ketika adam berada disyurga, maka dilihatnya segala penghuni disyurga berpasang-pasangan melainkan dirinya. Maka terdetik di dalam dirinya untuk mempunyai pasangan juga. Lalu Allah jadikan untuknya hawa yang berasal dari rusuk kirinya. Berasal dari rusuk kiri, bukanlah bermaksud berasal dari tulang rusuk yang kiri. Akan tetapi berasal dari rusuk yang kiri bermaksud dari makam nafsunya yang terletak dirusuk kiri (Insya Allah akan diterangkan di dalam topik yang lain). Oleh kerana nafsunya yang berkehendakkan pasangan, maka Allah jadikan hawa untuknya.

iii- kesimpulannya, " Arrahmanirrahim" lelaki dan perempuan.


مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤

" Maaliki yaumiddin..

- tafsir dari segi zahir (ilmu syariat):
"yang menguasai pemerintahan hari pembalasan.."

"- dari sudut toriq dan hakikat bermaksud:

i- di dalam diri lembaga tersebut, dikurniakan hati yang mana menjadi raja kepada seluruh anggota, raja kepada segala perasaan, raja segala perbuatan, raja kepada segala pergerakkan dan juga raja kepada segala watak atau sifat manusia.

ii- secara tidak langsung, hati tadi menguasai segala perbuatan baik dan buruk dan menjatuhkannya hukum perbuatan itu. Contohnya, sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan, hati akan terdetik dan sedar dengan apa yang dilakukan olehnya itu adalah salah. Di dalam hal ini, ilmu dan keyakinan adalah amat penting sekali bagi menyokong detikan hati. Ada sesetengah dari manusia yang menyedari kesalahan tersebut tetapi kerana nafsu menguasai dirinya, maka dia tidak dapat membezakan baik dan buruk. Namun, sesekali, dia tetap sedar.

iii- kesimpulannya, hati adalah yang menguasai segala hukum baik buruk yang dilakukan oleh manusia.


إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥

" Iyya kana'budu wa iyya kanastain..

- tafsir dari segi zahir (ilmu syariat):
"kepada engaulah (Allah) kami sembah dan kepada engkaulah (Allah) kami memohon pertolongan.."

- dari sudut toriq dan hakikat:
i- setelah lembaga tadi diberikan hati untuk menjatuhkan amal baik buruknya, maka dengan ilmu yang dikurniakan oleh Allah lembaga tadi (manusia) diberikan keyakinan akan kebesaran dan kekuasaan Allah. (penciptanya). Sujud hanya kepadaNya.

ii- tidak menyekutukan Allah dan yakin akan kekuasaanNya yang mana hanya ALlah lah segalanya.

iii- tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat (perjanjian) sebagai hamba Allah yang setia.


ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦

" Ihdinassiro tol mustaqim.."

- tafsir dari segi zahir (ilmu syariat):"tunjukkanlah kami jalan yang benar.."

- dari sudut toriq dan hakikat:

i- setelah diberikan ilmu yang merupakan intuisi atau gerak hati atau naluri, diberikan pula jalan yang membawa manusia ke jalan yang benar sekiranya tersasar semasa berada di dunia. iaitu jalan yang membawa manusia kemabali kepada Allah dengan suci dan bersih seperti mana dilahirkan pada awalnya. Sentiasa meningati Allah dalam apa jua keadaan.

ii- untuk mengetahui jalannya manusia hendaklah mempelajari ilmu yang boleh membawa kepada mengenal Allah dan dirinya. Maka akan terhurailah rahsia yang terkandung di dalamnya yang di gelar "makam hu" yang terletak di dalam hati manusia itu sendiri.


صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ.

" Sirotollazina an'am ta a'laihim..ghoril maghdhu bi'laihim..waladdoollin.."

- tafsir dari segi zahir (ilmu syariat):

"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."

- dari sudut toriq dan hakikat:

i- itulah bekalan yang Allah berikan kepada lembaga(manusia) untuk kembali kepadanya. Iaitu jalan orang-orang yang telah terpilih untuk sentiasa berada disisiNya.

ii- itulah jalan yang terletak di dalam diri manusia yang mengandungi rahsia iaitu jalan yang teletak di dalam makam-makam diri yang Allah jadikan.

* Oleh itu surah Al-Fatihah ini adalah surah yang mana meningatkan kembali manusia akan kejadian awal dirinya. Disebabkan itulah Al-Fatihah wajib dibaca ketika solat menandakan permintaan diri manusia kepada Allah untuk meningati semula diri yang sebenar. * Disebabkan itu jugalah surah ini menjadi ibu alquran, kerana dari diri manusia itulah Allah menurunkan kitab Al-Quran bagi membantu semula manusia meningatiNya dan diri sendiri sebagai hamba.

Wallahu A'lam.
Read More…

Tiada ulasan:

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator