AUTHOR

Photobucket

Khamis, 23 Disember 2010

Penunggu Rumah Bhg:8- Serangan Ilmu Bayang



Setelah selesai menyingkirkan Ilmu Pemotong Bayang dari badanku, aku duduk menenangkan diriku. Aku merasai seluruh badanku kalau-kalau masih ada sisa-sisa Ilmu Pemotong Bayang. Setelah pasti semuanya berjalan lancar, aku lantas bangun dan menuju ke arah almari pakaianku. Aku mencapai satu bungkusan kuning yang berada di dalam almari pakaianku. Kemudian aku duduk semula di atas sejadah.

"Hmm...giliran kau pulak.." bisik hatiku.

Aku membuka bungkusan kain kuning itu. Di dalam bungkusan itu ada sebilah keris kecil berlok 3. Baunya amat wangi sekali kerana dijaga rapi selama ini. Keris itu kuperolehi ketika aku duduk bertapa di Gunung Ledang selama 7 hari suatu ketika dahulu. Ketika itu aku menuntut ilmu Gerak Angin.
"Assalamualaikum.." tiba-tiba terdengar suara guru kedua.

"Wa'laikumusslam.." aku menjawab. Kelihatan guru keduaku sedang duduk bersila dihadapanku. Dia mengenakan T-shirt berwarna putih dan memakai kain pelikat sahaja ketika itu.

"Ko buat apa tadi li..? tanya guru.

"Buang ilmu bayang bang..ok tak bang..ada lagi tak..?" tanyaku pula.

Guruku diam seketika. Dia memandang tepat ke arahku. Sesekali dahinya berkerut-kerut. Kemudian, dia mengangkat tangan kanannya. Satu cahaya putih keluar dari tapak tangannya dan menghala tepat ke dadaku.

Apabila cahaya itu mengenai dadaku. Aku merasakan seluruh badanku sejuk seperti berada di dalam peti ais. Aku tunduk memandang sejadah dan berzikir.

"Dia akan datang balik..ko jaga2 lah.." terang guru.



"Lepas ni..jangan buat apa2 lagi.."hu" kau dah lemah..kuatkan "hu" dulu..ambik aura baru dulu.." terang guruku lagi.

"Jangan takut..apa-apa nanti aku tolong la ko..hehehe.." kata guruku sambil tersengih-sengih.

"Ok bang.." akurku.

"Dah..dah..aku nak balik ni..apa-apa alo aku.." kata guruku dan beransur hilang dari pandanganku.

Aku hanya tersenyum. Aku mula memikirkan apa yang guruku cuba sampaikan.

"Eh..bek aku wat solat sunat.." bisik hatiku setelah menyedari aku mengelamun.

Selepas menunaikan solat dua rakaat, aku bersandar dikerusi di dalam bilikku. Terasa bosan pula waktu itu. Aku mencapai semula bungkusan kain kuning yang ku ambil dari dalam almari pakaianku. Aku membelek-belek kain kuning tersebut.

"Paaaangggggg..!!!" tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat melanggar pintu bilikku.

Aku segera bangun dan membuka pintu bilikku. Ku amati sekeliling ruang tamuku. Tiada apa-apa. Aku bergegas ke dapur. Juga tiada apa-apa yang pelik. Aku melangkah pula ke pintu bilik adikku. Tiada apa-apa juga yang aneh.

Aku segera duduk di atas kerusi yang berada ditengah-tengah ruang tamu. Aku menajamkan zikirku dan memerhati sekeliling. Belum sempat aku berbuat apa-apa, satu libasan angin melalui dihadapanku.

"Hmm.." aku hanya tersenyum.

"Kau rupanya.." kataku dalam nada perlahan.

Aku mememandang ke kiri. Satu susuk tubuh bayangan hitam sedang berdiri tegak disudut pintu rumahku. Selang beberapa saat, bayang-bayang hitam mula bertambah banyak dan memenuhi ruang tamuku.

"Hari ni atok nak tunjukkan pada kau kekuatan ilmu bayang yang sebenar.." terdengar satu suara yang amat aku kenali datang dari celah-celah bayang-bayang hitam yang memenuhi ruang tamuku. Satu susuk tubuh manusia keluar dari celah-celah kumpulan bayang-bayang hitam.

"Berani kau derhaka pada akuuuu...!!! herdik lembaga manusia itu padaku. Lembaga manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah atok. Atok yang menurunkan ilmu pemotong bayang kepadaku.

"Sudah la..aku tahu kau sape..tak perlu berupa.." kataku sambil membaca beberapa ayat dari al-quran.

Aku menghembuskan nafasku ke arah lembaga manusia itu.
Tatkala hembusanku terkena pada lembaga manusia itu, tubuhnya terapung diawang-awangan. Gelembung-gelembung kecil keluar dari badannya seperti bisul. Lama kelamaan gelembung kecil itu menjadi bertambah banyak diserata tubuh badannya. Dan gelembungan itu mula pecah dan mengeluarkan bau hanyir seperti darah.

"Siiiaaallllllll...!! pekik lembaga manusia yang berupa atok itu.

Aku mengangkat kepalaku untuk melihat keadaannya lebih jelas lagi.



"Taaaaannnnggg...!!!" satu pukulan kuat hinggap dikepalaku. Aku terpelusuk jatuh dari kerusi.

"Taaanngggg..." satu lagi pukulan tepat mengenai perutku. Belum sempat aku bangun dari jatuh, beberapa pukulan hinggap diseluruh badanku.

"Eeeeeeeeeee~~~~~~~~~" terdengar suara-suara disekelilingku. Serentak dengan itu pukulan-pukulan tadi berhenti. Aku lantas bangun dan duduk bersila. Aku membawa semula zikirku yang telah lenyap seketika. Aku mengangkat kepalaku. Ada satu susuk bayang hitam berdiri dihadapanku. Sementara bayang-bayang yang lain telah lenyap.

"Kau akan terima nasib yang sama saban hari sehinggalah kau menemui ajal kau.." kata bayang hitam tersebut dan beransur hilang. Suasana menjadi senyap seketika. Aku melihat sekeliling.

"Nasib baik takde orang terjaga.." bisik hatiku.



Aku segera bangun dan bersandar semula dikerusi. Badan-badanku terasa amat sakit sekali. Aku cuba menenangkan diri. Badanku terasa amat lemah sekali. Mungkin benar kata guru, aku kehabisan banyak aura semasa menyingkirkan Ilmu Pemotong Bayang tadi. Aku tidak sempat mengisinya semula. Tahu-tahu sahaja aku diserang. Memang aku agak cuai sebentar tadi.

"Bismillahi Allaaaaaaaaahuakbar...!!" aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku menahan nafasku seketika sehingga kurasakan dadaku semakin berkembang. Kemudian aku melepaskan nafas secara perlahan-lahan.

"Huuu.." aku menghembus nafasku dan merasainya disetiap pelusuk tubuhku. Aku memecahkan cahaya-cahaya zikir dan menyelubunginya diseluruh badanku. Kepulan-kepulan asap berwarna merah pekat mula keluar dari lebam-lebam akibat dipukul sebentar tadi.

"Hmm..bisa..hebat.." desus hatiku sambil tersenyum. Aku tersenyum kerana betapa hebatnya Allah mencipta makhluk yang mampu melakukan hal-hal yang hebat seperti ini. Kiranya makhluk-makhluk yang diciptaNya mampu melakukan perkara sehebat ini, apatah lagi Dia.

Aku mengulangi perbuatan yang sama untuk beberapa kali sehingga aku merasa agak lega dan badanku mulai menjadi ringan semula. Aku segera bangkit dan menuju ke tandas. Aku mengambil wuduk dan masuk semula ke dalam bilik dan melakukan solat dua rakaat tanda syukur kerana Allah masih melindungiku.

Setelah selesai menunaikan solat, aku duduk di atas sejadah dan menenangkan fikiranku. Aku melakukan sebegitu sehingga aku merasa letih. Setelah itu aku menyalin pakaian dan bersiap sedia untuk tidur.

"Kau akan menerima nasib yang sama saban hari sehinggalah kau menemui ajal kau.." terngiang-ngiang kata-kata bayang hitam tersebut. Secara tidak langsung aku tidak dapat melelapkan mataku.

"Hmm..aku mesti habiskan apa yang aku dah mulakan..aku kene habiskan hari ni gak.." bentak hatiku.

Aku segera bangun dan membentang semula sejadah. Aku duduk bersila dan bertenang. Aku melafazkan syahadat 11 kali, selawat 21 kali, bismillah 50 kali. Kemudian aku berzikir dan berzikir dan berzikir tanpa memejamkan mataku. Setelah hampir satu jam, aku mula merasai badanku ringan. Tubuhku sejuk dan damai. Sekelilingku dipenuhi kabus-kabus putih. Sehinggakan aku tidak mampu melihat sekelilingku. Lama kelamaan, kabus tersebut beransur hilang. Aku memandang seliling melihat ramai orang-orang arab sedang berjalan-jalan disekelilingku. Ada yang sedang melakukan solat. Ada yang sedang berbual-bual. Ada pula yang sedang duduk berzikir.

Aku segera bangun dan melangkah sambil melihat-lihat sekelilingku.



"Alhamdulillah..sampaipun.." bisik hatiku sambil memandang ke arah Kaabah. Aku segera melangkah ke arah Kaabah dan berdiri di depan Hajarul Aswad. Aku menunaikan solat dua rakaat tanda syukur. Agak lama juga aku berada di situ. Aku merasakan sungguh tenang dan damai sekali. Terasa amat berat sekali untuk aku meninggalkan tempat itu. Akan tetapi, aku masih ada urusan yang perlu aku lakukan.

Setelah selesai berdoa, aku memandang ke arah Hajarul Aswad. Aku tidak pergi menciumnya. Sebaliknya aku hanya memandangnya sahaja. Kira-kira setengah jam aku memandang Hajarul Aswad, aku merasakan badanku amat bertenaga sekali. Aku mula membaca beberapa potong ayat dari alquran. Serentak dengan itu, kabus putih menyelubungiku sehinggakan aku tidak mampu melihat apa-apa. Setelah kabus putih itu beransur hilang, aku telah berada dibilikku dan sedang duduk di atas sejadah merahku.

"Aku kene kurung Itam dalam botol..kalau tak perkara ni tak selesai.." bisik hatiku.

Aku bangun dan keluar dari bilikku. Aku melangkah ke dapur dan membuka peti ais untuk mencari botol kaca. Mataku liar memandang setiap pelusuk peti ais. Akhirnya, aku berjaya menemui botol yang aku kehendaki iaitu botol ubat batuk. Aku mencuci botol tersebut dan menadah suku air di dalamnya. Aku melangkah semula ke dalam bilik dan mengambil kapas yang semamngnya ada di dalam simpananku. Lantas kapas itu aku masukkan di dalam botol kaca tersebut. Setelah semuanya terlah kusediakan, aku duduk semula di atas sejadah.

Aku membaca fatihah 3 kali dan membaca selawat 11 kali. Kemudian aku menarik nafas sedalam-dalamnya sehinggakan aku merasa dadaku mengembang. Aku menahan nafas buat seketika.

"Ash haduallaila ha illallah.." aku melafazkan syahadat sekali lagi. Kemudia aku menaikkan jari telunjukku.

"Bismillahi Allaaaaaaahuakbar..." aku menyambung lagi bacaanku dengan serentak membuat satu garisan lurus dihadapanku. Kemudian aku menukar pergerakkan nafasku. Aku mencapai botol kaca tadi dan meletakkanya dihadapanku. Aku bertenang dan meneruskan zikirku.

Selang beberapa saat, aku diselubungi kabus putih yang menghalang pandanganku. Aku tetap bertenang dan meneruskan zikirku sehinggalah kabus putih tersebut beransur hilang. Kali ini aku berada di satu kawasan lapang berdekatan dengan pantai. Aku memandang keliling, untuk memastikan di mana aku berada. Namun aku gagal mengecam tempat itu.

Aku berjalan beberapa langkah. Mataku liar memandang sekitarku.

"Kali ni aku mesti berjaga-jaga.." bisik hatiku.



Selang beberapa langkah aku melihat kumpulan bayang-bayang sedang berkumpul disuatu kawasan yang lapang. Aku segera menguatkan zikirku dan melangkah ke arah mereka. Mereka sedang berbual-bual dengan bahasa yang tidak aku fahami.

Tiba-tiba mereka semua terdiam. Salah satu dari bayang hitam itu memandangku dan dalam sekelip mata sahaja mereka lesap. Keadaan menjadi sunyi seketika.

Aku membuka sedikit langkah dan bersedia dengan apa yang terjadi. Mataku, telingaku dan seluruh anggotaku kutenangkan dan fokus pada alam sekelilingku. Dalam masa yang sama, aku membaca ayat kursi. Setelah habis membaca ayat kursi, aku menghentakkan kakiku kebumi.

"Huuuuu~~~~~~~!!!!! aku melepaskan nafasku. Kemudian aku menarik tanganku kebelakan seperti menarik angin.

"Allahhh....Huuuuuu~~~~...!!! aku melepaskan nafasku dan menolak tanganku ke udara. Kemudian aku menarik lagi nafasku dan melepaskannya sambil menghentakkan lagi kakiku kebumi.

"Pooooonnnngggg....!!! kedengaran beberapa letupan disekelilingku. Bau hanyir mula menusuk hidungku.

Dalam masa yang sama, aku telah dikelilingi beberapa bayang-bayang hitam. Aku segera menguatkan zikirku dan membuat satu bulatan cahaya disekelilingku.

"Kalau diorang serang..dah tentu aku tak dape elak.." bisik hatiku. Bayang hitam memiliki kebolehan boleh bergerak dengan pantas. Dalam sekelip mata sahaja mereka mampu berada di beberapa tempat.

Bayang-bayang hitam itu mula bergerak pantas dan berlari disekelilingku. Dalam beberapa saat sahaja, aku telah diselubungi angin kuat seperti puting beliung.

"Bertahun aku telah bersama kau..aku tahu kelemahan kau..kali ni kau akan mati...!!! terdengar herdikan suara diikuti dengan beberapa beratus-ratus panahan seperti bayang-bayang anak panah meluru ke arahku dengan sepantas kilat. Namun anak panah tersebut meletup tatkala mengenai bulatan zikir yang kubina.

"Tapi dia hanya ada waktu malam je..siang dia takde..dia tak boleh keluar..pantang dia cahaya matahari..jadi..nanti atok bagi cincin..siang dia akan duduk dalam cincin tu.." tiba-tiba aku teringat pesan atok suatu ketika dulu.

"Ya..itulah dia.."bisik hatiku.

"Huuuuuu....~~~" aku melepaskan nafasku sambil menghentakkan kakiku kebumi.



Serentak dengan itu, ribut yang mengelilingiku hilang serta merta dan satu dentuman yang amat kuat kedengaran.

Belum sempat aku mengatur langkah seterusnya, satu penumbuk sebesar sebijik kereta meluru ke arahku. Oleh kerana aku tidak sempat mengelak, aku menahan tumbbukan itu dengan tanganku yang kusilangkan didada.

"Tuuppp...!!! satu bunyi kuat terdengar hasil dari pertembungan penumbuk itu dengan tanganku.

Aku terundur beberapa langkah kebelakang. Belum sempat aku mengatur kembali langkahku, satu lagi penumbuk meluru ke arahku dan kali ini aku tidak sempat berbuat apa-apa melainkan menerima sahaja tumbukkan yang sebesar sebuah kereta itu. Aku menahan nafasku dan menajamkan zikirku ketika menerima tumbukkan tersebut.

Seraya dengan itu, aku terpelanting jauh. Aku mendapati diriku telah berada di bilik dan tersandar di tepi katilku. Aku bingkas bangun dan duduk semula di atas sejadah. Aku melancarkan zikirku dan kali ini lebih kuat lagi. Peluh mula membasahi seluruh badanku.

Baru sahaja aku menyilakan kakiku, satu lagi penumbuk meluru ke arahku. Aku menyilangkan tanganku untuk menahan tumbukkan itu.

"Tak boleh jadi ni.." bisikku. Bergegar seluruh badanku tatkala menahan tumbukan ketiga itu. Selang beberapa saat, muncul satu bayangan hitam berbentuk kain ela yang panjang mengelilingiku.

Bayangan itu mengelilingiku dan menghampiriku sedikit demi sedikit seolah-olah mahu membelitku. Dalam masa yang sama, satu lagi tumbukkan meluru ke arahku.

Aku segera menahan tanganku dan menukar nafasku.

"Allahhhhh....!!!! aku menangkap menahan tumbukkan tersebut dengan tapak tanganku. Aku menukar kembali pernafasanku.

"Huuuuuuu......~~~~~" aku melepaskan nafas.

Serentak dengan itu, cahaya-cahaya kecil keluar dari tapak tanganku dan merayap-rayap mengelilingi bayangan tersebut.

Aku segera menukar kembali nafasku dan membuka tapak tanganku. Kuhalakan tapak tanganku ke arah bayangan yang sedang diselubungi cahaya-cahaya putih.

"Huuuuu...!!! aku menggenggam tanganku. Serentak dengan itu, cahaya-cahaya kecil tadi menjadi besar dan berkilauan.

"Aaaarrrggghhhhh....!!!! tuan..tolong lepaskan aku tuann..!! terdengar satu suara keluar dari bayang hitam tersebut.

Tidak aku endahkan suara tersebut. Aku menarik tangan kananku kebelakang dan..

"Huuuu...!!!! " aku meluruskan tangan kananku dengan membuka tapak tangan kanan ku.

"Arrrrggghhhhh....~~~~tolonggggg...~~~aku takmo kacau ko lagi~~~tolongla tuan..~~~" rayu bayang hitam tersebut.

Aku tetap diam dan tidak mengendahkan rintihannya.


Aku menangkat tangan kananku dan menghalakan tapak tangan kananku ke arah langit.

"Allaaaaahhhhh....!!!" aku menukar nafasku. Tangan kananku tadi ke halakan ke arah bayang hitam.

"Huuuuu.....!!! aku menukar semula nafasku. Kali ini bayang tersebut kutarik dan membawanya ke arah botol kaca yang telah kusediakan tadi.

Aku menarik nafasku sedalam-dalamnya.

"Bimillahi Allahhhhhhu akbaar...!!" aku melepaskan nafasku dengan serentak aku menghalakan bayang hitam itu ke dalam botol.

"Huuuuuu...." aku melepaskan nafas. Terdengar satu letupan kecil seperti objek keras terhantuk di atas kayu. Aku segera mencapai botol tersebut dan menutupnya. Aku memerhati di dalamnya. Bayangan hitam itu ada di dalamnya.

Setelah pasti bayangan hitam tersebut berada di dalam botol kaca itu. Aku meletakkan botol kaca tersebut disebelah kiriku. Aku memperbetulkan silaku. Aku melanjutkan zikir dan menuju ke arah pantai semula.

Sesampainya aku di sana, aku melihat kumpulan bayang-bayang sedang berkumpul.
Aku menarik nafasku dan mendepakan kedua-dua tanganku.

Tiba-tiba, salah satu dari bayang-bayang tersebut meloncat dan tunduk dihadapanku.

"Kami semua taknak masuk campur lagi..dan kami takkan masuk campur sampai bila-bila..janganlah apa-apakan kami hamba Allah.." kata bayang hitam yang melompat dihadapanku.

"Siapa kalian semua.." tanyaku dalam nada yang tinggi.

"Kami semua adalah bayang yang sudah tidak bertuan..kebanyakkan dari kami telah kehilangan tuan kerana tuan kami telah mati.." jawab bayang hitam tersebut.

"Oleh kerana kami tidak sempat diserahkan kepada tuan yang baru, maka kami semua menjadi bayang-bayang yang liar..." sambung bayang itu lagi.

"Jadi..apa yang korang lakukan selepas kehilangan tuan..? tanyaku lagi.

"Kami menjadi liar dan duduk dibusut-busut sementara menunggu pengamal baru menyeru bayang-bayang untuk dipotong.." jawab bayang itu.

"Jadi..selama ni, orang yang memotong bayang tu bukanlah bayang diorg..? tapi kamu semua yang menyamar menjadi bayang mereka..dalam masa yang sama kamu semua mendapat tuan baru..?? tanyaku lagi. Kurasakan, segala persoalan yang terbuku dibenakku selama ini telah terjawab.

"Ya..mmg begitulah.." jawab bayang hitam.

"Apa jadi pulak pada yang tak dapat tuan..? tanyaku lagi.

"Yang tak dapat tuan akan menunggu dibusut..sampai masanya.." jawab bayang hitam itu.

Aku mulai faham situasi yang terjadi. Aku diam seketika.

"Hmmm..baiklah..sampai di sini sahaja..tapi..aku tidak akan lepaskan Itam bagi pihak sesiapa..dia akan kubuang dilaut..dan korang akan menerima nasib yang sama jika menggangguku lagi.." aku bersuara seraya pulang menuju ke arah bilikku semula.

Sesampainya aku dibilik, kedengaran azan subuh berkumandang.

"Uikk..lama gak rupanya.." bisik hatiku. Baru aku sedar, masa telah berlalu terlalu lama. Dan badanku mula terasa letih dan sakit.

Pada keesokkan harinya, aku menuju ke sungai yang berdekatan dengan rumah ku iaitu Sungai Kelang. Aku melemparkan botol kaca yang terkurung Itam di dalamnya.

"Alhamdulillah..selesai satu hal.." kataku dalam nada suara yang hanya didengari olehku sahaja.

"Lepas ni giliran kau pulak.." kataku sambil memandang jauh ke arah satu susuk lembaga yang sedang duduk bersila.

Itulah keturunan ketiga dari tujuh keturunan Panglima Hitam iaitu Panglima Sumbing Emas.

Bersambung...
Read More…

Isnin, 20 Disember 2010

Penunggu Rumah Bhg:7- Ilmu Pemotong Bayang



Setelah aku mendalami ilmu agama, aku mula menyedari kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan. Aku bertekad untuk membuang semua ilmu-ilmu yang telah aku pelajari.

"Bukan senang nak buang li..ilmu ni dah 9 tahun duduk dalam diri kau..dah sebati dengan kau.." ujar guru keduaku ketika aku menyatakan hasratku untuk membuang ilmuku kepadanya.

"Hmmm..tapi bang..kalau saya tak buang saya rasa salah sesangat.." terangku kepada guru. Sememangnya aku dah biasa memanggil guruku yang kedua ini dengan gelaran "abang". Walaupun beliau telah separuh abad, tetapi penampilan dan raut wajahnya kelihatan seperti orang yang berumur awal 30an.

"Kalau macam tu..aku ajar kau caranya..buku catatan kau ada bawak?" tanya guruku.

"Ada..sentiasa dan berserta.." jawabku tersengih-sengih.

"Fuyoo..berserta ye li..hehehe.." sampuk Malis sambil tersengih-sengih juga. Malis adalah sahabat seperguruanku. Kami juga menuntut dengan dua guru yang sama.

Semua sahabat-sahabat yang lain juga turut ketawa. Guru hanya memandangku sambil tersengih-sengih.

"Ada-ada je ko li.." kata guru.

Pada malam itu kami rancak bermuzakharah. Sehinggakan tidak sedar waktu telah menunjukkan pukul 3 pagi. Setelah bersalam-salaman, kami meminta izin untuk mengundurkan diri.

Sepanjang perjalanan, kami tidak banyak berbicara. Mungkin masing2 keletihan dan mengantuk. Akan tetapi, aku masih segar dan pelbagai-bagai perkara bermain dikotak fikiranku.

Seperti yang dirancang, pada malam jumaat berikutnya, setelah selesai mengerjakan solat isya' aku duduk bersila di atas sejadah. Aku menenangkan diriku dengan membaca bismillah 100 kali, selawat 100 kali, syahadah 11 kali dan juga fatihah 21 kali. Setelah aku benar-benar tenang dan merasakan diriku telah bersedia, aku berehat sambil meneguk air suam yang telah kusediakan sebagai bekal pabila aku kehausan. Fikiranku melayang jauh.

"Hmm..ilmu mana yang perlu kubuang terlebih dahulu ni.." bisik hatiku.


Setelah membuat keputusan, aku pun duduk bersila semula. Aku menajamkan mata hatiku untuk mencari bayang-bayangku yang telah kupisahkan ketika aku menuntut "Ilmu Pemotong Bayang" di Teluk Kemang suatu ketika dahulu.



Ilmu Pemotong Bayang adalah sejenis ilmu yang unik. Ketika aku menuntut ilmu ini, aku berusia 17 tahun. Ketika itu aku masih bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson. Aku mempelajarinya pada hari cuti iaitu Sabtu dan Ahad yang mana pada hari-hari tersebut pelajar-pelajar dibenarkan keluar dari asrama.

"Ko betul-betul nak belajar ke Puyeng?" tanya Jo kepadaku. Jo adalah rakanku tetapi berlainan kos. Dia adalah salah seorang penuntut Ilmu Pemotong Bayang.

"Yup..aku dah sedia..kalau boleh bawak r aku jumpa guru ko.." jawabku.

"Ok..ari sabtu ni kita jumpa..kalau dia nak ajar ko r.." ujar Jo.

Aku mengangguk tanda setuju.

Seperti yang dijanjikan, pada hari Sabtu minggu tersebut, aku dan Jo serta beberapa rakan lain pergi ke rumah guru Jo. Setelah satu jam perjalanan, kami pun sampai di sebuah rumah yang agak cantik. Rumah tersebut kelihatan bersih dan tradisional.


"Assalamualaikum.." Jo memberi salam.

"Wa'alaikumussalam.." terdengar suara lelaki yang kurasakan agak berumur dari dalam rumah.

Selang beberapa saat, muncul seorang lelaki tua yang tidak berbaju dan berkain pelikat. Dibibirnya terselit rokok daun. Badannya kecil. Kepalanya botak. Dari pandanganku, mungkin dia telah mencecah awal 60an.

"Ha..ko Jo..naiklah.." jemput lelaki tua itu.

Kami pun naik ke atas rumah. Keadaan di dalam rumah itu juga bersih dan kemas. Perhiasan-perhiasan lama tergantung di dinding-dinding rumah. Kebanyakkanya terdiri dari keris-keris yang cantik.

Sambil aku memandang sekeliling, Jo dan rakan-rakan yang lain bersalaman dengan orang tua itu. Setelah menyedari aku sedang mengelamun, Jo mencuit pinggangku dan memandang ke arah orang tua tersebut.

"Oh..mintak maaf.." kataku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan orang tua itu. Aku tersengih-sengih kerana malu.

Ketika bersalaman, orang tua itu memandangku dari atas ke bawah. Wajahnya amat serius sekali.

"Bukan calang-calang ni.." katanya sambil menepuk-nepuk bahuku.

"Erk.." hanya itu sahaja yang terpacul dari mulutku.

"Ni Puyeng tok..datang sini nak belajar sikit-sikit dengan atok..yang lain pun sama gak..." terang Jo kepada orang tua yang digelarnya Atok sambil menunjuk ke arah aku, Nilai dan Boyak iaitu rakan-rakanku yang ikut sekali. Kami semua tersengih-sengih sahaja.

"Nak blajar apa..atok bukan pandai.." kata Atok sambil memandangku.

"Apa2 la tok... yang atok pandai..hehehe.." jawab Boyak sambil menyorokkan mukanya dibahuku.

"Diorang ni nak belajar ilmu bayang tok.." terang Jo.

"Hmmm..." hanya itu sahaja yang keluar dari mulut atok. Kami terdiam seketika sambil memandang Atok. Atok menundukkan kepalanya memandang lantai sambil memejamkan matanya. Sesekali dahinya berkerut-kerut. Kami hanya memerhatikannya sahaja.

"Apa yang atok ni buat ni...?" bisik hatiku sambil memejamkan mataku.

Aku memerhati sekeliling dengan menggunakan mata hatiku. Dengan menggunakan mata hatiku, aku keluar dari rumah tersebut untuk mencari Atok.

"Eh..Kakati...Jenak..Kala.." bisik hatiku ketika melihat harimau-harimauku sedang duduk berhadapan dengan atok. Mereka seolah-olah sedang berbicara.

Setelah melihat keadaan tersebut, aku terus masuk ke rumah dan kembali semula kepada jasadku.

"Jemputlah minum.." kedengaran suara seorang wanita. Kami semua menoleh ke arah suara tersebut. Ianya datang dari suara seorang wanita separuh umur yang sedang membawa dulang berisi air dan biskut.

Dalam masa yang sama atok juga telah kembali ke dalam rumah.

"jemputlah minum.." pelawa atok pula sambil melemparkan senyuman kepadaku.

"Kalau betul nak belajar..malam ni lepas isya' kita mula lah..tapi kene duk sini la malam ni.." kata atuk.

"Takde masalah tuk..kitorang cuti dua hari.." jawab Nilai sambil tersenyum.

Seperti yang dijanjikan, selepas sama-sama menunaikan solat isya' secara berjemaah, kami pun mempersiapkan diri.

"Semua pakai kain pelikat ni.." arah atok sambil menghulurkan lipatan kain pelikat kepada kami.

"Kene mandi limau dulu,,lepas tu kita pegi hutan belakang rumah.." sambung atok lagi sambil beredar dari bilik.

"Hutannnnn~~~~~~~hahahahaha~~~~.." Boyak menyakat Nilai yang sememangnya seorang yang penakut.

"Woi..woi..apa ni.." Nilai kelihatan agak cuak. Aku hanya tersenyum sahaja melihat gelagat mereka berdua.

Setelah bersiap sedia untuk dimandikan, kami pun berjumpa dengan atok diruang tamu. Kelihatan atok sedang asyik menyedut rokok daunnya. Di depannya, ada sebuah meja kecil. Dan di atas meja tersebut terdapat beberapa biji limau nipis yang telah dipotong-potong.

"Semua pergi ke bilik air.." atok memberi arahan.

Kami menuju ke bilik air. Kelihatan, Jo sedang menanti di sisi kolah. Dan disebelahnya ada sebuah besen besar berwarne merah.

"Abihla korang..hahahaha..~~~" usik Jo untuk menakut-nakutkan kami.

"Kene mandi limau ke Jo?" tanyaku.

"Yup..pasni baru kita masuk utan.." jawab Jo.

"Masa mandi nanti jangan tutup mata..bukak mata..bagi air limau masuk dalam mata.." kata Jo lagi.

"Uik..pedih tu.." sampuk boyak sambil tergelak besar.

"Nanti lepas mandi terus masuk utan ke..? Tak tukar baju dulu ke..? Pegi camni je..?" tanya Nilai sambil memeluk tubuh kesejukkan. Dengan serentak kami semua memandang ke arah Jo untuk mendapatkan jawapan.

"Mestilah..basah-basah terus pegi hutan..mana boleh lap badan.." jawab Jo.

"Haa..." Boyak terkejut. Ternganga mulutnya. Nilai juga kelihatan agak terkejut. Terbeliak matanya. Aku pula hanya memandang gelagat mereka. Akan tetapi, aku juga dalam keresahan.

"Kau..pandai-pandai je..dah..dah..pegi duk luar.." tiba-tiba terdengar suara atok.

"Hahahahaha..bodoh betol la korang ni..hahaha.."kata Jo sambil menunding ke arah kami semua.

"Cet..cilaka punya Jo.." bisik hatiku.

"Papp..!!!" Boyak dan Nilai menampar belakang Jo. Jo hanya tergelak-gelak sahaja. Geli hatinya melihat rakan-rakannya yang berjaya ditipunya.

Setelah semuanya telah bersedia. Kami pun dimandikan. Sambil disiram dengan air limau, mulut atok berkumat-kamit membaca sesuatu yang tidak kudengari. Hanya yang kudengari suarh Al-fatihah sahaja.



Setelah selesai dimandikan, atok mengarahkan kami menukar pakaian dan berkumpul diruang tamu. Setelah menukar pakaian, kami pun ke ruang tamu. Satu jag kopi dan juga biskut kering telah terhidang.

"Jemputlah minum..ni je ada.." kata isteri atok sambil melemparkan senyuman. Dia duduk berdekatan dengan kami sambil memerhatikan gelagat kami.

"Terima kasih nek..ni pun ok dah..tapi bagi saya la..kalau badak ni tak tau la..dia kuat makan nek.." kata Boyak sambil menunding ke arah Nilai.

Nilai hanya tersengih.

"Jangan dengar cakap dia nek..dia yang kuat makan..badan kecik..makan banyak.." kata Nilai pula sambil menolak-nolak bahu Boyak.

"Semua ni belajar sekali dengan si Jo ke..?" tanya nenek.

"Sekali nek..satu sekolah.." jawabku.

"oo.." Nenek mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

"Minum cepat..kita nak pegi dah ni.." sampuk Jo.

"Nanti dulu..minum dulu pelan-pelan..ada benda atok nak bgtau sebeloum kita pegi.." kedengaran suara atok yang keluar dari dapur.

Atok duduk berhadapan dengan kami. Dia bersandar di kerusi rotannya. Seperti biasa, rokok daunya terselit dibibirnya.

"Atok nak bagitau sikit pasal ilmu ni..." atok memulakan cerita.

"Ilmu ni bukan ilmu sihir atau ilmu hitam..ilmu ni dipanggil ilmu bayang.." sambung atok lagi sambil menyedut rokok daunnya.

"Malam ni..atok bawak korang kat satu busut..tapi..kita kene tengak dulu bulan mengambang ke tak..kalau bulan takde tak boleh lah malam ni..kene tunggu bulan mengambang.." ujar atok lagi.

Kami semua memandang ke luar jendela.

"Ada bulan ke..?" tanya atok.

"Ada tok..tapi separuh je.." jawab Nilai.

"Ha..sikit lagi penuh la tu..kita tunggu dia penuh lah..dalam pukul 11 karang dia penuh la.." terang atok.

Kami semua memandang ke arah jam. Sudah hampir pukul 10 malam.

"Hmm..sejam lagi.." bisik hatiku.

"Takpe..atok terangkan dulu pasal ilmu ni..nanti tak paham pulak.." kata atok.

"Ilmu ni orang panggil ilmu bayang.." atok memulakan penerangan.

"Malam nanti, diwaktu bulan mengambang..atok bawak korang semua pergi ke busut belakan rumah..nanti korang duduk kat atas busut tu..jangan takut..atok ada sekali nanti.." ujar atok seolah-olah merasai kebimbangan dibenak kami. Mana tidaknya, kami disuruh duduk di atas busut diwaktu bulan mengambang. Mengerikan.

"Nanti atok ajarkan ayat..korang semau kene hafal..baca ayat tu semasa duduk atas busut tu nanti..dah habis bagitaw atuk..baca 11 kali.." atok menyambung kembali.

"Lepas tu, atok akan potong bayang-bayang korang...masa atok potong nanti, korang kene bagitau bape umur bayang-bayang yang korang nak.." terang atok lagi. Kami semua kehairanan. Tidak berapa faham apa yang atok maksudkan.

"Bayang-bayang yang atok potong tu bayang-bayang kita..kita mintaklah nak bayang-bayang kita yang berumur bape..10 tahun ke..15 tahun ke..jangan mintak bayang-bayang kita sama umur dengan kita..nanti dia taknak dengar cakap kita..jangan mintak sama baya..nanti dia melawan gak..mintak umur 10 tahun ke..12 ke..budak-budak..baru dia dengar cakap kita..nanti bayang-bayang tu akan jadi sama perangai mcm kita masa umur 1o tahun..macam mana perangai kita masa umur 10 tahun, macam tulah perangai bayang-bayang kita.." terang Jo panjang lebar.

"Oooo...bayang-bayang ko umur bape? tanyaku kepada Jo.

"10 tahun..walaupun umur kita meningkat..umur dia tetap 10 tahun gak..tak berubah..." jawab Jo.

"Paham tak..?" tanya atok.

Kami mengangukkan kepala tanda paham.

"Bayang-bayang ni akan jaga kita..kalau ada hantu ke..pontianak ke..langsuir ke..pelesit..hantu raya..polong..apa sahaja lah..kalau nampak bayang-bayang kita ni dia akan lari..dia takut sangat dengan bayang-bayang ni..tu yang bagusnya.." terang atok.

"Tapi dia hanya ada waktu malam je..siang dia takde..dia tak boleh keluar..pantang dia cahaya matahari..jadi..nanti atok bagi cincin..siang dia akan duduk dalam cincin tu.." terang atok lagi.

"Ada lagi pantang dia..pompuan.." terang atok sambil menyedut rokok daunnya.

"Hah..camne lak tu tok..?" tanya Nilai tercengang-cengang. Mungkin dia risau akan teman wanitanya.

"Kalau ko nak suruh dia buat apa-apa..dia akan lalu tempat yang takde orang macam hutan atau laut..kelajuan dia sekelip mata ko dia dah sampai..maknanya..kalau ko suruh dia pegi johor, dia akan sampai johor dari sini dalam sekelip mata kau.." terang atok.

"Tapi..kalau semasa perjalanan dia tu..dia terserempak dengan pompuan..tak kira la pompuan tu tengah jalan atau tengah buat apa pun..dia akan jadi kaku dan keras kat situ..ko kene jemput dia balik..nanti atok ajar cara dia.." sambung atok sekaligus menjawab soalan Nilai.

"Cermin pun pantang dia gak..jangan bagi dia ternampak cermin..nanti dia kaku dan keras jugak.." sambung atok lagi.

"Paham..??" tanya atok.

"Paham tok.." kami menjawab serentak.

"Ilmu ni selalunya orang dulu-dulu guna untuk carik orang atau tepis buatan orang je..selalu dia suruh bayang-bayang ni jaga rumah kalau dia takde.." terang atok.

"Tapi tok..kalau kat rumah kita ada pompuan..adik..mak kita..camne..?" tanyaku pula.

"Tak boleh jugak...ko kene suruh dia jaga jauh skit la..jangan bagi dia tgk dekat-dekat..kalau dari jauh takpe..terserempak ni maksud atok kalau ida terserempak pompuan secara dekat. Lebih kyrang jarak satu depa..mcm tu tak boleh..kalau jauh takpe.." terang atok.

"Tapi..ingat..ni penting..kalau kau rasa ajal ko dah nak dekat..ko kene turunkan bayang-bayang ko ni kat orang..kalau tak dia akan jadi liar dan ganggu orang.." terang atok serius.

"Kalau tak sempat tok..camne?" tanya Boyak pulak.

"Kalau ko mati kemalangan, ko akan bangkit walaupun kepala ko dah putus tuk bg org cincin yang ada simpan bayang ko tu.." jawab atok.

"Erk..seram gak.." bisik hatiku.

Boyak dan Nilai tercengang-cengang. Dari riak muka mereka, kelihatan seolah-olah ada yang tidak berapa mereka senangi.

"Kalau takde orang nak ambik camne lak tok..mcm seram je tok.." tanya Boyak sambil tersenyum tawar.

"Kalau takde orang ambik, dia akan jadi bayang-bayang liar la..takde masalah kat ko pun..jangan risau...bukan ko yang bangun suruh orang ambik cincin ko tu..bayang-bayang ko yang akan bangun carik tuan baru.." terang atok.

"Kalau kepala ko putus, bayang-bayang ko akan menyerupai diri ko dan pergi jumpa kawan-kawan, sanak saudara, adik beradik, orang yang terdekatla..dia akan menyamar dalam bentuk ko yang sempurna tuk serahkan cincin tu..bukan bentuk ko takde kepala..kalau macam tu aku pun taknak.." terang atok sambil ketawa.

"ooo.." terpacul dari mulut kami. Terasa agak lega sedikit waktu itu.

"Ha..bulan dah penuh dah tu..nak belajar tak?" tanya atok sambil memandang keluar jendela.

Kami berpandangan antara satu sama lain.

"Saya dah sedia tuk.." jawabku.

"Saya punn.." jawab Boyak. Nilai hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Kalau macam tu..jom kita pergi belakang rumah..ambik kertas atas meja tu..hafal ayat tu..nanti baca kat atas busut macam yang atok terangkan tadi..." kata atok.

kami pun bangun dan mengambil kertas yang atok maksudkan. Aku membelek-belek kertas tersebut. Ada satu ayat yang pendek dari Asma Husna.

"Senang je ayat nye.." bisik hatiku.



Kami mengekori atok ke arah belakang rumah. Keadaan tidak terlalu gelap kerana waktu itu bulan mengambang penuh. Kira-kira 5minit perjalanan, kamipun sampai disebuah kawasan yang agak lapang. Di situ terdapat satu pokok ketapang yang agak besar dan menyeramkan. Di bawah pokok ketapang itu ada satu busut sebesar orang berbaring. Aku memandang keliling mencari-cari harimau-harimauku. Tapi tidak kelihatan.

"Sapa nak mula dulu..?" tanya atuk.

Kami berpandangan. Aku segera tampil ke depan setelah melihat tiada reaksi dari Nilai dan Boyak.

"Hmm..duduk kat atas busut tu..baca apa yang atok bagi tadi..kalau dah bagitau..ko nak bayang-bayang umur berapa..? arah atok sambil bertanya.

"errr...10 tahun la tok.." jawabku.

"Pegi duduk atas busut tu.." atok memberi arahan.

Aku pun duduk di atas busut tersebut sambil memandang ke arah Boyak, Nilai dan Jo. Aku memejamkan mata dan membaca apa yang ditulis oleh atok di atas kertas yang kami ambil tadi. Setelah selesai membaca, aku membuka mataku dan menganggukkan kepala memberi isyarat kepada atok tanda aku sudah bersedia.

Atok pun menghampiriku. Dia berdiri tegak disebelahku. Ditangannya ada sebilah keris panjang. Lebih kurang satu kaki setengah. Mungkin keris tersebut 13 lok.

Sambil membaca sesuatu, atok menarik kerisnya. Dia mencium kerisnya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Tidak pasti apa yang dibacanya.

"Bangun..berdiri tegak..bukak selipar ko.." atok memberi arahan.

Aku hanya mengikuti arahan atok tanpa bersuara. Setelah aku berdiri, atok membuka langkah seperti orang sedang bersilat. Tidak tahu pula apa jenis silat yang atok buka. Aku hanya memandang dan menunggu apa yang bakal terjadi.

Lebih kurang 2 minit atok membuka langkah, langkahnya terhenti disebelah kananku. Atok menundukkan kepalanya dan memandang ke arah kakiku. Kemudian, dia membuat satu garisan betul-betul dihadapan jari-jari kakiku. Aku hanya memandang sahaja dan masih menunggu apa yang bakal terjadi.

Atok membuat garisan dihadapan jari-jari kakiku sambil membaca sesuatu. Kemudian dia berdiri semula dan melangkah bertentangan denganku. Dia menghentakkan kaki kanannya ke tanah dan menarik kaki kirinya kebelakang. Seperti orang mahu buka kekuda silat. Kemudian, dia menghalakan kedua tangannya ke arah ku dan menarik tangannya kebelakan seolah-olah sedang menarik sesuatu.

Tiba-tiba, badanku terasa sejuk. Aku merasakan seolah-olah ada sesuatu yang keluar dari badanku. tidak lama kemudian, satu susuk bayang-bayang kecil muncul dihadapanku.

"Hehehe...ai abang..." bayang-bayang kecil itu menegurku.

Aku hanya tersenyum.

"Ni bayang-bayang ko..ko bagilah nama.." kata atok.

"Pegi duk sana..biasa-biasakan diri dengan bayang-bayang ko dulu.." atok memberi arahan.

"Sapa lak lepas ni.." tanya atok.

Boyak tampil ke hadapan dan menuju ke arah busut.

Aku melangkah berdekatan dengan Jo. Bayang-bayang kecil tadi mengekoriku dari belakang.

"Ko nak bg nama apa kat dia..?" tanya Jo.

"Hmm..taruk nama dia Itam je lah..ok tak..?" jawabku sambil memandang ke arah bayang-bayang kecil tadi.



"Hehehehe..nak..nak.." jawab Itam.

"Wah..besarnye rimau..." kata itam sambil menunjuk ke arah satu sudut. Aku dan Jo menoleh ke kanan.

"Mari sini.." aku memanggil harimau-harimauku.

Jenak, Kala dan Kakati pun berjalan menghampiri kami.

"Ni harimau kite ke bang..?" tanya Itam.

"Yup..yang ni kala..yang ni jenak..yang ni kakati.." jawabku sambil menunjukkan jari ke arah Kala, Jenak dan Kakati.

"Aii..ley Itam naik tak..?" tanya Itam kepadaku.

Aku memandang ke arah jenak. Jenak menyeringai.

"Diorg tak suka.." jawabku kepada Itam.

"Korang semua kene berbaik-baik dan sesuaikan diri..jangan gaduh-gaduh.." aku memberi arahan kepada mereka semua.

Begitulah kisahnya aku mempelajari ilmu ini. Setelah aku mendalami ilmu agama dan membuat sedikit kajian, barulah aku sedar bahawa selama ini bayang-bayang tersebut bukanlah bayang-bayangku yang sebenar. Akan tetapi ianya adalah jin dari jenis jin angin yang menyerupai bayang-bayangku dan mengikut rentakku sepertimana yang aku inginkan. Setelah menyedari semuanya, aku bertekad mahu membuang ilmu ini.

Setelah aku berjaya mencari bayang-bayang yang sebenarnya adalah jin, aku pun memanggilnya mengadapku.

"Ada apa abang..ada tugaske..abang sekarang sombongkan..tak jaga kita pun..takmo kawan.." kata Itam.

Aku memandangnya. Aku menarik nafas panjang.

"Sudahlah..aku dah tahu semuanya..aku ucapkan terima kasih dengan apa yang telah kau lakukan pada aku selama ini..ko banyak tolong aku..." aku memulakan bicara.

"Mulai saat ini, kau dan aku kene berpisah..jin dan jin..manusia dan manusia..jin tidak boleh campur urusan manusia dan manusia juga tidak boleh campur urusan jin..maka..dengan itu..pergilah..aku bebsakan kau.." ujarku kepada Itam.

"Huh..kita terikat dengan perjanjian..bukan senang nak batalkan.." kata Itam dalam nada yang serius.

"Apa lah ada dengan perjanjian kiranya selama ini aku ditipu..tidak ada perjanjian antara kita..semua tu dah berakhir..jadi..aku minta kau beredar dengan cara baik mengenangkan jasa kau kepada aku.." kataku kepada Itam.




Itam terdiam seketika. Dia memandangku agak lama walaupun matanya memang tidak kelihatan sejak dari dulu lagi.

Tiba-tiba, susuk badan Itam membesar sedikit demi sedikit. Lama kelamaan menjadi lebih besar dab besar. Sehinggakan kepalannya mencecah ke siling bilikku. Badannya berketul-ketul dan kelihatan matanya kemerahan memandangku.

"Gggggrrrrrrrrr...." terdengar satu suara yang keluar dari Itam.

"Jangan..pergilah..jangan cuba-cuba Itam..." aku memberi amaran dalan nada yang lembut.

Aku memperkuatkan zikirku. Cahaya putih meengelilingi badanku.

"Baiklah..kalau itu kata kau..aku takkan ambik tahu lagi urusan kau..manusia yang tak sedar diuntung..!!!" terdengar suara Itam berkata dalam nada yang garau.

Tidak lama kemudian, Itam bertukar menjadi kepulan asap berwarna hitam dan keluar dari bilikku melalui tingkap.

Aku menguatkan lagi zikirku dan menenangkan diriku. Aku merasai sekelilingku.

"Alhamdulillah..semuanya dah selamat..mana lak aku nak buang lepas ni.." bisik hatiku. Terasa letih pula. Peluh kecil mula keluar dari dahiku dah leherku. Namun masih banyak yang perlu kulakukan. Aku merasakan masih ada tenaga untuk meneruskan apa yang aku rancang.

Lantas aku bangun dan membuka almari pakaianku. Aku mencapai satu bungkusan kain kuning. Aku duduk semula di atas sejadahku dan membelek-belek bungkusan tersebut.

"Hmm..giliran kau pulak.." bisik hatiku sambil memandang bungkusan kain tersebut.

Bersambung...
Read More…

Penunggu Rumah Bhg:6- Harimau Tok Tepok Bhg:2



Sudah hampir 5 bulan aku berada di sekolah ini. Setelah menamatkan Sijil Rendah Agama (SRA) di Sekolah Agama Menengah tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, aku mengorak langkahku di sini. Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson. Di sini aku mengambil Jurusan Elektrik.

Di sinilah perubahan besar terjadi dalam hidupku. Aku menjadi agak liar. Mungkin kerana ketika aku menuntut di sekolah agama dulu aku terkongkong dengan jadual yang amat ketat sekali. Mana tidaknya, ketika berada di sekolah agama, aku telah bangun seawal 5pagi. Setelah melakukan solat sunat, kami akan solat subuh berjemaah dan ianya wajib. Setelah itu kami akan diberikan ceramah pendek sementar menunggu pukul 7pagi untuk bersiap ke sekolah. Tamat waktu sekolah, kami akan solat zohor berjemaah dan makan. Setelah itu kami akan ke kelas petang pula sehingga asar tiba dan ianya juga wajib. Setelah itu kami akan bersukan sementara menunggu waktu maghrib. Selesai solat maghrib, kami akan mendengar ceramah sementara menunggu isya'. Kemudian kami dikehendaki menghadiri kelas malam yang mana kehadirannya juga wajib selepas solat isya'. Begitulah saban hari kehidupanku di sana.

Berbeza dengan sekarang, aku rasakan benar-benar bebas dan mempunyai banyak masa yang terluang. Oleh itu, setelah habis waktu pembelajaran, pelajar-pelajar akan mengisi waktu masing-masing dengan pelbagai-bagai aktiviti. Salah satu aktiviti yang terkenal waktu itu ialah mengumpul Pokok Jarum Emas.Sila lihat kisahnya yang telah diceritakan sebelum ini..http://panglimautama.blogspot.com/2009/04/penunggu-rumah-penunggu-jarum-mas.html

Di sinilah bermulanya aku dan alam jin. Ketika melanjutkan pelajaran di sekolah ini, aku telah memantapkan ilmu dalamanku dengan jin yang bernama Tok Sibir. Di mana aku rasakan ilmu ini tidak salah kerana meggunakan ayat-ayat dari kitab Alquran.


Dengan Tok Sibir sebagai guruku, aku mempelajari banyak selok belok dunia ghaib iaitu dunia jin. (pada ketika itu aku tidak menyedari ianya adalh jin islam). Aku diberikan beberapa ekor harimau untuk menjagaku. Dan salah seekor darinya bernama Kakati. Kakati adalah harimau yang paling bengis dan ganas di antara harimau-harimauku yang lain. Bulunya berwarna hitam berkilat. Jarinya hanya tiga sahaja. Ia boleh membesarkan dirinya sebesar dewan. Kiranya dibandingkan, apabila ia membesarkan dirinya, aku hanya sebesar matanya sahaja.



Bermula dari sinilah, aku menuntut pelbagai-bagai ilmu dari setiap pelusuk negeri. Aku mula menaruh minat dengan ilmu-ilmu ghaib. Aku mempelajari Ilmu Bayang, Ilmu Angin, Nasrulhak, Ilmu Api, Ilmu Tanah, Gerak Panglima dan bermacam-macam lagi. Aku juga naik ke Gunung Ledang dan duduk bertapa di sana selama satu minggu untuk memantapkan dan menambahkan lagi ilmuku.

Tanpaku sedari, aku mula lupa diri. Aku menjadi liar dan taksub. Aku mula merasa angkuh. Setiap orang yang berilmu yang aku temui, pasti akan kuuji. Dan aku tidak pernah tewas. Lama kelamaan, aku terpesong jauh dari landasan agama. Setiap hari, aku akan menangkap hantu atau jin yang ku temui. Dan aku jadikannya sebagai alat permainanku sebelum kubunuh. Pelbagai-bagai hantu, penunggu dan jin yang kutewaskan. Dan kusimpan di dalm botol sebagai alat permainan.

Pada satu hari, aku telah menangkap seekor jin. Aku tidak tahu apa namanya, yang aku tahu ianya dari puaka tanah. Aku menangkapnya ketika cuba memasuki sebuah rumah yang tidak aku ketahui siapa penghuninya. Ianya jin jantan. Matanya agak senget. Mata kirinya berada di atas hampir dengan dahinya. Dan mata kirinya berada di bawah hampir dengan dagunya. Hidungnya kemek. Warna kulitnya coklat dan ada bintik biru di beberapa bahagian anggotanya. Tingginya lebih kurang satu kaki sahaja iaitu 12 inchi.

Ketika aku menangkapnya, dia sedang bergayunt pada besi tingkap rumah tersebut dan cuba mmemasuki rumah itu. AKu menangkapnya dan mengikatnya. Sementara itu Kakati menggigitnya dan membawanya sambil mengikutiku dari belakang. Semenjak akhir-akhir ini, hubunganku dengan kakati tidak berapa mesra seperti dahulu. Ini kerana aku telah banyak menyalahgunakan ilmu yang ada. Namun Kakati tidak mampu melakukan apa-apa kerana dia adalah pengikutku. Lagipun, aku tahu kelemahannya. Dan dia tidak dapat mengapa-apakan aku. Seperti kata orang tua-tua, kalau tahu asal-usulnya, dia akan takut pada kita.



Sesampainya aku di rumah, Kakati meletakkan jin tersebut di tengah-tengah ruang bilikku dan terus beredar. Aku lantas menambahkan lagi ikatan pada jin tersebut sehinggakan ianya menjadi seperti bola bagiku. Lalu aku menendang-nendangnya ke dinding. Aku melakukan aksi seperti pemain bolasepak. Jin itu menjerit-jerit meminta pertolongan.

"hahaha..padan muka kau.."kataku sambil ketawa terbahak-bahak.

Terasa seperti penjahat pula pada waktu itu.

"Tolongggg..lepaskan aku..tolong..aku berjanji takkan masuk kawasan sini lagi.." rayu jin itu.

"Ahhh...lantak kau..aku akan sepak-sepak sampai kau mati kepeningan..hahahaha.." jawabku sambil terus melakukan aksi pemain bola sepak. Sememangnya aku seperti penjahat waktu itu.

"Tuan..kalau tidak mahu dibunuh, lepaskanlah dia. Jangan dipermainkan begini. Dia juga makhluk Allah.." terdengar suara Kakati yang tiba-tiba muncul dari sudut bilik.

"Kau diam..!! blah..!! kau kawal je rumah aku..kalau ada apa-apa aku panggil kau..kalau aku tak panggil jangan datang..fahammm..!! herdikku kepada Kakati.

Setelah diherdik, Kakati terus melenyapkan diri. Aku masih lagi meneruskan permainanku.

"Kalau kau lepaskan aku, aku akan bagi kau no ekor..besok kau beli..kalau kena, kau lepaskan aku..kalau tak kena, kau buatlah sesuka hati kau.."kata jin itu sambil menangis.

Aku terdiam seketika. Kuambil jin tersebut. Dan aku letakkan di atas meja bacaanku.

"ok..apa no naik besok? tanyaku.

"kau ambik no ni..mesti kena.."jawab jin itu sambil menyerigai.

"pangg...!!!!" aku menampar jin itu. Dia tercampak ke dinding. Aku mengutipnya kembali dan meletakkannya di atas meja semula.

"aku suh ko bagita no..bukan suh ko sengih-sengih..bodohhh..!! herdikku.

"ampun..ampun..aku tak buat lagi..ko ambikla no tu.." kata jin itu dalam nada kesian.

Aku pun mengambil jin tersebut dan meletakkannya di bawah katil. Sambil itu aku memanggil Kakati dan mengarahkannya mengawal jin tersebut sementara aku tidur.

Pada keesokkan harinya, aku bersarapan di kedai mamak yang mna itulah tempat kebiasannya aku duduk minum. Ketika aku sedang minum, rakanku sampai dan menyapaku. Kebetulan pula kawanku itu adalah kaki nombor ekor. Aku memberinya nombor yang diberi oleh jin semalam. Dan aku menyuruhnya membeli nombor itu.

"ko taknak kirim ke?" tanya kawanku.

"aku tak main nombor la..ko beli la tuk ko.." jawabku.



Setelah memberi nombor pada kawanku, aku pun pulang ke rumahku. Aku pun mendapatkan jin yang kutangkap malam tadi. Pada pagi itu dia telah bertukar menjadi seperti tanah liat sebesar ibujari. Aku mengambil tanah liat tersebut dan kuletakkan di dalam sebuah botol. Aku membawanya ke lombong yang berdekatan dengan rumahku. Dan aku lemparkannya di dalam lombong tersebut.

"sori lah..aku takley cay ngan ko..kalau aku lepaskan ko, ko akan ganggu manusia lagi..jadi aku buang ko dalam lombong ni..aku kurung kau selama-lamanya..hahaha.."kataku sambil tertawa.

Keesokkan harinya, aku mendapat panggilan dari rakanku yang kuberikan nombor padanya. Dia mengkhabarkan, nombor yang kuberikan semalam naik ditempat pertama dan dia menang sejumlah wang yang banyak. Aku tidak tahu berapa jumlahnya. Apa yang kuingat, dia memberikanku RM5000 sebagai tanda terima kasih. Aku berasa teruja waktu itu.

Semenjak itu aku mula bergiat dengan "menurun" no ekor pula. Aku mula melakukan perkara-perkara yang dilaknati. Aku benar-benar telah jauh dari landasan agama. Ianya berlarutan sehingga 2 tahun.



Pada satu hari, aku dikejutkan dengan pemergian rakan karibku. Menurut pihak polis, dia telah dibunuh dan dilemparkan di dalam sungai. Aku berasa amat marah ketika itu. Sewaktu pengebumiannya selesai, aku mengambil tanah kubur dari kepalanya. Dan membawanya pulang. Aku mengambilnya untuk memanggil rohnya untuk bertanyakan siapa yang membunuhnya. (Astaghfirullah)

Pada malam menjelma, kuambil tanah kubur yang kukutip pada siang hari, dan kuletakkan di dalam sebuah botol kaca. Aku mengambil sedikit darahku, dan mencamprkannya dengan tanah kubur yang kuambil. Aku mengikat kepala botol tersebut dan kugantung pada siling bilikku. Sambil membaca sesuatu, aku menggoyangkan botol tersebut dan baring dikatilku sehingga aku tertidur.

Tiada apa-apa yang terjadi selama 3 hari. Tibalah pada hari ke-4. Aku bermimpi sesuatu yag amat pelik. Aku bukan bermimpikan kawanku yang mati, sebaliknya aku bermimpi dua orang arab sedang menggali kubur. Minta maaf. Tidak dapat aku ceritakan lebih lanjut tentang mimpi ini kerana ianya membabitkan akidah.

Setelah mengalami mimpi itu, aku tersentak dari tidurku. Badanku terasa amat panas sekali seperti sedang dipanggang. Aku pergi ke bilk air dan mandi, namun semakin terasa panas. Aku cuba mencari harimau-harimauku, namun seekor pun tidak aku temui. Aku panik seketika. Ketika itu jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku berembun sehingga pagi, namun masih panas.

Keadaan itu berlanjutan sehingga 2 minggu lamanya. Badanku semakin susut. Hatiku bergetar tatkala mengingati mimpiku. Aku menjadi lemah dan adakalanya aku pengsan meningati kembali mimpi tersebut. Setelah 2 minggu, keadaanku beransur pulih. Aku cuba mencari tafsir mimpiku. Aku mula menyemak koleksi buku-buku yang ada.



Akhirnya aku jumpa apa yang aku cari. Mimpiku bermaksud;
"anda telah terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang menyekutukan Allah dan terkeluar dari umat Rasulullah".

Subhanallah..aku menitiskan airmata. AKu tersentak seketika. Terkenang semula apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku mula solat. Dalam masa yang sama, aku mencari guru-guru agama untuk memdalami ilmu agamaku. Selama 2 bulan aku mencari, akhirnya aku dikenalkan oleh seorang rakanku dengan guru agama. Orang memangilnya dengan gelaran "Pak ngah".

Semasa datang kerumah Pak Ngah, aku agak kekok. Ketika itu tiada murid dirumahnya. Yang ada hanyalah Pak Ngah dan isterinya serta aku dan rakanku.

"kenapa nak belajar..? tanya Pak ngah sambil melemparkan senyuman.

"erkk.." aku tergamam. Aku tidak tahu dari mana aku mahu mulakan. Aku pun menceritakan apa yang telah aku lakukan. Dari mula hinggalah aku bermimpi.

"Hmm..baliklah dulu..buat masa ni, Pak ngah tak ambil murid baru lagi...cadangnya nak ambil dalam bulan mac ni..(kira-kira lagi 2bulan dari tarikh aku berjumpa dengan Pak Ngah)...nanti datang sekali lah hari tu ye..." terang Pak Ngah. Wajahnya agak kemerah-merahan. Mungkin marah setelah mendengar ceritaku. (setelah menuntut dengannya, baru aku tahu sememangnya wajah Pakngah memang kemerahan bila berbicara. Bukan kerana marah mendengar ceritaku)

Aku amat sedih ketika itu. AKu merasakan seolah-olah Pakngah tidak mahu menerimaku. Aku pulang dengan hampa.



Selang beberapa minggu, ketika aku mahu melakukan solat maghrib, sesuatu telah terjadi. Ketika aku mahu mengangkat takbir, aku rasakan seperti solatku salah dan tidak tepat. AKu cuba dan mencuba lagi. Namun aku merasakan ianya masih salah. Setiap kali aku mengangkat takbir, aku merasakan ianya salah dan tidak diterima Allah.

Aku duduk menangis disejadahku. Aku tidak mengerjakan solat maghrib pada waktu itu. Aku menangis sehinggalah masuk waktu isya'. Ketika azan isya' bergema, aku tersentak.

"Ya Allah..aku tertinggal solat maghrib.." bisikku sedih. Aku menangis lagi.

"Ya Allah..apa yang harus aku lakukan..? Bagaimana caranya aku mahu solat? Apa yang salah di dalam solatku..? Ya Allah..tunjukkanlah pada aku..bagaimanakah caranya aku mahu khusyuk..? rintihku di dalam hati.

Di dalam esakkan, aku bangun juga untuk mengerjakan solat isya'. Setelah melafazkan niat, aku mengangkat takbir.

"Allahhhhhhuakbar..."

AKu terhenti seketika. Aku tidak dapat teruskan. Dadaku sebak. Hatiku sayu. AKu menangis lagi.

"Ya Allah..berikanlah aku petunjuk.." pintaku lalu duduk.




Aku menangis lagi. Di dalam tangisanku, sesuatu telah terjadi. Aku tergamam. Pelbagai persoalan timbul. Aku tidak dapat memahami apa yang terjadi. Aku buntu dan berserabut. AKu seperti orang yang hilang arah dan tuju. Untuk beberapa minggu aku seperti tiada di dunia ini. AKu melihat sekelilingku, kawanku, manusia-manusia, binatang-binatang, tumbuhan, langit dan apa yang ada dibumi. Semuanya kurasakan kosong. Aku memijak bumi, tetapi aku tiada dibumi. Aku memandang tetapi tiada apa yang kupandang. Aku berbicara tetapi tiada apa yang kubicarakan. Aku berada di alam yang aku sendiri tidak tahu.

Rupanya, keadaanku diperhatikan oleh rakanku yang membawaku berjumpa dengan Pakngah. Satu hari, dia menegurku dan bertanyakan masalahku. AKu tidak dapat menceritakan padanya apa yang terjadi. Lidahku kelu.

"Lin..(sekarang dia adalah sahabat seperguruanku). Boleh bawak say jumpa Pakngah?" pintaku pada ALin.

"Petang ni kita jumpa.." ujar ALin.

Seperti yang dijanjikan, aku berjumpa Pakngah petang itu. Entah kenapa, aku dapat bercerita dengan Pakngah tentang kejadian malam itu.

Setelah habis bercerita, Pakngah lantas memelukku sambil menangis.

"Allah maha penyayang...dah sampai masanya..." kata Pakngah sambil menangis.

Pada malam itu juga aku di bai'ah kan dan menjadi murid Pakngah. AKu mula mendalami ilmu agamaku dengannya. Untuk menambahkan lagi ilmu agamaku, aku berguru pula dengan seorang guru agama di Klang. Ini bermakna aku menuntut dengan dua guru dalam masa yang sama.

Setelah agak lama, barulah aku sedar. Selama ini, apa yang aku tuntut, adalah ilmu yang keduniaan semata-mata. Dan salh di sisi agama. Maka, dengan itu, aku pun memanggil kesemua harimau-harimauku, jin-jin islam yang menjagaku selama beberapa tahun dan juga binatang-binatang peliharaanku iaitu jin yang berupa binatang seperti ular, burung dan sebagainya. Tujuan aku memanggil mereka semua adalh untuk mengucapkan selamat tinggal. (aku mahu membuang semua ilmuku yang lalu).

Maka, pada satu malam jumaat, setelah aku selesai menunaikan solat isya' aku pun duduk bersila ditengah-tengah bilikku.

bersambung....
Read More…

Isnin, 6 Disember 2010

Pesanan Buat Sahabat

Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha penyayang, Allah sayang seklian hambaNya..

Sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati..
Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Mungkin masih ada yang masih mengikutinya. Dam mungkin ramai yang telah meninggalkannya. Atau mungkin juga tiada siapa yang mahu membacanya lagi. Kerana terlalu lama ianya tidak dikemaskinikan. Namun, saya tetap mahu mencoretkan sesuatu di sini. Selagi mana yang termampu.

Sahabat-sahabat yang dirahmati..
Berhati-hatilah akan kesesatan tersembunyi dan kekeliruan halus yang dilakukan oleh orang-orang yang engkar untuk menyesatkan kalian. Perhatikanlah setiap apa yang terjadi disekeliling kalian. Dengarlah bunyi-bunyian disekeliling kalian. Bawakan semua dengan ilmu dan jadikanlah Al-quran dan hadis sebagai panduanmu. Nescaya kamu akan selamat.


Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah..
Di sini inginku berpesan. Bukan hanya untuk diri kalian. Akan tetapi buat diriku sendiri.Maka ingatlah..dengan mengucap dua kalimah syahadah, tidak menjamin kita ke syurga dan tidak menjamin kita adalah umat nabi muhammad yang tercinta. Kerana, keimanan bukan terletak pada bacaan dua kalimah itu, akan tetapi pada huraian-huraian yang tersurat dan tersirat di dalamnya.

Dengan melafazkan dua kalimah ini, secara tidak langsung kita telahpun menjadi saksi dan mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi muhammad itu adalah pesuruh Allah yang sah. Dengan itu, secara tidak langsung, kita wajib mentaati segala sruhanNya dan mengikuti segala yang disampaikan oleh junjungan kita Rasulullah S.W.T. Ramai yang mengetahui apa yang aku sampaikan ini, namun tidak ramai yang mengikuti dan benar-benar memahami apa yang kita selalu dengarkan ini.

Dengan mentaati Allah dan Rasul, banyak perkara-perkara yang perlu dijaga. Agar kita tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan yang halus dan tersembunyi. Perkara-perkara yang kumaksudkan ini sering terjadi di dalam kehidupan seharian kita. Maka, fikirkanlah apa yang bakal aku sampaikan. Renungkanlah apa yang bakal kalian tatapi. Ingatlah dan sematlah di dalam diri. dan sampaikanlah pada mereka-mereka yang tidak melewati pesananku ini.



Sahabat-sahabatku yang diberkati Allah..
Walaupun diriku bukan datang dari orang-orang yang berpelajaran, ianya tidak menjadikan aku tiada hak untuk memberi pesanan. Ingatlah..pesananku bukanlah buat kalian semata-mata, akan tetapi buat diriku yang juga telah banyak mengingkariNya..

1. Janganlah kita bersentuhan dengan orang yang bukan muhrim, walaupun orang tersebut adalah bakal isteri kita mahupun bakal suami. Kerana dengan menjadikan mereka bakal isterimu/suamimu, tidak menjadikan hal demikian sebagai lesen untuk kita terlepas dari hukum yang telah diharamkan. oleh itu, janganlah kamu melemahkan dirimu sendiri kerana gelora cinta sesama manusia. Seperti yang terjadi dizaman yang kita hadapi sekarang ini. Berpakaian seperti islam, tetapi masih lagi berpelukkan dan bermesra tidak kira tempat dan keadaan. Sedangkan, dengan berbuat demekian, kamu telah mengingkari perjanjian dan syahadah yang kamu lafazkan. Maka, apakah yang terjadi sekiranya satu perjanjian dilanggar..? Adakah perjanjian itu masih diteruskan atau telah terbatal?

2. Janganlah kalian menjadikan ilmu kalian untuk membuktikan kebenaran Al-Quran, tetapi jadikanlah Al-Quran untuk membuktikan ilmu kalian. Kerana, ilmu berdasarkan Al-Quran akan menemui penamatnya. Manakala ilmu yang di ada-adakan akan menemui jalan buntu. Seperti yang terjadi pada diri kita sekarang. Dari kecil kita didedahkan dengan ilmu sejarah purba. Di mana manusia berasal dari kebodohan hingga menemui kepandaian. Manusia purba duduk di dalam gua dan tiada ilmu pengetahuan. Maka tercetuslah teori mengatakan sjarah manusia bermula dengan satu peringkat ke satu peringkat. Dari zaman batu membawa kita ke zaman gangsa, dan darinya membawa kita ke zaman logam dan darinya membawa kita ke zaman yang ada sekarang. Itulah yang terjadi, kiranya kita menjadikan manusia yang tidak berlandaskan Al-quran sebagai pedoman. Sedangkan, Allah telah menurunkan Nabi Adam, dengan ilmu yang cukup seperti yang tertulis di dalam Al-quran. Nabi Adam telah diajarkan akan pembangunan sehinggakan mampu membina ka'bah dan juga masjidil Al-aqsa. Maka dengan itu, sudah tentu baginda telah diajarkan membina bangunan untuk dijadikan kediaman. Maka, dimanakah yang dikatakan manusia purba tinggal di dalam gua??

3. Janganlah kalian mengkaji Al-quran tanpa ada bimbingan dari orang yang sahih dan yang benar. Kerana kalian akan menjadi sesat dan gila kerana mengkajinya berseorangan. Maka, timbullah pelbagai andaian dan kesimpulan yang salah. Jadilah pengakuan yang tidak sepatutnya seperti mengaku diri sebagai utusan atau tuhan. Maka, berhati-hatilah.

4. Janganlah kalian beranggapan bahawa memegang lelaki dan wanita di dalam lakonan adalah dibenarkan. Asalkan hati berada denganNya. Kerana, tiada termaktub di dalam Al-Quran dan hadis yang membenarkan kalian berbuat demikian. Walaupun lakonan itu untuk kesedaran.
Maka perhatikanlah apa yang sedang terjadi disekeliling kalian. KIranya kalian tidak mampu menegur gologan-gologan ini, jangan pula kalian menjadikan mereka sebagai ikutan. Jangan pula mereka diberikan sokongan. Kerana kalian bersubahat dengan melakukan sedemikian. Adakah kalian sedar akan hal yang kusebutkan..??

5. Janganlah kalian beranggapan dengan percaya akan Allah dan Rasulullah telah mencukupi bagi kalian, sehinggakan kalian meninggalkan apa yang telah diperintahkan. Dengan alasan kalian masih memiliki kepercayaan. Kerana percaya bermakna patuh. Patuh yang dimaksudkan membawa pengertian yang amat besar dan meluas sekali. Dan janganlah jadikannya sebagai alasan bahawasanya ia telah memadai dan mencukupi. Kerana, tatkala kalian mengakui mempercayai Allah, kalian wajib melaksanakan hak-hakNya. Kerana ianya akan ditanya pada kalian kelak. Tatkala kalian mengakui mempercayai Rasulullah, kalian wajib melaksanakan syariatnya. Kerana itu adalah haknya. Dan kalian akan ditanya tentangnya kelak. Maka renung-renungkanlah.

6. Janganlah kalian meletakkan Allah itu dengan bertempat. Dan janganlah pula meletakkan Allah itu "berada di mana". Kerana ianya juga seoalah-olah kalian meletakkanNya pada tempat. Kerana Allah itu tiada bertempat dan tidak dapat kalian bayangkan dan jelaskan Dia di mana-mana. Maka, janganlah kalian beri'tikad bahawasanya Dia berada di dalam darahmu, badanmu, sebelahmu, dan hatimu. Kerana dengan berbuat sedemekian, kalian telah menetapkan tempat bagiNya. Maka, janganlah kalian memikirkan hal ini. Jangan pula kalian cuba mencari bukti. Kerana ianya adalah perkara yang kalian tidak perlu ikuti urusannya. Maka berhati-hatilah dengan pegangan kalian.

7. Janganlah kalian melihat atau menonton apa yang tidak sepatutnya kalian tontoni. Kerana ianya akan menggelapkan hati kalian sedikit demi sedikit. Sepertimana kalian menonton tayangan dipawagam. Adengan-adengan manusia bercumbu, melakukan aksi-aksi yang menghairahkan. Walaupun ianya sekadar lakonan, tidak tertulis di dalam Al-quran dan hadis, kalian dibenarkan untuk melihatnya. Malah, kalian ditegah dan dilarang melihatnya dengan sengaja. Kerana ia akan membuatkan hati kalian menjadi buta. Tidakkah kalian sedar kalian sedang disesatkan secara tersembunyi..??

8. Jagalah pemakaianmu. Janganlah kamu memakai sehinggakan orang lain mampu membayangi bentuk tubuhmu. Janganlah kamu memakai baju yang ketat atau menampakkan bentuk tubuhmu. Yang mana menyebabkan orang yang melihatnya naik nafsu. Pandanglah dari sudut pandangan orang lain. Adakah cara pemakaian kalian boleh menyebabkan zina hati atau sebaliknya. Kerana kalian akan dijadikan puncanya. Maka, berhati-hatilah dengan penampilan. Seperti yang terjadi sekarang ini. Rambut ditutupi, akan tetapi baju yang dipakai, menampakkan bentuk yang boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya. Begitu juga ketika bersukan seperti bermain bola, jagalah auratmu..sukan bukan alasan kamu dibenarkan untuk mendedahkannya. Kerana tiada dalil yang membolehkannya. Sedarkah kalian sedang digelapkan??

9. Janganlah kalian menyambut hari lahir kalian dengan majlis-majlis. Yang mana ianya tidak ada di dalam ajaran islam. Sambutlah hari tersebut dengan mempertambahkan lagi amalan-amalan dan rasa syukur kerana masih diberikan kehidupan yang baik. Janganlah disambut dengan nyanyian-nyanyian yang biasa dilakukan oleh segelintir dari kita. Walaupun kelihatan terlalu remeh apa yang aku perkatakan, namun..sedarkah kalian betapa besarnya dosa dari dosa kecil yang diremehkan.

10. Janganlah kalian benci membenci sesama manusia. Sedangkan Allah sayangkan sekelian hambaNya. Jadi.. apakah layak kalian membenci apa yang disayangi olehNya? Janganlah membenci atau mencaci atau menghina orang yang telah mendapat hukuman dariNya. Sebaliknya jadikanlah kisah orang itu sebagai pengajaran dan pedoman buat diri. Bekasih sayanglah di antara satu sama lain.

Sahabat-sahabatku yang diredhai Allah..
Terlalu banyak yang ingin aku sampaikan. Namun tidak dapat aku coretkan kerana terlalu banyak dan ianya sedang terjadi pada diri kita. Pandanglah sekelilingmu..renungkanlah dan fikirkanlah. Kerana..kamu ibarat berada di dalam satu kepungan. Dan kepungan-kepungan itu adalah kesesatan yang menjahanmkanmu. Maka, dekatkanlah dirimu dengan orang-orang yang berilmu. Yang menjadikan Al-quran dan hadis sebagai pegangan hidupnya. Selagi kamu berpegang dengan Al-quran dan hadis, kamu akan selamat dari kepungan-kepungan itu. Akan tetapi, kamu hanya selamat darinya. Bukan menghilangkannya dari hidupmu. Selagi kamu bernyawa, kepungan-kepungan itu senentiasa memerhatikanmu..sentiasa mendekatimu..sentiasa mendengarkanmu...maka berhati-hatilah.

Ingatlah..kembalilah pada hukum yang sedia ada..yang telah diwjibkan dan diharamkan ke atas dirimu. Gengamlah ia dengan nyawamu. Nescaya kamu akan beroleh keselamatan.

Memang ternyata berat apa yang aku sampaikan. Seolah-olah islam itu menyiksakan. Namun ingatlah sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah...itulah ujian di akhir zaman..

Wallahu A'lam.
Read More…

42 Hadith Tentang Akhir Zaman

42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya’allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa

1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid’ah hasanah).

2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Ertinya:

Daripada Ummul Mu’minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata,” (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.
H.R. Bukhari Muslimi

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Ertinya:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘.

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.
H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan ‘ttakut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Ertinya:

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
H.R. Muslim

Keterangan

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

5. GOLONGAN ANTI HADITH
Ertinya:

Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.”
H.R. Abu Daud

Keterangan

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya:

Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.
H.R. Bukhari

Keterangan

Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi’ar-syi’ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi’ar-syi’ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat

7. ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.
H.R. Muslim

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

8. BAHAYA KEMEWAHAN
Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”.
H.R. Termizi

Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”.
H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka

10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Ertinya:

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”

“Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”.
H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

.
11. ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
Ertinya:

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”.
H.R. Thabrani

Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

12. DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya”.
H.R. Baihaqi

Keterangan

Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema’siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.

13. DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.
H.R. Muslim

Keterangan

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

.
14. ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”.
H.R. Muslim

Keterangan

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

15. HARTA RIBA’ WUJUD DI MERATA TEMPAT
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.
H.R. Ibnu Majah

Keterangan
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

16. ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR
Ertinya:

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi”.
H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’.
Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.

Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.

Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

17. SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN
Ertinya:

Daripada Anas r.a. berkata, “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan.”
H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.

Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.

18. HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT
Ertinya:

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”.
H.R. Muslim

Keterangan

Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

19. UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
Ertinya:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
H.R. Muslim

Keterangan

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun “carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

20. PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Ertinya:

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
H.R. Hakim

Keterangan

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Ertinya:

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq”.
H.R. Ibnu Ady

Keterangan

Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API
Ertinya:
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi

Keterangan

Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan

23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.
H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.
Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’”. Sahabat bertanya, “Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah”? Nabi saw. menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan”.
H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatberlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri.
Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.

25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT
Ertinya:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
H.R.Termizi

Keterangan

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI
Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.
H.R.Baihaqi

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”.
H.R.Muslim

Keterangan

Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.

28. UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.
H.R.Muslim

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, “kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu”.
Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA
Ertinya:

Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:” Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku”.
H.R.Muslim

Keterangan

Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.

Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.

30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; ‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, “mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”.
H.R.Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat.

31. KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH
Ertinya:

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; “Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam”.
H.R.Ibnu Majah

Keterangan

Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari’at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.

32. ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
Ertinya:

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” .
H.R Ahmad

Keterangan

Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.

33. ISLAM NAMA SAHAJA
Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.
H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

34. AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT
Ertinya:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).
H.R Ibnu Majah

35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
H.R Termizi

Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA
Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa:
1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
37. BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., “Bilakah akan terjadi hari qiamat?”. Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya”. Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu”. Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?” Lalu Arab Badwi itu menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah”. Maka Nabi saw. bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”? Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat”.
H.R Bukhari

Keterangan

Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.

38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Ertinya:

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.
H.R Abu Daud

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

39. MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

40. GOLONGAN YANG SELAMAT
Ertinya:

Daripada ‘Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat”? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah”. (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
H.R Ibnu Majah

Keterangan

Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “Ahlus Sunnah wal Jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.

41. LAHIRNYA IMAM MAHADI
Ertinya:

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku”.
H.R Termizi

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa ‘alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu.

Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dbawah kekuasaan Islam.

42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
Ertinya:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Read More…
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator