AUTHOR

Photobucket

Rabu, 8 April 2009

Penunggu Rumah Bhg:1- Rumah Berhantu


Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha peyayang..

Allah sayang sekelian hambaNya..

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
(Surah Ya-seen: ayat 82-83)

Baru-baru ini aku mengikuti guruku untuk menangkap seekor penunggu liar yang telah lama mendiami rumah kawanku. Alin namanya. Dia juga adalah salah seorang sahabat seperguruanku dan dikenali dengan seorang yang lemah lembut dan warak orangnya berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain termasuk aku. Hampir 2 tahun Alin duduk dirumah barunya. Dan selama itulah dia sekeluarga diganggu oleh pelbagai-bagai kejadian yang aneh.

Sebenarnya telah beberapa kali Alin berikhtiar untuk membersihkan rumahnya dari gangguan-gangguan aneh itu. Namun, penunggu yang mendiami rumahnya tetap berdegil dan masih lagi menganggu dia dan keluarganya.

Pada satu hari,kami telah berjumpa dengan guru kami dan menyatakan masalah yang dialami oleh Alin.

"Bang..nak mintak tolong ikhtiarkan keadaan rumah saya..ada macam-macam gangguan la bang.." bicara alin dengan agak perlahan. Sememangnya wataknya memang begitu.

"Kalau boleh halau terus..lecehla bang..saya tak kisah..tapi saya risau anak bini saya je.." sambung Alin lagi kepada guru. Kami lebih mesra memanggil guru dengan gelaran abang sahaja. Walaupun umurnya telah menjangkau 40 tahun, namun dia sentiasa kelihatan muda seperti pertegahan 20an.

"Hmm..kau ambik wafak ni..kau bakar kat tengah rumah kau dan jangan sapu..biar satu hari baru sapu.." kata guruku sambil menulis sesuatu yang sukar difahami. Tetapi aku tahu ianya adalah wafak. Iaitu sejenis ilmu yang menggunakan huruf-huruf tertentu dari Al-Quran. Setiap huruf mempunyai maksud yang tersendiri. Ah..maha bijaksananya Allah. Beruntung bagi mereka-mereka yang mahu memikirkannya.

Alin mengambil salinan tersebut lalu membelek-beleknya. Berkerut-kerut wajahnya membaca wafak yang tidak difahaminya.

"Bang..boleh ajar saya cara nak buat wafak ni..?" tanyaku kepada guru.

Guru lantas masuk kebiliknya. Tidak lama kemudian, dia keluar bersama senaskah buku catatan lama.

"Nah..salin dulu..nanti baru tanya.." kata guruku sambil menghulur catatannya kepadaku.

Tidak banyak yang aku pelajari pada malam itu. Selang beberapa hari aku berjumpa dengan Alin disebuah kedai minum yang berdekatan dengan rumah kami.

"Li..aku nak mintak tolong sikit boleh..?" tanya Alin.

"Apa tu..?" tanyaku kembali.

"Boleh tak kau tolong tengokkan rumah aku sekarang..ada lagi tak benda yang menganggu tu..?" pint6a Alin.

Aku menjauhkan pandanganku sambil berzikir di dalam hati. Selang beberapa saat, pandanganku telah sampi kerumahnya. Aku meneliti setiap sudut rumahnya. Tiba-tiba aku terlihat lembaga yang kecil dan menyerupai seorang budak lelaki. Wajahnya sangat suram dan sedih. Namun tidaklah hodoh seperti hantu-hantu yang kulihat sebelum ini. Wajahnya masih sempurna seperti manusia biasa. Dia memakai baju yang diperbuat dari guni tanpa lengan. Baju itu labuh hingga ke paras lututnya.

"Keluarlah dari sini.."kataku lembut kepada makhluk itu.

"Sini rumahku..dan aku menunggu ibuku di sini sekian lama..aku takkan beredar.." katanya sambil merenung tajam kepadaku.

Dalam sekelip mata sahaja dia hilang dari pandanganku.

Tiba-tiba aku terdengar satu jeritan yang amat menyeramkan. Suara itu datang dari luar rumah Alin. Aku memandang ke arah luar rumah. Satu lembaga perempuan yang sangat hodoh sedang menjerit-jerit sambil memanggil sesuatu dari dalam rumah. Rambutnya pendek paras bahu dan kembang mengerbang. Hidungnya hanya tinggal tulang sahaja. Tetapi pipinya masih kelihatan daging dan tembam. Dia memakai baju yang koyak rabak. Susuk tubuhnya kurus. Tangan kirinya masih sempurna. Manakala tangan kanannya hanya tinggal tulang sahaja. Kedua kakinya amat kecil dan tinggal tulang sahaja. Baunya seperti bau kapor barus.

Dia merenung tajam kearahku.

"Oii..budak..lepaskan anak aku..!!!" herdiknya padaku.

Aku tidak melayani perbualannya. Aku hanya memerhati dan kembali semula dikedai makan.

"Hmm..ada lagi la Lin..dalam bilik utama ada budak kecik..luar rumah ada perempuan.." kataku pada Alin.

"Ye ke..patutla aku mimpi satu malam tu..ada perempuan menjerit-jerit panggil anak dia dalam rumah aku..tapi dia tak boleh masuk rumah..dia panggil dari luar je.." ujar alin bersungguh-sungguh.

"Saya rasa hantu budak tu tak boleh keluar la dari rumah awak...mungkin ada sesuatu yang menyebabkan dia tak boleh keluar walaupun awak dah bakar wafak yang guru bagi.." sambungku.

"Tulah..ni yang aku risau ni..dia kacau anak aku yang sulung dengan yang kecik." keluh Alin.

Alin bercerita panjang lebar padaku petang itu. Dia kelihatan buntu sekali. Pernah sekali, anaknya yang sulung sedang mandi. Satu lembaga kecil muncul di dalam tandas tempat anaknya mandi. Apalagi..menjeritlah anaknya. Anaknya berlari keluar dengan wajah yang pucat sambil memeluk ibunya.

Bukan itu sahaja. Satu malam, ketika Alin baru hendak lelapkan mata, dia terdengar suara anaknya yang bongsu menangis. Ketika itu, anaknya baru berusia satu tahun. Mungkin kerana keletihan, isterinya tidak menyedari tangisan anaknya yang bongsu. Alin cuba menjenguk anaknya yang tidur bersebelahan isterinya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat satu lembaga budak kecil sedang menyakat anaknya.

Namun begitu, Alin tidak panik. Dia berzikir dan melancarkan cahaya zikir tersebut pada lembaga budak tersebut. Lalu anaknya yang menangis tadi senya seketika. Setelah merasakan keadaan agak reda, Alin cuba melelapkan mata kembali.

Tiba-tiba, satu tamparan hinggap dimukanya dan dia merasa seperti melayang-layang.

"Ah sudah..aku balik yang kena ni.." bentak hatinya.

Alin berjaga sepanjang malam itu. Dia berzikir sehinggalah waktu subuh. Dia risau makhluk itu akan menganggu anaknya lagi.

Pada malam berikutnya, Alin bermimpi. Di dalam mimpinya, dia melihat seorang perempuan yang mengerikan sedang menjerit-jerit dari luar rumahnya sambil memanggil anaknya yang berada di dalam rumah Alin. Dia tersentak dengan mimpi tersebut lalu terjaga. Bulu romanya meremang dan dia merasakan sesuatu yang aneh disekeliling rumanya. Oleh kerana bimbang akan keselamatan keluarganya, dia berjaga juga pada malam itu.

Selang beberapa minggu, Alin masih mengalami masalah yang sama. Satu petang, aku berjumpa dengannya dikedai minum.

"Li..malam ni kau tolong tengokan lagi rumah aku..semalam dia masuk bilik anak aku..dia muncul kat tingkap bilik anak aku..terjerit anak aku.." pinta Alin.

" Dah macam-macam cara aku cuba..tapi sama gak..cuba kau buat lak..boleh Li..?" pinta Alin lagi.

"Insya Allah..kalau takde apa-apa, malam ni saya tengokkan..tapi kalau terdengar apa-apa, abaikan ye.." kataku pada Alin.

Agak terusik juga hatiku bila melihat rakan seperguruanku dalam keadaan resah gelisah. Secara tak langsung aku menjadi marah pada makhluk yang menganggunya. Aku menjauhkan pandanganku sehingga aku dapat melihat rumahnya.

"Hmm...ada lagi la Lin..takpe..malam ni saya cuba uruskan.." ujarku..

Alin mengangguk tanda setuju. Terpapar kelegaan pada wajahnya. Agak lama dia diganggu oleh makhluk tersebut.

Malamnya, setelah solat isya', aku duduk berzikir. Setelah kurasakan cahaya zikir memenuhi setiap anggota tubuhku, aku menjauhkan pandanganku. Selang beberapa saat, aku telah sampai di dalam rumah Alin. Kebetulan Alin dan keluarganya masih belum tidur waktu itu.

"Lin..saya ni..tengokkan keluarga awak, saya nak buat kerja sikit.." bisikku pada Alin. Hanya aku dan dia sahaja yang dengar perbualan kami.

Alin mengangguk paham. Dia lantas membawa isteri dan anaknya keluar minum. Tinggalllah aku seorang diri dalam rumahnya. Sekaligus memudahkan aku untuk melaksanakan tugasku.

Aku berdiri ditengah-tengah rumahnya sambil memperhebatkan lagi zikirku. Aku serapkan cahaya zikir tersebut memenuhi setiap pelusuk rumahnya.

"Ahhhhh...!!!!!" Terdengar jeritan kanak-kanak dari dalam bilik anaknya.

Aku lantas masuk ke dalam bilik anaknya.

"Telah ku amarankan kepada kau, nyah dari sini..tetapi kau ingkar..sekarang aku takkan berlembut lagi.." kataku dengan serius sambil menguatkan lagi zikirku.

Aku mengunci penunggu tersebut lalu aku bakarnya dengan cahaya zikir. Tidak sampai beberapa saat, penunggu tersebut menjadi asap lalu hilang. Aku memeriksa segenap rumah. Setelah kudapati aman, aku keluar dari rumah tersebut.

Tiba-tiba, satu objek tajam meluru dari arah kananku. Aku menepisnya lalu terpelanting. Serangan tersebut menyebabkan aku tersentak dan pandanganku menjadi kabur. Aku bergegas kebilikku semula dan berzikir tanpa henti. Sesampainya aku dirumah, aku dapati lembaga perempuan telah menungguku dibilikku. Disebelahnya terdapat satu lembaga yang besar. Matanya bulat dan sebesar kepalaku. Telinganya mencecah lantai. Lidahnya panjang terjelir. makhluk tersebut menyerigai memandangku.

"Jangan ganggu urusan kami..kalau tidak kuhabisi keluargamu.." herdik makhluk tersebut.

Aku tidak melayani kata-katanya. Aku melontarkan cahaya zikir tepat mengenai kedua-dua makhluk tersebut. Dalam beberapa saat makhluk tersebut bertukar menjadi asap dan hilan dari pandanganku. Gerak hatiku melarang aku mengejarnya. Aku membiarkan makhluk itu berlalu dan aku terus melakukan solat 2 rakaat.

"hmm..geruh ni..." bisik hatiku selesai solat.

Agak lama juga Alin tidak diganggu lagi oleh makhluk tersebut. Selang beberapa minggu, aku berjumpa dengannya semula.

"Li..benda tu datang balik la..dia kacau bini aku..bini aku tu dahla lemah semangat.." cerita Alin.

"Hmm..kalau macam tu, kita kena tanya guru ni..saya pun tak paham dengan makhluk ni..lain sikit..dia nak keluar dari rumah awak..tapi macam terikat.." terangku padanya.

"apsal ekk...? tanya alin kepadaku.

Aku menjauhkan pandanganku. Memang benar seperti yang dikatakan Alin. Penunggu tu masih ada di dalam rumahnya. Aku tidak mengambil tindakkan apa-apa. Kubiarkan sahaja penunggu tersebut.

"Biarlah guru yang uruskan malam ni.." kataku. Alin mengangguk tanda setuju.

Malam itu guruku datang menziarahi kami ditempatku. Sebenarnya tujuan guruku datang untuk menziarahi seorang sahabatnya yang menderita sakit saraf pada kaki. Kawannya itu telah berbulan tidak dapat berjalan kerana sakit yang dideritainya.

Aku menghubungi sahabat seperguruanku yang lain untuk memberitahu akan kedatangan guruku.

"Li..malam ni kalau guru sampai awak call saya ye..saya nak pegi mancing udang dulu.." pinta Malis, salah seorang sahabatku.

Malis adalah antara sahabatku yang "hati kering". Tidak ada apa yang dapat menakutkannya. Dia terkenal dengan seorang yang panas baran. Tetapi hatinya baik.

Pernah satu ketika, dia mengajakku bermalam dirumahnya. Pada waktu itu dia masih bujang dan tinggal seorang diri. Setiap malam dia diganggu dengan bunyi dan kejadian yang aneh dirumahnya. Dan kejadian tersebut tersebut terjadi agak lama dari dia membeli rumah itu lagi. Namun, dia tidak pernah takut atau lari. Sebaliknya dia memarahi makhluk yang menganggu rumahnya.

"Li..malam ni tido rumah saya..saya nak awak tengok sikit..hantu minagkabau..selalu kacau saya tido.." cerita Malis.

"Dia kacau macam mana bang..?" tanyaku kembali. Sememangnya aku selesa memanggil sahabat-sahabatku dengan panggilan abang.

"Ada satu malam tu dia basuh kain..dengarla bunyi orang basuh kain kat dalam bilik air.." Malis memulakan cerita.

Satu malam, dia baru balik dari berjumpa dengan kawan-kawan. Setelah selesai mandi dan membersihkan diri, dia terus keruang tamu untuk tidur. Memang kebiasaan dia akan tidur diruang tamu. Malam itu, dia terdengar bunyi orang membasuh kain di dalam bilik airnya. Dia bangun dan mengintai bilik airnya. Kelihatan susuk tubuh wanita tua sedang membasuh kain. Perempuan itu memakai kain dan dibalutnya seperti tradisi orang minangkabau. Disergahnya lembaga tersebut. Lembaga tersebut terus hilan. Tetapi paip air masih terbuka besar.

Setelah menutup semuala paip air, Malis cuba tidur semula diruang tamu. Tetapi kali ini dia terdengar suara kanak-kanak bermain-main di dalam bilik utamanya. Dengan perasaan berang, malis bangun dan bergegas ke bilik utama. Pintu tidak bertutup waktu itu. Dari luar dia nampak bola yang disimpan sedang bergolek-golek seperti ada orang sedang menendangnya.

"Hei...!! Aku nak tidur la..kau nak main, main jauh-jauh..sial..!!!" herdik malis dalam bilik itu. marah betul dia waktu itu. mana taknya, tidurnya diganggu. Begitulah malam-malam berikutnya sehinggalah dia mengajak aku sendiri melihatnya.

Malam itu aku datang ke rumah Malis. Agak suram keadaan rumahnya. Aku merasakan sesuatu yang agak ganjil. tetapi tidak kuceritakan pada Malis. Kami berbual panjang malam itu sehinggalah pukul 2 pagi. Setelah agak penat, kami sama-sama tertidur diruang tamu.

Tiba-tiba aku terjaga. Seolah-olah ada seseorang yang mencuit ibu jariku. Aku memandang ke arah kakiku. Satu lembaga kanak-kanak berkepala botak dan memakai napkin berlari ke arah bilik utama sambil ketawa. Kubiarkan sahaja hantu itu mengangguku. Selang beberapa minit, satu kelibat wanita keluar dari bilik air.

"Ahh...!! betul la kata Malis..hantu minangkabau.." bisik hatiku.

Lembaga wanita tersebut memandang kearahku sambil menyerigai. Lalu lembaga tersebut masuk ke dalam bilik utama mendapatkan anaknya. Aku hanya melihat keadaan itu tanpa buat apa-apa. Aku terus menyambung tidurku.

"Li...!! Li...!! hei..bangun..!!!" terdegar suara Malis mengejutku sambil menggerakkan badanku.

Aku membuka mata dan memandangnya. Wajahnya serius dan terpancar kemarahan dari raut wajahnya yang bengis.

"Nape Malis..?" tanyaku.

"Kenapa awak cekik saya masa saya tidur..?" tanya Malis dalam nada serius.

"Eh..bila lak saya cekik awak bang..saya tidur dari tadi ni.." terangku padanya.

"Saya nampak jelas awak yang cekik..saya bukak mata, saya nampak awak tindih saya pastu cekik saya.." cerita Malis dalam keadaan serius dan terpapar kemarahan dari raut wajahnya.

"Takdelah..saya tidur dari tadi..lagipun buat apa saya nak cekik awak..ntah-ntah hantu tu yang buat..saya nampak anak dia tadi..dia cuit kaki saya..pastu saya nampak mak dia keluar dari tandas bawak kain basuhan.." ceritaku pada Malis.

"Awak terserempak gak ye tadi..?" tanya Malis. Kelihatan wajahnya mulai tenang.

"Ada..saya nampak tadi..tapi saya tak buat apa-apa..saya tengok je.." ceritaku dengan lebih lanjut.

"Tulah yang selalu kacau saya malam-malam.." kata Malis.

"Hmm..susah gak ni.." bentak hatiku.

Kisah itu berlalu begitu sahaja. Malis pun tidak pernah meminta agar benda itu dihalau dari rumahnya sehinggalah dia berumahtangga. Kejadian yang sama terkena pada isterinya.

Satu malam, isterinya bermimpi didatangi oleh seorang wanita yang memakai tradisi Minangkabau. Wanita itu datang bersama anaknya sambil marah-marah pada isteri Malis.

"Rumah ni rumah aku..!! keluar korang dari sini..!! wanita itu menengking isteri Malis. Isteri malis terkejut lalu tersedar. Namun begitu, isterinay juga bukanlah seorang yang lemah semangat. Dia lantas bangun dan menuju kedapur. Belum sampai ke dapur, dia melihat kelibat wanita tadi dan anaknya menuju kebilik tengah rumahnya. Dia memandang sahaja wanita itu dan masuk semual ke bilik. Tak jadi dia ke dapur.

Keesokkan harinya dia menceritakan apa yang dialaminya semalam kepada Malis.

"Bayangan awak je tu.." kata Malis setelah mendengar cerita isterinya.

"Mana ada bayangan bang..saya nampak dengan biji mata saya sendiri.." cerita isterinya beriya-iya sekali.

"Takdelah..abang dah duduk lama kat sini..sebelum kawin lagi..takde apa pun..bayangan awak je tu.." kata Malis lagi.

Isterinya terdiam. Tetapi dari raut wajahnya tetap tergambat ketidakpuasan hati. Dalam masa yang sama Malis mula menjadi berang. Tetapi tidak ditunjukkan kepada isterinya perasaan itu.

"sial punya hantu..dia kacau bini saya lak.." bentak malis kepadaku pada petangnya.

"Jumpa la guru..mintak dia settlekan.."saranku.

Malis hanya terdiam. tergambar kemarahan diwajahnya.

"Nasib baik saya tak boleh sentuh je..kalau tak nahas dia saya kerjakan.." katanya dalam nada menahan marah.

"Takpe..biarkan..saya nak hadap sendiri benda ni.." sambungnya lagi.

Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Sungguh keras betul hatinya. Keadaan itu berlalu sehinggalah Malis dikurniakan 2 orang anak. Perempuan dan lelaki. Sehingga kini, anaknya yang perempuan sudah berumur 5 thn dan yang lelaki 4 tahun. Tetapi penunggu itu masih menganggunya lagi. Malis juga masih tidak mahu meminta tolong pada guru. Sebaliknya dia mahu menghadapnya sendiri.

"Saya tak puas hati..saya nak belasah dia sendiri..baru saya puas.." katanya pada satu hari. Begitulah berani dan kerasnya hati Malis.

Kring..!! Kring..!! Telefonku berbunyi. Aku tersentak dari lamunanku.

"Li..guru dah sampai ke..? terdegar suara Malis dari talian.

"Belum..lepas isya' la bang..tunggu kat kedai makan..makan dulu..pastu nak pegi rumah abg Hamdan dulu..baru rumah Alin.." ujarku.

"Abang Hamdan..? tanya Malis.

"Guru nak tengok abang hamdan dulu..dia sakit tak boleh jalan..." terangku lagi.

"OO...ok.." sahut malis.

Seperti yang dijangkakan, guru sampai pada pukul 10 malam itu. Kami berkumpul dikedai makan sambil berborak-borak. Alin menceritakn masalah rumahnya yang masih tak selesai-selesai lagi. Dalam masa yang sama, Malis juga menceritakan perihal rumahnya yang diganggu saban tahun. Barulah malam itu aku mendengar Malis meminta bantuan guru. Mungkin dia dah penat nak melayan penunggu rumahnya.

"Lepas makan ni, kita pegi rumah Hamdan dulu, baru pegi rumah kau Lin.." kata guru sambil memandang Alin. Alin mengangguk paham.

"Malis..nanti kau aku bagi wafak...kau letak kat pintu rumah kau.." sambung guru lagi.

"kalau macam tu, saya ikut sekali lah..Malis, saya tumpang awak ye.." kataku pada Malis.

"Ok gak tu..saya pun nak tengok gak..lama tak jumpa Abang Hamdan.." Kata Malis pula.

Sememangnya semua sahabat-sahabatku mengenali Abang Hamdan. Dia sudah agak berumur. Umurnya sudah mencecah 60 tahun. Walaupun haluan ilmu kami berbeza, namun kami tetap berhubung dengan baik. Abang Hamdan terkenal dengan Ilmu Keris nya. Dia boleh memanggil keris datang ke rumahnya. Tak kira keris sesiapapun, dia boleh menyerunya.

Pernah satu ketika, dia datang kerumah guruku. Malam itu kami berbual panjang. Sambil berbual-bual Abang Hamdan membaca sesuatu. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang aku tidak fahami. Selang beberapa minit, pintu rumah guruku diketuk orang.

"Bukaklah pintu tu..ada tetamu datang.." kata Abang Hamdan.

Salah seorang dari kami membuka pintu. Alangkah terkejutnya kami apabila melihat 3 bilah keris panjang yang agak lama berdiri di depan pintu rumah guruku. Kejadian itu berulang sehinggakan jumlah keris pada malam itu mencecah 27 bilah keris. Guruku hanya tersenyum. Bukan itu sahaja. Sambil kami berbual-bual, terkeluar beberapa biji batu dari mulut Abang Hamdan. Aku sungguh kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan pelbagai-bagai jenis ilmu untuk manusia. Wlaupun dia menggunakan khidmat jin, namun tetap Allah jua yang memakbulkan ilmunya. kebanyakkan sahabat seperguruanku dapat keris, sundang, badik dan pedang lama pada malam itu. Abang Hamdan beri percuma. tetapi tidak ku ambil walau sebilah kerana aku tidak meminati benda yang akan menganggu rumahku. Bukan senang nak jaga keris lama. Kena mandikan setiap awal muharam. Kalau tak dia bergegar atau meracau dalam rumah.

Pernah satu ketika keris yang Malis ambil pada malam itu bersiul-siul di dalam biliknya kerana lupa dimandikan. Pernah juga sepasang keris yang diambil Alin bergegar-gegar dan mengeluarkan bunyi yang aneh di dalam almari kaca rumahnya. Inilah yang menyebabkan aku menolak pemberian Abang Hamdan pada malam itu. Aku tidak mahu gangguan seperti itu menganggu adik beradiku di rumah nanti.

Ada juga Abang Hamdan bertanyakan kepada kami yang berminat hendak belajar ilmunya itu. Namun tiada siapa yang bersuara. Bagiku, cukuplah aku dengan Allah sahaja. Dan aku tak perlukan jin untuk membantuku. Mungkin sahabat-sahabat yang lain pun berfikiran sama sepertiku.

"Li..jom pegi.." sapa guruku mengejutkan aku dari lamunan.

Kami berangkat menuju ke rumah Abang Hamdan yang tidak jauh dari rumahku. Sesampainya kami di sana, kelihatan Abang Hamdan sedang duduk menunggu kami diruang tamu.

"Assalamualaikummmm...!!" kami memberi salam.
"Waalaikumussalam...masuklah.."sapa Abang Hamdan.

Bersambung daa...
Read More…

3 ulasan:

imtiazsofea berkata...

ape daa letak gbr manakutkan..

nak bace pn tak jadi...haih!

Tanpa Nama berkata...

dah nama citer hantu..mesti lah gambar seram..takkan nak letak gambar ikan lak..hahahaha..

Suhana Amiril berkata...

Assalamu'alaikum..

Kak im..

betul tu.. gambar sume menakutkan,
kecuali gambar keris dan batu..

tak senang nak baca sebab gambar2 hantu yang cantik2 dan comel2 tu..

hahaha~

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator